WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 28, 2010

SAYA SENGGUGUT LAH

Salam, sudah dua hari tak update blog. Rasa rindu pula, namun apakan daya tuntutan tugas membataskan. Banyak lagi skrip jawapan pelajar yang tersadai. Semalam pun sampai jam 2 pagi aku bertapa di meja menyiapkan proses menanda kertas. Dalam bosan-bosan dan bersunyi-sunyian sehingga ke pagi aku terkenang satu kisah yang berlaku sewaktu aku di sekolah menengah yang masih segar dan tak mungkin dapat dilupakan. Benar, zaman persekolahan merupakan antara detik paling manis untuk dikenang. Ceritanya begini.

Pada satu hari, aku mengalami sakit perut yang teruk untuk beranak . Kejadian berlaku sewaktu aku mengikuti pelajaran Pendiidkan Jasmani. Guru PJ  mengarahkan aku supaya berehat di bilik rawatan bersebelahan bilik PK HEM. Nak dijadikan cerita seorang guru yang melihat aku kesakitan bertanyakan masalah yang aku hadapi.Begini dialognya..

" Hah, ni apahal ni terperit-perit wajah menahan kesakitan?"

" Saya sakit perut cikgu"

"Owh kamu SENGGUGUT ni! Tak palah kamu berehat di sini.."

" Baiklah cikgu..terima kasih!"


Selepas itu, seorang lagi guru lalu dan bertanya perkara yang sama. Aku dengan selamba dan penuh yakin menjawab aku SENGGUGUT. Guru tersebut kehairanan, lalu berlalu pergi sambil tersenyum. Keadaan tersebut berulang apabila guru-guru yang lain pula bertanya. Semuanya tersenyum dan sinis. Adoi dalam hati aku mengeluh sendirian.

"Buang tebiat agaknya cikgu-cikgu ni, orang SENGGUGUT boleh pulak tersenyum-senyum. Tu  takda benda lain nak fikir tu, mesti fikir aku menipu  sebab tak mahu masuk kelas.."

Sehinggalah seorang guru perempuan  yang mengajar aku bertanya..Aku turut menjelaskan jawapan yang sama sebagaimana jawapanku kepada guru-guru lain. Maka berlakulah dialog seperti ini.

"Apa? Kamu SENGGUGUT? Bila masa kamu tukar jantina?"

"Eh, kenapa pulak saya nak tukar jantina. Jantina saya masih sama dan masih elok lagi..." (Tambah perisa..haha)

" Dah tu kamu tahu dak? SENGGUGUT tu sakit orang perempuan yang datang haid! Apa kamu datang haid ke semalam?"

"Ye ke cikgu? Adoi saya dah kena kencing ni..."

Itulah antara pengalama manis di sekolah yang tak mungkin aku lupakan. Mula-mula memang marah sebab aku rasa diperbodohkan. tapi bila fikir semula seronok juga, ada juga kenangan manis yang boleh dikenang apabila menjadi guru ni.

Moralnya kawan-kawan..

1) Jangan ambil sesuatu secara melulu tanpa asal usul periksa.

2) Jangan mudah percaya pada orang lain walaupun insan terdekat kita.

3) Kena mengambil berat juga pasal orang perempuan ni supaya kita tahu apa istilah-istilah berkaitan mereka. Kot-kot terjadi macam aku kan. Haha

4) Sebagai guru, janganlah menipu anak murid kita yang naif.

Apapun, lepas kejadian tersebut bila adik-adik aku mula datang bulan, aku dah tahu dah mereka mesti senggugut. Jadi jangan dok buat benda-benda pelik kat mereka, nak bergurau jangan lebih-lebih. Takut selipar naik atas muka. 

Mood : Nak pergi hi tea petang ni..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

29 GENTA RASA:

sahromnasrudin said...

bile nak belanja teh tinggi kat aku???

ibuintan said...

hahaha... memang tak patut cikgu tu, tu cikgu laki ko pompuan tu.. pandai2 ye fitnah mu

abid_PM said...

sejak bila kamu tukar jantina??

haha, mesti buat muka selamba je kan. :DDDD

ckLah@xiiinam said...

ckLah dah siapppp! Tapi tak boleh bagi kertas ke murid lagi sebabmrk belum habis periksa...tak sabar nak key in online ke SisPa JPN Perak tu.

Dinas Aldi said...

kesiannya Iman! adeh cikgu mana la yg buat naya tu, x patut sungguh.
yaa betul, jgn main2 dgn PMS, bukan selipar saja, macam2 benda lagi boleh terbang, kehkehkeh!

Atikah said...

Salam cikgu,

hehehe... cikgu tu mesti gelak sakan kat hang....

imanshah said...

sharom..teh tinggi kat mana jual?? aku boleh je

imanshah said...

ibuintan...cikgu laki la..haha memang2..

imanshah said...

ibuintan...cikgu laki la..haha memang2..

imanshah said...

CikLah..saya da satu kelas lagi, malam ni pulunn

imanshah said...

Dinas..PMS tu apa pulak?/adei

imanshah said...

Abid..haha selamba jelah, tapi terkejut juga den..

imanshah said...

Atikah..haha memang semua orang gelak, satu sekolah gelakkan saya

Abd Razak said...

Salam...

Ermm dalam kesibukan sempat lagi bercerita...salingan erk!

imanshah said...

Salam ustaz razak..

tadi ambo jenguk blog ustaz, tak update ke?

bUdAk kEnTaNg said...

hahaha.. bln ni ada tak cikgu rase nak sengugut?? manelah taw tuko jantina... hehe.. tak patut betoi cikgu tuh.. huhu

imanshah said...

budak kentang..senggugut takde, kena ugut ada..haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

cantik cantik patut la kalo aku mintak mc cakap senggugut tak dapat

imanshah said...

brutalsolo, haha jangan gedik, kau tu JAntan

fndrocka said...

Kahkah..melulu jer kau

maiyah said...

wakakak.. kene kencing gak :D

imanshah said...

fndrocka..tipah kena tipu bang

imanshah said...

maiah..lama tak nampak kat dunia maya..

haha memang kaki kencing tol..huhu

sonata anak kancil said...

saya masih belum dapat kertas !!! hu3x....berposaklah menanda hujung minggu ni

imanshah said...

kak sonata..alhamdulillah, begitulah tugas kita kan

makdara TERdiva said...

slalu guna alasan tu kalau taknak PJ..lalalalala

imanshah said...

mak dara...itu perempuan ok..lelaki tidak..huhu

Ina Mamat said...

Kelakar:) Kat sini Ina nak kongsi dengan wanita2 semua (lelaki tak boleh :()... kepada anda yang ada senggugut, boleh cuba pad herba Avail. Dah ramai yang try dah memang berkesan menghilangkan senggugut...
boleh baca pasal pad herba nie kat http://www.goavail.com/pad-herba-fc-bio-sanitary-pad/

Kalau ada soalan & nak beli, boleh tanya saya.

Terima kasih.

Ina Mamat

imanshah said...

haha

saya tak mo beli boleh??

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget