WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 25, 2010

KENAPA DINAMAKAN MATA KUCING???

Sedang bersiap-siap ni. Kemas baju sikit nak berjalan-jalan di Bandar Miri, Sarawak. Wah ayat berjalan-jalan ytu agak poyo sedikit. Bercuti lah kot. Pertama kali nak ke Miri, Sarawak. Entah apa yang menarik di sana aku tak tahu, ada orang ajak berjalan makan angin sampai buncit, aku ikut jelah. Yalah asyik nak promosikan negara orang je kan, sesekali cuti-cuti Malaysia pun seronok juga. Apapun , MIRI, tunggu kedatangan aku ya!!

Hari ini aku nak sambunglah sedikit pasal pokok lagi. Sebelum ni dah ada aku ceritakan pasal kisah pokok DI SINI. Kali ni nak promotelah sikit pasal aktiviti aku yang suka menanam pokok. Pantang aku nampak tanah kosong, aku mesti terfikir nak tanam pokok. Pantang tanah kosong nampak aku, mereka menjerit, "Tanamlah pokok! Tanamlah Pokok!!" Haha itu hiperbola semata-mata, usah percaya ya. 


Ni kenal ke pokok apa?? Kalau tak baik jangan jadi rakyat malaysia. Hekeleh, korang jangan mencebik aku mengatakan kau tanam  pokok kelapa je ?? Baik tak payah. Korang tak baca ke sekarang krisis kelapa meruncing kat Malaysia ni?? haha at least aku ada back up kan. Tapi tak tahulah pokok ni dah 3 tahun aku tanam dok macam ni juga. Hampeh betul..tapi at least tak mati la kan. Menunjukkan tangan aku memang sejuk bak kata orang-orang tua. 



Ni pula korang rasa pokok apa yek?? kalau tak tengok buahnya mesti tak boleh nak teka kan?? Ni la pokok belimbing. Pokoknya tidaklah tinggi bebenor, tapi kalau berbuah, berjug-jug jus belimbing boleh buat. Kadang-kadang naik muak. Kalau yang muda tu boleh pula wat cicah asam. Nilah kelebihan kalau menanam sendiri. Tak payah nak susah-susah keluarkan duit tu kan nak minum jus belimbing. Tengok tangan aku memang sejuk la. Asyik menjadi je tanaman aku. Wah poyo gila..


Ni pula pokok pelam. Dah lupa nama apa dah. Tapi yang pasti bukan -pelam telur lah. Haha, setakat ni dah 5 kali berbuah dengan eksennya. Banyak sekali dan lebat sungguh buahnya. Macam daunnya juga yang lebat. Tapi masa aku snap gambar ni, tinggal 2 biji sahaja. Hehe. kadang-kadang berebut dengan burung pula . Tengok sapa dulu yang cekap, tapi selalunya aku le yang kalah. Tapi kadang-kadang buahnya hilang tak tahu siapa yang ambil. Intai-intai ada juga mereka yang berkenan dan ambil tanpa minta. Alah macam lah korang tak pernah buat keje ni masa kecil dahulu. Kan korang selalu curi pelam masa kecil-kecil?? Ingat tak??


Pokok mata kucing ni. Atau pun bahasa moden sekarang LONGAN. Walau kelihatannya tumbesaran pokok ini tak begitu bersemangat waja, tapi nampak can go lah juga. Hoho. kalau korang bijak bestari kan, kenapa ya pokok ni nama pokok mata kucing. Adakah isinya sama ngan mata binatang yang bernama kucing.. Sapa ada jawapan??


Ni kira pokok wajib lah kat rumah-rumah ya. Pokok pisang tanduk kot. Haha ni aku warisi dari jiran sebelah rumah yang dah berpindah ke Kedah. Zaman kami bujang-bujang dahulu, sempatlah bercit-chat di tepi pokok pisang ni sambil menjemur baju yang baru di basuh. Ala-ala nak tackle awek macam cerita P. Ramlee dulu-dululah, sambil menyanyi lagu MEMORI DAUN PISANG. Haha tapi sayang dah terlepas ke tangan orang lain. Jangan tak tahu, seekor ular berjaya aku tamatkan riwayatnya di sinilah, di celah perdu pisang itu. Pengganti tuan rumah sebelah ni, Ya ampun tak romantik langsung. Hehe jangan marah..

Jadi, apa sebenarnya nak aku bagitahu semua. Walaupun aku ni seorang lelaki yang tahap kemalasannya memasak sangat tinggi, tapi aku suka buat benda yang ini. Berbudi pada tanah bak kata orang-orang lama kan. Lebih baik juga kan kalau kakak-kakak seperi Kak NormahKak Cik SerojaDINAS, CkLah atau sesiapa jelah yang nak buat calon menantu ni kira boleh lah.. Tapi syaratnya kena ada tanah 5, 6 ekar lah, senang hamba anak bercucuk tanam.. Ada berani???

Kita tinggalkan merapu yang atas tu,sekadar hiburan petang Khamis ini. Yelah kalau hidup tanpa sedikit unsur-unsur kecindan pun tak bermaya rasanya kan. Kita bergerak kepada perkara yang berkaitan dengan hubungan antara pertanian dan agama. Aku kira hadith ini sudah cukup jelas memberitahu kita betapa keperluan untuk berbudi kepada tanah cukup ditekankan dalam Islam. Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:


“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
                                          (Hadith Riwayat Abu Daud)



Notakaki Imanshah :

Insyaallah akan cuba update blog dan blogwalking ke rumah saudara-saudari sekalian dari Miri jika berkelapangan. Semoga dipermudahkan urusan di Miri. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

40 GENTA RASA:

Mohammad Aiman said...

haha... gaya blog skrg ada pengaruh2 Inche Gabbana skit2... wahahaha

imanshah said...

aiman

Jap2, kena buang bab2 yang ulang tu ek..

Fello Ariza said...

imanshah;
dtg kuching leh roger2 fell

:P

imanshah said...

Fell

dah pg kuching tahun sudah kot, ni ke miri terus, tak sempat singgah

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

rajin bercucuk tanam...
kesayangan mertua nanti
he he

Wassalam

nunama said...

haha.
Cikgu promote diri.
InsyaAllah Cikgu. Kalau ada jodoh tak kemana. Kalau Cikgu kahwin nanti jgn lupe jemput kami2 ni.
Haaa..nanti saya buat special entry utk Cikgu. Hehe. :)
Emm buat sambal belimbing pun sedap. Aeh? Hehe.
Mata Kucing? Yelah tu kot. Sebab biji dia mcm mata kucing. Hitam berkilat.
Selamat bercuti2 Malaysia! =D

::FAIZ FARISH:: said...

buah mata kucing tu sedap.... tp tak tau kenapa nama mata kucing

ila haron said...

kalau tangan ila, kompem mati sume pokok tu....

plg bagus pun hidup segan mati xmau...

tu namanya tangan berkuasa api...

mR.sYaH said...

mgkn sebab buah dia mcm mata kucing sbb tu xmkn buah tu pun.. heheh...

imanshah said...

Wsalam Rozali

Harap2 lah ya, bolehle jadi menantu kesayangan mertua

imanshah said...

Nunama

alahai bukan entry nak promote diri sendiri ni.. Saya memang begini suka usik sana, cucuk sini..kalau serius aja, karang nampak macam muka tak pakai bedak..haha

ooo biji dia, ingat isi

imanshah said...

faiz

memang sedap, tapi batuklah kalau makan banyak

imanshah said...

Ila

haha, memang panas dan ganas tangan ila..alah tanam serai cukuplah, buat bekalan kalau terdesak

imanshah said...

syah, alangkah rugi kamu sebab hilang satu nikmat allah..sedap woo

fadzilah said...

seronoknya cikgu nak jln2 ke Miri..mana tau boleh tersangkut kt awek Miri pula...hahahaha

imanshah said...

Fadzillah

kalau boleh tak naklah, sebab adik dah kahwin dengan orang bintulu...cukuplah sorang

SiNoMoSa said...

salam imanshah,

hehe disebalik kemalasan memasak tahap dewa rupanya sejuk tangan utk bcucuk tanam..baguih3 ada gak potensi utk mjd petani moden ekekeke

psstt: asal usul nama buah mata kucing tu pjg, susah sy nak xplai kt sini ekekeke

Abd Razak said...

Salam...

Kalau pergi Miri tu boleh singgah Brunei tapi kena ada passport..

imanshah said...

Ustaz Razak

Pasport ada, tengok lah macam mana

imanshah said...

sinomosa

tulah, kemana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..ayahnya kan seorang petani

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

tanam sayur pon best gak klu kwasan cm kosong..

imanshah said...

A.F.A

masalahnya tanah tu keras, banyak batu..sayur susah ot

khaifaiz said...

peh en. iman.. miri 2.. agak teringin juge la

imanshah said...

Khaifaiz

jom2, ada kosong lagi ni

kakcik said...

Salam Imanshah...

sayangnya kakcik tak ada anak perempuan! hehehe... Tapi, kakcik sangat suka tengok rumah yang ada kawasan untuk menanam pokok buah2an.. :)

imanshah said...

salam kak cik

la, takde anak gadis kah?? baru nak promote..haha jgn amik ati ya kakcik, saya ni selalu bergurau..saya tak berniat pun nak sakat kak cik ya...

Arianni said...

Salam..

Wahh rajin nyer!! Berbudi pada tanah memang berbaloi kan Imanshah..
Selamat bercuti ya..

imanshah said...

Kak ariani

betul2...kalau dah tak tahu nak berbudi pada sapa, berbudi kat tanah cukuplah kan...

Fakhrur Razi berkata said...

woahhh anda sungguh rajin~

bper byk tanaman ad kt halaman rumah nih?
hohoh

imanshah said...

Fakhrul,bnyak2..nak apa, strawberi, epal, nenas, rambuatn, durian, semua ada..jagung pun ada...timun cina pun ada

hysman said...

berjug-jug???
baca lps tu..
berjug-jug jus...
rupanya yg dimaksudkan
berjag-jag jus..
adeyyy..
slow la aku..
hehehe...
hebat la cikgu...
mantop la cikgu..
hahaiii

imanshah said...

man

apanya man, kau tak pernah minum jus belimbing kah??haha bila mahu sama2 berkebun ni..

eszol said...

makin green finger nampak

imanshah said...

Eszol

haha dulupun an

soffea said...

sedapnye buah mata kucing.. suke :)

sekamar rindu said...

salam..

berbudi pada tanah, banyak menafaatnya....

lama x makan buah mata kucing..

imanshah said...

soffea
sedap kan? Tapi kalau buat air longan rasanya kurang enak

imanshah said...

sekamar rindu
andai berbudi pada tanah, tanah subur, alam sekitar juga bahagia, lantaran udara yang dihirup terasa segar

ProfHariz said...

Cikgu rajin bercucuk tanam :) Perlu di contohi ini...

imanshah said...

hariz

haha, cucuk tanam satu ibadah..

tapi cuuck tanam yang 'itu' belum berkesempatan

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget