WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 2, 2010

KAMI BUKAN PENGUNDI HANTU , POK NIK!

Alhamdulillah, sudah kembali ke bumi Ipoh. Pertandingan dibatalkan kerana SMK XXX  telah dimasuki air. Pekan Jitra juga banjir ekoran Empangan Perlis dan Siam melepaskan air. Kira-Kiranya kami pergi bersarapan di Jitra sajelah..Huhu frust juga budak-budak tak boleh nak tunjukkan kemahiran dan skill mereka berhujah. Apapun sekarang ni musim hujan kan. Sana-sini hujan, mendung berarak awan pula muncul. hujan pun tak sabar-sabar mencurahkan air ke bumi. Esok, sekolah akan bercuti 3 hari menyambut perayaan DEEPAVALI. 1 Malaysia kan, cuti sakan kita.

Esok juga, sesudah Subuh Shafie kami satu bas akan bergerak ke Kelantan. Kembali ke negeri kelahiranku serta kelahiran Tok Janggut Pahlawan Terbilang.  Haha cuak juga sebab sekarang ni musim Pilihanraya Kecil Galas. Kan tak pasal-pasal bas kami kena tahan. Mana tahukan disangkanya rombongan membawa pengundi luar a.k.a pengundi hantu.  Tak pasal-pasal bas kena baling karang sebagaimana pernah terjadi sebelum ni. Ampun sek-sek kita, ambo bowok saing2 nak pergi rombongan Cik Kiah. Kami nak pergi shopping ke kelantan. Ambo buke nak pergi Galas. Mereka ni suka shopping. Nanti orang Kelantan juga yang untung. Negeri mayshur, budaya tersohor..Kami nak tunjukkan kehebatan orang-orang kelantan kepada rakan-rakan dari Ipoh.


Yang keduanya musim-musim hujan ni kan. Tengok surat khabar pun cerita pasal banjir, buka TV pun ada pasal banjir. Dalam internet juga semuanya bercerita pasal amaran MERAH yang dikeluarkan oleh JPS. Manalah tahu, tersangkut kat Kelantan, tak dapat balik ke Ipoh. Plan asal nak shopping ke Rantau Panjang mungkin batal sebab di sana selalu banjir. Mungkin akan ke Pegkalan Kubur. Dekat pula dengan rumah aku nanti. Apapun nawaitu kami hanya satu nak meraikan seorang rakan yang akan bersara. Semoga dipermudahkan Allah supaya semuanya selamat. Kelantan, nantikan kehadiran kami. 

keindahan pantai Tok Bali

Mood : Kemungkinan tidak update blog beberapa hari. Tapi kalau ketagih akan update juga!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

32 GENTA RASA:

Azmi said...

HAHA...tak pasal2 kena baling..
owh bila nak g kelate??

imanshah said...

insyaAllah pagi esok sesudah subuh syafie

Dinas Aldi said...

alamak, janganla hendaknya kena baling apa2 bas kome tu. semoga semuanya selamat yeh!

imanshah said...

Kak Dinas..insyaAllah kami ikut jalan lain

iqbalsyarie said...

naik ikut! heeee

Mari menjadi manusia

Latest Post : Kita Tidak Hipokrit!

imanshah said...

iqbal..jom lah

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

bestnya dapat jalan-jalan join rombongan...tak syak lagi geng cik kiah..hheheheh


tapikan, kalau takut kena baling, sediakan bas jadi kereta kebal....


PS: budu jangan lupa yer..beli satu kotak, kalau rindu berblog...update jer...kami nak tahu juga cerita dan pengalaman kesana

imanshah said...

kak ayu..alahai keta kebal takde lah

insyaallah akan diupdate nanti

Budu cap apa nak??

sonata anak kancil said...

wow...balik Kelantan nampaknya...cuti panjang yer...sob2...esok sy sekolah lagi ! tapi raya haji cuti 2 hari...he3x

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cikgu..

apa-apa janji yang terbaik dari kelantan..hehehe

imanshah said...

kak sonata

kami raya haji talak cuti, sari saja

imanshah said...

kak ayu, karang saya belikan budu cap ketereh, paling femes tau

makdara TERdiva said...

aritu turn MDT mengundi kat hulu selangor..la ni turn cikgu plak..

selamat memangkah!

Mohammad Aiman said...

busy sangot lor.
baru lepas hilang kesibukan Aerocarnival, sekarang kesibukan exam final pulak yang menjeling kat tingkap..

sahromnasrudin said...

salam..kirim salam kat Dato Mustapha erk...

imanshah said...

MTD

haha saya bukan pengundi Galas, saya pengundi TUMPAT

imanshah said...

aiman

owh patut lah, gud lurk ya

imanshah said...

sahrom, insyaallah kalau aku jumpa dia

soffea said...

wah.. bestnye cuti lama.. smpai cikgu pon nak cuti dr bberblogging ye. hehe.

Azmi said...

man aku ada tag kau join kontest...meh join meh

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sejak duduk bandar ni lama tak dengar Subuh Shafie ... masa undi pangkah sapa saja yg kamu suka..bukan ada kesan pun pilihan raya kecil

Abd Razak said...

Salam...

Baik-baik balik tu ya!

Pencacai Alim said...

slamat mengundi sahabat

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

seronok yer tenguk negeri orang

Wassalam

Abu Aiman said...

selamat bersopping di Kelantan. Sediakan payung sebelum hujan.. =)

imanshah said...

soffea

ok lah dapat letak tepi stress

imanshah said...

Abu Aiman

la, sampai2 tak hujan pula kelantan

imanshah said...

Azmi

contest apa..kang aku jenguk blog kau

imanshah said...

Brutalsolo..

haha subuh syafie..kamu mesti jarang semayang subuh...kuikui

imanshah said...

Abd Razak...

terima kasih, alhamdulillah dah selamat sampai

imanshah said...

Rozali...

bukan negeri orang,ni balik ke negeri sendiri

imanshah said...

Pencacai Alim

mengundi apa plak,,aku mengundi kat Tumpat

ni mesti kes tak baca habis ni..huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget