WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, November 17, 2010

CUBA LAGI TAHUN DEPAN YA!!


Salam buat semua. Bagimana dengan sambutan Aidiladha? Harap-harap takd ada lembu yang terlepas. Nak bercerita pasal sambutan hari raya di Ipoh, rasanya takde yang menarik. Aku tengok sama je macam hari-hari lain. Tadi dapat sms dari anak saudara mengatakan menu kami di kampung hari ini ialah nasi dagang. Hurm, kecur juga mulut mengenangkan makanan feveret aku. Apapun, Aidiladha telahpun berlalu untuk tahun ini. Semoga Allah terus memberikan nikmat untuk kita bertemu dengan Aidiladha pada tahun hadapan.

Entri kali ini berkaitan dengan permohonan pertukaran bagi tahun 2011.

Terkenang kata-kata gembira sahabat baikku Encik I..

"Esok insyaAllah merupakan hari gembira kita berdua. InsyaAllah, kita akan dapat bro!!"

"Mudah-mudahan, semoga Alah merestui. Namun jangan berharap sangat,  apa-apa boleh berlaku.."

Hari yang ditunggu-tunggu pada 15 November  yang lalu telah tiba dan aku juga menerima keputusan tersebut walau tak seperti yang aku harapkan. Boleh tengok sendirilah keputusannya di bawah ini.


Apa nak kata lagi?? Sabar jelah walau aku tahu ini adalah permainan politik pihak yang berkepentingan. Sudah tiada rezeki kali ini untuk bergerak. Namun terkenang kata-kata arwah ayah, di mana kita berkhidmat berikanlah tumpah setia yang tidak berbelah bahagi. Mengambilnya sebagai sesuatu yang positif, aku berharap aku dapat memberikan komitmen kepada alma mater ini dengan lebih bersemangat lagi pada tahun ini walau hati meronta-ronta untuk berada di tempat yang baru. Ada hikmah yang  tersembunyi. Buat kali kesekian kalinya terpaksa lagi memujuk hati, terpaksa lagi mengikut rentak tari yang begitu canggung dan sumbang. 

Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjayaMereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana.

Sedikit ekspresi dari parent dan pelajar aku tentang KEGAGALAN aku di muka buku.



Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjayaMereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana.

Nota : Buka balik barang-barang dalam kotak!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

48 GENTA RASA:

amirul said...

Salam AidilAdha Imanshah... InsyaAllah adalah rezeki untuk bertukar nanti... banyakkan bersabar ye... :)

Perghhh! belum apa2 lagi dah siap packing ye? hehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

tak pe laaa..myb rezki kamu kat perak nuuunn..trime la seadanya...lg pon tugas guru ni sgt2 mulia..

teringat zaman blajar syg gile kat sorg guru ni...hehehe

imanshah said...

amirul

packing tu sebab dah yakin dapat..tapi yelah ada org masih nak kita di sini an

imanshah said...

A.F.A

Wah sayang kat cikgu mana tu?? ingat sayang kat cg Imanshah

- abdul hadi abdul muti - said...

at least cikgu da cube..tahun depan try la lagi..tapi jangan la mengharap sangat.kalau tak dapat,kan dah frust macam sekarang ni.
selamat hari raye!!

imanshah said...

hadi

frust la jugak..tapi keadaan dah tak sama macam kamu ada..politiking btul

- abdul hadi abdul muti - said...

cikgu tak puas hati sebab kes gune orang dalam ke?

imanshah said...

saya pun ada kabel ma, cg izaheri pun ada..tapi haha kena PANCUNG

amirul said...

Imanshah,

Baru terbaca entri kemalangan itu... ngerilah... mujur anda tidak apa2... alhamdulillah... semoga sentiasa berhati2 dijalanraya..

imanshah said...

amirul..

haha tulah, dah setahun lebey dah..apapun alhamdulillah saya selamat

fadzilah said...

sabarla cikgu...mungkin tahun ni bukan rezeki cikgu...mana tau tahun depan ader rezeki dpt tukar...cikgu nak tukar mana? ngajar kat perak pun ok juga.

imanshah said...

saya memang nak ngajar kat perak lagi.cuma nak mohon keluar dari ini je..haha

takpelah, sabar je

SiNoMoSa said...

Salam Aidiladha Cikgu Iman,

Bawa bersabar..maknanya khidmat anda masih berharga lagi di situ..
Teruskan mengembleng tenaga tanpa berbelah bagi ok..dan cuba lagi tahun depan hehe

imanshah said...

sinomosa

hurm, insyaallah saya akan terus berkhidmat..sebenarnya ini sudah masuk kali ke-4 saya mohon bertukar dan ke empat2 kali gagal

ProfHariz said...

Sabar cikgu.. Ada hikmahnya tuh :)


New Entry ProfHariz
AidilAdha Saya Korban! Anda?

imanshah said...

hariz


caner raya hari ni..banyak kau korban?

nas said...

selamat menyambut aidil adha bro..
eh..awak guru upenyer...xtahu plak aku..hehehhee.

imanshah said...

nas

haha dah tahu kan? guru pun manusia biasa jugak..haha

Wan Zulqhairi said...

berkorban cuti... tak balek raya... uwaaa.... ada final exam... T__T

imanshah said...

wan

itu pun pengorbanna jugak..haha

selamat hari raya wan

ibuintan said...

slamat hari raya Iman,

sabar saja.. bulan mac tahun depan cuba lagi..

sekolah ibu pun sama, 9 orang mohon tukar hanya seorang yang diluluskan..

Insan Marhaen said...

biasa la. kita pekerja marhaen ni kekadang jadi kambing hitam...

abid_PM said...

ramai yang sayang cikgu :D

Izzah Al-Maliziyyah said...

Fasobrun jameel~

Uthman AG said...

sy tahu hati cgu xde kt sini
tp nk wat cmne..da xde rezeki

papehalp0n, kami sentiase memerlukan cgu dan mengh0rmati keputusan cgu :)

mR.sYaH said...

mgkn bkn sekarang.. sabar yerk... biasalah dh hidup dlm dunia mcm tu..

Ikmal Fayadh said...

mudah-mudahan ada rezeki lepas nih. eh cikgu,,kalau dapat sekolah yang ada pelajar perempuan best juga ye tak? sejuk mata memandang gitu. kan? hehe

Muhamad Zaki Zafir said...

betul,bab politik kantor/politik pejabat ni.baru dgr mak sedara membebel pasal penilaian prestasi dibuat oleh individu yg berjwtn itu shj, so kalau tak ngam dgn dia, habisla.

Abd Razak said...

Salam Eid Mubarak...

Takpe cuba lagi tahun depan ya! Semangat pengorbanan mesti diteruskan..

imanshah said...

ibuintan

haha, kami 20 orang mohon, dua je dapat, betul lah tu

imanshah said...

Im

betul2, ditolak sana sini, di suruh itu ini, tapi peliknya kita dicop pembangkang..tang buat kerja kita juga yang dicarik..bila mohon tukar haram tak mahu lepas

imanshah said...

Abid

saya bertahan di situ sebab murid2 saya..seriusly

imanshah said...

izzah

innallah hamassobirin

imanshah said...

uthman

haha kamu pun tahu kan politiking kat sekolah kita?? terbaru cg badri pun dah kuar

imanshah said...

Syah

betul, mungkin ada yg lebih baik nak datang selepas ni

imanshah said...

Fayyadh

tersa ingin ke Seri Puteri lah..hehe

imanshah said...

Zaki

dimana2 pun ada yg begini..habislah, kena selalu jadi pak turut dan kaki kipas la jawabnya

imanshah said...

Ustaz razak

insyaallah semangat pengorbanan akan terus menyala di hati

ummu said...

Salam Iman
tak pe,semoga ada hikmahnya.
kat sekolah akak,semua yang minta tukar (luar negeri) takde yang dpt,akak ada melihat wajah sedih di wajah mereka. maklumlah anak dan suami beratus batu jauhnya....
akak pun pernah berada di situasi PJJ ini dan tahu bagaimana peritnya hati ibu2/isteri ini
"di mana kita berkhidmat berikanlah tumpah setia yang tidak berbelah bahagi"

setuju dgn kenyataan ini, Iman..
dan inolah yang ayah akak pesan dulu

Dinas Aldi said...

walaupun sedih x dapat tukar tapi tengok tu, ramai yg hepi dik Iman x dapat tukar, dema masih perlukan dik Iman di situ. rezeki dik Iman masih di situ, teruskan khidmatmu!

Atikah said...

Salam cikgu,

Ada hikmah tu tak dpt tukar... nak jumpa jodoh kat sana kot... ahaks... hehehe

Uthman AG said...

eeh,cgu badri?kenapa nk kuar plak.angin takde ribut takde.tibe2 plak nk kuar?

imanshah said...

ummu

tulah ada kengkawn yg suami di kedah, isteri di penang..kasihan mereka.takpalah saya yang bujang ni lagi kena banyak bersabar

imanshah said...

kak dinas..hurm yalah murid2 ni yg banyak bagi kekuatan pada kita sebenarnya

imanshah said...

Atikah..haha jodoh kat sini macam mana dah 8 tahun dah tak ketemu juga

imanshah said...

Uthman

ya, pg mckk

biasalah ini namanya politik

darkbatman said...

klau ade rezeki InsyaAllah dpt bro.. jgn putus asa..
lgpun, kdg2 bile ad mainan politik peluang 2 mmg susah. kene bykkan sbr.

imanshah said...

Darkman

itulah, bersabar sebahagian Iman

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget