WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, November 14, 2010

RONGGENG MALAM MINGGU


tajuknya sahaja sudah tentu membuatkan anda semua teruja. Wah siapakah Imanshah?? kalau Anuar Zain tu satu Malaya tahu, satu Malaya kenal. Jangan tak tahu, dalam diam-diam Imanshah telah mengadakan konsert solonya yang pertama di sebuah hotel terkenal di Ipoh. Wakaka. Sedap kah suaranya? Bisakah melawan Ramli Sarip..takpun Sarip Dol? kita saksikan beberapa aksi gambar berkaitan dengan SATURDAY NIGHT LIVE WITH IMANSHAH.


Inilah aksi Imanshah sedang mempersembahkan nyanyiannya. Diiringi oleh  live band  oleh anak-anak muridnya. Jangan tak tahu tiketnya tak mahal cuma RM500 semeja sahaja. Almaklumlah artis sedang meningkat naik.

  
Antara peminat yang hadir memberi sokongan. Tengok tu betapa teruja mereka menyaksikan kehebatan Imanshah. Pheeeeweet peminat wanita tu, jangan marah. 

  
Imanshah ! Imanshah we want Imanshah. Antara ungkapan yang keluar dari peminat-peminat cilik Imanshah. Terharu sungguh. Selesai membuat persembahan, Imanshah diserbu untuk tandatangan autograf.


Bergambar bersama peminat Imanshah. Turut kelihatan kumpulan live band yang mengiringi persembahan Imanshah. Terima kasih semua atas kehebatan kalian mengiringi persembahan Imanshah.


Lagi gambar bersama peminat. Tak menang bibir senyum malam tu. Sungguh penat melayan peminat Imanshah, tapi puas lah juga. Harap-harap tahun depan ada lagi yang sudi menaja.

*
*
*
*
*
*

JANAGAN MARAH kat IMANSHAH. Haha, semua kat atas tu tipu, saja entri malam ni nak bagi suspen sikit. Sebenarnya majlis di atas merupakan Malam Apresiasi Rumah Merah sekolah tempat saya bekerja. Alhamdulillah tahun ini kami berjaya mempertahankan kejuaraan PIALA AGUNG buat dua tahun bertutut-turut. Makanya kami meraikan dalam satu majlis makan malam. Saya memang membuat persembahan pada malam tersebut setelah diminta oleh para pelajar saya. Nak menolak, hati kata nak. Haha. Lagipun ini mungkin tahun terakhir saya dan pelajar tingkatan 5 yang saya jaga dari tahun 2006 lagi. Terima kasih juga buat pelajar-pelajar yang mengiringi persembahan saya.


Inilah PIALA AGUNG yang dimenangi. Sengit woo!!

Nota : Untuk memenangi Piala Agung pemarkahan dinilai dari 4 aspek  iaitu sahsiah, akademik, kokurikulum dan 3K.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

61 GENTA RASA:

Fello Ariza said...

john travolta nyanyi nih..

hehe

imanshah said...

wakaka

sore itik pulang petang

abid_PM said...

meronggeng sekali la tuu

imanshah said...

haha abid2..lagu ketuhanan jer..haha

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ler, awat cikgu tak syer video klip masa dok menyanyi..
sangat rugilah..nak tengok sekali..

soffea said...

wahhh.. tercapai gak cita2 ingin menjadi penyanyi dulu ye. hehe.

khaifaiz said...

wah cikgu... rugi tak tgk ni.. xde video ker

imanshah said...

AYU

video klip malu lah suara serati je

imanshah said...

soffea..haha tercapai la jugak

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

lagu apa bawa....
dangdut keee
he he

tahniah rumah merah

Wassalam

imanshah said...

Khai..huhu takde ar, xbagi rakam pun huhu..suara itik serati..kuakkuakkuak

imanshah said...

Rozali

lagu org muda..haha

Rumaj Merah memang hebat

Abd Razak said...

Hebatnya dengan tienya warna merah..

Cayalah...

gabbana said...

fuuhh.. seb baik zaman saya takde bnda2 camni. or else mesti ramai2 dah muntah hijau...! wahahaha. ;p

ok sory gurau kasar. hihih..

fadzilah said...

tahniah cikgu!
ada bakat terpendam jadi penyanyi ni..mana tau satu hari nnt bleh bertukat kerjaya..dari guru ke penyanyi..

adol ihsan said...

alamak aii.. camne saya boleh terlepas 'concert of the year' nie..

huhu.. bila nak keluar album sulung? hehe,,

amirul said...

Fuhyooh... ada gaya mutu keunggulan... kekeke... apapun tahniah! Dapat piala agung tu walaupun senget...

zamdayz said...

.tahniah. gud event.

zamdayz said...

.tahniah. gud event.

ibuintan said...

menangis kok anuar zain nengok ni...

itulah hebatnya seorang guru... semua boleh, suara belakang kira kan

Yatre Hayati said...

wah...upload la video. kasi kongsi semua..hehehe

*patutla ujan lebat 2 3 menjak ni...imanshah puncanya....hahaha

imanshah said...

ustaz razak..haha

sorry ustaz, lepas gian depan budak2 je

imanshah said...

Gabbana..

hek eleh, muntah hijau kunun, bukan ke zaman persekolahanmu dulu kau mengagumi cikgu mu ini

imanshah said...

fadzillah

dulu masa kocik nak jadi penyanyi..kuikuiu

imanshah said...

adol..haha kamu dah lama tak balik sekolah itu pasal terlepas..album sulung tarak, baby sulung coming soon..huhu

imanshah said...

amirul

thanks..bukan senang nak mempertahankan kejuaraan..haha musim Reds la skrg..hari tu RED WARRIOR menang Piala Malaysia

imanshah said...

Zamdayz

Thanks bro...event mendekatkan murid ngan guru

imanshah said...

ibuintan

tulah guru serba boleh, jaga padang pun boleh..haha

imanshah said...

yatre

haha, yelah2 suara kita tu bernilai tahu, sampai boleh tarik ujan turun

Anonymous said...

wah masih kacak seperti dulu...

(mat he USM)

Anonymous said...

wah masih kacak seperti dulu...

(mat he USM)

imanshah said...

Mat He

huh sungguh kacak lagi aku seperti kau lihat 10 tahun yang lepas..huhu

pengsan 12 minit dengar aku perasan!!

wanshah said...

cayalah cikgu. lepasni bleh berduet ngn Irwanshah plak. heuheueh.. bkn ngn wanshah ek. sy tak pandai menyanyi langsung. wawawa..

Jom ziarah sini... :)

Http://wanshah87.blogspot.com

Pejuang kesenian Extreme said...

Tu la terkejut juga harga satu meja sampai rm500..rupa-rupanya tipu..haha

Cikgu ke??

mR.sYaH said...

hahah... mana tau pasni leh ganti anuar zain plak.. hehhe..

sahromnasrudin said...

salam bro..cayalah..boleh ganti irwanshah la huhuhuh..memang superb..

Amy Syaquena said...

salam..

meronggeng sekali sekala he3..

Azmi said...

haha okeh jugak kau nyanyi...aku dgr malam tu kot..
haha.......

nabilah_2908 said...

tahniah di atas kejayaan yg dikecapi...eh nape ayat skema ni..hehe..

hmm...nyanyi lagu apa...?

jom ke APA KATA HATI pulak,
REUNION

darkbatman said...

smart bro.. hoho..
tp kan lg cun awek2 yg jd peminat setia ko 2..heheee..
btw, biler duk skola teringat zaman budak2 dlu.. best jer..

imanshah said...

Wanshah

kalau nak duet jom kita karaoke

imanshah said...

pejuang

haha tulah tipah tertipu

cikgu sekolah je..huhu

imanshah said...

mr shah

dah terlewat la rasanya nak ganti nuar tu..umoq pun dah tua!!

imanshah said...

rom

haha kau jangan main2..kan acha datang carik aku

imanshah said...

amy

ahah, meronggeng sepuluh tahun sekali ni

imanshah said...

azmi

hang ada ka?/ wah terkenal aku

imanshah said...

nabihah

saya nyanyi lagu wali band..haha

Muhamad Zaki Zafir said...

ada masuk youtube tak? kasi thumbs up sikit. :D

Tukang cerita said...

anda memang guru serba boleh...
:)

imanshah said...

Zaki

youtube segan 1 malaysia nengok

imanshah said...

Kak Nurul

kan..haha

Ikmal Fayadh said...

fffffuuuuuuuuuuuuuu.. ini entri masuk bakul angkat sendiri. HAHA

Arianni said...

Salam Imanshah..

Wahh!! Ada bakat rupa nyer..
Iman nyanyi lagu ape?? Kalau dpt tengok videonya lagi best!

imanshah said...

fayyadh..

ap kesah,yg penting ramai yg baca

Dinas Aldi said...

waaaaahhh, tersilap eja ka ni, Imanshah atau Irwanshah? cayalah! fewit!

imanshah said...

kak Ariani

maaf, rasanya tak rakam malam tu

azzey said...

imanshah: swah mesti enjoy kan! dgn mng lagi tu.....anywy, tahniah!!!

imanshah said...

kak Dinas..haha irwanshah pun buleh hapa

imanshah said...

azzey..ok lah enjoy sangat..tengok peminat2 happy..wakakaka

eqbalzack said...

cikgu, tahun ddepan masuk AF ye...saya nak undi masuk..hehe

imanshah said...

eqbal

haha konpem menang..anak murid ramai yg undi

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget