WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 10, 2010

TERJELEPUK DIKERJAKAN BUDAK-BUDAK MUDA

Assalamualaikum dan salam pagi minggu buat semua. jangan terkejut beruk dengan tajuk entry aku kali ini. Takde mengna dengan kes pukul memukul samada cikgu muda pukul cikgu tua, atau murid-murid pukul cikgu. Sekadar tajuk entri untuk kali ini. Aku ingat nak update semalam tapi serius badan kurang bermaya, terjelepuk dan sakit urat-urat dan sendi..Maka aku tundanya kepada pagi ini. Nak tahu kenapa, semalam aku melayan dan menemani awek aku anak-anak murid aku bermain FUTSAL. Biasalah cikgu tua yang berhati muda..haha. Mereka ni merupakan mentee aku di sekolah seramai 24 orang. Dari tingkatan satu lagi aku menjaga mereka, dan sekarang semuanya dah besar panjang, dari yang perut kecik dah jadi boroi, dari yang takde misai, dah bermisai bagai..


Ini adalah antara aksi-aksi tarik rambut yang menarik sewaktu perlawanan berlangsung. Bertempat di X-Treme Park Tambun, kami menghabiskan masa bersama hampir 2 jam setengah. Mereka melepaskan segala tekanan belajar di gelanggang futsal serta mengayamkan cikgu mereka. Maklumlah kudrat 17 lawan kudrat 30 kan..Sekali-sekala mengenakan tackle keras pada mereka. Tapi aku siap pesan, kalau korang tackle cikgu, nanti tak berkat ilmu   siap cikgu rotan..haha..nakal tul cikgu..


Si Haikal tiba-tiba cremp. Adoi anak muda oi, cikgu yang dah andalusia ni pun masih ok..haha namapun budak-budak kalau main dah tak ingat.Tapi memang tak dinafikan dalam kalangan mereka memang pro dan berbakat.. Cuma mungkin pendedahan pada gelanggang yang lengkap tiada di sekolah..


HAHA, inilah sebenarnya man of the match..akulah ni, terjelepok, lelah,lemah tak berdaya selepas mengharungi 7 perlawanan..Sempat lagi depa snap gamba curik sewaktu aku melepaskan batuk ditangga lelah dan semput. Tu jangan tak nampak kasut futsal baru aku, baru je beli sebab kasut lama dah koyak..dan keputusannya, group aku kalah, dapat no 3 dari 4 team..adoi, mana taknya, team kami paling lemah..


Cheese, 1, 2, 3..snap!! Selepas bermain futsal kami sempat bergambar kenangan di hadapan papan tanda x-treme park. Cuba carik mana aku?? Kalau tengok sekali, macam sama baya, tapi tengok 2, 3 kali, memang macam model cap batuk bapa dan anak lah..huhu..


Inilah saat yang dinanti-nantikan. Makan...hilang 1 kg masa main, tambah 2 kg lepas main..makan-makan di rumah salah seorang anak murid aku..Terima kasih apex, sponsor makan kami. Kredit juga buat pilot kami yang setia membawa kami.

P/S..Inilah antara aktiviti aku dan murid-muridku. Kekadang kita kena menjadi sahabat kepada mereka, dan bila perlu, kita kena menjadi bapa pula, bukan sahaja melindungi, tapi tegas dalam apa jua keadaan. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

kalau ajak main sekarang ...tak sampai satu round dah lepak! sedar lah sikit awak tu dah tua...mengetik2 kaki nak main...tapi apakan daya aku beri orang muda udah le !

imanshah said...

haha kak sonata, dalam maknanya tu, untuk saya ke untuk diri sendiri

Dinas Aldi said...

tu dia cikgu, terjelepok sakan atas bangku, kahkahkah! gagah jugakla adik sorang ni harung 7 perlawanan, tabikkkk!

imanshah said...

Kak Dinas..haha 7 game tu, mana ada tuka2 sebab dah cukup2..tapi ada rehat 7 minit antara satu game..tunggu team lain lawan..tapi kira ok lah..huhu

en_me said...

bagusnyer exercise kanns..

lillies said...

wah..!!bestnye dpt pi xtreme park...biasala bila dh dpt bermain tu mcm bebudak la..hilang ingatan..hehehe..skali dah lama2 barula nk terasa lenguh sana lenguh sini...hehehe....

seskali test power dgn bebudak best kan??hehee...dpt jugak dorg tu release tension...nak plak dapat buli cikgu kesayangan dorang..hehehe..

selamat berehat ekk..klu letih jugak minumla 100+..

imanshah said...

lilies..haha suka ayat dah dapat main tu macam bebudak la, hilang ingatan..huhu

imanshah said...

en me..biasalah tapi main kat malaysia je, bukan macam en me kat melbourne

- abdul hadi abdul muti - said...

cikgu..tempat futsal yg cikgu main ngan budak2 form 5 ni, berape ringgit sejam?saye nak survey sebab batch kitorang nak buat futsal batch..=)

Idalara said...

"andalusia'..kira ok lah tu boleh main 7 game sekali...tabik spring akak kat cikgu mcm iman...best kan ada cikgu mcmni..kalau akak jd anak murid iman masa tu,sure jatuh cintan punya hahaha...

imanshah said...

hadi..rasanya 60 ringgit sejam...tapi malam 80,,tu waktu memang rebutan

imanshah said...

hadi..rasanya 60 ringgit sejam...tapi malam 80,,tu waktu memang rebutan

imanshah said...

Kak Ida..haha takle andalusia sangat, baru 30.muda kan?/jatuh cinta??huhu anak murid saya semua lelaki

n@m@n said...

macam lakonan jah terjelepuk tu..hehe

p/s : mahal nyo 60 sejam..kawe kat sini 30 jah male

imanshah said...

naman, kawe memang pengsan sekejap..

tulah, sini hot, hampir setiap jam ada je org main

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget