WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, October 8, 2010

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA


Selamat pagi murid-murid..cewah aku menggunakan skill masuk kelas pagi ni. Pagi ni aku nak share satu puisi yang sangat aku suka. Kalau sape-sape perasan, puisi ni dah lama aku letak kat page aku ni. bukan apa.. dalam melayari kerjaya sebagai murabbi, aku kena selalu ingatkan diri sendiri supaya taat, setia, dan memberi sepenuh komitmen terhadap bidang aku cintai ini. wah cinta ke??  Sudilah kiranya, kalian semua terima puisi ini dan kalau ada rasa nak menambah kesedapan puisi ini aku alu-alukan..

Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

sahromnasrudin said...

salam..tinggi sungguh makam puisi ini..ambil masa untuk memahaminya

dib said...

terbaik!

naz said...

tanpa cikgu mengajar pasti ramai yang sudah kurang ajar :) jadi teruskan mengajar

Cikgu Chun said...

Pedih2...siapa yg makan cili dia yg terasa pedas kan. hehehe

imanshah said...

Sahromnasrudin...allah jua yang memberi kefahaman

imanshah said...

Dib, tq

imanshah said...

Naz..betul tu, tentu kau pun kurang ajar tanpa cekgu..aku akan terus mengajar naz selagi terdaya

imanshah said...

Naz..betul tu, tentu kau pun kurang ajar tanpa cekgu..aku akan terus mengajar naz selagi terdaya

imanshah said...

Cikgu Chun..saya harap cikgu jadi cikgu yang terbaik..insyaAllah ganjaran untuk kita tetap ada

Un Phat Lee said...

ni kena publish nih kat majalah sekolah.ehe XD

imanshah said...

un phat lee..alahai penulis propa macam aku mana layak masuk majalah sekolah

sonata anak kancil said...

title cikgu sangat berat sebenarnya !

Darkbatman said...

dlm maksud nye bro.. hehe.
tp btol gak, klau sume nye aman, nampak mcm hidup xsempurna..kene ade timbal balik.

ckLah@xiiinam said...

Siapa kau???
Aku ni kau kah???
Kau tu aku kah???


:)


Hidup cikgu Imanshah!

imanshah said...

kak sonata..sememngnya begitu, kalau salah ajaran kita pada anak didik, maka kita juga akan terheret sama ke neraka!!

imanshah said...

kak sonata..sememngnya begitu, kalau salah ajaran kita pada anak didik, maka kita juga akan terheret sama ke neraka!!

imanshah said...

Darkman..di sekolah ke, dalam kerajaan kena ada pembangkang..supaya ada check and balance

imanshah said...
This comment has been removed by the author.
imanshah said...

CkLah..terima kasih kerana mendoakan saya..saya akan terus hidup demi anak bangsa saya

Abd Razak said...

Salam...

Teruskan usaha dan perjuangan anda...

imanshah said...

Tq bro Abd Razak

Admin P@P said...

Assalamualaikum cikgu.
Satu puisi yang amat tajam dan sinis.
Mudahan ramai para cikgu baca puisi yang dipaparkan, serta am,bik iktibar darinya.

Kekadang kita para cikgu ni pun kuat melatah dan senang terlupa, maka perlu diperingatkan dengan medium seperti ini. Sambil 'berhibur', ambik masa buat refleksi dan muhasabah diri.

Semoga martabat profesion keguruan akan bertambah kukuh dan mantap dengan melalui 'penghakisan' terhadap sikap yang tak elok tersebut.

Teringat pepatah 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Tidak adil dan tidak logik.

Semoga kita semua diberi kekuatan menepuh segala cabaran untuk memastikan kualiti modal insan yang tinggi dan bermakna, untuk kesinambungan kewujudan 'kita' di masa depan.

Salam kenal. TQ

imanshah said...

Admin:p&P..saya sangat bersetuju dengan pandangan peribadi saudara..

Sdih melihat ramai dalam kalangan kita terutamanya yang FRESH sikap acuh tak acuh dalam kerjaya ini

mohamadSaleh said...

sesuai utk semua, cikgu, murid, mak budak, bapak budak, GB... pokok kata semualah selagi ada angin, goyang... selagi ada orang, baca sebagai pengajaran... yg salah betulkan, yg betul sebagai peringatan

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget