WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, November 8, 2010

NAK BAWAK MATI KE



Dua minggu lepas, bonda di kampung menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat memaklumkan bahawa ibu dan kami seramai tujuh beradik perlu hadir di sana untuk mendengar perbicaraan tentang pembahagian tanah harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah. Beria-ia benar bonda menelefon anak-anak, balik jangan tak balik katanya.  InsyaAllah kami semua akan berada di kampung pada hari khamis ini bagi membicarakan sedikit harta dunia yang ditinggalkan oleh arwah yang telah kembali ke Rahmatullah tahun lepas. 

Alhamdulillah, sememangnya harta pusaka akan dibahagikan mengikut sistem FARAID. Memang aku tak berapa nak faham dengan sistem FARAID ni. Yang asas tu memang aku  faham seperti harta yang ditinggalkan hendaklah dibahagikan antara anak lelaki dan perempuan ialah 2 : 1. Alhamdulillah setelah bertanyakan ustaz serta mengikuti perbincangan forum di internet mengenai pembahagian harta pusaka, aku mulai faham sedikit demi sedikit. Kalau nak tengok laman web tersebut boleh klik SINI.

SEJARAH LAMPAU

Kata orang sejarah sebagai satu pengajaran. Terkenang keluarga di sebelah ibu. Memiliki harta yang banyak, tanah, rumah sewa dan sebagainya. Namun, berpecah dek kerana berebutkan harta peninggalan arwah nenek dan datuk. MasyaAllah, bukan niat untuk membuka pekung di dada. Tapi sekadar berkongsi pengalaman hidup tentang harta dunia ini. Adik beradik tidak bertegur sapa, bermasam muka malahan sanggup berparang semata-mata berebutkan harta. Mujur arwah ayah melarang ibu terlibat dengan perbalahan mereka, bahkan kami tinggal di tempat yang jauh dari rumah nenek dan datuk. Dapatlah sedikit -sebanyak melarikan diri dari permasalahan keluarga. Nak dirungkai perkara yang kusut pun susah sebab dikatakan ingin masuk campur pula. Bimbang takut persengketaan ibu bapa akan beralih kepada anak-anak dan cucu-cucu nanti. itu belum lagi tanah yang tidak ada geran, tanah yang diduduki kerana perjanjian mulut orang-orang tua. Esok lusa, cucut-cicit pula yang bersengketa kerana hal dunia. OH INILAH DUNIA!!



Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anakmu, iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan. Jika anak itu semuanya perempuan dan lebih daripada dua orang, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; dan jika anak perempuan itu hanya seorang, maka ia memperolehi setengah harta. Untuk kedua ibu bapa, bagi masing-masing satu per enam dari harta yang ditinggalkan jika yang meninggal itu mempunyai anak; dan jika yang meninggal tidak mempunyai anak yang mewarisinya hanya kedua ibu bapa, maka ibunya mendapat satu per tiga. Jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu per enam. Pembahagian tersebut sesudah ditunaikan wasiat yang dibuatnya atau sesudah dibayarkan hutangnya. Tentang orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfa’atnya bagi mu. Ini adalah ketetapan daripada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Al Nisa: 11)



Jangan jadi monyet yang bergaduh kerana berebut pisang!! Nak jadi monyet?? 



Mood : tidak sabar bertemu bonda, bukannya tak sabar mendapar HARTA..Bonda dan ayahanda adalah harta tak ternilai..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

48 GENTA RASA:

khaifaiz said...

Salam En. Iman

Tu semua dunia.. Nikmat dunia + Syaitan dah menguasai

Ummi Humaira said...

salam dik iman...

betul tu kerana harta dunia , saudara yg rapat jadi masam muka...dan pernah terjadi kpd keluarga mak akak ... sedih betuuuullll...

pulang ler berjumpa bonda selagi mereka masih bernafas....bkn harta yg bonda pinta , tapi kasih sayang dr anak2 yg dinanti2kannya...

Muhamad Zaki Zafir said...

kerana harta, ikatan adik beradik, kenangan bergumpal tido bersama semasa kecik dilupakan..jadi mcm api pun ada.kecik2 kawan tapi lama2 jadi lawan.

azzey said...

betul tu. harta dunia blh dicari kannnnn...

p/s; slm ziarah ke blog ini. tq coz sudi ke blog saya......:)

abid_PM said...

hati-hati dengan nafsu.

tragedi ni memang sentiasa berulang dari dulu eh?

iqbalsyarie said...

aduh...betul la cikgu. Ini bukan kisah dongeng sebab ada orang kampung saya pun jado macam tu. Cuma takde acara tetak-menetak je. Kalo gaduh mulut, memang macam zikir harian pula.

Astagfirullah.

Moga keturunan kita dan orang sekeliling kita terpelihara :)

Post-post menarik.
Allah wujud ke?

Allah Sangat Baik. Setuju?

Dinas Aldi said...

harta dunia pun nak berebut sampai berbunuh2. dah gila gamaknya.

imanshah said...

zakir..

seronok dulu tidur adik beradik depan tv..haha

imanshah said...

ummi

itulah, mak selalu demam2 sekarang kena balik jenguk selalu

imanshah said...

kak dinas..gila memang gile

gile duit

imanshah said...

khaifaiz

sekejap je nikmat dunia ni, tunggulah di akhirat, tambah2 yg makan hak adik beradik lain

imanshah said...

iqbal...tulah, tambah2 dalam kalangan masyarakat melayu..kalau selalu tgok drama melayu memang itulah realiti...

imanshah said...

azzey

sama2, awak sellau update, baguslah 2, 3 entry sehari

imanshah said...

abid..yalah zaman bunuh membunuh ni kan dah mula zaman nabi allah adam a.s lagikan..cuma waktu tu berebut perempuan kan..

Abd Razak said...

Salam...

Begitulah hendaknya dibahagi mengikut kehendak Islam agar tidak mendatangkan ketidakpuas hati di antara keluarga yang ada...

imanshah said...

ustaz razak..alhamdulillah islam dah lengkap semuanya..ada hikmah disebalik FARAID itu

ibuintan said...

selagi termampu , ziarahlah emak selalu.. harta dunia tidak ke mana, tapi eloklah balik kerana bila seorang tiada urusan pembahagian akan terganggu

Kalamhati said...

ibubapalah harta yg tiada nilai dan anugerah termahal yg tak mampu kita tukar dgn harta dunia..

imanshah said...

ibuintan

sebenarnya ini kali ke dua kami dipanggil, kali pertama tak semua adik beradiki dapat balik sebab masa tu ada yang berada di luar negara..

tak dapatlah buat masa tu..sekarang alhamdulillah semua dapat berkumpul

imanshah said...

kalam hati, terima kasih follow blog saya juga..ya betul ibu bapa tidak ternilai

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cikgu..
rasanya kita sebaya,,,lahir tahun 80 an kan?...


bab harta, teringat kes ibu ayu, sedang risau..adik lelaki ambil pusaka nenek tanpa izin adik beradik lain...

kenduri kawin nak dekat tapi tak dapat hubungi..dah terputus tali persaudaraan..alahai..sukar sungguh..

imanshah said...

haha kak ayu pulak kan..adei

kita sebaya lah..malu i..

sekarang dia tak dapat dikesan??kemana menghilang tu??

Fello Ariza said...

sebab harta, manusia boleh berubah sekelip mata...
huhu

imanshah said...

fell..lama tak nampak..betul alhamdulillah kami adik beradik masih utuh..cuma pakcik dan pakcik yang bergaduh

gabbana said...

kata air dicincang takkan putus.. ni bukan cincang dah ni, tutup paip air tros..! hohoho.. ^^"

imanshah said...

gabbana..

mujo skrg ni ada paip air kan..boleh tutup2..kalau dulu2 guna perigi macam mana plak tu..

soffea said...

astaghfirullah...

semoga dijauhkan dr kita..

huhu

imanshah said...

soffea

saya juga berdoa semoga kita semua dapat hidup dengan aman, rukun harmoni dalam satu keluarga..


bukankan akhlak yg ulia bermula dari keluarga yang bahagia?

Mohammad Aiman said...

bila nikmat dunia menguasai minda.....

=.='

en_me said...

saperlar x sayang adik beradik..

tp ader kan.. kanns

sahromnasrudin said...

salam ziarah..semoga harta itu digunakan sebaik-baiknya ya...

SiNoMoSa said...

Salam Cikgu Iman,

Harta yang boleh dibawa mati hanya 3 sahaja..renung2kan dan selamat beramal :)

bUdAk kEnTaNg said...

sengal bg sesiapa yg gaduh pasal harta sementara...itu suma donia,akhirat ade harta kekal percuma tak mo dikejar.....
pasal harta semua ptalian boleh ranap dgn sekelip mata...
napsu setan dah menguasai..
subhanallah..elakkn lah...

imanshah said...

aiman

bila nikmat menguasai minda
darah dfaging pun terus lupa

imanshah said...

en_me

ada, sangat ada..nak2 pula kalau jenis isteri yang menghasut kan

imanshah said...

sahrom, insyaallah

imanshah said...

sinomosa

saya ingat sellau ayah selalu ingatjan

sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan doa anak yang soleh

imanshah said...

budak kentang

itu cakap kita, cakap deme yang jenis tak cukup duit..lainnnnnnnnnn

zmah said...

Harta banyak baloh jugok,tak dok harto pun baloh jugok...Payoh dunio lo ni...

ProfHariz said...

Semoga.. Semuanya berjalan lancar hendaknya! InsyaAllah

::FAIZ FARISH:: said...

dunia2....

Tukang cerita said...

bila diri bertuhankan harta dunia, beginilah jadinya...

harap2 kga kita tidak begitu...
selamat pulang ke kg...
selamat 'bermesyuarat' dan 'berbahagi' dengan amannya...
:)

mohammad said...

nak cari harta tak boleh bergantung pada harta pusaka semata-mata..

imanshah said...

zmah, kalu takdok harta takdolah nak berebut sangat..mungkin cuma orang tak berapa pandang

imanshah said...

Hariz, insyaAllah

imanshah said...

faiz

sebab itulah allah kata dunia ni ujian..berjaya menempuhi ujian dunia dengan penuh keimanan, maka selamatlah

imanshah said...

Tukang cerita

tq kak. insyaallah akan pulang dengan selamat

imanshah said...

Mohammad

alhamdulillah, sedikit harta pusaka yg ditinggalkan buat pengubat rindu pada ayahanda..betul sekali, nak mengharapharta sdikit memang tak cukup, namun cukuplah kalau besederhana, insyaallah itu selamat

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget