WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 13, 2010

OH LIHATLAH DUNIA!

Rasanya sudah dua hari saya tidak bersiaran dengan entri baru. Maaf sebab saya ada urusan keluarga di kampung. Pulang ke Ipoh, kawan-kawan menegur.."Wah jejaka kaya sudah pulang..!! Haha teguran itu membuatkan saya mampu tersenyum sahaja. Saya tahu saya hanya dipinjamkan harta dunia semata-mata untuk menguji tahap keimanan kita kepada Pencipta. harta bisa hilang sekelip mata kerana kita yang kena menjaga harta, tapi ilmu, insyaAllah, akan kekal selama-lamanya kerana ilmu yang menjaga kita. kalaulah ilmu bermanfaat yang disampaikan InsyaAllah akan dapat pahala dan kebajikan dari ilmu yang manfaat yang telah kita sampaikan.

Berbalik kepada entri saya hari ini, sewaktu di kampung di sekolah telah berlangsung Majlis Anugerah Kokurikulum. Alhamdulillah saya hanya diiberitakan bahawa saya turut menerima anugerah pada majlis tersebut. Namun saya tidak dapat bersama-sama berada dalam majlis tersebut disebabkan urusan keluarga yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah, saya telah diberikan anugerah guru kelab/persatuan  terbaik bagi dua kategori. Pertamanya sebagai guru penasihat bahas. Antara kejayaan pasukan bahas pada tahun ini ialah naib johan Kejohanan Debat Sekolah-sekolah Malaysia, dan tempat ketiga bahas Piala Perdana Menteri Kebangsaan. Selain itu juga, seorang pelajar saya telah diipilih mewakili negeri Perak ke Pertandingan Pidato 1Malaysia peringkat Kebangsaan. Untuk anugerah kedua diberikan kepada pencapaian cemerlang di peringkat antarabangsa apabila saya mengadakan Program Pengantarabangsaan ke Rome, Itali. 

Walaupun gagal merebut trofi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia baru-baru ini, saya kira dua anugerah ni dah kira baiklah. Haha itu ayat perasan tu. Apapun saya nak ucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pemilihan, para pembahas saya, serta anak-anak Rome saya seramai 9 orang. Tak lupa juga buat kak Fuziah dan Kak Noridah.. Wah terkenang ucapan seorang artis wanita sewaktu menaiki pentas menerima anugerah dalam Festivel Filem dulu..OH LIHATLAH DUNIA...!!


Nota : Terkenang lakonan hebat ratu air mata Kak Yan (azean irdawaty)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

40 GENTA RASA:

Adinda Amy Sensei said...

salam awk..

apa khabar..
moga sihat selalu..
dah makan?
hehe..


** aisehh, awat tak suka laguu tuu..hehehhe

imanshah said...

cik Amy

saya dah makan dan sihat alhamdulillah..

Bukan tak suka tapi kurang melayan lagu cintan cintun tangkap leleh..haha

p/s layan lagu Cek Mek Molek Dato Daud Kilau

Abd Razak said...

Salam cikgu...

Tahniah atas anugerah!

imanshah said...

ustaz. terima kasih

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt. Tahniah cikgu. Selmat berjuang untuk kejayaan seterusnya~

imanshah said...

insyaallah izzah, mungkin di tempat lain pula

Adinda Amy Sensei said...

emm..
lagu cek mek molek tuu pun saya suke gak...hehe..teringat cite MAN LAKSA lak..hehee..tengok daud kilau terbang jadi superman..hehe..

** tahniahhh utk anugerah itu awak.. :)

imanshah said...

Amy, terima kasih..suka bergelek ye?/ haha

azzey said...

imanshah: 1 negeri rupanya kita. sy pun perak juga ; tk intan. selalu jg ke ipoh klu blk kpg. by the way.....tahniah utk anugerah tu ye!

imanshah said...

azzey

hehe saya selalu je ada di ipoh, nak2 kat JJ ada je muka saya

ckLah@xiiinam said...

Bagus anak muda (yang kaya!)



:D

imanshah said...

Cklah

haha pakcik kayo

Adinda Amy Sensei said...

manade suke gelek2 lak..isshh....awak tuuu yang suke gelek kannnn...kannn..haha

imanshah said...

cik Amy

haha gelek la pulak..huhu suka lah jugak dalam bilik sorang2..haha rajin cik amy datang mengomen

Dinas Aldi said...

tahniah atas anugerah & tahniah jugak kerana dah kaya, kehkeh

imanshah said...

kak Dinas..tulah gadis2 pun keliling pinggang sekarang

kahkahkah,,gelak gatal

young yasmin sarian said...

tahniah cikgu!!! :)

imanshah said...

thanks yasmin

nas said...

tahniah coz dapat anugerah dlm koko..
aku nie xpenah dpt kot...dlm akademik je la :P

latest entri:

Lagu 90an best lagi lahh!!

Adinda Amy Sensei said...

hari rajin sedunia sudah dtg..tuuu rajin mengomen kat awk ni..tak boleh ekkk...

imanshah said...

nas

tk datang blog saya..

dah visit blog anda

imanshah said...

Cik Amy

boleh lah sangat2 dibolehkan

faris.a said...

perghh.hebat ckg.menang anugerah lagi.

Pencacai Alim said...

hebatla ko bro..tahniah2..

imanshah said...

Faris..haha zaman kau dulu takde kan anugerah macam ni

imanshah said...

Pencacai Alimm
terima kasih untuk tahniah

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam cikgu..
wah..saya tak bersiaran..cikgu pun sama rupanya...
tapi saya istimewa sikit bersama en zalie dihospitall..

tahniah yer cikgu....dapat anugerah persatuan...

saya ada kawan, cikgu gak...aktif dgn persatuan, anak jati mersing, bertugas dimersing juga..rasa bangga bila dia sentiasa mengharumkan nama sekolah..


Psst...sah-sah cikgu aktif koko rupanya..tahniah yer, sure en lemak tak mau kumpul..kekekekkee

imanshah said...

Ayu..haha kalau tak aktif ya Allah bosannya hidup

lemak macam ada juga..tengah halau lah ni

ProfHariz said...

Takpe... Rezeki di tempat lain la tuh.. Ohh Lihatlah Dunia!

imanshah said...

hariz..haha nak dapat award pelakon terbaik macam mana, saya bukan pelakon

Lelaki Ini said...

huhuh...
ayat azean irdawati sgt...

imanshah said...

haha betul22

lihatlah dunia

hazlin said...

tahniah cikgu.. di manapun kita mengajar, ilmu tetap disampaikan..

imanshah said...

kak hazlin, betul tu...hatta di ceruk desa dan pedalaman sekalipun, cg tetap cikgu, mendidik dan menabur bakti demi anak bangsa

Sharinginfoz said...

tahniah dapat anugerah tersebut

imanshah said...

shah

terima kaseh

Mohammad Aiman said...

tgk la nanti, anugerah bintang paling popular, dpt la kot...

imanshah said...

aiman

haha mimpi kot..kejar Anugerah Allah yang tak terhingga

darkbatman said...

tahniah bro. trase seronok kan biler ade yg mhargai.hehee

imanshah said...

darkman..tenkiu, seronok la juga..oh lihatlah dunia

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget