WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, November 14, 2010

RESTUILAH MEREKA


Hari ini, pelayaran Batch 50 hampir berakhir
Terasa pantas masa berlalu
Masih terkenang saat mula melangkah kaki di sini
5 musim melayarkan bahtera di bumi bertuah ini
Kini halangan terakhir akan ditempuhi
SPM menjadi penentu kemana selepas ini

Restumu guru kami pinta
Atas huluran ilmu yang tiada dusta
Maafmu guru kami pohon
Atas keterlanjuran dan khilaf bicara
Jua perlakuan yang tidak enak di mata
Terima kasih guruku
Penunjuk jalan peneman setia
Atas izin kasihnmu
Membiarkan kami berteduh 
Dari duka lara yang tidak terhingga

Terima kasih cikgu
Maafkan kami cikgu
Halalkan ilmu kami cikgu


Barangsiapa menolong orang membuat maksiat maka dia itu sekutu dengannya. Dan jikalau  tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk memperolehi hidayat daripada Allah S.W.T bukan semata-mata mencari riwayat, maka bergembiralah engkau, kerana bahasanya para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau, dan ikan-ikan di lautan meminta ampunan kepada Allah untuk engkau apabila engkau berjalan dengan keredhaan Allah..(al-Ghazali)


Nota : Sudah 8 generasi yang telah aku lepaskan dari alma mater ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

38 GENTA RASA:

zamdayz said...

.tahniah.
jgn lupa jasa ckegu tuh nnt!
ingat dia sampai ble2.huhu

imanshah said...

zamdayz..

tulah anak2 bila dah keluar dan terbang ke benua sana, lupa plak ngan cikgu

Dinas Aldi said...

terlupa pun xpalah dik Iman, yg penting kita dah buat yg terbaik utk dema & ilmu di dada dema tu dema gunakan sebaik2nya.

imanshah said...

kak dinas..betoi..harap semuanya berjaya kelak

ckLah@xiiinam said...

Selamat bercuti....SBP cuti awal ya! (Anak di SABDA dah cuti dah...maknya seminggu lagi!)

ckLah@xiiinam said...

Tukaq gambaq dah...

imanshah said...

cKlah..haha kami pun cuti,,tapi tak syoknya cg2 kena datang LADAp..pengetua guna kuasanya menminta guru2 berkampung di sekolah..huhu

sekamar rindu said...

salam..

moga yg menduduki spm berjaya dgn cemerlang semuanya....

imanshah said...

ckLah..tukaq gambaq la sekali sekala

Idalara said...

Mudah2an anak didik Iman akan berjaya dengan cemerlang..atas kerja kuat paaara guru lebih2 lagi Iman.Insyallah

ps rasa sayu hati tguk gambar yg bawah sekali..teringat msa jadi cikgu dulu..sedih tiap kali hujung tahun..:(

imanshah said...

sekamar rindu

terima kasih, juga untuk semua yg menduduki spm tahun ini..moga kejayaan milik kalian hendaknya

imanshah said...

Kak Ida..saya pun menitis air mata juga

ibuintan said...

salam iman,

ibu pun menitiskan air mata setiap kali masjlis redha ilmu ini..

sayu teramat bila anak2 yang ibu didik di tahun satu bakal mengalas cabaran yang lebih berat

imanshah said...

ibu,,nah amik tisu ni, sapu air mata tu..huhu

ProfHariz said...

Semoga Semuanya Berjalan Lancar :) GudLuck ON SPM

gabbana said...

sayunya baca... teringt time f5 dulu.... moga mereka semua jadi org yg berguna kpd agama dan masyarkat kelak! ;)

- abdul hadi abdul muti - said...

ish ish ish..da nak spm rupenye.da besor budak budak ni yer.nampok benor da tuenye kite ni.haha

mohammad said...

selamat berjaya..kalau gagal spm..boleh cuba lagi..

imanshah said...

hariz..

tk singgah. saya juga begitu, ayah ibu mereka juga begitu..mengharapkan anak2 ini berjaya

imanshah said...

gabbana

dah 6 tahun berlalu..haha
insyaallah mereka akan jadi seperti gabbana juga

imanshah said...

abdul hadi

haha kalau kamu rasa kamu tua, saya ntah apa nak sebut..haha lagi KERTU

imanshah said...

mohammad.

zaman sekarang dah jarang orang nak mengulang SPM tak macam kita dulu..deme suka masuk kolej swasta, IPTS atau Kolej komuniti..xpun koja..huhu

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

teruskan berdoa untuk anak didik anda
moga beroleh kejayaan dlm keredoan Allah

Wassalam

Muhamad Zaki Zafir said...

selagi ilmu disebar dan diamal selagi itu guru mendapat imbal balasnya. :)

imanshah said...

Rozali

saya tak pernah lupa untuk doakan kejayaan mereka..terima kasih atas ingatan

imanshah said...

Zakir

saya berharap ilmu yang bermanfaat akan membantu saya di sana

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga mereka semua beroleh kejayaan..

al-lavendari said...

memang jasa guru banyak sekali .. tetapi sekarang ini ramai yang 'take for granted' dan lebih menyanjung artis dari guru !

anak sulung saya juga seorang guru. saya boleh melihat dan menilai beban kerja dia.

imanshah said...

Tksih ustaz..semoga doa ustaz makbul

imanshah said...

Al-lavendari

apa sangatlah pada anak2 muda tentang kerjaya guru ni..haha

apapun hanya jauhari yang mengenal manikam

sonata anak kancil said...

semoga semua anak didik beroleh kejayaan...hari Isnin ni majlis restu di sekolah akak...dalam pada tu ade juga yang hati batu ! susah2...gasak ko lah anak murid...

imanshah said...

Kak sonata..

selamat memberi restu,,gosok2 sikit belakang tu

Mohamad said...

Salam imanshah,
Semoga mereka berjaya.. guru-guru selamat berkorban. Kami di SMKB belum bercuti. Tinggal 2 hari lagi.

Fello Ariza said...

xpenah lupe jase guru..

especially yg garang..

hehe

imanshah said...

mohammad

tulah kami di SBP diberi cuti awal seminggu lak

imanshah said...

Fell

akulah guru yang garng itu..huhu

shfqemir said...

teringat time 2008 dulu. sedih pulak. hahah

imanshah said...

emir..hang nangis ek masa tu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget