WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 25, 2010

PICTURE OF MY LIFE CONTEST


Malam ni aku telah di tag oleh blogger teman tapi mesra aku MI BUDU untuk join satu contest yang telah diilhamkan oleh Aretikz.. Jadi nak tak nak aku join juga..karang merajuk pula si Mi Budu ni..kang tak nak jual budu lagi..Contest ini memerlukan aku tag tiga orang blogger. Maka dengan segala hormatnya aku ingin tag  mereka yang terpilih : Hysman a.k.a budak kentang, Nunama dan Mak Dara.

Jadi, taknak panjangkan celoteh kita lihat gambar dibawah:-



Cantikkan kereta aku?? Aku telah terlibat dalam kemalangan dasyat di KM 20 Lebuhraya Timur Barat berhampiran Grik, Perak. Bukannya untuk ulang tayang semula cerita lama kerana aku telah beberapa kali membuat posting berkaitan kemalangan ini. Kalau nak baca KLIK SINI. Yang nak aku ceritakan ialah kisah di sebalik kehadiran kaki misteri di dalam kereta itu. Ish-ish, tak percaya, diam-diam, meh aku nak cerita.

Selepas aku berjaya meloloskan diri dari kereta yang keseluruhannya menghempap aku kerana tayar berada di atas. Aku pun sukar mempercayai aku masih diberi peluang kali ke dua untuk berada di dunia ini. Yang aku dapat selamatkan hanyalah telefon bimbit dan dompet sahaja kerana berada di dalam poket. Yang lain tercampak entah ke mana kerana kereta aku menjunam ke gaung yang berketinggian 5 meter. Bayangkan kekuasaan Allah S.A.W. 

Aku sempat snap 7 keping gambar untuk buat kenangan terakhir. Dan salah satu daripadanya adalah gambar di atas. Pada mulanya aku tak perasan ada satu kaki yang terselit di sebelah pintu. Seolah-oleh kaki ini sedang merangkak cuba masuk ke dalam kereta aku. Pada mulanya aku tidak sedar. Namun setelah mendapat maklumbals dari kawan-kawan FB aku , aku mula terfikir. Milik siapakah kaki itu?? Terasa seriau bila memikirkan perkara tersebut.


Lalu aku cuba untuk mengingati semula kejadian. Semalaman aku gagal untuk melelapkan mata. Teringat kejadian Hantu Bomoh Sitam di kampung aku yang dikatakan merayau pada setiap malam. Seingat aku yang menolong aku hanyalah dua orang pemandu lori yang berhenti setelah melihat kereta aku terjatuh ke dalam gaung. Yang lain-lainnya seperti sepasang suami isteri hanya meraung melihat kejadian kerana menyangka aku telah mati. Raungannya semakin kuat apabila melihat aku selamat keluar dari kereta. 

Pada masa itu juga aku tidak membawa penumpang bersama. Kalau nak katakan polis , tidak juga kerana polis trafik yang datang berpakaian lengkap uniform polis. Dan individu terakhir aku syak ialah "apek"  towing truck..Haish seingat aku dia pakai selipar jepun. Lalu aku bandingkan dengan beberapa keping gambar lagi. Ternyata gambar-gambar yang lain tidak terselit kaki sesiapa di situ. Lagipun waktu tersebut asap berkepul-kepul keluar dari kereta seolah-olah kereta akan meletup atau terbakar. Siapakah yang berani mempertaruhkan nyawa sendiri?? Aku rela melihat kereta itu terbakar dari merasakan panasnya api yang membahang.

Ayuh  dengar lagi sambungan nya. Lalu aku teringat kata-kata pegawai penyiasat yang mengambil kes ini. Boleh dikatakan setiap bulan , di kawasan ini berlaku kemalangan. Dan kebanyakan melibatkan kematian. Beliau kehairanan melihatkan keadaan kereta yang remuk jika nak dibandingkan keadaan kondusi aku yang tidak cedera.Sempat lagi dia bergurau mengatakan aku pakai pendinding. 


Seram juga mendengar cerita itu. Aku dimaklumkan bahawa  mangsa terakhir ialah seorang pelajar sekolah yang terlibat dalam kemalangan bersama keluarganya. Pelajar tersebut mati di tempat kejadian dan kakinya putus.  Semakin kusut misteri kaki tersebut apabila tiap-tiap malam selepas kejadian aku mimpikan seorang budak yang kehilangan kakinya. Hidup aku semakin tidak keruan kerana mimpi ini sering menggangguku.

Tiba-tiba aku rasa kaki itu seperti  kaki aku..?? Eh betul ke kaki aku ke ??Yalah betullah ini kaki aku. Tidak syak lagi. Kasut dan seluar yang aku pakai saling tak tumpah dengan kaki misteri tersebut. Tapi misterinya siapa yang snap gambar aku?


Terima kasih kerana membaca.. Ini sahaja cerita aku kali ini!! Harap-harap boleh menang!!


Nota kaki Imanshah:
Sebenarnya tu kaki aku. Sepupu aku yang snapkan masa aku redah amik duit aku dalam tu. Banyak aku bawa duit masa tu dalam 4 angka. Jangan marah ye, aku gurau je, terima kasih sebab membaca dari awal hingga akhir..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

74 GENTA RASA:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

seram la crite ni bile patik cb membayangkan...cm seriau...

Nur Misnan said...

salam..
sebelum tdo baca alfatiha dan selawat shifa..
kemudian doa pada Allah
supaya dijauhkan dari gangguan syaitan dan jin
dan dijauhkan dari mimpi2 buruk..

insyaAllah...

p.s. kalau ler kaki tuh kaki kau
mcm mana kau boleh snap pic tuh.. kuasa Allah...

Aretikz said...

Misteri nusantara ni.. Ni lah 1st gambar misteri nusantara ikut bertanding.. haha.. apapapun.. err.. xnampak la gambr bertempek kat sidebar dan link gmbr mnuju ke blog saya.. huhu..

Anonymous said...

betul ke mimpi budak takde kaki tu? ko kena tolong pulangkan kalu betul. selagi tu takkan aman rohnya nnt - yonne

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam

cikgu..agak seram lah pula saya membacanya..walaupun contest ianya membuatkan bulu roma saya tegang,

adeh.....cabut lah..

imanshah said...

A.F.A

haha seriau ke

imanshah said...

Nur Misnan

memang kaku aku la tu..haha

ni semua nak suruh penonton eh silap pembaca insaf

imanshah said...

Aretikz

dah2 saya lupa tadi

imanshah said...

Yonne

haha, kau rasa??

imanshah said...

ayu

haha jgn pandang belakang

imanshah said...

ayu

haha jgn pandang belakang

nunama said...

aeh? macam nama saya je tu?
huhe. terima kasih ye Cikgu. :)

seram juga cerita Cikgu ni. aah kan. sape yg tangkap gmbar cikgu tu? Cikgu tak ingat ke? musykil2.
mungkinkah apek @ polis @ pasangan suami isteri itu yg menangkap gmbar dan mengetag Cikgu di FB? takpun, dorg bluetooth ke hp Cikgu masa hari kejadian? Aeh? Boleh ke mcm tu?

*menyeramkan*

imanshah said...

haha biarkan ianya misteri

nunama said...

btw, kami sekelurga pun pernah jatuh gaung mcm Cikgu nih. Cuma tidak terbalik sahaja. Terletak molek pada tempatnye. Kitorang pun tak sangka.
Alhamdulillah. Mungkin belum tiba ajal kami.
Betul. Memang menginsafkan.
Since today, Puan Ummi dah tak bawa kete lagi.

Aretikz said...

Haha.. xreject pun.. tapi.. awal2 out kalo xcukup syarat.. huhu.. apapapun.. dah lulus.. hehe..

imanshah said...

Nunama

saya pun tak sangka Allah masih memilih saya untuk diselamatkan. Appaun jadikanlah pelajaran terhebat dalam hidup

imanshah said...

Areitikz

tq ye..cerita saya merapu

imanshah said...

Areitikz

tq ye..cerita saya merapu

Azmi said...

haha aku punya la seram sejuk dah tadi..kah3...
pandai jugak kau melawak ye...

imanshah said...

Azmi

kau yg tag aku, then aku bukan harap sangat nak menang, saja nak meriahkan suasana an..haha

lagi satu, aku takut hang merajuk aku x join..kuikui

aku memang suka melawak..tertipu semua orang

zidEL zhafiz said...

wasalam iman..nice blog..feel free to follow me back k.. ^_^

imanshah said...

Zidel

dah, sure

mR.sYaH said...

hahah.. nyaris2 nak percaya tadi..

imanshah said...

syah

haha kalau nak percaya ok je..tapi cerita eksiden betul lah..cerita kaki tu memang bertujuan untuk contest..kan dia nak ada kenangan gambar dengan cerita..

adol ihsan said...

nasib baik laa dia tak ikut cikgu balik StAR .. hehehe,,,

sekamar rindu said...

salam...cikgu,

membaca ceritanya...memang boleh menang ni....

Ummi Humaira said...

salam ...

eh eh eh budak bertuah nie , bikin ummi terkejut jer td , ingat betul2 kisah budak yg maut tu punya kaki , ghupanya budak yg buat n3 ni punya penangan ... he he he

imanshah said...

adol

tulah, kalau ikut balik ke rumah kan naya..tak tido 20 hari 20 malam

imanshah said...

sekamar rindu

insyaallah, cuba nasib jlah kan..jom join

imanshah said...

ummi

haha lagi ramai yang terpesona dengan cerita ni, lagi menarik

ibuintan said...

komfom menang ni... leh buat drama ala2 Congkak - Di manakah kakiku?

sahromnasrudin said...

SALAM..MAK AI...citer ko nie kalah anak si yusof haslam tue punya arahan la...boleh menang FFM nie huhuhuhuh

Abd Razak said...

Salam...

Cerita musim cuti sekolah ni erk! Pandai cikgu melawak..:):)

gabbana said...

aaarrrgghhh....!! baru nak terasa seraaammm....!!!! cis.

imanshah said...

ibuintan

haha boleh2, takut ahmad idham menangis xdapat kerja nanti..david teo pulak kena pecat sebab filem dia dah tak meletup

imanshah said...

sahrom

kau baru tahu ke, dulu david teo nak amik aku tulis skrip untuk dia

imanshah said...

Abd Razak

Sekali sekala ustaz

imanshah said...

Gabbana..haha cis jugak

ingat hang je buleh melawak.haha

Mell Aziz said...

Cehhh!! meremang dah bulu roma ingat ade antoo. ciss. huhu

Dinas Aldi said...

saspen betoi la heh! dah seram sejuk baca tapi rupanya kaki tuan keta!

imanshah said...

Mell

Cis jugak untuk hang!!kuikui

imanshah said...

Dinas

pagi ni, bukan malam, apa nak takut

::Cikgu Akim:: said...

salam..cikgu ditagged join kontest...hehehe

http://loqkimagri.blogspot.com/2010/11/kontest-kids-baby-photo-contest.html

imanshah said...

Akim

Ayo, kontes aje ya..haha, nanti teman nengok

Tukang cerita said...

benci aku budak ni...poyo je...
baghu nak suspen2 tadi...cis!

~tp tgk design kasut dah agak dah kasut awak...hahhahha...awak kan suka kasut2 camtu...
;p

Atikah said...

Salam cikgu,

hehehe.. bersemangat nak tahu kaki siapa... sekali, kaki cikgu ropenya... bijak.. bijak...

imanshah said...

kak Nurul

Apakah??haha wah sudah kenal wa punya kasut ka..ye saya memang poyo

imanshah said...

Atikah

agak2 boleh menang ke??haha poyokan..
saje je nak share ngan kawan2, kena kreatif sikit

Mell Aziz said...

haha. poyo jer cekgu nih. huhu. nanti upload yg ade kepala jer. haha

imanshah said...

Mell

rajin nor ko singgah page aku..haha

poyo tak poyo, hang tu sampai dua kali datang mesti suka citer aku..har har

awat nak yg takde kepala ka??

Mell Aziz said...

ha'ah. suka-suka. suka citer ko ngan ko. boleh x? haha.

eh. x mau la. gile seram. aku pun penah gak eksiden terbalik camnih. try cri kt blog aku.

imanshah said...

Mell

ish2..ish2..ish...

hamzah ian said...

pergh.. seriau tol pengalaman lu ni..

imanshah said...

Mejah

aku ada bela penunggu...hahaha

Amy Syaquena said...

salam...

blog pilihan malaysia amy masukkan blog ni sebagai blog personal lelaki pilihan..

imanshah said...

Amy

ayoyo, terima kasih ye..dah dua pencalonan..haha tapi tak yakin boleh menang..haha

wahida said...

ah tidakkk....tipah tertipu dengan kaki itu!!!!

imanshah said...

Wahida

nyanyi sikit lagu tu,,,

tipu tertipah, tipah tertipu

darkbatman said...

1st..
wehhh.aku tertipu..punye la aku bsungguh bace td.hahaha.
bro, btw kan syukur gile ko xde pape..tgk pd kete 2,mcm dh teruk sgt.. Kuasa Allah, xde sape leh jangka kan.

imanshah said...

darkman

alhamdulillah, allah sayang kan hambanya..beri peluang untuk memperbetulkan segala kekhilafan lalu

nabilah_2908 said...

ceh...yer2 jer..dh seram dah..ingtkn kaki hantu...rupanya kaki sendiri... :P

tp syukur lah...selamat...kereta 2 dpt claim insurans tak..? ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
CIVIC-MINDED

imanshah said...

nabihah

mana ada dapat..total lost lar..dah beli baru dah

n@m@n said...

weh..knalin molek kawe baco!!!

nasib baik siang hari


ape²pun alhamdulillah, demo selamat

imanshah said...

n@m@n

haha kenalin ko??bakpo dok nusut nye..

h A n Y S said...

erk! seriaunya bila baca and terbayang kereta tu masuk gaung!! seriauu!tp alhamdulillah cikgu selamat,as ajal maut di tangan Allah, kalau belum masa, dlm keadaan mcm mane sekalipun, tetap hidup..insyaallah~ :)

::FAIZ FARISH:: said...

wat saspen je... tgk2 kaki sendiri


dah la aku suka baca crita misteri...

imanshah said...

hanys

alhamdulillah, syukur sangat, terima kasih ya

imanshah said...

Faiz

Ye ke??nanti aku buat lagi cerita misteri ni ya

prince kais said...

meremang bulu roma!!hahaha
bile kmlngn ni brlaku??

HiGHNeSS FiQ said...

cess..
aku terkena kaw2 punya..
baru ja nak seriau...

NuSaNa NoSa 91 said...

ha3~ terkena.. adesss.. =.="

Aretikz said...

result contest dah ada ^_^

teratai said...

salam imanshah, suspen je bila baca, ingatkan kaki 'hantu'...lawak gilerlah pulok akhirnya. Anyway, tahniah menang contest ni!

Yana said...

tahniah ye :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget