WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 4, 2010

KEGILAAN KAUM WANITA

Salam siaran dari bumi Cik Siti Wan Kembang. Rindu rasanya nak menaip dan menatap blog-blog rakan-rakan. Namun disebabkan kekangan masa dan jadual yang padat, aku pendamkan juga. Petang ini Alhamdulillah berkesempatan untuk melayari internet dari bandar Kota Bharu Bandaraya Islam. Ketika ini rasanya pusat pengundian di Batu Sapi dan Galas telah hampir ditutup Dan keputusan akan diumumkan pada malam ini. Maka bagi yang menang, maka bermulalah tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan untuk rakyat. Kita tinggalkan dunia politik, siaran dari Kota Bhari ini nak berfokuskan soal  'kegilaan wanita'.


Minta maaf sejak akhir-akhir ini posting aku banyak juga berkisar kepada kehidupan wanita seperti BILA MAKCIK_MAKCIK MAIN FUTSAL. Kali ini berkisar kepada pengalaman aku bersama rakan-rakan wanita di Kota Bharu. Seperti bisa, sebagai lelaki idaman malaya orang Kelantyan,  akulah orang yang paling sesuai untuk membawa  rombongan Cik Kiah membeli belah. Maka pada hari pertama kami mengunjungi Pasar Besar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu dan Pasar Lama MPKB. Rasanya 5 jam mereka menghabiskan masa membeli-belah. Macam tak percaya melihat ribuan wang dihabiskan untuk membeli tudung, batik dan kain pasang. Ulang sekali lagi RIBUAN ok. Mak ai, aku cakap dalam hati kalau bagi aku sikit boleh juga buat hantaran kahwin. Hehe. Tapi bukan nak cakaplah, aku tabik springlah kat kaum hawa Kelantan. Kebanyakan perniagaan di Kelantan dimonopoli oleh kaum wanita. Kalau tak percaya, silalah berkunjung ke Kelantan.

Pada malamnya, kami mengunjungi Pasar Malam Wakaf Che Yeh, antara tempat membeli belah yang  terkenal juga di Kelantan. Kiranya macam UpTown juga lah. Tak habis-habis juga mereka membeli-belah. Kami kaum Adam hanya tengok sahaja gelagat kaum Hawa. Haha dah namanya datang untuk membeli-belah, beli jelahkan. Mana nak dihadiahkan buat kawan-kawan, manaa nak hadiahkan buat kaum keluarga. Dah beli, belah je lah lepas tu. Hehe, aku pun syorkan kalau kawan-kawan nak membeli belah kain batik, tudung, kain pasang, buah-buahan pada waktu malam, anda bolehlah berkunjung ke Wakaf Che Yeh. Waktu operasinya 7.00 malam sehingga 1.00 pagi.

Keesokannya Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur kami kunjungi. Nak ke Rantau Panjang, dah dilanda banjir. Terpaksalah ubah rancangan ke Pengkalan Kubur. Kali ini, bas penuh pula dengan narita, periuk, serta pinggan-mangkuk. Hurm, memang tak menahan tengok wanita-wanita ni kalau berbelanja. Sebab tu, dulu aku dengan x-girlfriend selalu gaduh sebab aku tak tahan tunggu dia shopping lama-lama.Rasanya kat rumah tu banyak lagi kot pinggan-mangkuk yang belum terusik, narita lama pun masih elok lagi. Dah berganti baru ye. Jangan marah ya kaum-kaum ibu semua.

Pertanyaan sikit untuk kaum wanita..Baju banyak-banyak, tudung berlambak-lambak tu pakai ke? Takut buat penuh almari je simpan. Haha, kaum wanita sila jawab...!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

33 GENTA RASA:

makdara TERdiva said...

hehe! MDT pegi kelantan semata2 nak tengok pasar siti khadijah secara live..kehkeh!

bab tudong2 & baju2 byk2 tu bukan ape..sebagai inspirasi & motivasi rajin pegi keje hari2...lalalalala

psttt...kirim sutera skodi :P

abid_PM said...

tak pernah sampai lagi,
apa yang menarik eahh?

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

biasa la perempuan.... iman
buat penawar, dia beli lesehelai dua untuk hubby..tutup mulut..he he

Wassalam

ckLah@xiiinam said...

Jadual padat?
Mak aih...mengalahkan orang0orang di Galas.



;D


Psst: Bak mai balik sutera batik barang sepasang!

Dinas Aldi said...

waahhhhh, akak dah lamaaaaaaaaaaaaa x ke kelantan. kali terakhir pi dulu tahun 1991 dengan mak, arwah bapak & adik. percutian family le. rasa2 macam nak pi ja sama ada kelantan atau terengganu cuti sekolah kali ni. saja jalan2.

imanshah said...

MDT

sekodi ?? banyak nyer..nak berniaga ke tuw

imanshah said...

Abid..

jemputlah datang ke Kelantan, tak rugi..negeri cantik, budaya molek, tempat menarik

imanshah said...

Rozali..haha betul2, rasuah supaya taki kene bebel..huhu

imanshah said...

ckLah..

padat woo, makcik2 ni nak membeli belah...org laki boring tahap dewa dah..

sutera sepasang je, mintaklah sekodi...

imanshah said...

ckLah..

padat woo, makcik2 ni nak membeli belah...org laki boring tahap dewa dah..

sutera sepasang je, mintaklah sekodi...

imanshah said...

Kak Dinas

jemputlah, kelantan dah jauh berubah..kalau 1991 tu maknanya dah hampir 20 tahun tak jejak bumi serambi mekah..

insyaAllah, seronok kak

imanshah said...

Kak Dinas

jemputlah, kelantan dah jauh berubah..kalau 1991 tu maknanya dah hampir 20 tahun tak jejak bumi serambi mekah..

insyaAllah, seronok kak

::FAIZ FARISH:: said...

tak penah pg lg

imanshah said...

Farish..jom datang kelantan..rumah cikgu meh jemput datang

en_me said...

bukanke banjir kat saner tewww.. uhuhu

Mohammad Aiman said...

cantik gambar tuh.. =)

pasar dari atas. nampak naik abis kaler2 buah n baju

Abd Razak said...

Salam...

Pernah pergi sekali dulu, memang terkejut tengok peniaganya semuanya perempuan...hebat wanita di sana..

imanshah said...

Aiman...haha

jgn tertipu, ganba encik google

imanshah said...

Ab Razak

Alhamdulillah, kat kampung juga begitu, yang berniaga kedai kopi kebanyakannya adalah wanita..itulah hebatnya wanita kita

sonata anak kancil said...

last year pi Kelantan....bila nak gi lagi tatau la...kot banjir2 ni...kang hanyut dik banjir pulak...kalau ke sana - memang cari kain batik lah ...melaram batik M'sia...ohhhh akak suka! mana cukup ... setiap minggu kan pakai batik - majlis rasmi pun batik !....jadi kalau boleh biarlah yang berbeza...he3x...tapi harga batik sudah mahal !!! kalau beli dengan awak dapt murah tak??? kalau murah mau akak order dengan awak....

sahromnasrudin said...

salam..kirim la baju batik kat aku huhuhuhu

bUdAk kEnTaNg said...

hahaha..
mu cikgu jalan2 beli belah dok pakai kain pelikat kaa??
kwn akan cuba cari jalan utk jejak kn kaki ke bandaraya islam itu.. huhu
insyaAllah..tgok mcm best jer!!!
;)

Tukang cerita said...

akak pun sama, rambang mata kalau pi ktan...

eh, baju banyak2, kita pakai ye semua..bukan hiasan...kalau dah tak muat, tapi masih elok...bagi pada mereka yg memerlukan...

ok lah kan?
:)

ibuintan said...

iman..

memang kalau rombongan ce kiah, balik je bas penuh dengan segala macam barang macam lah kat tempat mereka takde jual...

hehehe... ibu setiap dua tahun bawak serombongan anak murid ke kelantan, tahun lepas last pergi, seronok bawak budak2 ni... bas tak penuh boleh isi banyak barang tuk cikgu saja

nak juga sutera sepasang..

Pencacai Alim said...

satu2nye pasar yg asingkan peniaga lelaki dn pompuan kalau tk silap

imanshah said...

kak sonata

sana belum banjir lagi, masih cerah dan ceria..

tulah orang perempuan, batik mesti bertukar2 kan..kami belasah je, 3, 4 helai cukuplah

imanshah said...

sahrom kamu kalau dtg kelantan aku belikan sekodi

imanshah said...

budak kentang

macam mana tu, kawe ore kelate pun selalu g johor

demo ore johor kena la jugak jenguk2 negeri kawe

imanshah said...

ibuintan

samalah, bas kami tak penuh, yang penuh ialah toto, periuk belanga bagai

keropok pulak mai ai berbundle2

imanshah said...

pencacai alim

takdelah, campur je, tapi majoritinya perempuan lah

imanshah said...

kak nurul

alhamdulillah dermalah pada yg memerlukan

azzey said...

best nya klu dpt pegi ke Kelantan tu. lg2 tpt2 ni.asyik dengor citer kengkawan je......:)

imanshah said...

azzey

jemputlah ke kelantan..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget