WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 23, 2010

KISAH MISS ANN MENGAJAR BAHASA INGGERIS


Kisah ini sekadar hiburan petang isnin menunggu perlawanan Hoki Sukan Asia Ghuangzhou peringkat separuh akhir antara Malaysia dan India yang dijangkakan berlangsung pada jam 5.30 petang.

Ini kisahnya :

Miss Anne seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Miss Anne memberikan  assignment kepada murid-murid meminta mereka mencarikan tiga ayat dalam Bahasa Inggeris dan mengemukakan pada hari Isnin nanti. Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid Miss Ann ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit

"Shut up you !!". 

Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya,

 "Shut up you tu Bahasa Inggeris ke pa? 

Bapanya mengiakan pertanyaan Amin.

" Dapat dah satu perkataan,"  kata Amin di dalam hati.

Selepas mandi dan makan, Amin menonton tayangan cerita Superman di televisyen Sewaktu  Superman  terbang, ungkapannya ialah  "Superman !!!" Amin bertanya kepada bapanya lagi :

" Superman tu perkataan Bahasa Inggeris ke, pa?"

Dan bapanya menjawab ya.

"Dah dua perkataan dah !" kata budak itu.

Selepas menonton televisyen , Amin ke perpustakaan dan dia ternampak  seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar kerana berebutkan  buku. Perempuan tersebut berkata;

"Ladies first"..

 Balik ke rumah Amin bertanya lagi dan bapanya mengiyakan mengatakan ladies first pun perkataan dalam Bahasa Inggeris.  

Hari Isnin Amin ke sekolah. Miss Ann bertanyakan Amin tentang assingment yang diberikan minggu sebelumnya.

Miss Anne: Ok boy, did you get the words?

Amin: Yes, teacher.

Miss Ann: Good, what is your first word?

Amin: Shut up you !!!

Miss Anne: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Amin: Superman !!!

Miss Anne: Bloody fool! Get out from this class

Amin: Ladies First



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

40 GENTA RASA:

n@m@n said...

pang!!!kena penampar sebutir..haha

imanshah said...

ececeh kesian budak tahun satu je pong

Tukang cerita said...

kikikikiiii...
dushhhhhh!
amik ni....

imanshah said...

kak Nurul

amik apa?? duit ka..boleh je..haha

bila nak update belog ni..dah bersawang

sahromnasrudin said...

sib bek aku bukan cikgu..kalau tak aku terajang anak murid tue huhuhuhuh

imanshah said...

Rom

hang memang tak sesuai jd cikgu, hang jd peninju negara ok

nunama said...

haha alahai.
sian budak tu.
Cikgu dia mungkin jgn marah dulu. Tanya kat mana dia dpt tu. Hehe. Ni yg menyebabkan ramai budak tak suka BI. Sbb x fhm. Cikgu BI kena byk memainkan peranan dan bersabar. :)

wahida said...

at least dia ada jugak jawapan...x la dia diam saje...hehehe...

kakcik said...

hehehe.. baru betul! :)

imanshah said...

nunama

tulah, cg kena baikkan!!
jgn marah2 je, tambah2 BI..apalah sangat budak2 kampung macam kampung saya kat kelantan tu..memang susahnya nak belajar BI

imanshah said...

wahida

tulah, kalau buatnya terkencing kat situ?? sapa yg susah baru darjah satu

imanshah said...

kak Cik

apa yg betulnya

::FAIZ FARISH:: said...

hahahaha, klakar, sure kena jalan itik budak tu

imanshah said...

faiz

mana leh jalan itik sekarang

haram

Kalamhati said...

hihihi sabo je..

imanshah said...

kalamhati

namapun budok..haha kita sekoloh dulu lagi teruk kot,,tamboh sekolah arab sedar..haha

jgn marah ye org kapung laut

zureen said...

<<-- saya cikgu yg baik. :)

Mohammad Aiman said...

haha... some old story, is brougt back from death.
lama x dengar citer ni. hehe

imanshah said...

zureen

alhamdulillah, smg baik2 selalu

imanshah said...

aiman

betul2, saya dah publish ni dulu, saja santai petang2 gini..tak sempat nak pk entri baru yg segar..agak bz ini hari

Abd Razak said...

Salam...

Santai sungguh sambil tunggu mesia main ngan india...:):)

imanshah said...

wsalam ustaz

adei dah ketinggalan 1-2

imanshah said...

wsalam ustaz

adei dah ketinggalan 1-2

Muhamad Zaki Zafir said...

hahaha..adoi sakit kepala ckgu tu.. :D

imanshah said...

zaki

itulah cikgu, sakit kepala, baru sorang gelagat anak murid..bayangkan satu kelas 30 orang, 30 ragam..haha

hysman said...

hikhikhik........
elakkn dinding jd masa hentakan kepala cikgu anne..
hahahahaha...

imanshah said...

man

jgn jd jahat bangat...dinding itu xbersalah, tak mahu dicarut nanti oleh budak itu..haahaa

SiNoMoSa said...

Salam Cikgu Iman,

Ekekeke sy pun pernah dgr or tbaca lawak nie ekekeke..deshum!

p/s: tahniah ler M'sia utk hoki ptg td..

ibuintan said...

tuk budak darjah satu.. tu jawapan kretif..

imanshah said...

sinomosa

tahniah2..suka2 sampai ke telinga

imanshah said...

ibuintan

haha anak murid ibuintan macam ni gak ke

anamizu said...

slumber gila budak tu bg jawapan..ahakss~~

imanshah said...

anamizu

ahaks..slumber inilah contoh jawapan kreatif

Azmi said...

haha mmg havoc budak tu

imanshah said...

Azmi

havoc, vass, vouge sume ada ma

nas said...

hahahhahaha...
sian budak darjah satu tuh..
erm..
pehal gambar superman???
isk3

imanshah said...

Nas

aku ada tanya Amin tadi, dia kata cita2 nak jadi superman..so pesan dia, taruk gamba superman ye cikgu

ckLah@xiiinam said...

Cikgu...
Boleh tak 'tempat klik komen' tu letak kat bawah. Sakit jari-jemari Ai tau, dah baca habis ceritanya, kena skrol ke atas semula...



"Shut up you ckLah! This is my blog okey! Not your blog!" Kata Imanshah.

Hehehehe

imanshah said...

cKlah, nanti saya cuba buat ye..tapi memang saya tak pandai..ajaq mai

imanshah said...

CkLah dah try buat tapi macam tak jadi je..susah sya nak komen tadi, xmau function

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget