WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 16, 2010

AIDILADHA DAN PISAU SEMBELIHAN DALAM KENANGAN

Aidiladha kembali lagi setelah membuat satu pusingan tahun. Alhamdulillah di dada akhbar kita semua dapat melihat jutaan ummat manusia berhimpun di baitullah untuk mengerjakan rukun Islam ke-5, iaitu fardhu Haji.  dikhabarkan seramai 2.5 juta jemaah haji sedang berada di Padang Arafah untuk Wukuf. Untuk berita selanjutnya ADA DI SINI.



Tahun ini aku mengambil keputusan untuk berhari raya sendirian di Ipoh. Sukar untuk memberikan jawapan atas pertanyaan teman-teman dan ahli keluarga mengapakah aku gagal untuk pulang berhari raya di kampung halaman pada tahun ini. Tidak ingatkah pada bonda yang sudah tua? tidak mahukan menziarahi pusara ayahanda di desa? tidak tegakah bersolat sunat aidiladha bersama penduduk kampung di hari raya? Tak mampu kurungkaikan satu persatu.

Bukan rezeki tahun ini untuk sama-sama merasa kemeriahan Aidiladha di desa bersama bonda, keluarga dan warga kampung semua. Walau aku tahu suasana Aidiladha di Tumpat berlainan benar dengan apa yang ada di kota. Meriahnya tak sama, besar nya juga berbeza. Namun untuk kali ini anakanda mohon jutaan kemaafan dari bonda, kita tak dapat beraya bersama. Hanya kemaafan anakanda pohonkan dari kejauhan. Semoga bonda berbahagia bersama keluarga di hari raya.



Satu-satunya gambar kenangan arwah sedang menyembelih. Hati sayu bila terkenangkan saat ini.

Setiap kali tibanya Aidiladha, aku terkenang arwah ayah yang telah pergi buat selama-lamanya. Kehebatan dan kebolehan ayah dalam bidang penyembelihan memang sukar ditandingi oleh kawan mahupun lawan. Setiap kali tibanya Aidiladha, ayahlah yang akan menyembelih lembu-lembu qurban penduduk kampung. Kadang-kadang tidak menang tangan dibuatnya. Jumlah sembelihan kadang-kadang mencecah angka 20 hingga 30 ekor setiap kali tibanya Aidiladha. Namun, semuanya sekarang tinggal kenangan dan aku agak terkilan hasrat ayah untuk menurunkan sedikit ilmu penyembelihan kepada aku tidak kesampaian kerana ayah pergi dengan tiba-tiba.


Alhamdulillah, aku baru sahaja pulang dari surau sekolah bersama-sama dengan para pelajar Tingkatan 5 yang juga bekorban masa gembira mereka untuk tidak pulang bersama-sama berhari raya. Selepas menunaikan solat Isya' beramai-ramai, kami sama-sama bertakbir memuji keagungan Ilahi dan kemudiannya saling bermaafan untuk kesekian kalinya. Buat semua pembaca setia HOK SENGOTI, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. InsyaAllah pengorbanan kita semua akan menjadi sesuatu yang istimewa di mata Allah.

Buat bonda yang mengerti
Mohon maaf atas khilaf bicara
Mohon keampunan atas dosa dan noda
Mohon dihalalkan tiap titis susumu buat ku
Jua kasih sayang yang tak pernah putus..


Nota : Sedang berkira-kira untuk menggoreng bihun untuk hidangan di pagi raya

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

36 GENTA RASA:

Fello Ariza said...

selamat hari raya aidiladha imanshah :)

- abdul hadi abdul muti - said...

selamat hari raya aidiladha cikgu shahnon!!
ape??bihun je??masak la lemang ke, mee kari, lontong ke..baru la special..haha

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Selamat hari raya Aidil Adha

memberi perangsang kpd anak didik utk menghadapi SPM, salah satu pengorbanan juga..moga Allah menerima amalan cikgu

Wassalam

nunama said...

Selamat Hari Raya AidilAdha. :)
InsyaAllah. Sesungguhnya Dia lebih Maha Mengetahui.
Bonda Cikgu mesti faham punya.

lillies said...

salam...
selamat hari raya...wah..masak bihun goreng yea..mesti sedap...kalau ada masa, jemputla beraya ke rumah... :)

abid_PM said...

Selamat menyambut hari raya eidul adha :D

imanshah said...

Fell

salam aidiladha

imanshah said...

Hadi

haha bihun cukuplah, saya tangan bangku

imanshah said...

Rozali

terima kasih.saya doakan rozali beroleh kegembiraan di hari raya

imanshah said...

nunama

ia, ibu memang memahami.

salam aidiladha

imanshah said...

lilies.

wah jauhnya Penang, xdapat kot

imanshah said...

Abid

selamat hari raya juga untuk Abid

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

salam perkenalan...

kmu cikgu rupe nye..

SALAM AIDILAHDA CHEKGU~~~

khadijah said...

kenapa tak balik raya?
cuti sikit?


selamat hari raya cikgu:)

imanshah said...

A.F.A

ya, benaran skali, gua guru dong

imanshah said...

khadijah

haha ada hal sikit nak bereskan

mR.sYaH said...

selamat hari raya korban..

tu pun salah satu pengorbanan jugakkn..

imanshah said...

Syah

betul tu, apa saja yang kita buat atas nama pengorbanan yang ikhlas insyaallah ada balasannya

Un Phat Lee said...

selamat hari raya jugak cikgu. XD

imanshah said...

fadlee

lama menghilang?banyak assingment ke?
salam aidiladha untukmu yg berada jauh di negara orang

gabbana said...

jgn sedih cikgu, saya pon tak balik kg ni. nnt kita kelik kelate samo2 deh..?? wahahaha..

SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL ADHA cikgu..! ;)

imanshah said...

alahai gabbana

kamu raya ngan family at least..selamat hari raya yeop

Heidi Shafiq said...

uh.. sedih story ko.. T_T

salam lebaran beb..

ummuaimi said...

Salam aidiladha. Selamat berkorban. Sekali sekali berhari raya di rantau manis juga...

Wahidah said...

selamat menyambut hari lebaran...

soffea said...

salam eiduladha, cikgu iman..

sama la kite. beraya di bumi perak.. huhu.

Dinas Aldi said...

takpalah, ibu dik Iman faham panggilan tugas x mengizinkan dik Iman pulang beraya.
goreng bihun tu, tolong makankan sepinggan untuk akak naa.

imanshah said...

Heidi

Wah jangan sedey2 masa raya..salam aidiladha, tq kerana berkunjung

imanshah said...

ummuaimai

memang manis, tapi di ipoh ni macam xberaya pun, tersa kurang sangat meriahnya

imanshah said...

wahidah

terima kasih berkunjung

selamat hari raya aidiladha

imanshah said...

soffea

kau perak kat belah mana ya

imanshah said...

kak dinas

wah sedap btul bihun saya..tapi xberapa sedap pulak rasa

sumpit said...

salam..selamat hari raya...ada lagi ker bihun tu

imanshah said...

sumpit...

haha dah habis kena serbu ngan budak2

amirul said...

Sudah gorengkah bihunnya? Apapun... selamatlah semua hendaknya...

imanshah said...

sudah habis makan lorgh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget