WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, November 19, 2010

HARI DAGING SEDUNIA

Selamat hari Raya ke-3 ye kengkawan. Hari ini saya bersiaran selepas  usai menunaikan Solat Jumaat. khutbah yang disampaikan banyak memberi kesedaran dan  pengajaran. InsyaAllah saya akan update tentang kandungan khutbah hari ini dalam entri yang berikutnya. Bagaimana dengan Aidiladha semua? Masih pening melihat darah lembu? Apapun kali ni saya nak buatkan entri berkaitan daging lembu. Bukan senang nak bagi penghargaan pada majhluk yang bernama lembu ni kan. Oklah toksah panjang-panjang cerita, di sekolah saya semalam turut berlangsung program sembelihan Qurban melibatkan empat ekor lembu. Wah! empat ekor tu banyak juga. Namun, jangan bimbang, kebetulan pelajar-pelajar tingkatan lima masih belum pulang kerana menantikan peperiksaan SPM. Merekalah yang menjadi tukang segalanya. Daru tukang tarik lembu, melapah sehinggalah kepda tukang bahagikan daging korban. Haha, mujor tak dilantik mereka sebagai TUKANG SEMBELIH lembu.


Ginilah gamaknya kepakaran yang ditunjukkan dalam melapah, memotong daging, tulang dan sebagainya. Mujor tidak hancur daging-daging dikerjakan. Namun, tak dinafikan dengan bantuan askar-askar ini kerja menjadi mudah dan cepat. Terima kasih ya, tahun terakhir anda di sini, pengalaman yang tak dapat dilupakan.


Selesai melapah dan memotong, inilah aktiviti seterusnya. Membahagikan daging kepada guru-guru, staff sokongan, ibu bapa dan juga sukarelaan dari luar. Bagi betul-betul, nanti ada yang tak dapat. Nak dijadikan cerita, sebab ramai yang tak hadir, saya dapat 4 kg daging. Alhamdulillah, saya nak kembalikan kepada budak-budak. Belah malam nanti kami nak buat BBQ. Tapi tang tulang tu memang laris, macam pisang goreng panas. Sekejap sahaja habis!!


Inilah sebahagian daging dan udang yang nak dibuat BBQ. Tu kalau nak tahu daging tu saya yang potong. Alamak macam tak cantik je. Balun jelah, janji boleh bakar. Kemudian, bahan-bahan BBQ dimasukkan. Nak tahu siapa yang buat? Sayalah.. Haha, jangan marah. Saya yang tak tahu masak pun boleh buat awas BBQ. Sebenarnya awasnya saya beli di Tesco jenama Knorr. Haha ready made sudah..


Proses mebakar bermula Sebagai raja, beta hanya melihat sahaja rakyat jelata berkerja. Malam tu pula nak dijadikan cerita hujan lebat. Namun, semuanya berjalan dengan lancar. Baunya sahaja dah menusuk ke lubang hidung jantung semua.. Nyam2..tak sabar nak makan!! Masa untuk membuncitkan perut dan meraikan Hari Daging Sedunia!! Ahah...


Makan time!! Setelah bertungkus-lumus membakar, mengipas, meniup api dan sebagainya. akhirnya masa untuk menjamu selera pun tiba. Hurm, sedap juga rasanya. Pandai cikgu kamu ni memerap daging BBQ ya. Tapi ke mana sorang lagi anak cikgu?? Cari punya cari..Di sini rupanya....


Tertidur pula si Azin kepenatan mengipas  BBQ. Dah-dah bangun, semua orang nak makan ni, tunggu kamu sorang je. Apaun, tema BBQ malam ni daging kira ok lah berjaya juga. Tapi saya tak makan banyak pun. Bimbang kolestrol tinggi. Maklumlah usia-usia dan hampir senja ni, semuanya kena berhati-hati, kena beringat. Oklah kepada yang pertama kali singgah di Hok Sengoti..masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat Hari Raya  EidulAdha!!

Pesan saya buat semua:



Bukan semua manusia yang diberi anugerah akal boleh menggadaikan nyawa demi Allah, tetapi haiwan berjaya melakukannya setiap tahun....


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

50 GENTA RASA:

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

mukin cari ini, salah satu pemberi semangat kpd anak murid untuk menduduki SPM yg akan tiba

Syabas cikgu

Wassalam

imanshah said...

Rozali.. betul tu kita libatkan mereka bersama, ceritakan tentang erti pengorbanan mereka tak pulang beraya. Perlu kesungguhan untuk berjaya dalam SPM

Amy Syaquena said...

salam iman..

Usaha yang bagus nie

imanshah said...

Amy

usaha makan ke apa??haha

Mr.Ix said...

wahh korban udang skali

imanshah said...

Mr.Ix

haha udang tu yg takleh blah tu..wakaka

Ikmal Fayadh said...

cikgu, tetek lembu tak dibuat bbq sekali? HAHAHA

Mohamad said...

Salam Imanshah,
Orang kata bodoh macam lembu... nasib baik lembu itu bodoh, dapat juga kita makan dagingnya kalau dia cerdik tak tahulah.. mungkin susah juga nak kerjakan lembu nie.. mau naik minyak dia dan lari keliling kampung macam kat kedah baru-baru ini.. w/apapun saya ucapkan selamat hari raya korban, semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

imanshah said...

Fayyadh

lucah sungguh kamu itu..haha

imanshah said...

Mohammad betullah tu, sekurang2nya yang bodoh tulah yang dok perbesaqkan perut kita..haha

selamat hari raya cikgu!!

azzey said...

imansahah: serono tgk org melapah daging lembu. blh merapatkan silaturrahim....

p/s; Bestnya BBQ!

khadijah said...

seronok raya ni dapat makan daging lembu.selalu makan makan daging kotak a.k.a aging kerbau.huhuhu


wow.bbq :)

makdara TERdiva said...

eh! hari ni pun hari tandas sedunia tawww :)

daging merah memang byk kolestrol.. :

imanshah said...

Azzey

saya suka bau daging..harum

imanshah said...

Kahdijah

jgn makan banyak2 darah tinggi

imanshah said...

MDT

Hri tandas sedunia, sebab sakit perut makan gulai daging ka?

nunama said...

bagus betul pelajar sekolah nih. :)
at least da kuar dari sekolah ada pengalaman melapah lembu.
selain daging bakar bbq, daging salai pun sedap juga dimakan

imanshah said...

nunama

daging salai macam mana pulak ye

nunama said...

daging yang dipreservekan secara smoking.
pernah dgr smoking fish?
haaa..kaedah dia sama. cuma gunekan dgg.
Ummi dan abah suka. Memang pun sedap.
Sebab dianye kualiti protein can retain.
smoking ni salah satu teknik pengawaten yg baik. cuma leceh.
kalau nak rasa boleh g cuti-cuti malaysia di Melaka ataupun laluan Kuala Pilah. Dia ada jual kat tepi-tepi jalan lama tuh.

p/s: itu dulu la. masa kita form bape ntah. harap2 masih ada lagi.

p/p/s: tak tahu tempat lain penjualan daging atau ikan salai ni. ada byk g kot tempat. cuba tanya orang lain. ehe

mR.sYaH said...

baguslah jgn makan daging byk sgt.. heheh..

lama xmkn bbq.. aduh laparnya..

mR.sYaH said...

baguslah jgn makan daging byk sgt.. heheh..

lama xmkn bbq.. aduh laparnya..

ibuintan said...

selamat bercuti iman

kenyang meratah daging ye..

imanshah said...

nunama

oh begitu..ok nk juga cuba..nway tq..ye

imanshah said...

syah

haha, bbq udang juga terbaik

imanshah said...

ibuintan

terima kasih..selamat bercuti ibuintan?? xjaga xam ka

nunama said...

ok. no big deal. :)
emm tryla.
the choice is yours. hehe

sekamar rindu said...

salam..

mendalam sungguh pesanan cikgu

imanshah said...

sekamar rindu..

walau sekadar blog picisan yg tak de ape2, kena selitkan juga pesanan untuk kita berfikir

ckLah@xiiinam said...

Bakal=bakal menantu yang baik tu...

:D

Yatre Hayati said...

seronoknya bbq....daging yang dapat belum di masak lagi..

bUdAk kEnTaNg said...

salam aidiladha cikgu...
ek eleh ready made awas,ape cite ni cikgu?? tak baek utk kesehatan jugak..hahahaa.....
tp mmg tip top la klu bbq ramai2 nih kan cikgu,seronok giler...ramai yg kecoh lebih tak sabo nk mkn tapi bila tyme mkn kejap je abes..adoii..

eM JaY... said...

salam perkenalan kepada semua rakan blogger's.sila layari blog ambo penulis dari negeri pantai timur dan insyaallah akan sentiasa berkongsi cerita semasa yang berlaku di sini serta dapat berkongsi pendapat dengan segala isu dan permasalahan terkini.~Mj~
http://suaratimur.blogspot.com/

gabbana said...

jeles. cis..

p/s: boleh ke nak like post diri sendiri..?? wahahaha..

hamzah ian said...

sup tulang best woo

Afzainizam said...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Selamat Menyambut Aidil adha
Selamat menunaikan ibadah korban
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞


Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

bulat air kerana pembentong bulat manusia kerana muafakat

imanshah said...

cKlah

haha, mana satu nak untuk nuha ke?? saya leh rekemen

imanshah said...

Yatre

bila nak masak?? kalau kat kelantan menu femes ialah singgang

imanshah said...

budak kentang

ready made kira ok lah, sedap..haha betul2 kejap je habis

imanshah said...

em jay

insyaallah, nanti kita jenguk blog demo tu

imanshah said...

Gabbana

haha kira oklah like blog sendiri..apa kisah??haha

imanshah said...

hamzah

betul2 aku baru balik umah kawan makan sup tulang..memang terbaik

imanshah said...

afzainizam

terima kasih berkunjung..insyaallah saya singgah

Fello Ariza said...

udang pon ade jugak?

haha

imanshah said...

fell

udang pun ada..menyelit di situ

nas said...

etm....setuju ngan ko..
hari lembu sedunia!!!
aku nie da 3 hari makan lembu jerk..
jehehe...meriah3 :)

imanshah said...

nas

haha takleh jadi hari lembu sedunia..ada tempat sembelik kobau, ada tempat sembelih unta, ada tempat sembelih kambing..

yg paling molek, hari daging sedunia

wah 3 hari makan lembu er

sekamar rindu said...

salam..cikgu,

daging banyak lagi la ni...

fadzilah said...

salam cikgu imanshah..

bila hari raya haji, banyak dapat daging korban. Sampai tak tau nak masak pe.

Selamat bercuti cikgu..

imanshah said...

sekamar rindu

haha daging banyak boleh simpan tu

imanshah said...

fadzillah

ni nak bgtahu, masak goreng, masak kicap, masak merah, masak kerutuk, masak kuzi..haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget