WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 6, 2010

BETTER LATE THAN NEVER

Selamat berhujung minggu buat semua sahabat yang diingati. Hari sabtu seperti biasa menjadi pemandu buat anak-nak muridku untuk ke Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh bagi menghadiri latihan program Hoki 1 Malaysia anjuran Persatuan Hoki Perak. 12 orang semuanya, kiranya 3 trip lah. Sambil menunggu mereka menghabiskan latihan aku melepak di gerai makan stadium menikmati kuew teow goreng specialstadium yang sememangnya terkenal di Ipoh. Kalau ada di antara rakan-rakan yang berkesempatan mengunjungi Ipoh dan mencari tempat untuk bersarapan, saya syorkan untuk mengunjungi food court Stadium Ipoh, Perak. Macam-macam ada.

Sambil menunggu pesanan, aku terdengar perbualan dua orang wanita yang aku kira berusia dalam lingkungan 50 tahun. Agaknya baru habis jogging, langsung bersarapan ditempat yang sememangnya menjadi tumpuan orang ramai itu. 


Puan  A : Apa dah nama MAD yang tanwin atau nun mati bertemu huruf LAM..?


Puan B : Ahah, apa dah lupalah ustazah cakap minggu lepas..


Puan A : Aku rasa IDGHAM GHUNNAH..lupa pula yang tengahnya..


Lalu,  tanpa bersegan silu aku meyampuk. Dalam hati takut juga sebab tak dijemput dalam perbincangan tersebut. Tapi niat nak memberitahu puan-puan itu. Takda niat lain, jauh sekali nak bermegah-megah dengan ilmu senipis kulit bawang cuma.


Aku : IDGHAM BILAGHUNNAH  kakak. Ada dua huruf  LAM  dan RO. Tidak boleh  
          didengungkan bacaannya.


Puan B : Terima kasih dik, baru ingat.


Puan A : Pandai lah adik..kami ni makcik-makcik baru nak belajar.hehe


Mereka teruskan perbincangan tadi dan sesekali merujuk aku apabila membincangkan soal Qolqolah dan juga Wajibul Ghunnah.


----------------------------------------------------------------------------------------------



Senario ini sering kita hadapi dalam kehidupan. Alhamdulillah, aku melihat kedua-duanya begitu teruja untuk mempelajari ilmu tajwid. Kata mereka ada mengikuti kelas bimbingan Al-Quran dan Tajwid. Aku bersyukur walaupun kedua wanita tersebut tidak memiliki perhubungan darah atau keluarga dengan aku, namun sebagai saudara sesama Islam aku tahu sekurang-kurangnya mereka mencuba walaupun sudah agak terlewat kerana perkara-perkatra tajwid ini merupakan perkara pokok dalam membaca Al-quran. Orang putih cakap, BETTER LATE THAN  NEVER.  Kalau tak silap Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda di mana antara maksudnya ,: (kalau silap tolong betulkan)


  Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan
 Al-Quran sendiri melaknatnya...

Sebagai insan yang lemah, namun diberi kekuatan minda, hati, dan tenaga, aku menyeru diri sendiri, rakan-rakan, anak murid, serta kaum kerabatku untuk sama-sama mempelajari tajwid ini. Terkenang zaman kanak-kanak sewaktu mengaji Quran dengan ayah. Garang ayah bertempat, selalu aku disergahnya sebab salah tajwid. Katanya sergah Syaitan!! Memang banyak betul syaitan yang dok menghasut supaya jangan mengaji. 

Beberapa kelebihan dalam membaca Al-quran bertajwid adalah :

1) Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca  Al-Quran
2) Meningkatkan minat membaca Al-Quran
3) Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul
4) Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat 

Kadang-kadang sebagai manusia, kita sering terlupa tentang hukum tajwid ni. Kalau anak muda sibuk dan betulkan pronouns  mereka sewaktu menyanyikan lagu-lagu Barat. Yang  dewasa pulak macam kita ni kadang-kadang kalau nak exam PTK tu boleh hafal satu buku PTK. Begitu juga kalau guru macam aku kan, dah boleh kuasai bukan  1 buku teks, malahan 2 atau 3 buah, tapi bab-bab membaca Alquran, hukum tajwidnya semua, kita sering memandang enteng. Tu belum masuk lagi dalam soal mengadap komputer untuk berFb dan juga menulis blog kan. Tak perlu menuding orang tu, orang ini, aku bercakap tentang diri sendiri. Wallhua'lam...

Mood :Teruja dengan Alquran yang ada tanda tajwid beserta penerangannya..sungguh memudahkan



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

Ikmal Fayadh said...

" Aaa.. Jim itu matanya di tengah-tengah, tapi Jim yang ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng ! " - Pendekar Bujang Lapok

makdara TERdiva said...

serono sebenarnye belajr tajwid ni, kalau betul2 faham :)

adik MDT pun namenye dicedok dr nama tajwid tu ..heheh!

imanshah said...

Fayyad

Haha saya pun tak pernah lupa akan dialog itew

imanshah said...

MDT..

rasa2nya namanya IZHAR kan??huhu

Muhamad Zaki Zafir said...

dan memperlahankan suara ketika membaca.takut timbul perasaan riak,ingin menunjukkan kehebatan pada orang yang berdekatan..

imanshah said...

Zakir, tksih

takpe, baca kat rumah je, takde orang dengar

Un Phat Lee said...
This comment has been removed by the author.
Un Phat Lee said...

alhamdulillah.inilah dia antara ciri2 imam muda.ehe
(typing error kt atas tadi.)

imanshah said...

Fadlee

wawa, Imam muda, amek kau..haha mana lah ilmu cg setinggi itew

Abd Razak said...

Salam...

Ilmu tajwid ni kena diulang-ulangi pelajarannya, kalau tak mudah lupa..

bUdAk kEnTaNg said...

a'ah..selalu baca al-quran maen baca jer asal satu hari satu muka..
astagfirullah....
tp kdg2 ada gak baca al-quran pkai kitab mmbr yg siap ade tajwib mantop ler..huhuu..

ya nun mim wow idgram maalghunnah kan?? kikiki....
maseh ingat.. :p

imanshah said...

Abd Razak..saya kena belajar banyak lagi dari Ustaz..Alhamdulillah saya seronok baca blog ustaz

imanshah said...

Budak Kentang

Tulah teknologi hari ni memungkinkan kita belajar dari Alquran yang dah ada tajwidnya..memang berguna

Dinas Aldi said...

betul, better late than neverrr..

imanshah said...

Kak Dinas

saya doakan kak dinas selalu

qamarul said...

betul bro.. tak penah terlewat.. alasan bekerja pun takleh pakai. alasan sibuk study lagi laa takleh pakai.. skrg ada banyak pusat bimbingan.. jgn malu nak belajar..

imanshah said...

Qamarul...aku pun dah nak daftar ni..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget