WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, November 22, 2010

BAGAI GURU BESAR MEMBANCUH SIMEN

Sebagai seorang pencinta Bahasa Melayu, pernah kita terfikir tentang Peribahasa Bagai Tikus Membaiki Labu? Kalau nak tahu maksudnya seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya. Hurm, Aku tertanya-tanya siapakah asal yang mencipta peribahasa ini. Bukan apa kalau nak ikutnya labu mana boleh dibaiki kan, labu untuk dimakan. Dan kalau betul pun labu itu telah rosak atau busuk,  macam mana pula kita nak baikinya kan. Apatah lagi tikus, sejenis makhluk yang tak berakal seperti manusia. Manusia yang berakal pun tak boleh nak baiki labu! Oleh itu, tidak  tidak tepat untuk kita menggunakan peribahasa Bagai tikus membaiki labu  seperti yang kita gunakan sekarang. Haha, itu hanya pandangan saya sahaja. Jangan marah ya CkLah..Guru BM yang amat saya tabik spring!! 

Apapun, dah termaktub begitu warisan orang lama-lama, kita terima jelah, mungkin ada signifikannya peribahasa itu dilontarkan. Dan Alhamdulillah, ianya memang signifikan dengan apa yang berlaku kepada saya. Meter air saya rosak, dan saya cuba untuk membaikinya. Belum berkesempatan untuk memanggil technician untuk datang ke rumah. Maklumlah semalam hujung minggu. Sapa yang nak datang kan. Hurm saya cuba untuk memulas sedikit penyambung paip dengan spanar hidup dengan harapan ianya akan ketat dan akan menyebabkan air tidak meleleh keluar. Tiba-tiba..boom!! Tersembur air keluar dari penyambung paip air di metere air. Dengan paip-paip air tercabut.


Mak ai, jenuhlah pula aku nak membaiki semula. Air memang laju keluar, dah jadi macam air pancut pula. Wah menarik juga. Kebetulan kereta yang lalu lalang kat tepi pagar tu semua macam tertarik. Owh takda apa bang, inilah air pancutan yang baru saya buat kat halaman ni. Nak join ke?? haha..mandi best ni, kalau abang nak join saya mandi berhentikanlah kereta tu..!! Kataku di dalam hati melihat mereka semua yang kehairanan seperti melihat aku sedang bertarung dengan alien.


Haha tengok tu persis seorang pahlawan kan?? Nak bersilat dengan air pula. Nak masukkan balik paip pada penyambung tak dapat sebab tekanan terlalu tinggi. Pedih mata-mata. Nak tutup paip air yang besar tak tahu kat mana. Telefon sana-telefon sini. Semuanya gagal memberi jawapan yang meyakinkan. Akhirnya, satu saja jalan..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Bungkus jelah kau meter oi. Walaupun air masih keluar, sekurang-kurangnya rumah aku tidaklah menjadi tumpuan sangat. Mintak maaf kepada kerajaan Malaysia kerana membazir air kerajaan. Alhamdulillah pagi-pagi lagi tukang paip sudah sampai. Terima kasih enche technician..

Terakhirnya, boleh ke kita tukar peribahasa tu ek..bagai   guru besar membacuh simen!! Ok tak murid-murid??

Pesan imanshah :

1) Jangan main paip air

2) Belajar lah sikit bagaimana nak menyelesaikan masalah remeh-temeh berkaitan dengan kemahiran hidup ni. Contohnya repair lampu, repair paip, repair keta ke..haha. Takut malu ngan keluarga mertua tak reti apa-apa.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

48 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Haiyuooooo...itu peribahasa guru besar, Kak Ram Sing Wario ada ajar juga ka?






:D


:D

Azmi said...

haha kau bgi nasihat kat sape tu man??
haha....okeh2 btl tu kena blaja la sikit sbnyk...

imanshah said...

CkLah

haha, kak ram la yang ajar

jgn marah ek..

imanshah said...

azmi

kat aku dan engkau!!huhu

sahromnasrudin said...

salam bro..mertua aku yg ajar aku buat mendew tue huhuhuhuh

imanshah said...

rom, adeh hang

buat malu kaum jantan je

wahida said...

bagai guru besar membancuh simen? muahahaha...klaka la pulok...

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

tahniah cikgu
kerana ingin mencuba
berjaya tak berjaya belakang kira

Wassalam

gabbana said...

bagai cikgu menulis belog, bolehh..?? wahahahaha. opps. ;p

abid_PM said...

mesti time sekolah dulu ponteng kelas kemahiran hidup ni!!

tapi macam best je mandi air pancut!


:DD

::FAIZ FARISH:: said...

saya pun tak reti baiki paip jugak...

imanshah said...

wahida

haha kelaka ke?? saja je nak membetulkan peribahasa..labu tu kalau rosak mana buleh baiki kan??

imanshah said...

rozali

belum cuba belum tau

dah cuba banjir satu kuarters..haha

imanshah said...

gabbana

bukankan menulis sebahagian dari rutin cikgu juga..haha ok hapa..santai

imanshah said...

abid

kemahiran hidup subjek best, mana leh ponteng..haha kau try tengok repair

fadzilah said...

"Owh takda apa bang, inilah air pancutan yang baru saya buat kat halaman ni. Nak join ke?? haha..mandi best ni, kalau abang nak join saya mandi berhentikanlah kereta tu.."!!


p/s: kelakar baca ayat cikgu ni...hahahahaha

imanshah said...

faiz

mandi air paip reti kan??haha

imanshah said...

Fadzillah

aise...boleh join raja lawak tak??

nabilah_2908 said...

org yg lalu tu mesti terpesona melihat kecantikan air pancut tu kan..? hehehehe..

betul tu...kena tau juga sikit2..tk kira lelaki mahupun perempuan.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
HOME MADE KUIH BAKAR

nurkass said...

salam ziarah..
at least jd pengajaran kan..

p/s : erkk..tang peribahasa tu..adehh..

eszol said...

membancuh simen

kah kah kah

mana taw dulu cikgu besar tu pernah keje kontrak

haha

ala cikgu ni,cat rumah pon malas,ni nak baiki paip

haha

jgn marah

imanshah said...

nabilah

betul tu tambah2 kalau terlibat ngan kerosakan kereta di jalan raya yg sunyi..haha sapa yg nak tukarkan tayar pancit an

imanshah said...

eszok

adakah kau org yg dulu membantuku mengecat rumah??haha

imanshah said...

nurkass

camno??berani ubah??

lillies said...

salam..
lepas ni awk kena la amik kursus kemahiran ye...hehhee.....jgn marah, gurau je...sebagai praktikal, kena la buat servis baiki paip kat skolah..hehehe...

Abd Razak said...

Salam...

Membaiki paip pecah takde dalam silabus kemahiran hidup ker cikgu..?

Dinas Aldi said...

Mintak maaf akak dah tergelak besau tengok gambor dik Iman dalam air pancut tu! adehh x boleh tahan la gelak!

Qamarul said...

wer dah boleh chalenge air pancut KLCC dah.. haha

Tukang cerita said...

nasib baik akak tak balik ipoh dan lalu sebelah umah awak..
kalau tak, akak hon kan awak kuat2...
muahahahhahahhahahha....
;p

imanshah said...

lilies..tulah kalau dok kuarters dalam sekolah semuanya tersedia sebab ada technician. lampu rosak sikit panggil dia..tu yg macam selesea sikit..takpe praktikal kat sekolah ikut technician tu ok gak..haha

imanshah said...

ustaz razak

ada, tapi itu belajar masa tingkatan 2 dulu, masa tahun 1994..wow lama tu

imanshah said...

dinas

haha, gelak, gelak juga...cik abang kat umah tu tahu ke repair paip bcocq??haha

imanshah said...

Qamarul

eh??haha tapi lama umah aku huduh..haha

imanshah said...

Kak Nurul

ececeh..pernah lalu ke umah saya?? ckLah dah lalu

nunama said...

hahaha.
abes la cikgu.
Bil air bulan ni, melambung-lambung.
Emm betul3. Bukan lelaki je perlu tahu, perempuan pun kena tahu juga. :)

Mohammad Aiman said...

wah.
mak aih.
sempat lagi amik gamba?? haha

sekamar rindu said...

salam....

hahaha..antara entri yang terbaik yg pernah saya baca...

suka..:)

imanshah said...

nunama

bahagian yg pecah tu bahagian kerajaan punya, bukan saya punya..haha

imanshah said...

aiman

haha saya cekap[ bang..si zarul yg amikkan

imanshah said...

sekamar rindu

waduh, terbaik ke??award2

kakcik said...

Akhirnya kain buruk juga yang berbakti! :)

imanshah said...

Kak Cik

semua benda di dunia ini ada gunanya

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

mmg nmpak cm pahlawan melayu terakhir gamaknye ni cekgu...hehehe...style la step terakhir..hehehe

imanshah said...

Haha, pahlawan moden ni, nyamuk pun takut...

mahfudzah said...

hahahahaa..hebat cikgu:)

imanshah said...

mahfudzah..

terima kasih

mR.sYaH said...

hahah.. klu berlaku kt rumah pun akan melakukan cara yg sama gak.. hahah..

imanshah said...

syah

takde pilihankan??haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget