WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 30, 2010

GAMBIR SARAWAK, TALAK KAWEN PUN BOLEH PAKAI JUGA..

Wah lama sungguh beta tidak bersiaran. Eh CkLah marah, guna ganti nama yang sesuai ok. Beta untuk sultan atau raja. Ok2, rindu betul nak bersiaran, tapi yalah, apakan daya, urusan di luar kota perlu diselesaikan. Malam ni, aku kembali lagi untuk kesekian kalinya, bukan sahaja mengubat kerinduan teman-teman semua, tapi juga yang lebih utama, memang hati ni tak tahan nak berblog selama 4 hari di bumi Rentap, bumi Kenyalang. Al-hamdulillah, aku telah kembali ke Ipoh setelah 4 hari berkelana di bumi Miri, Sarawak. Aku sebenarnya mengunjungi bekas pelajarku tahun 2006 yang kini sedang membuat praktikal sebagai bakal Jurutera Petroleum di Miri, Sarawak. Kira ada banyak kelebihananya kalau kita terus berhubungan dengan bekas pelajar ni kan, at least, transport dan lojing dah lepas. Tinggal nak bayar duit minyak je kan. Tu belum lagi pelajar-pelajar yang bertebaran di London, Mesir, Australia, New Zealand, Jepun dan banyak lagi..semua dok jemput pergi. Sabaq na, satu-satu!! Baiaklah, tak mau panjang-panjang, kita terjah beberapa gambar yang aku pilih untuk bersiaran.


 Gambar ini aku ambil di hadapan Miri Handicraft Centre. Tak banyak yang aku beli, sebab ini kunjungan aku kali ke dua ke Sarawak.Masa di Kuching hari tu dah banyak aku borong. Lagipun, beradikiparkan orang Sarawak, banyak benar barangan Sarawak kat rumah tu. Dah tak tahu apa yang nak beli.


Kesempatan mengunjungi Miri tidak sah kalau tidak mengunjungi Muzium Petroleum yang terletak di  "Kanada Hill". Banyak pengetahuan dan maklumat berkaitan sejarah cari gali minyak, penubuhan petronas, bagaimana proses cari gali dan sebagainya ada di sini. Setakat belajar sedikit dalam silibus Geografi rasanya taklah membantu sangat. Datanglah dan dapatkanlah pengalaman bermakna di sini. Dikatakan Kanada Hill ini tempat bermulanya carigali minyak dijalankan sewaktu zaman pemerintahan British. Ianya dikatakan bermula pada tahun 1910.Kira-kira sedekad yang lalu. Penduduk Miri memang berbangga dengan jolokan "Oil Town". Kita selalu beranggapan minyak hanya ada di lauatan, namun setelah berpeluang mengunjungi muzium ini, barulah aku tahu bahawa minyak juga banyak terdapat di  daratan. Dan dikatakan Miri mempunyai 4 kawasan daratan yang mempunyai minyak di bawahnya.
  

Inilah pemandangan Bandaraya Miri dari Kanada Hill. Sebuah bandaraya minyak yang menyimpan pelbagai khazanah alam yang cukup berharga. Cuma aku sedikit ralat sebab hasrat untuk mengunjungi Gua Niah tak dapat direalisasikan kerana kekangan masa. InsyaAllah akan berkunjung semula ke sini apabila masa dan keadaan mengizinkan.


Eh2, hang boye pun nak tunjuk ka?? Kat Zoo Negara banyak aih..alah cik Kiah, alang-alang dah sampai sini, orang bawakkan, kita ikut jelah. Buaya-buaya yang sedang berfoya-foya di dalam kolam. Serius Taman Buaya Miri ni rasanya memiliki buaya yang teramai kot..eh terbanyak. Ada dalam 200 ekor, semua spesis ada..Semua jenis ada, jantan, betina, pondan (ada ka?), anak buaya, ibu buaya, bapak buaya. Berbeza dengan Taman Buaya yang pernah aku kunjungi sebelum ini. Selain buaya, di sana ada juga binatang-binatang lain seperti lembu, kambing, burung, ular, beruang, minyet..eh banyak nya nak senaraikan. Jemput datang tengok sendiri. Bayarannya tak mahal RM 15 sahaja.


Ha, yang ni memang takda kat semenanjung. Kalau ada sah-sah tak berapa sedap dan tak dikomersilkan. Kek Lapis Sarawak. Macam-macam perisa dan perasa ada. Durian, cokelat, strawberi, bunga api..tapi yalah, aku ni bukan suka sangat kek ni. Kecik-kecik dulu bukan orang kaya, jadi kek-kek ni mana lah  pernah jumpa. Itu bila dah besar panjang ni, tak berapa suka kek.  Beli setakat dua-tiga ketul cukuplah. Takut berharap orang kat rumah kan. 


Ni pula indahnya Pantai Luak Esplanade, tempat orang-orang Miri beriadah. Yang menariknya di sini semua bangsa ada berkumpul bagi meraikan hujung minggu mereka. Maka, berbaris-barislah penjaja di sini. dan makanan terkenal di jual di sini ialah Bontot Ayam Percik dan Kepak Ayam Percik. Boleh dikatakan semua gerai menjual menu ini. Agak terkejutlah juga kan..yalah..kontreversi betul makanan itu..haha..


Wah inilah yang paling aku suka, langit khirmizi nan indah di waktu petang. Gambar ini dirakamkan pada jam 6.00 petang kot sewaktu matahari hampir terbenam. Sungguh indah ciptaan Ilahi, membuatkan hati terasa sayu mengenangkan diri ini. Yalah hebatnya ciptaan Allah, kita nak buat kek sebiji pun kadang2  hangus kan. Gambar ini aku snap dari Marina Bay, sebuah restoren yang terkenal di Miri.


Yumyumyum...sedap kan. Seafood di sini terbaik lah!! Kalau nak makan seafood yang halal, boleh berkunjung ke Marina Bay..InsyaAllah di sini disediakan pelbagai juadah seafood yang sungguh meneyelerakan. Harga??Hurm, boleh tahan jugalah. Tapi orang kata alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke ketiak masam..hoho. Boleh?? Selamat menjamu selera untuk aku..

Banyak lagi sebenarnya tempat yang aku kunjungi, tapi takut kalian semua bosan kan..Yalah asyik cerita aku jalan-jalan je. Sewaktu singgah sekitar Pasar Miri kan, adalah apek tua ni panggil aku..

"Lu mau ka itu gambir Sarwak..?"

Dalam hati, aish kat Miri pun ada..Ingat kat Kuching je..

"Haiya apek, gambir sarawak buat apa.."

Lalu apek mendekati aku, dan berbisik sesuatu..

"Sorry pek..gua belum kahwin la..."

"Hayya olang muda, talak kawen pun tapa..boleh pakai. Kalau tak mau ini kasi  kawan-kawan la.."

Hahaha, sapa mau, habaq mai..??

Notakaki Imanshah :

Terima kasih buat Saudara Ikhwan yang telah menyediakan rumah dan kenderaan buat cikgu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

51 GENTA RASA:

a kl citizen said...

wah saspennya, gambir sarawak buat apa ya?

ckLah@xiiinam said...

Wahhh.....buah tangan pertama dari Sarawak.
Mana jajan ckLah?




SSSYYYYY! Sultan Selangor murka tadi....tak tengok?


;D

Citarasa Rinduan said...

cikgu...selamat kembali ya,

alahai..bab gambir tu..agak2 kena serah pada yang sewajarnya..

macam saya nie nak kek lapis boleh ker?...nampak sedap jer, setuju sangat kata-kata cikgu tu...kalau dimalaysia rasa dah lain benor

psst:semoga hok sengoti berjaya..all the best for BPM

SiNoMoSa said...

Salam Imanshah,

Miri? menarik jugak..wokeh bleh masuk dalam kalender pelancongan..
Sy baru sampai Kuching je huhu

imanshah said...

Kak Normah..haha ntahlah..saya dan apek tu je tahu

imanshah said...

cKlah

nak apa, habaq mai..eh sultan s murka ka?? adoi ampuan tuanku

imanshah said...

AYu

Haha dah jenguk BPM tadi, aha, ada 31 vote je..jauh ketinggalan..tak fofular lah..haha

imanshah said...

sinomosa

wah orang kuching ka??

azzey said...

imanshah: gambir sarawak? ha3......

sahromnasrudin said...

salam bro..aku tak pernah sampai kuching kerana aku tak suka kucing heheheh...

imanshah said...

azzey

mau cuba ka..haha

imanshah said...

sahrom

jom2 kita g sarawak nak??

ish apa kaitan kucing ngan kuching??kat kuching mana kucing

eszol said...

saya nak cikgu

bak sini sikit

haha

lupa nak kirim kek lapis

aish

ibuintan said...

welcome back... wah, seronoknya jenjalan Miri...

kat rumah dah banyak buahtangan dari Sarawak so hulur2 lah kat sini barang seketul dua... jangan gambir udah le.... hehehe

imanshah said...

Eszol

ang nak buat apa?/budak2 bawah umoq lagi tu

imanshah said...

ibuintan

haha, bukan apa, adk ipar saya orang bintulu, so dia dah selalu belikan kraftangan sarawak bla balik semenanjung..

eh gambir tak mau ka??

Dinas Aldi said...

wahhh, di Miri ada Kanada..Hill! apa ni letak gambar seafood sedap & kek lapis, x aci la!
err..akak x payah tanya la kot pasal gambir tu, urusan orang lelaki tu rasanya..ngeh ngeh

Fakhrur Razi berkata said...

woahhh
best betul ad anak2 murid cmnih ;P
kek lapis tuh nmpk sdp owhh

ps: err jap gambir sarawak guna utk ap tu? lol

imanshah said...

kak dinas

haha, entah camne dapat nama kanada hill kan..haha

aci ada kat umah, nak bukak pintu..sedap wooo seafood, sehingga menjilat pinggan

imanshah said...

fakhrul

nak tau guna apa pm kat inbox FB..kuikui

Abd Razak said...

Salam cikgu...

Gambir tu cikgu boleh beli untuk ubat sakit gigi, langkah pertama sebelum jumpa doktor gigi.

Kalau sakit gigi gosok kat bahagian yang sakit tu dan ianya akan jadi kebas..

Cikbelog said...

gambir sarawak tu untuk apa?

imanshah said...

ustaz razak..

tau2, ada juga dia cakap guna untuk sakit gigi..

haha tengok tu, ada lagi kegunaan dia kengkawan, jgn dok pk kegunaan lain je

imanshah said...

Cikbelog

Mneurut apek itu, gambir sarawak boleh meningkatkan hubungan suami isteri

selain itu boleh juga buat ubat sakit gg

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

best nye dok p jenjalan...

*hahaha..gmabir sarawak!!!!

imanshah said...

A.F.A

oklah seronok juga dari takdo koja dok terlangut kat umah...kat malaysia pun macam2 tempat menarik ado

Azmi said...

wah pos sini sikit kek lapis tu..
haha..
aku tak pernah ke sarawak lagi...

imanshah said...

azmi

dah tu pg lah..xmahal pown, setakat 3 rat je..

sekamar rindu said...

salam...


bestnya gi miri..melihat gambar di blog ini..dapat gambarkan betapa bestnya berada di miri tu..

imanshah said...

cikgu sekamar rindu

alhamdulillah bolehlah, kenangan terpahat di memori

amirul said...

Alhamdulillah... dah selamat kembali... memang entri Iman dinanti2kan... hehe... perghhh cuti yg penuh manfaat... :)

soffea said...

wah.. rindunye sarawak.. jeles. jeles. p sane tak ajak saye pon. eh??

anyway, sy pon ade gmbar dpn miri handicraft tu. dh p marina bay, esplanade, dan dan dan.. sy dah smpai gua niah.. jeles tak? jeles tak?? hehe :)

rindu kek lapis sarawak. ade bwk lebih tak? nakkk.. hahhaa.

soffea said...

iman :)
follower kite dh tak same la. anda dah lebih da ;)

p/s: gambir sarawak tu merata dijual. dulu salu pelik untuk ape. smpai la member pompuan tu p tanye pakcik yg jual gambir tu.. pakcik tu senyum je. pastu kene gelak ngan member2 lelaki. haha. nasib bukan saye yg tanye. hehe.

mR.sYaH said...

wah best dpt jln2 ni...

p/s; ambik jelah cikgu, buat simpanan.. hehe..

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

Kami telah undi blog ko dahhhhh......

ohhhh aku guna kat tempat sakit gigi aje..... biarkan kebas-kebas kurang sikit sakitnyerrr

imanshah said...

Amirul

wah ada juga yang nantikan entri dari saya..wahaha..apapun terima kasihlah sellau singgah di sini dan turnkan sedikit jejak anda

imanshah said...

soffea

ni yang jeles ni..memang xsempat g gua niah...takpe nanti2 saya datang lagi..eh ye ke dah x sama?? ahah saya dah 394 orang lah

imanshah said...

shah

alhamdulillah, cuti panjang kita jalan2 jelah

imanshah said...

afzainizam

terima kasih atas kunjungan..akan dikunjungi juga blog saudara..terima ksih juga kerana telah mengundi..haha

saiazuan said...

wow aq dgr tmn buaya kt srwk ni buaya dia ganas2.. btl ke?

imanshah said...

saiazuan

haha ye ke?? tapi makan daging banyak tol..kena bagi daging berkilo hari2..orang sarawak dah besa ngan buaya tu

Izzah Al-Maliziyyah said...
This comment has been removed by the author.
Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt. Wah, sesekali realitikan percutian pendek kat tanah jajahan Borneo ni best juga ya~

Tambahan: Mesti 'pua kumbu' (kain alas perabot) kat sana murah-murah.

kakcik said...

Kakcik suka Miri dan terlebih suka dengan Nasi Ayam Lalapannya! :)

imanshah said...

izzah

ada juga beli tapi yang bukan original lah..yang cop sudah!!

imanshah said...

kakcik

saya dah cuba, hurm banyaknya belacan..xlalu den

Atikah said...

Salam cikgu,

Saya nak kek lapis... hehehe

imanshah said...

Atikah

mehle rumah, sila2

Mr.Ix said...

gambir sarawak cmne erk rupanya? x pernah tgk lak....

imanshah said...

Mr ix

ado2..mai sini nak tunjuk..haha

Azham Vosovic said...

sy x tau apa kegunaan gambir heheh... mcm rahsia je huhuhu....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget