WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, November 21, 2010

KISAH AKU DAN POKOK (AKU SAYANG POKOK)

Hari-hari bila sahaja keluar rumah, aku akan lihat pokok ini. Hari-hari bila aku keluar rumah, pokok ini akan pandang aku. Keudukannya betul-betul depan pintu rumah. Ni kira kalau sekali tak tengok pokok ni, maka rindulah aku. Yalah aku jaga pokok ni sejak kecil lagi. Yalah nak jaga anak takda, jaga pokok jelah. Kadang-kadang aku pergi kepadanya, dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini. Masa pokok tu kecil   lebih kurang beginilah.


Dah dua tahun rupanya makhluk Allah yang kuat ini hidup. Kenapa kuat, yalah berpanas, berhujan..semuanya tahan diuji. Tak sekali pokok ini merungut, Arakian pun, pokok ini telah membesar menjadi pokok yang taklah besar sangat tapi tinggi. Mengalahkan ketinggian aku. terkejut juga melihat pucuknya menjulang tinggi bagai tak boleh ditahan. Apa orang kata, bahasanya mencanak. Walhal ianya halah pokok hiasan sahaja. Kira-kiranya pokok itu sekarang sudah membesar menjadi begini.


Pucuknya tinggi menjulang, lurus ke atas mencari sumber matahari .Justeru apa kaitan  pokok ni dengan penulisan aku hari ini? Baiklah teman-teman, aku nak tanya sikit. Apakah sebenarnya manfaat pokok kepada manusia. Habaq mai kat Imanshah. Takpa-takpa, biarkan saya huraikan sedikit. Pokok  boleh menjadi tempat berteduh yang nyaman,mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas,   penyimpan air yang bersih dari kotoran,sebagai sumber pendapatan, mengawal iklim serta banyak lagi kegunaan yang lain. Nak ceritakan semuanya rasanya kena buat entri lain. Kalau punyai masa terluang teman-teman boleh SINGGAH DI SINI.

Tapi, ada hal lain yang menarik untuk kita semak  dari pokok atau tumbuh-tumbuhan ini. Perhatikan hujung pokok ini. Ianya tegak tegak lurus ke arah yang sama. Walaupun ia berada di tanah yang tidak rata,  pokok akan memaksa dirinya untuk tetap lurus menatap cahaya. Walaupun dibasahi hujan, dipanah teriknya mentari, ia tidak berubah..Tetap tegak lurus.

Teman-temanku  “Jadikan dirimu seperti pokok ini, walau keadaan apa pun, tetap lurus mengikuti cahaya kebenaran..."

Siapapun anda... guru, majistret, suri rumah, pelukis plan...? baimanapun anda.. cantik, OKU, tinggi, kaya, hodoh, cantik, gemuk...? dan di manapun anda. Kuala Lumpur, Makkah, di desa, di kota? ikutilah cahaya lurus kebenaran... kerana bila tidak anda akan tersesat dalam kegelapan. Dan apabila terperangkap dalam gelap, jangan marahkan kegelapan, tapi nyalakan lah cayaha walaupun dengan lilin...

Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah, dan berpegang kepada agamaNya, niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dariNya (Surga) dan limpahan karuniaNya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepadaNya (4:175)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

58 GENTA RASA:

ummu said...

assalamualaikum
subhanallah
tamsil dan ibarat
yang ada di sekliling
cuma hati ini sahaja
yang tidak mahu memikirkannya
thankas for sharing

imanshah said...

ummu

tulah, saya suka tengok pokok tu...dan saya selalu bercakap dengannya

ckLah@xiiinam said...

Oooooooooooooooooo...yang itu rumah dia. Lalu kat Jalan Dairy tu nampak. Esok nak intailah...

Azmi said...

bagus man..
aku pun suka jugak tanam pokok..tapi sejak duduk kolej ni memang tak ada masa nak menanam..hanya menanam tebu di tepi bibir je la

imanshah said...

CkLah..haha sebelah jalan besar je..isy2 jgn intai hamba, kang termimpi sampai balik teluk intan

imanshah said...

azmi

ayoyo, kamu ini menanam tebu di tepi bibir maknanya suka berjanji je lah, tapi huh nak tepati susah

nunama said...

kitaran alam.
pokok perlukan manusia.
manusia perlukan pokok.
Dia lebih Maha Mengetahui. :)

imanshah said...

nunama..tapi berapa ramai dalam kalangan kita yg ambil kisah ye?? asyik tebang pokok je

nunama said...

haaa itulah masalah skrg ni.
kurangnya kesedaran sivik.
yg penting hati ni.
kalo syg dan faham, pasti x buat.
ni, byk yg dah pentingkan diri.
dorang tebang pokok sbb nak duit kan?
haih...
tgk mcm US*.
ada kempen bawa tupperware g cafe.
so, x byk smpah. dan x gune byk plastik. dpt skit jaga alam sekitar.
aeh? Ada kaitan ke ngan pokok?

imanshah said...

Nunama

kenapa kita masih tak praktikkan pg pasar raya takda beg plastik..Kan boleh mengurangkan pencemaran sampah..

nunama said...

hehe.
sebenarnye cikgu, dah ada dah buat mcm tuh.
kalo kat penang ni, tesco dan jusco(QB, turut serta kempen tu.
Ada hari2 tertentu, dorang x bg beg plastik.
So, brg2 yg dah dibeli tu, kena pandai2 bawa la. letak dlm beg ke ape ke. Kalau tesco, siap jual beg recycle tu.
Tapi, kalau mcm ada org yg x bwk beg tu, n kena letak dlm plastik juga, dorg kena beli plastik tu.
Kat tempat lain, x sure. :)

imanshah said...

kat ipoh takda..kalau bertimbun barang yang dibeli, berbondon2lah beg plastik yang kami jinjit masuk dalam kereta..hur. penang kat mana ya?? saya dulu blaja di USM

hysman said...

uish tinggi mencanak ke atas pokok tu...
manusia la nih dah ade dpn mata pon masih nk cari yg bengkang bengkok...
katenyer baru adventure...
adeh,yang dilarang itu yg nk dibuat...
akhir zaman cikgu... :((

nunama said...

hehe.
kalau macam tu, cikgu lah initiate kan benda tu. Cikgu bawa beg recycle g shopping complex dan pasar2.
Jangan banned terus. Cuma kurangkan.
kadang2, org luar terpengaruh dgn apa yg kita buat kan?
Penang di usm. :)

Dinas Aldi said...

Yalah dik Iman, kat Penang sekarang Isnin sampai Rabu xda beg plastik di semua pasaraya so bawakla beg sendiri utk isi barang yg dibeli. tahun depan kabarnya xkan ada langsung beg plastik bila shopping di mana2 pasaraya x kira hari apa pun. I LIKE!

imanshah said...

hysman

namapun manusia kan..ada mata, buta..ada hati, mati..ada telinga tapi pekak..

imanshah said...

hysman

wah dah tuka gamba nampak

imanshah said...

Nunama

saya setakat g shopping beli satu barang dua barang je, selalu tak amik plastik pun..owh USM, saya dulu sapend di USM

imanshah said...

Kak Dinas

Ok lah tu, bawak troli sendiri boleh?? ataupun depa bg kita troli..haha

nunama said...

hehe.
kalo cikgu x amek saspend, camne cikgu bleh jd cikgu kan?
saya amek TI (food).

imanshah said...

nunama

owh tau2 ada roomate dulu amik TI gak

Abd Razak said...

Salam....

Adanya pokok sejuk kawasan tu...byk oksigen di sekitarnya

makdara TERdiva said...

haha! boleh geng dgn mak MDT, suka sembang dgn bunga2 orkidnya... :)

terapi katanyelah!

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

pokok ni ibarat cm nyawa la kot..cb byangkan klu xde pokok..kompom xde oxygen..so bile sume 2 xde kompom inalillah la manusia..tak gitu???hehe


slamat ujung minggu..

imanshah said...

Salam ustaz razak

betul, rasa sejuk mata memandang pokok2 yg tumbuh menghijau

imanshah said...

MDT

wah orkid mesti macam2 jenis ada..rumah saya banyak pokok bunga yang tak berbunga..saya minat pokok berdaun sahaja

imanshah said...

A.F.A

moral of the story, sayangi pokok sebagaimana kita sayang kat kereta kita..haha

Insan Marhaen said...

kekadang jadi pokok lebih selamat jadi jadi manuissa, ya..

NuR si CiKGu RiBeNa said...

cantik.. jrg kita nak tgk dan reflect dgn kejadian alam ni..huhu..terasa diri kerdil.

imanshah said...

IM

haha takut juga, kang tak pasal2 kena tebang dek pembalak haram,,

imanshah said...

Nur

betul2..belum kita reflect dengan air lagi tu, batu2 pun banyak..gunung-ganang kat ipoh tu lagi kan..haha

apa khabar penuntut ULU KINTA??

wahida said...

saya x minat menanam...huhuhu...kesian kat saya kan?

imanshah said...

wahida

takpe, tanam budi cukup!!

Un Phat Lee said...

tetiba gua rase macam nak tanam pokok kt dalam bilik gua...baru gua akan sentiasa sedar...ehe

imanshah said...

Fadlee

haha org dalam hati ada taman, tapi kau dalam bilik ada pokok

sekamar rindu said...

salam..


saya pun gembar tanam pokok..

imanshah said...

sekamar rindu

alhamdulillah minat yg sama

mohammad said...

ketika dalam syurga, tuhan menegah nabi Adam mendekati sejenis pokok...akhirnya nabi Adam dekati juga...kerana itu nabi Adam diturunkan ke bumi...agaknya apakah pokok tu ya..

imanshah said...

Mohammad..adei, bukanlah.itu pokok khuldi

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam..

alpha bila tak memandang alam sekitar,,

rupanya setiap mahluk yang DIA ciptakan menyedarkan kepada setiap insan

terima kasih cikgu berkongsi tazkirah

imanshah said...

ayu..haha tazkirah ke??sama2 share ilmu yg ada

Pencacai Alim said...

aku masa kecik2 dulu suka patah dahan pokok kertas mak aku..degil..jahat jauh skali..

imanshah said...

pencacai alim

hang memang, siput babi pun kau bakar kan??

amirul said...

Apakah nama pokok itu? Lurus tegak tegak berdiri... terima kasih kerana menjaga saya... mungkin itu ungkapan yg bakal dilafazkan sekiranya pokok itu boleh bersuara...

imanshah said...

huhu amirul

tak dia selalu bg salam

Qamarul said...

dulu aku pernah tanam tongkat ali.. siyes nie.. tapi jgkahayat pokok tu sgt laa pendek.. sebab aku slalu makan daun die..

imanshah said...

QAMARUL

ang nak mkn daun dia buat apa, ang bukn ada bini lg

gabbana said...

saya suka post ni sebab dia sgt bertepatan dengan ayat al-Quran, surah Ibrahim, 14:24-27. Mmg spot on!

Sebenarnya Allah dah bagi mcm2 signs dan petunjuk untuk kita manusia hayati dan muhasabah. Kita je buta hati! Open up your eyes, bak kata Maher Zain! ;)

imanshah said...

gabbana

alhamdulillah...afala ta'qilun

sahromnasrudin said...

salam..terharu akau baca entri ini..hang peminat tumbuhan hijau rupanya..tahniah ya...

Zuewairy said...

fuyoooo.. minat menjaga@menanam pokok ya.. teruskan.. cintai alam hijau.. kerana kita memerlukan mereka..

Ceritera Lelaki Pot Pet

darkbatman said...

rajin ko jaga pokok?hehe..
eh bro, klau la hati kita sekuat pokok ne,byk halangan dpt kita lalui..

imanshah said...

rom

minat pokok la..ok lah tu kalau minat janda macam mana an??haha

imanshah said...

Zuwaiery

kena pupuk kesedaran sekarang pada alam sekitar..sayang alam

hamzah ian said...

alahai.. entry yang bagus..

imanshah said...

darkman..haha hati sekuat pokok??memang kuat..nakj share ni ngan kamu,

Hati seorang LELAKI... Kekadang perlu sekeras waja... Ada masanya mesti selembut sutera... Ah, lelaki... jika jiwamu tulus kerana Ilahi... Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI

imanshah said...

hamzah..ma kasih...hamzah nyer entri pun masyuk..say suka santai

Qamarul said...

haha kalau aku ade bini pun takde nyer aku nak mgunyah daun togkat ali tue.. haha aku mkn saje2 jer.. sedap rasenyer...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget