WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, November 24, 2010

BOYPREN U KERJA KILANG JE?

Duduk termenung pagi-pagi ni, setelah selesai  menjalankan tugas-tugas sebagai suri rumah, aku terkenang kembali kenangan lalu yang banyak mendewasakan aku. Kenangan bekerja sebelum aku mendapat pekerjaan sekarang. Sudah tentu teman-teman semua pernah bekerja di pelbagai tempat dan sektor  sebelum bertemu jodoh dengan pekerjaan sekarang? Kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki kan? Ayuh kita telusuri sedikit pengalaman aku bekerja di beberapa tempat.

1) Price Checking

Masa ni rasanya aku sedang menunggu keputusan SPM. Masa yang ada empat bulan digunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman. Tambah-tambah inilah pertama kali aku berpeluang keluar dari negeri sendiri. Alhamdulillah, aku diterima bekerja di Pasaraya Besar Carrefour, Johor Bharu. Bergajikan RM 800 termasuk elaun lebih masa, inilah gaji pertama aku. Kalau nak tahu kerja ni rumit juga, terpaksa memeriksa harga barang-barang yang dijual. Sama ada label harga barangan betuk atau tidak. Dalam masa yang sama kena buat checking barangan untuk stok. Selaunya hampir 3,000 barang sehari team price checking kena scan. Yang paling tak dapat dilupakan dengan pekerjaan ini aku terpaksa menyiasat ala-ala  James Bond. Memerlukan aku merisik harga di pasaraya pesaing berhampiran. Mak aii, cuak masa tu, takut tertangkap. Tapi adalah caranya, tak boleh dedah di sini ya. Nanti Carrefour marah chek..

2) Operator Pengeluaran Lelaki

Senang cerita aku kerja kilang lah. Masa ni rasanya aku tengah sedang bercuti panjang semester di universiti. Juga berlokasikan Bandaraya Joghor Bharu, kali ini aku bekerja di kilang memproses printer. Wah kerjanya agak mudah, aku diletakkan di bahagian QC.  Maknanya di line kami akan buat kerja-kerja memastikan printer berfungsi sebelum dipasarkan. Tapi yang tak seronoknya dapat supervisor yang garang. Ulang suara supervisor perempuan ok! Kerjanya setiap hari ialah membebel. Tapi Alhamdulillah kita nak timba pengalamankan, tidak ada pilihan. Banyak-banyak bersabar jelah. Setiap minggu ada sahaja kawan-kawan yang berhenti. Aku sempat bertahan juga selama 4 bulan. Dapat juga gelaran MAT KILANG masa tu. Tapi masa ni yang lawaknya, ada orang cakap kat my ex-gf, "Eh boyfriend u kerja kilang??"




3) Pembantu Gudang  Beras

Kali ini aku berpindah ke lokasi baru di Nilai. Inilah antara pekerjaan yang paling berat pernah aku lakukan. Bekerja di gudang ini memerlukan tenaga yang banyak. maklumlah nak kena angkat-mengangkat beras, bukan sahaja dalam kuantiti 10 kg, tapi berguni-guni. Apabila lori beras sampai, yang nak membantu menurunkan beras ke gudang kita. Dan apabila ada customer yang nak membeli beras, kita juga yang akan menaikkan beras di atas lori atau van. Mujurlah, dibesarkan sebagai budak kampung yang sudah biasa dengan kerja-kerja mengangkat dan memikul guni-guni padi, sedikit sebanyak membantu. Tapi yang penting waktu ni badan agak 'tough' la. Hahaha..

Nota kaki Imanshah :

Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga.  Menurut Islam, setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia merupakan satu ibadat. Apapun pekerjaan yang kita lakukan, laksanakanlah dengan penuh bertanggungjawab, ikhlas serta amanah. Aku akan sentiasa ingat kata-kata ustazah aku daulu, Ustazah Zawariah.

"Kalau kita kerja ikhlas, dan banyak mempermudahkan orang lain, InsyaAllah, Allah akan memudahkan kita. Kalau  tak dapat kat kita, anak-anak kita dan keluarga kita yang dapat"


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

56 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Kau suri rumah siapa Imanshah?



:D

imanshah said...

CKlah..haha suri rumah spa ek..haha

alah mengemas rumah, basuh baju, buat sandwich tadi..boleh dikira suri rumah lah ye..??

sahromnasrudin said...

itu bukan suri rumah..itu sura rumah la hahahahahha

SiNoMoSa said...

Salam Imanshah,

Dalam Islam kita disarankan untuk mencari pasangan yang sekufu..
Islam itu indah bukan? Ada hikmah tersirat mengapa kita disaran berbuat demikian.
Percaturan Allah itu cantik..
Namun perlu diingatkan, sekufu itu luas aspeknya bukan sahaja dari segi ekonomi..pjg lebar jika ingin dikupaskan.

Tetapi mostly perempuan tidak kisah jika mendapat pasangan yang rendah tahap pendidikan darinya..tetapi lelaki?? maaf berkata kebanyakkannya ego huhu..

imanshah said...

Rom

Oh ye ke?? aku rasa nak buat entri pasal sura rumah lah..hahhahaha

NuR si CiKGu RiBeNa said...

amboi
rajinnya cikgu kita yg sorang ni
eh cikgu nape tak balik kg..?

imanshah said...

Sinomosa

betul2, saya pun tak kisah kalau dapat isteri yg lebih berjawatan tinggi dari saya..walaupun saya hanya pekerja kilang

imanshah said...

nur

belum balik, masih di ipoh..nak ke sarawak dulu, then setle kan grand dinner tingkatan 5 selepas depa habis xam nanti..then baru balik

Kalamhati said...

yg penting kerja halal dan berilmu..
kalu akak, akak tak kisah kerja apa pun..cuma yg penting biarlah berilmu sikit..

suami member akak, kelulusan spm jer, tp buka kedai buku..gaya pemikiran kalah org blaja u..ilmu agama pun ada..

imanshah said...

kak wan

betul tu, pilih la yang beragama kan kak??

ikan emas said...

pengalaman mengajar kita erti kehidupan..banyak dirasa banyak pula yang kita pelajari..

berapa ramai yg nak buat kerja berat masa cuti ni ???

...tak pernah rasa kerja kilang tapi makan duit orang kilang...

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

banyak pengalaman cikgu yerrr

jadi suri rumahh...
boleh ikut sunah Nabi
Insyaallah

Wassalam

imanshah said...

ikan emas

haha tu suami orang kuat kilang la tu..pengalaman mendewasakan kita

imanshah said...

rozali

Ada sikit2, ni belum masuk bab tanam tembakau ngan padi lagi ni

::FAIZ FARISH:: said...

I like to read.... bestkan kerja partime...

imanshah said...

Faiz


best jugak..ni cuti sebulan ni xtau nak buat apa ntah..makan tido makan tido

sekamar rindu said...

salam..

pengalaman keje yang sangat mematang seseorang...

imanshah said...

Sekamar rindu

tapi yalah kerja2 yang tak mecabar sangat..kalau boleh jadi angkasawan negara kan best..haha berangan kuat benor

gabbana said...

eh pernah ada ex...? o_O

*koff koff*

pape pon, mearik baca pengalaman anda. kerjalah apa-apa pon, asalkan halal dan diredhaiNya.. ;)

imanshah said...

Gabbana

hah?kenapa xpervcaya? kau ingat aku tak romeo??

makdara TERdiva said...

salam,
MDT tak pernah kerja kilang..tu yg teringin sangat2 nak merasa sbb mcm shiokk jer keje shif malam..haha!

imanshah said...

MDT

syok sebab leh tinggal anak kat suami..haha jgn marah

nurkass said...

salam imanshah..
amboi mentang2 tak ngajo jadi suri rumah la yek..
erk..tghari ni masak ape..dh beli lauk ke..hehe

p/s : suka kata2 tu..sgt bermakna..

ibuintan said...

salam iman,

masak apa tengahari ni? alahaii anak omak..

ibu pun pernah jadi minah kilang selepas SPM dulu... tak kisah kerja apa pun janji halal

Mohammad Aiman said...

no wonder cikgu imanshah sihat sejahtera alhamdulillah...


cume sejak kat sekolah, badan dah makin 3d? :)

imanshah said...

Nurkass

makan restoren cukup..haha

imanshah said...

ibuintan..bestkan jadi operator pengeluaran wanita..tapi tang solat yang tak best..selalu kena cuti3 semayang masa kat kilang saya..itu dululah, sekarang tak tahu

imanshah said...

aiman

wah 3d? overlah tu,, setakat sama kurus ngan kamu mana ada 2d lagi..hiperbola lah..hahaha

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

tingat ms keja jd cashier kat JUSCO..sonok wooo...

imanshah said...

A.F.A

seronok sebab dapat cuci mata an??huhu

nunama said...

Waah! Sume kat Johor.
hehe. Ikut member balik rumah dia eah?
Agaknye kan Cikgu, pasni, kawan ex-gf Cikgu tu ckp mcm ni,
"Aeh, ex-bf ko dah jadi Cikgu ye?"
hahahaha. Memandang darjat betul. huhe

imanshah said...

Nunama

Johor sebab kakak saya dok kat sana masatu..

eh bukan macam tu..dia akan cakap macam ni

Eh X-BF ko tu dapat jadi cikgu je kah??huhu

fadzilah said...

ruginya ex-girlfriend cikgu, bkn senang nk cari lelaki yg sudi jd suri rumah mcm cikgu imanshah ni...hahahaha

soffea said...

betul. betul. rezeki Allah dh tetapkan. tapi kite perlu usaha n cari :)

best jugak pengalaman keje byk2 tu kan.. sy tak penah pon.. huhu..

nway, best of luck utk profession skrg ni ;)

imanshah said...

Fadzillah

hahahahahaha terguling2 saya gelak

imanshah said...

soffea

tq dan best of luck juga untuk kamuu ya!!baik2 jadi cikgu

nabilah_2908 said...

pengalaman itu la yg sngt berharga dlm hidup kita kan..?

bila org tnya sy kerja apa...sy suka jawab kerja kilang...

then sy suka tgk reaksi org tu mcm mana...kebnykkan nya mesti menganggap kerja sy ada lah sbg operator pengeluaran...

ada gak yg kata..belajar tinggi2...keje kilang jer...?

perlu di ingtkan kerja di kilang bukan keje sbg operator pengeluaran saja kan...?? ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
COMMENT BOX

imanshah said...

nabilah betul2

abng saya pun kerja kilang, tapi enggineer kilang..haha

wahida said...

sesungguhnye segala pekerjaan yg kita kerjakan dulu mematangkan lg kita...berfikir betapa susahnyer orang lain mencari rezeki yg halal...

imanshah said...

Wahida

betul tu, cuba kita meletakkan diri kita dalam kasut seorang tukang sapu kan...bersyukurlah

h A n Y S said...

kalau masa kerja as pembantu gudang beras badan tough, sekarang pulak mcm mana? heh heh heh~ ;D

imanshah said...

hanys

sekarang dah macam tong drum hahahahahaha

khaifaiz said...

kenangan lalu amat memotivasikan diri

imanshah said...

Khaifaiz

semestinya, makin kita belum berjaya, makin kita berusaha untuk berada di tempat sekarang..tp jgnlah dengan cara tak bermoral seperti menjatuhkan orang lain

Tukang cerita said...

keja kilang pun tkpe, janji beriman...

Dinas Aldi said...

heheheh suri rumah, lawakla dik Iman ni :)

Abd Razak said...

Salam...

Kerja kilang pun dapat gaji halal kan!


:)

hysman said...

haiyaa...
keje k4 kah??
dekat je dgn umah saye cikgu oii...
hahaha...
keje kilang pon halal per,asal tak merempit kat highway tebrau..
hohoho....

imanshah said...

TC

betul2, beriman macam diriku ok tak??kata nak kenlkan dengan gadis PARIT, mana nyer

imanshah said...

Kak Dinas

rupanya salah ek

imanshah said...

ustaz Razak, betul halal..

cuma kadang2 saya tengok kerja kilang ni susah sikit nak solat

imanshah said...

man

masa tu teman dok kat TAMAN MOLEK

Azmi said...

wah..jeles weh..
aku tak pernah merasa duit sendiri sebab tak pernah keje

imanshah said...

Mi

ang memang anak mak

Admin P@P said...

Assalamualaikum saudara Iman.
Pengalaman yang lalu merupakan pelajaran yang amat berharga buat saudara.

Tahniah. Saya sendiri tidak berpeluang menimba pengalaman sebanyak itu.

TQ

imanshah said...

Admin

alhamdulillah, saya juga ada pengalaman bekerja di restoren dan sebagai guru tuisyen..alhamdulillah

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget