WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 17, 2010

PERLU BERTUKAR JADI FAN MANCHESTER UNITED?

Selamat malam..ingat nak buat entri ni untuk hari esok. Namun hati ni dah tak boleh menahan rindu padamu daripada untuk tidak menulis. Takut malam ni tak boleh tidur. Sebenarnya aku baghu je selesai menonton perlawanan EPL di antara pasukan feveret aku LIVERPOOL melawan jiran mereka EVERTON di Goodison Park. Hampeh, pasukan yang menjadi poojaan hatiku ini selama 15 tahun ni makin lama makin teruk. Kena 2-0 tadi. Mungkin kekalahan ni dah membawa Liverpool kepada zon penyingkiran. SENTAP sungguh. Bikin panas je malam-malam ni.

Sebagai peminat tegar lagi setia sejak zaman Ian Rush, Owen , Xabi Alonso hinggalah Torres  hari ini, kesetiaan aku tak berbelah bahagi. Cewah, saat inilah kesetiaan fan liverpool mesti dipertahankan..kami kena bagi morral support yang tak kunjung padam.  Dulu cakap Rafa Benitez tak bagus, lari beliau ke Inter,, haha.Sekarang Roy Hodgson apa sudah jadi?? Aku cadangkan kepada pemilik baru Liverpool, New England Sports Ventures (NESV) kena bertindak cepat..amik lah pengurus yang lebih berkarisma..

Untuk esok ke sekolah, berhadapan dengan pelajar-pelajar aku yang rata-ratanya penyokong fanatik Man U ngan Chelsea..terpaksa tebalkan telinga mendengar ucapan-ucapan penuh kasih sayang tetapi MAKAN DALAM..

Ai cikgu LOOSERFOOL kalah lagi!!

LIVERFOOL betul lah!!

Takkan tahun depan masuk divisyen dua kot!!

Pennent LIVERPOOL kat dalam koop tu boleh bakar je cikgu..!!

Ai dengar cerita nak tukar team join MU ...


Haha, sungguh bermakna dan penuh kasih-sayang kan mereka mengucapkan?? Sungguh kiut mereka ini!! Apapun kesetiaan aku tidak akan berubah!!



Kome nampak tu gambar saya tengah ready nak main bola?? Mungkinkah saya akan menjadi coach merangkap pengurus Liverpool seterusnya?? ITU YANG KITA TAK TAHU TU!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

Un Phat Lee said...

jomlah sokong MU pulak.paling kurang pun totenham la.hehe :P

Atikah said...

Salam cikgu...

Hehehe... tak nak komen lebih2 pasal bola...

mR.sYaH said...

masih sempat lg nak join MU.. moh2.. heheh...

Abd Razak said...

Salam...

Jangan terpedaya dengan penyokong MU dahlah..:):)

imanshah said...

Un Phat Lee...tak mo tak mo

imanshah said...

Atiqah...apa salahnya kalau perempuan minat bola..

imanshah said...

syah..MU pun terumbang ambing tahun ni..huhu

imanshah said...

Ab Razak..saya takkan terpedaya dengan pujuk rayu penyokong Mu itu..huhu

lillies said...

hehe...cepat2 anta resume kat team Liverpool utk jadi coach dorg yg baru...hehehe...

imanshah said...

lilies..alamak belum ada sijil profesional un tuk coaching lah..sure2 kene reject nanti

imanshah said...

lilies..alamak belum ada sijil profesional un tuk coaching lah..sure2 kene reject nanti

abid_PM said...

Youll never walk alone cikgu! :D

imanshah said...

abid..huhu nasib kita sama

Ikmal Fayadh said...

juara-juara liga perdana inggeris

2004–05 Chelsea
2005–06 Chelsea
2006–07 Manchester United
2007–08 Manchester United
2008–09 Manchester United
2009–10 Chelsea
2010–11 .....





2098–99 Liverpool

apa ada hal? hihihi

imanshah said...

ececeh..season panjang lagi..

apa ada hal??

sonata anak kancil said...

tak serious tengok bola ni..tp sure beri sokongan padu pd hubby yang rajin tengok bola - sampai akhir2nya bola tengok dia !!!

imanshah said...

kak sonata..saya pun selau begitu, tertidur bila nengok bola..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget