WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 31, 2010

SELALU PEGANG MARKER, SEKALI-SEKALA PEGANG CANGKUL PULA

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua. Hari terakhir di bulan Oktober. Wah aku terkenang lagu Tragedi Oktober nyanyian Awie. Sampai sekarang lagu tu masih dekat di jiwa, bukan sebab ada cerita di sebaliknya, tapi memang suara Awie sedap ditambah lirik dan melodi yang indah. Kita tinggalkan Awie, hari ni aku nak bercerita tentang satu program yang diadakan di tempat aku bekerja. Almaklumlah kawasan yang luas sehinggakan banyak tanah-tanah kosong yang terbiar. Program ini dinamakan Fruits Valley. Program membuat dusun seluas enam ekar. Luas juga tu. program ini diilhamkan oleh ketua jabatan aku yang sememangnya kaya dengan idea-idea baru lagi segar. Sesegar hijau daunan yang melambai di taman.


Makanya guru, pekerja serta para pelajar akan diberian pokok untuk ditanam. Setiap guru akan berpasangan dengan seorang pelajar bagi membantu guru tersebut bukan sahaja menanam, malahan akan membantu mengawasi pokok-pokok yang ditanam sehingalah hasilnya akan dinikmati. Antara pokok-pokok bertuah yang terpilih menghuni Fruits Valley ni ialah durian, manggis, mangga, ciku, rambutan dan kelapa pandan. 

Bercerita jenis-jenis pokok ni, ramai dalam kalangan guru perempuan yang tak mahu menanam pokok nangka madu. Sebenarnya mereka risaukan perkataan yang ada kat belakang nangka tu, iaitu MADU. Yalah, walau hanya perkataan, deme alergik juga. Takut pula perkataan tersebut benar-benar muncul dalam hidup. Alahai perkataan jepun.Haha.  Apapun tengoklah aksi guru-guru yang bercangkul bagai untuk menanam pokok-pokok yang didapati dari Jabatan Pertanian Negeri Perak. Aku pulak diberi pokok Rambutan Anak Sekolah untuk ditanam. Sesuai betul untuk budak-budak sekolah makan. Wah kata orang rambutan antara spesis pokok buah-buahan yang mengeluarkan hasil dengan cepat. Katanya dalam tempoh tiga tahun sudah boleh menuai hasilnya. Entah ada lagi ke tidak di sini tiga tahun dari sekarang.  Kalau takda, sekali-sekala kena singgah melihat hasil tangan sendiri. Sejumlah 130 pokok telah ditanam pada hari tersebut.



Inilah hasilnya dusun seluas 6 ekar yang telah disiapkan. Kata orang berbudi pada tanah ni bagus.Terkenang pula zaman kecil dahulu bercucuk tanam jagung, tembakau dan padi di kampung. Berbudi pada tanah hasil dapat, alam sekitar juga terjaga. Macam seronok pula sebab tempat aku bekerja ni terletak di tengah-tengah pekan. Kira macam dusun dalam pekan lah ni. Harap-harap pokok-pokok yang ditanam ni dapat dijaga dengan baiklah. Bukan apa, bajanya, airnya, ulatnya..semua tu nak kena jaga betul-betul. InsyaAllah kita tunggu hasilnya.

 Mood : Bercadang-cadang membersihkan halaman rumah yang agak bersemak tapi belum sampai tahap  kena samun (kompound) dengan Majlis  Bandaraya Ipoh

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

33 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Bagus anak muda! Bagus!








Lepas ni...cuba pegang sudip pulak eik!
:D

imanshah said...

cKlah, tang pegang sudip tu tak berapa sanggup

naz said...

ada ambil upah tak? gaya macam berbakat ni haha

Dinas Aldi said...

bagus projek ini, i like! err..tapi kenapa cikgu2 pakai baju kurung masa tanam pokok tu, ada petua tertentu ka (kihkihkih)

ibuintan said...

salam iman,
sekolah ibu dah buat, sekarang dah dapat hasilnya dan budak2 sentiasa berebut dengan kera-kera yang menganggap pokok-pokok itu tok nenek kera yang tanam.. terutama buah rambutan

ibu dulu tanam pokok rambutan gading, dah dapat merasa buahnya tapi dah kena tebang sebab bina makmal komputer

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Molek benar berbudi pada tanah. Bila ada hasilnya nanti, berbudi pada orang pula ya.

Tambahan: Rambuatan Anak Sekolah ni yang banyak air tu ke? Atau yang isinya mudah lekang?

n@m@n said...

kalu doh ado hasil, jange lupo ajok kawe..hehe

sonata anak kancil said...

tahniah Kelantan menang...cikgu pun menang pegang cangkul !

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

pakaian cikgu cikgi tu macam nak pi kelas aje...he he

Wassalam

khadijah said...

wah.star ada dusun buah la ni???^_^
semangat la diorang nak pergi sekolah.huhu

imanshah said...

Naz..ada2 hang nak aku tulung buat kebun ke..tak mahal, 5000 je..janji ada tanah

imanshah said...

Kak Dinas..

haha sebenarnya cg2 ingat tak jadi sebab hujan hari tu, tibe2 hujan berenti..kami pakat tanam waktu zohor

imanshah said...

ibuintan..kan..sekarang ni banyak tanah yang diambil sebab nak buat bangunan kan..haha

wah kera banyak ke

imanshah said...

izzah..isinya yang mudah lekang, yang kurang air

Fello Ariza said...

marilah bergotong-royong..

bagi peluh kuar sket..hehe

imanshah said...

n@m@n...buleh demo mari ipoh kawe ajak la..kalu ada kursus lagi kat seri malaysia demo helo lah kawe

imanshah said...

Kak Sonata..haha alhamdulillah menang juga akhirnya

imanshah said...

Rozali..opps ingat tak jadi sebab hujan lebat..tapi last2 jadi sebab ujan berenti

imanshah said...

khadijah...

haha best2 la, kome dulu sekolah sbp jugak ke

imanshah said...

fell..selalu la kami bergotong royong..haha

kacau bubur asyura pun bergotong royong juga

abid_PM said...

lepas ni tangkap ayam plak :D :D :D

Abd Razak said...

Salam...

Tahniah! 5 tahun lagi boleh tengok hasilnya..

imanshah said...

abid..bukan aja hayam, lembu kerbau bagai kami nak ternak belakang tu..haha

imanshah said...

ustaz razak..

insyaallah tak tahu le masa tu ada lagi di sini ke tak..

bUdAk kEnTaNg said...

aiseyyy si guru pesalnya berbaju kurung bagai?? seksa gayanga kwn tgok.. huhuhuu....
dah leh jd usahawan nangka madu ni..madu?? hahahaha.. i loikeee...
:p

imanshah said...

pakai kurung tu petani era baru tau..

haha ala man ko bukan ada bini pun, sorang tak lepas, ni nak bermadu..haha

khadijah said...

cikgu iman,ye,saya budak sbp jugak.
seseri :)
last year pernah plan nak pergi star buat benchmarking.tapi takde rezeki la.
hehe:))

imanshah said...

khadijah..haha saya ada geng kat seseri

miss dura ngan cg azilah (bekas cg bahas bm)

khadijah said...

ohh miss dura dgn cikgu hazilah.
saya kenal tapi tak pernah belajar dengan diorang pun.
oh ye,miss dura selalu cerita pasal star.die pernah jd trainer debate star :) cikgu iman ajar bm?

imanshah said...

khadijah

owh miss dura my good friend kat star..

ahah, saya cg db8 bm star..

khadijah said...

owww.no wonder suke ber-blog.banyak idea.haha

imanshah said...

haha

ide banyak ke..biasa je..blog peribadi je..merapu banyak

cg dah follow belog anda

khadijah said...

haha.whatever it is,cikgu punya idea best.saya suka baca blog cikgu :)

tq follow :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget