WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, November 1, 2010

KALAU BUKAN CIKGU, AKU DAH JADI PENYANYI

Pagi tadi bertemu rakan lama di FB, bercerita, berkongsi kisah hidup kami zaman persolahan. Akhirnya kami bercerita pasal cita-cita kami sewaktu kecil. Sudah tentu semua orang memiliki cita-cita sendiri kan? Begitu juga aku, dan akhirnya satu pun tak tercapai, akhirnya ketentuan Allah itu yang terbaik . Manusia mentadbir, Allah jua yang mentakdir. Aku akhirnya bergelar pendidik. Nak tahu apa cita-cita aku zaman remaja dulu?

1) Polis. Kalau ditanya mana-mana kanak-kanak sudah tentu antara jawapan mereka adalah polis. Masa tu mungkin terpengaruh dengan permainan polis sentri di zaman kanak-kanak.Bila menginjak ke alam remaja sikit, kita pula didedahkan dengan cerita Roda-roda Kuala Lumpur di televisyen. maka makin bersemangat la nak jadi polis. Begitu juga badan uniform, aku masuk kadet polis.


2) Penyanyi. Haha jangan tak tahu aku walau pun taklah memiliki suara yang sedap seperti Allahyarham Sudirman ke, Kak Ramlah Ram ke, tapi selalu juga aku masuk pertandingan nyanyian. Pernah menyertai pertandingan Bintang Kecil dan Bintang Asli mewakili sekolah. Teringat lagi saat aku menyanyikan lagu Bahtera Merdeka dan Patah Hati. haha masa ni aku tipu tandatangan bapak aku sebab nak masuk menyanyi. Last sekali kantoi dengan abang aku, teruk aku kena marah. Pernah juga mencuba nasib dengan program Sinaran Pasport Kegemilangan. Huhu TV3 tu..Lalala..tapi mak aku dah warning, "Bapak kau tu imam, kau jangan gedik nak jadi penyanyi.."  Sampai sekarang aku ingat.

3) Peguam. rasanya kalau aku tak 'melarikan diri'  dari matrikulasi UIAM (undang-undang) aku kini dah bergelar peguam. kot-kot aku dah kerja ngan Karpal Singh ke, Zaid Ibrahim ke..Huhu. Apapun mungkin ada hikmah aku tak jadi peguam kan. Walau mula-mula famili aku sangat kecewa kerana aku menarik diri dari UIAM masa tu.. Tapi aku yakinkan mereka Allah ada yang terbaik untuk anak mak ni.

4) Doktor. Haha, masa ni aku tanamkan azam sebab abang aku tolak tawaran ikiti program asasi hayat kat UM. Dia lari pergi kursus mechanical engineering kat UiTM. Aku marahkan dia sebab tolak tawaran tu. Jadi aku pasangkan angan-angan nak jadi doktor. Tapi, aku tak rasa aku akan jadi doktor sebab aku memang bukan jenis otak sains. Haha..

5) Pengacara TV atau DJ Radio.  Kalau memang dah berbakat tu, memang lah. Haha,jangan marah. ni kira sesi mengankat bakul sendiri. Orang cakap aku gila microphone. Gila michrophone ok, jangan gila perempuan ramai.  Aku tak kisah pun. Masa sekolah dulu aku kan selalu jadi pengacara majlis. Lepas tu ke universiti aku juga kembangkan bakat. Saingan aku di universiti tu kawan baik aku sendiri, Ahmad Fedtri Yahya (perantara TV3 sekarang) masa kami sama-sama menuntut di USM dulu. Dan sekarang aku diberi tanggungjawab mengendalikan majlis-majlis sekolah, dan juga JPN. Kira ok lah tu. Masa kecil memang teringin jadi macam Chuari Selamat ke, Hajah Wan Chik ke atau Mariamah Tijo sebagai DJ radio takpun Azwan Ali atau Pak Nil dan Farith Ismeth Emir di kaca televisyen. Masa tulah.

Itulah antara cita-cita aku zaman persekolahan dulu. Memang menjadi guru bukanlah antara cita-cita utama aku. Maklumlah masa tu tengah tenggelam dalam dunia glamour pekerjaan kan. Apalah sangat jadi guru ni. Akhirnya aku ketemui bahawa cinta aku sebnarnya pada dunia pendidikan. Buktinya aku merupakan pelajar pendidikan pure ok!! Bukan tulen bang. Dan aku bukan memilih bidang ini selepas gagal dalam bidang lain.



Mood : Berada di Jitra membawa pelajar menyertai pertandingan bahas

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

28 GENTA RASA:

n@m@n said...

kawe takdok cito² weh..lagi best..haha

imanshah said...

n@m@n..sumbak demo

SiNoMoSa said...

Salam Cikgu Iman,

Sy dulu kecik2 cita2 pertama nak jadik cikgu atau lecturer..
Kedua nak jadik peguam..
Pernah gak nak jd Engineer..
At last sy jadik sy skrg hehe..takde pun kena mngena spt di atas cuma mungkin relate sedikit dgn Engineer..

imanshah said...

sinomosa..

alhamdulillah ALlah tentukan yang terbaik untuk kita semua

ibuintan said...

salam,
kalau ditanya budak2 sekarang, cita-cita mereka semuanya nak jadi artis

sahromnasrudin said...

same la kita hahahahaha

imanshah said...

ibuintan..jadi artis buleh kawen ngan dato'..huhu

imanshah said...

shahromnasrudin

apa yg sama tu..hang sama apa ngan aku

soffea said...

hye cikgu iman.. nak autograf ;) nak lagu sekali yer. lagu waliband. hihi.

nway, suka itu: "pure pendidikan".
same lah kita. n ya, memilih bidang ini kerana ikhlas. bukan terpaksa. sama2 membantu mendidik anak bangsa ya, cikgu =)

imanshah said...

soffea

haha betul2..geng2 KPLI jangan kecik hati..anda jiga guru-guru yang hebat

Idalara said...

banyak gak cita2 iman ek..apa2 pun mng dh takdirnya jd cikgu kan..

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

tak pernah bermimpi nak jadi kerja macam sekarang ni...
tapi sekarang Alhamdulillah

Wassalam

imanshah said...

kak ida

ahah, dan alhamdulillah saya bahagia dengan koje saya sekarang

imanshah said...

rozali

betulkan , perancangan Allah sangat hebat

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ayu ingat lagi

masa kecik-kecik teringin nak jadi pensyarah;;;

alhamdullilah, termakbul juga..dapat lah mengajar 2 tahun..

bila dah berkahwin...alahai...bersyarah di kedai sendiri jerlah lah...marah dan nasihat pekerja indon yang tak faham bahasa malaysia..

hehehehhe


ps: iman.hope student kamu berjaya...

imanshah said...

ok lah tu nyempat juga dua tahun

sekarang dah jadi toke besar

khadijah said...

oh,kalau ikutkan mmg cikgu ni patut jd super senior saya lah kt UIA.haha

all the best debat!:)

imanshah said...

khadijah

haha lama dah tahun 98

amirul said...

huhu... banyaknya cita2... masa kecik2 dulu cita2 saya nak jadi pegawai polis... hehe

norfaridahanum said...

cikgu iman nih mengajar sekolah mana ye?sbp kah?

tentang cita2...alkisahnya masa cikgu suruh isi kad hijau yang pada ruangan cita-cita itu...disebabkan terlampau kagum dengan ayah sendiri, saya tulis besar2 kat situ.. KERANI =))) bila tunjuk kat ayah,dia pun tepuk dahi..haha!kenangan sungguh.

p/s:rindu mahu berdebat!

LiNda said...

Dulu, macam2 saya nak jadi .
Akhirnya kini ,
saya jadi apa yang terjadi ..

alhamdulillah ... :)

imanshah said...

norfaridahhanum

haha, sekarangpun cg2 ramai yang jadi kerani..mak ai kerja2 pengkeranian tu bertimbun

p/s''saya mengajar di SBP kat Ipoh

imanshah said...

amirul..sekarang jadi apa yek??haha

imanshah said...

Linda

kun fayakun, jadilah kamu apa yang sepatut kamu jadi..

hehe

norfaridahanum said...

SBPI Gopeng? oh apa khabar dunia debat SBP Utara ya?masihkah SAINA yang juaranya?

takpelah...anggap saja itu skill tambahan..doktor2 pun kena mahir juga tugas pengkeranian sbb kdg2 nurse besar suka tunjuk kuasa.haha

imanshah said...

tak saya di STAR..saina dah tenggelam sikit..haha

Mohammad Aiman said...

penyanyi dan DJ yang tak tahan tuh! semua ada bakat! tapi sayangnye kan.. tapi xpe, skrg kerja cikgu juga sangat2 lah mulia!

malah kalau cikgu jadi DJ/penyanyi, sape nak jaga koop?
=P

imanshah said...

haha aiman..kau pun tahu suara cg sedap kan..haha

kau ingat keje saya jaga koop je ke..huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget