WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 20, 2010

KATAKAN TIDAK PADA MUFLIS!!

Sebagaimana yang dijanikan hari ini saya nak buat entri berkaitan isi khutbah yang saya dengar semalam. Kira-kiranya sebagai peringatan untuk saya sendiri serta para pembaca setia HOK SENGOTI. Tajuk khutbah semalam cukup menarik dan menginsafkan saya berkaitan BANKRAP DAN MUFLIS DI AKHIRAT. Semalam, khatib ada membaca satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan Termizi di mana hadithnya berbunyi :


Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

Adakah kamu tahu siapa orang muflis? Jawab sahabat, orang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

 `Sesungguhnya orang muflis dari umatku ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang.


Maka dibahagi-bahagi kebaikannya tadi kepada orang-orang itu. Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka. (Riwayat Muslim dan Tarmizi)..

Tak takutkah kita untuk muflis? Kalau di dunia ni kalau kita diisytiharkan bankrap takda sapa nak pandangkan? Lagi-lagi kalau wakil rakyat, kena buat pilihanraya kecil kerana kerusi yang diwakili terpaksa dikosongkan. Tu belum lagi bab nak berurusan dengan institusi kewangan lagi. Pendek kata semuanya susah kalau kita muflis. Saya pasti dan yakin ramai dalam kalangan kita yang tak nak muflis?? Tuan rasa ruan  nak muflis ke Y.B Senget bin Sungut?? Nak muflis ke Encik Leman oii?? Pasti mereka menjawab : KATAKAN TIDAK PADA MUFLIS..

Namun, kita tak menyedari betapa muflis yang sebenar-benarnya mengikut islam ialah muflis di akhirat.  Eh pandai lah kau Imanshah. Ha, kenapa pulak kalau saya beriman, beramal soleh, naik haji 20 kali, puasa sunat sepanjang tahun..Solat sunat tok sah kiralah kan..tak terhitung..Tak ke itu maknanya saya ni beriman?? Apa kata orang..Lelaki di bawah lindungan Ka'abah?? 

Mintak maaflah!! Bacalah, hayatilah hadith di atas.. kalau perkara-perkara berkaitan hubungan dengan manusia ataupun hablum minannas tak jaga. Contoh mudah la..kita ni memang nampak alim lah, tapi bab-bab mengata, mengutuk, mengumpat orang kita tak tinggalkan. Boleh?? Beriman apa macam tu. Saya tak mahu menuding kepada sesiapa. Ianya sekadar melalui pemerhatian insan yang lemah ini. 

Oleh yang demikian janganlah terpedaya dengan amal ibadat yang kita lakukan sekiranya perbuatan dan perilaku buruk yang boleh menyakiti dan menganiayai orang lain tidak dapat dihindarkan jauh dari diri kita. Kerana tindakan tersebut berpunca dari sifat keji yang berakar umbi dalam jiwa seseorang yang mana sifat ini adalah amat berbahaya dan sentiasa merosakkan benih iman dan amal kebaikan seseorang. Samalah dengan pokok tanaman yang diserang oleh serangga yang merosakkan akar tunjang pokok tersebut.

Takut-takut di akhirat kelak, TIDAK ADA YANG TINGGAl untuk kita. Semoga mendapat manfaat dari celoteh yang tak seberapa ini. 

Pesan Imanshah :

1) Kepada kaum muslimin sekalian, datang ke masjid kalau boleh awal sikit dan sama-sama mendengar khutbah yang disampaikan khatib.

2) Usahlah terlelap dan terlena sewaku khatib menyampaikan khutbah. Ambillah peringatan dan pengajaran.

3) Hulur-hulurkan barang seringgit dua mengikut keikhlasan kita ke dalam tabung masjid. insyaAllah ada barakahnya.

4) Dan yang terakhirnya, ambil selipar sendiri..jangan ambil selipar orang. Dah banyak kali IMANSHAH balik kaki ayam!!


Ayo, ini bukan kaki Imanshah ok!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

33 GENTA RASA:

Lelaki Ini said...

huhuh
thanx nasihat!

Fello Ariza said...

imanshah..

salu blik kaki ayam ke pas smbhyang?

hehe

imanshah said...

lelaki ini

sama2..kau lelaki kan..haha

imanshah said...

fell

selalu gak, mujo ada kereta buleh cover..tapi jgn sesekali amik selipar org lain

- abdul hadi abdul muti - said...

zaman sekarang ni ramai yang mengumpat kat fecebook sebab nak memeriahkan wall. hurm..

Ape kate cikgu beli padlock, cikgu padlockan je seliper cikgu tu

imanshah said...

hadi

haha terkenang cara budak star kunci selipar depa

imanshah said...

hadi

haha terkenang cara budak star kunci selipar depa

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Pesan Ustaz Kazim kalau tak nak jadi muflis di akhirat jagalah 2 perkara ini bersungguh-sungguh iaitu taat kepada perintah Allah dan Rasul dan jauhi segala larangan~Nya. Keduanya, jaga dan baiki akhlak dan adab...

imanshah said...

saustaz razak

saya selalu dengor ceramah ustaz khazim..bersahaja

abid_PM said...

TIDAKK! janganlah muflis.
kalau kat dunia muflis pun sakit.
kat akhirat adeh, tade penghujungnya muflis tu.

kalau dapat syafaat, selamat.

haha. kaki ayam. rock2!

pasang spy, dapat pencopek sekeh kepale.

terspu

imanshah said...

abid

kau ingat zaman sekolah dulu..kan kaki tu tak bermata..ngan selipar2 cg dan ustaz korang kebas

nunama said...

emm betul tuh.
pernah dgr satu slot tazkirah:
Ada 7 lapisan langit yang perlu kita lalui. Setiap lapisan langit, ada malaikat yang jaga. Amalan yang diukur pula berbeza pada setiap langit. kalau ada amalan kita yang tak elok, kita x dpt smpi ke langit yg ke7.
Lapisan paling pertama sekali ialah mengumpat.
Huhu. Awal-awal lagi dah kena reject.
Renung2kan dan sama2 muhasabah diri semula.

Wallahua'lam.

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

terima aksih atas kongsi maklumat

surau kami diadakan solat Jumaat dan ada tazkirah sebelum solat

Wassalam

imanshah said...

nunama

betul tu, adei kat fb selalu orng mengumpat an

imanshah said...

rozali..hurm sellaunya org2 tua yg penuh awal2 kan..yg muda2 nak habis khutbah baru sampai

sekamar rindu said...

sangat malang org yg bangkrap di akhirat..

di dunia mungkin kita kaya raya..duit berjuta-juta tapi jika kita tidak mengamalkan perkara2 yg diredai allah..pasti kita akan terjerumus ke arah bangkrap..moga kita dijauhi semua ini..

imanshah said...

sekamar rindu..

saya setuju..kemasyhuran dunia, kemewahan harta tak menjamin kebahagiaan akhirat

ibuintan said...

minta dijauhkan daripada bankrap ni terutama bankrap amal dan iman..

perkongsian ilmu yg baik

imanshah said...

ibuintan

teringat kisah ibu dengan mak budak tu..mulut nye ya Allah..sukar digambarkan

makdara TERdiva said...

salam imanshah,
berkaki ayam takpe..bukan daddy ayam..eh! :)

imanshah said...

MDT

dady ayam?? wah kayo tu..tapi cara haram le

nunama said...

Cikgu Imanshah: FB bukan sekadar mengumpat.
macam2 dosa ada. huhu
sumber zaharuddin.net. :)

Yatre Hayati said...

huhuhu lenkali selipar tu masuk plastik sorok bawah kain pelikat. hehehe

imanshah said...

nunama

betul2..tapi kalau sekadar untuk bertanya khabar saya rasa ok.

imanshah said...

yetri


haha gelak kat org nanti

Ikmal Fayadh said...

satu aja muflis yang tidak merugikan, iaitu pabila bermain roda impian . wang besar! wang besar!

oh kalau time khutbah memang sedap tido, apa lagi kalau dapat port tepi dinding. haha

imanshah said...

ayo fayad..sudah mau jadik dokter pun masih tidur lagi time khutbah

amirul said...

Hahaha... terkejut tengok kaki ayam itu... nasib baik kaki kamu x gitu... apapun terima kasih atas entri bermanfaat ini...

imanshah said...

amirul

haha kaki ayam pun sedap buat sup

::FAIZ FARISH:: said...

stuju ngan yatre

imanshah said...

Faiz..adei nanti abng beli plastik banyak2

Muhamad Zaki Zafir said...

saye biase sorok slipar blkg pasu.Alhamdulillah,selamat setakat ni. :)

tak bek curi slipar org ni kan..dpt bala sbb slipar tu menyesal tak sudah.

imanshah said...

zaki

betul2, selipar tu menyesal..karang dia yg melarikan diri

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget