WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 1, 2010

"I TAK BERHARAP SANGATPUN, SEKADAR MEMERIAHKAN INDUSTRI JE..."

Salam semua. Sana-sini riuh orang dok bercerita tentang Blog Pilihan Malaysia. Aku pertama kali diberitakan oleh seorang sahabat blogger tentang BPM ini. Mula-mula macam malas nak ambil peduli. Alih-alih dua tiga komen kat blog aku menyatakan aku turut dicalonkan untuk Kategori Blog Personal Pilihan Lelaki. Adei, ye ke?? Perasaan ..?? teruja?? gembira?? malu..haha semua ada sebab tiba-tiba terkenal. Nak dijadikan cerita, aku memang tak buka langsung BPM ni, yalah nanti terlalu berharap susah gak. Maklumlah aku ni ibarat bilis nak bertanding dengan  jerung. Sadis lah pulak.

Malam tadi buat secara rasminya aku berkunjung ke Blog Pilihan Malaysia. Nak masukkan linknya pun dah ditutup. Pencalonan dah ditutup lah pagi tadi jam 8.00 pagi. Berdebar-debar juga, ada ke orang nak undi. Haha,  aku tengok yang bertanding semua mak ai, memang hebatlah. Intai punya intai..adalah dapat 35 undi rasanya. Huhu apakah?? First impression..?? Nak tergelak dan ada sedikit gembira. Bukan apa, aku tak tahu menahu pun tentang pencalonan ini. Alih-alih ada pencalonan dan dapatlah juga meraih 35 undi. Kira oklah, ada yang meminati. Ada juga blog yang mendapat kurang dari undian yang HOK SENGOTI terima, namun rata-rata memang undian mencanak-canak lah. Tapi tak semestinya blog yang tak tercalon itu tidak popular . Mana tahu yang nak tarik diri macam Dato' Siti tarik diri dari Anugerah Bintang Popular kan??


Picca dari  CIKGUDAHLIA

Bukan aku tak berminat membuat entri tentang BPM sebelum undian ditutup. Tapi aku rasa macam nak promote pulak kan. Jadi aku pendamkan sahaja. Sekarang ni dah rasmi  ditutup makanya aku memberanikan  diri untuk menulis entri ini. Yalah tujuan utama HOK SENGOTI diwujudkan bukan untuk meraih populariti sekelip mata. Tetapi hanya sebagai proses perkongsian pengalaman hidup sebagai seorang aku, hamba allah, pendidik serta warganegara Malaysia. Tak lebih dari itu. Apapun tahniah kepada tuan punya blog yang telah menganjurkan pertandingan yang begitu sihat ini. Begitu juga buat insan yang prihatin mencalonkan blog ini.  AKU AMAT MENGHARGAINYA. Apapun, pada pandangan aku, blog yang popular tak semestinya terbaik, kan. Dan yang popular itu ada tugas berat untuk menyediakan sedikit ruang untuk mendidik pembaca supaya menjadi insan yang lebih baik dunia dan akhirat. 

Ni antara ucapan sebahagian artis kita yang tercalon dalam mana-mana anugerah . Jangan sentap, tidak ada kaitan sama ada hidup atau yang telah meninggal. Sekadar  hiburan semata-mata :

" Dah tercalon pun i dah kira bersyukur, sekurang-kurangnya i masih diingati dan terus bertahan dalam industri ni.."

"Eh popular tak semestinya terbaikkan!!"

"  I tak berharap sangat pun.. I nak memeriahkan industri je."


" Sekurang-kurangnya I tercalon gak..kau hado??"


Notakaki Imanshah :

Pertandingan yang sebenar adalah pertandingan untuk mencari dan menggapai REDHA Ilahi. Ingin sekali menjadi pemenang untuk mencapai syurga Allah. Jom kita bertanding!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

78 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Ayat artis tu...

imanshah said...

haha kan i dah tulis kan tu ayat artis

sahromnasrudin said...

tahniah!! bro..hang boleh masuk ABP la..kalau menang kereta, bagi aku tayar dia pun dah cukup dah hahahahaha

imanshah said...

Sahrom

adus ABP ka?? kesian hang, aku bagi enjin lah terus kata sehati sejiwa..sama2 takleh jalan keta tu.. yalah aku nak jalan, takde enjin, kau nak jalan body takde..kuikui

Nazirul said...

xpe lah.asal niat kita menulis blog adalah btol.jgn terpesong sudah.btw,congrats!

hysman said...

dlm undian tu kwn salah sorg kot yg mengundi HOK SENGOTI..
hahahaa...
papepon.. blog lu mmg charer der...
respect springgg toin3...
hahaa..
usaha lg..
klu tak menang mybe next year 2011 k...
yeahhh!!

TAHNIAH...ayat peminat kpd artis..
haha

imanshah said...

nazirul

thanks..

imanshah said...

Hysman

hang memang peminat setia HOK SENGOTI an..dan insyaALlah SMILE MYFTA akan menjadi sahabat terbaik HOK SENGOTI

sahromnasrudin said...

aku nak tayar je sebab leh aku letak kat tayar kereta aku yang hampir botak tuer hahahha..kalau hang bg enjin, tak kuasa aku nak pi ganti enjin kereta aku tue hahahaha

imanshah said...

Sahrom

betul jugak kan..haha, takpe aku guna duit kemenangan lag belikan tayar untuk hang

Azmi said...

wah3 bkn main abg man kita ni..makin popular la..weh aku nak tanya satu rahsia..umur abg man dah berapa???kau PM la kt fb aku..hehe

ChiKeDees said...

wah hebat tuew...dapat pencalonan

eszol said...

kawe ade undi cikgu

cikgu tokse riso de

mR.sYaH said...

menang kalah bukan penentunya.. yg pntg apa yg dicoretkan oleh cikgu byk memberi kesan kepada pembaca.. aja2 fighting!.. heheh..

Dinas Aldi said...

waahhh, semoga berjaya dik Iman!

Atikah said...

Salam cikgu...

Tahniah cikgu... pas nie jadi artis lelaki "blog" paling popular... hehehe

imanshah said...

azmi

umoq ka?? haha ok nanti tengok kat FB

imanshah said...

chikedess

alahai pencalonan aja

imanshah said...

eszol

haha undi2 dari anak murid je kan layaknya..kuikui

imanshah said...

syah

betul tu, itulah antara sebab saya berblog, nak mencoret sambil mendidik..haha

imanshah said...

dinas

tq kak yg tak pernah berhenti menyokong HOK SENGOTI

imanshah said...

ATIKAH

tak popular takpe, asal menyumbang untuk ummah..ok gitu??

Atikah said...

Salam cikgu...

Boleh.. boleh.. itu terbaik...

imanshah said...

Wah atikah muncul lagi

Sham said...

ada rezeki tak kemana...cikgu support cikgu...ngeee...

imanshah said...

sham

haha namanya takde rezeki..kot..tq berkunjung

nabilah_2908 said...

sebelum adanya n3 ni pun sy dh vote HOK SENGOTI...huhu..

good luck..!! :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
CUTI SEKOLAH DULU DAN SEKARANG

imanshah said...

nabilah

tq ye..kita jenguk blog mike nanti

Sham said...

bereh bereh...suka quote blog ni...yeh guru hebat mampu merubah dunia...folow demola...

imanshah said...

sham

tq..kawe follow blog demo

Abd Razak said...

Salam..

Tahniah bro..

imanshah said...

ustaz razak..tq, menulis bukan kerana nama

sekamar rindu said...

salam..

cikgu imanshah,


bilis tu kira ok lagi....

saya ibarat " kuman nak dibandingkan dengan jerung tu.." memnag tak nampak apa pun..

yg penting kita tulis ajalah apa2 yang patut kat blog..ada orang singgah baca..alhamdulillah...tak ada orang nak singgah tak apa...

imanshah said...

cikgu sekamar rindu

saya setuju, dan mencari populariti bukan tujuan utama kita terutama cikgu-cikgi berblog kan..alhamdulillah, diterima seadanya sudah cukup membahagiakan

eqbalzack said...

haha..suka ayat artis tu...

imanshah said...

EQ

tahniah ye bro..kau memang hebat..aku vote kau untuk top 5

Citarasa Rinduan said...

cikgu....

wow...banggalah kami blogger biasa dapat dicalonkan...
tetap tertanya abak2 siapalah yang calonkan eik>


all the best for top 5

ibuintan said...

salam iman..

tu baru ayat artis yang bertanding..

kalau ayat artis menang lak camna?

imanshah said...

Ayu

sama2lah kita sokong geng2 yang bertanding

imanshah said...

ibuintah

oh lihatlah dunia!!haha ok tak??

ayat azian sangat

soffea said...

tu la.. ade nampak nama blog nie aritu tau.. hehe. nway, congrats tercalon :)

Fakhrur Razi berkata said...

woahhhh
hebat2 ;D
sygnya ak dh terundi dlu @@
paper pun good luck~
ya semoga kita sama2 maju di dunia dan diakhirat
lol

imanshah said...

soffea..eh dah berapa dah follower tuh..hehe

imanshah said...

Razi

haha tak kisahlah undi sapa2 kan, dunia maya nbi kocik aje..sana sinipun semua geng!!haha

naz said...

lu tetap da bomb beb:)jadi diri sendiri itu yang terbaik

imanshah said...

wah naz

lelaki glemer ini menjenguk aku..vote 4 naz

nas said...

erkssss...tahniah la sbb ko dapat meraih 35 undi buat masa nie...mmg ko ader berpeluang mendapat lebih byk undi masa akan dtg :)

imanshah said...

nas

tadi naz kini nas pulak..tq ye..tak popular pown..haha

soffea said...

ala.. u menang la cikgu.. follower kite tak byk mcm cikgu.. hehe..

E.d.Y said...

ayat tu macam ayat aku..so aku artis..haha

imanshah said...

soffea

haha, ok jelah esok lusa awak potong saya lak

imanshah said...

E.d.Y

wah, aku berhadapan dengan artis ni..mantop

hysman said...

pesal tuko???
rasenyer yg lame dah mantop beb..
hehehe..
semua kat seting..
cuba try dlm tu..
klu takleh baru guna css kat edit html...
kena carik...

sonata anak kancil said...

lama tak tahu berita apa ni....tak sempat nak berbelog2 di Egypt...sibuk berkembara

apa2 pun tahniah lah dapat banyak undian tu

imanshah said...

Man

saja nak ubah angin, nak yang simple je, tak mo cam berwarna warni sangat..haha

imanshah said...

Kak Sonata

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat sampai...semoga bertambah murah rezeki

imanshah said...

Kak Sonata

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat sampai...semoga bertambah murah rezeki

ariff haikal said...

kalau ada pertandingan nota kaki, saya vote cikgu!

imanshah said...

gorie

adei, ada ke pertandingan nota kaki..haha..terbaik wook

HiGHNeSS FiQ said...

tahniah masuk BPM..
xsgka calon BPM komen kat Blog Shark..
terharu..
cmne lah termasuk bolg shark??





btw, i'm ur 400th follower..hahaha~

IMANSHAH said...

shark

tq2..haha saja je blogwalking, then komen..haha

btw tq become my 400th follower

en_me said...

fofulernyerr..

ummu said...

assalamualaikum Iman
:) tapi kak ada wat promosi di blog akak,tak pe kan,tolong kawan2.
Ini kempennya

ok akak dah jadi follower Iman yg ke 401.masa akak tempek blog Iman kat blogspot akak,akak ingat dah jadi follower iman rupa belum lagi

Tersentuh dengan kata-kata Iman ni;
"
Pertandingan yang sebenar adalah pertandingan untuk mencari dan menggapai REDHA Ilahi. Ingin sekali menjadi pemenang untuk mencapai syurga Allah. Jom kita bertanding!!"

Melor said...

salam perkenaan ya nama ku melor.nice blog

IMANSHAH said...

kak ummu

terima kasih..haha

takpelah takde rezeki an

IMANSHAH said...

Melor

terima kasih kerana mengunjung

Amy Syaquena said...

salam..

Tahniah kerana tercalon dalam senarai ABP..

SiNoMoSa said...

Tahniah Iman atas pencalonan..
Bangga seh dapat kwn dgn org fofulor hehe

Aretikz said...

Weehuu ~ Asal tercalon.. betul bro.. bukan betul asal tercalon.. tapi yang dikejar adalah keredhaanNya.. tapi kalo yang ni.. jom bergembira.. ahakz..

Pn Kartini said...

Salam .:)

Tahniah Tahniah...!!Tumpang bangga nihh:)

sekamar rindu said...

salam..cikgu Imanshah

setuju dengan kata ckLah@xiiinam..

cikgu apa khabar??

khaifaiz said...

Tajuk entri tak boleh tahan.. ingatkan cikgu iman dah buat kerja sambilan sbg pelakon plak.. BTW tahniah la bro.. anda memang layak tercalon.. hehe

eqbalzack said...

cikgu...suruh org ipoh indu blog saya...hehehe

IMANSHAH said...

cg sekamar rindu..alhamdulillah saya sihat

IMANSHAH said...

Khai

haha, agak ar..hehe saje je tajuk je yang over an..

IMANSHAH said...

EQ

ok, insyaAllah, hari2 saya undi EQ

Siti Mashitah Saidin said...

eh... taniah!~

IMANSHAH said...

Mashitah

TQ ya..tapi tak masuk top 5

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget