WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 9, 2010

IZINKAN AKU BERKONGSI SEBAHAGIAN KESEDIHANMU ANAKKU

Entri hari ini agak lewat kerana sepanjang hari agak sibuk. Maklumlah sedang hujung-hujung tahun ni sememangnya tugasan di sekolah berlambak-lambak. Alhamdulillah, semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP)  diarahkan bercuti mulai 13 November 2010, seminggu awal dari sekolah-sekolah harian biasa. Bertimbun-timbun lah kerja-kerja pengkeranian yang mesti dibereskan sebelum cuti akhir tahun bermula.

Penulisan aku hari ini berkisarkan kisah IS, muridku yang kini berada di tingkatan lima. Maknanya IS akan mengambil peperiksaan SPM yang dijangka akan bermula pada 23 November 2010. Peperiksaan yang akan mennetukan kemanakah hala tuju IS selepas ini. Baru-baru ini (seminggu), IS telah menerima berita kematian ibunya, iaitu Puan Z. Takdir Allah, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Puan Z meninggal dalam usia yang masih  muda, iaitu 39 tahun, meninggalkan seorang suami dan 3 orang anak termasuk IS. Luluh hati IS tiada siap yang tahu. Sebagai anak sulung, IS menangung bebanan perasaan yang tidak terhingga. IS merupakan pelajar yang pendiam dan  memiliki pencapaian akademik yang sederhana sahaja.

Suatu hari aku memberanikan diri bertanyakan kepada IS tentang kehidupannya selepas kehilangan ibu yang tersayang. Dengan mata yang berkaca, IS menyatakan betapa dia buntu untuk menghadapi peperiksaan SPM. Kehilangan ibu yang tersayang benar-benar mematahkan semangatnya. Lebih mengejutkan, apabila ditanya tentang punca kematian ibunya, IS memaklumkan bahawa ibunya ditakdirkan Allah terkena penyakit paru-paru berair. IS juga memaklumkan betapa penyakit yang dideritai oleh ibunya berpunca dari asap rokok ayahnya. Ayah IS merupakan perokok tegar yang hidupnya cukup setia dengan ROKOK.Sanggup menghabiskan berkotak-kotak rokok sehari. 

Tergamam aku mendengar penjelasan IS. Aku sangat yakin betapa saatnya sudah sampai, janji Allah tetap tidak lambat dan tidak cepat, namun aku sangat sedih jika benar derita yang ditanggung oleh Puan Z berpunca dari sikap suaminya yang merupakan perokok tegar. Lalu, adakah kita masih terus tegar bertuhankan rokok? Tepuk dada, tanyalah iman. Andai keluarga yang menjadi taruhan, anak-anak sebagai gadaian dari kegilaan para perokok tegar ini, teruskanlah. Sudah terlalu banyak kempen dibuat, sudah berbuih juga nasihat diberikan. Sudah berpuluh kali juga harga dinaikkan. Namun, semua bagai mencurah air ke daun keladi. Masuknya melalui telinga kanan, pandai pula keluar ke telinga kiri. 

Apapun kepada IS, tabahkan hatimu duhai anakku. Betapa berat mata ini memandang, kutahu berat lagi bahumu yang menanggung beban, luluh hatimu tak siapa yang tahu, titis air matamu, walau tak pernah kau tunjukkan, kutahu kau sangat terkesan, apatah lagi saat dikau akan memulakan perjuangan di medan peperiksaan. Cikgu doakan dikau terus tabah dan kuat bukan sahaja untuk dirimu, tapi juga untuk adik-adikmu.


Berat mataku memandang berat lagu bahumu memikul bebanan, izinkan aku merasai sebahagian dari kesedihanmu itu...

Mood : Mahu kerajaan haramkan rokok sebagaimana dadah diharamkan!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

32 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Dulu ckZahan merokok juga. Hampir putus asa menasihatinya. Tapi Alhamdulillah...dia terus tinggalkan rokok selepas satu peristiwa di Makah. Hidayah Allah....




**Sekolah Cikgu guna SisPA juga ke? Dari petangtadi...nak buka pun tak boleh. Macam mana nak masuk markah ni? Teruk betul JPN ni...

imanshah said...

ckLah

tak, kami hanya guna ISIS, sistem SBP sahaja

alhamdulillah hubby dapat jauhi rokok

luahfikiran said...

SALAM IMANSHAH,
TERHARU DAN SIMPATI TERHADAP IS. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH IBUNYA DAN IS PULA DAPAT MENDUDUKI PEPERIKSAAM DAN MEMPEROLEHI KEPUTUSAN YG CEMERALNG. IS KENA REDHA KERANA ALLAH SWT LEBIH MENYAYANGINYA. TAK PERLU BUAT APA ANDAIAN. SINI IBU, SANA AYAH.

SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT BERCUTI KALAU TAK IKUTI KURSUS

cikgupj said...

satu ketika cpj panjat syiling green house di STAR tu, atas tu ada tilam, lilin, mancis dan penuh dengan kotak rokok, perbuatan ini bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi keselamatan penghuni termasuk keseluruhan blog tu terancam.Masa tu cpj telah bersihkan semuanya. Mungkin sekarang boleh check balik.

imanshah said...

LF

Alhamdulillah saya tak berkursus di luar, tapi sipaksa berkursus di dalam walau arahan supaya cuti..boss kata ikut pekeliling dia berhak memanggil cikgu..huhu

imanshah said...

CkgiPJ

masih ada lagi, tahun lepas di blok matrik, kami angkut 5 plastik besar puntung rokok di atas syiling yang bertahun-tahun ditinggalkan

cikgupj said...

yalah iman, masalah macam ni tak akan berakhir selagi rokok masih dijual.hehe...silap... blok dah jadi blog pulak.

imanshah said...

kalaulah saya jadi PM..huhu

iqbalsyarie said...

Sedihnya....huhuhu... moga Allah berikan kesidahan yang terbaik kpd IS. Sedih sgt :(

Post-post menarik.
Allah wujud ke?

Allah Sangat Baik. Setuju?

Mohammad Aiman said...

innalillah wainnalillah hirrajiun...

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman..

alfatihah..

dan semoga si anak tabah menghadapi ujian ini...

imanshah said...

iqbal

darinya kita datang, kepadanya kita kembali

imanshah said...

aiman..insyaallah IS akan tabah

rasanya aiman tak kenal dia..freshie masuk tahun lepas

Abd Razak said...

Salam...

Moga Allah permudahkan IS dalam peperiksaannya nanti...

Wahidah said...

rokok mmg membahayakan kesihatan..bukan pd perokok je pd org yg bau asap rokok pun..

tp sgt susah seorng perokok tu nk stop smoking unless betol2 nekad..

salam ziarah

sahromnasrudin said...

salam bro...memang cedih dan tragis tgk punca kematiannya..semoga golongan perokok nie cepat2 la sedar huhuhuhuh

abid_PM said...

rokok membahayakan kesihatan
jangan hisap rokok

bUdAk kEnTaNg said...

ade jenis org yg takleh ditegur bile bab2 rokok disentuh...
nk watcamne..berdoa sajelah moga Allah bukakn pintunya..
kwn pon bukak n3 pasal rokok..
hahaha

imanshah said...

Abd Razak, InsyaALlah berkat doa semua IS akan berjaya

imanshah said...

Wahidah

betul, ayah saya dulu perokok tegar, memang susah nak berhenti. Akhirnya beliau berhenti juga setelah mendapat penyakit

imanshah said...

sahromnasruddin..
insyaAllah, jika kembali kepada apa yang diperkatakan oleh Alquran

imanshah said...

abid

bukan ko zaman sekolah dulu isap rokok kan?? haha kantoi masa tu

imanshah said...

Budak kentang

tulah, nnati putus persahabatan kalau tegur sahabat yg merokok ni

isteri kat rumah pun hari2 dok tegur, tak makan saman juga.

Un Phat Lee said...

gua tumpang bersimpati untuk saudara IS tu.
sesungguhnya rokok membahayakan kesihatan dan Alhamdulillah,gua tak pernah sentuh rokok. XD

imanshah said...

fadlee

baguslah, rokok bukan aje bahayakan kesehatan, tapi membaziaq je

ibuintan said...

semoga IS tabah, dan dapat menduduki exam dengan tenang..

suami saya masih merokok walau ditegur banyak kali, semoga suami juga mendapat hidayah supaya berhenti merokok

imanshah said...

ibuintan..hurm susah kan jika orang tersayang ni kan..

saya juga doakan ayahintan akan berhenti merokok

ummu said...

assalamualaikum bro
entry bro ini mengingatkan kejadian semalam di sekolah
hampir serupa keadaan(anak yatim)
berbeza jantina dan situasi
kekangan dan halangannya
untuk berjaya
dari kelas sederhana
dan dari sekolah ahrian biasa
doa seorang cikgu
tetap mengiringi...

imanshah said...

ummu, insyaAllah doa guru juga adalah yang terbaik mengiringi anak2 didik kita

Nur Misnan said...

salam..
aku suka gambar pakcik itu
seolah2 menggambarkan rezeki
boleh kita cari dgn pelbagai cara apapun..
asalkan itu HALAL... =)

ProfHariz said...

Salam cikgu! Walaupun benda haram.. Tetap ada.. Memang tak dapat lari~

Mungkin dengan cara naikkan harga sekotak RM 50 agaknya

imanshah said...

Misnan

betul, semoga apa yang kita berikan pada anak2 kita dan keluarga datang dari rezeki yang halal

imanshah said...

Hariz

betul2..bagi 50 hinggit sekotak baru tau

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget