WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, November 15, 2010

SAYA BELUM ARWAH, ALHAMDULILLAH



Assalamualaikum semua. Amacam tengok gambar di atas? Pernah baca entri saya tentang gambar ini. Kalau tak keberatan, singgahlah di sini Kemalangan yang hampir meragut nyawa saya sendiri. Kemalangan yang membuatkan saya lebih berhati-hati ketika memandu. Insiden yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Terasa bagai semalam ianya berlaku dan berlalu. Apapun, bukan saya nak mengulas panjang berkaitan kemalangan ini, cuma saya nak berpesan kepada rakan-rakan semua tentang tips-tips sewaktu berlakunya kemalangan jalan raya yang dasyat.

1. Kereta saya terbalik, keempat-empat tayar ke atas. Jadi, pastikan anda bertenang dahulu. Beristighfar sebanyak mungkin selepas berlaku kemalangan (jika tidak cedera).

2. Cari jalan untuk keluar secepat mungkin. Dalam situasi saya, asap telah berkepul-kepul keluar. Saya hanya bimbangkan kereta saya meletup dan terbakar. Jika tidak keluar dengan cepat, berkemungkinan besar saya akan turut terbakar.  Capai benda seperti tukul (jika disimpan) atau pengunci stereng. Cuba pecahkan  cermin sekuat mungkin.

3. Merangkak keluar terus dan jauhkan diri dari kereta anda. Bimbang kereta tersebut meletup.

4. Usah memikirkan barang-barang berharga selepas itu. Utamakan nyawa anda terlebih dahulu.

5. Minta bantuan dari orang ramai untuk menghubungi polis dan ambulans jika tercedera. 

6. Istighfar banyak-banyak. Bacalah ayat-ayat suci Al-quran yang terlintas pada masa tersebut. InsyaAllah jiwa anda akan tenang dan tidak trauma.


Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk saya meneruskan kehidupan hari ini. Apapun saya percaya pada qada dan qadar-Nya. Sempena hari Raya Aidil Adha, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung. Justeru, saya nasihatkan kepada rakan-rakan untuk memandu dengan berhati-hati. Yang penting maksiat dan perkara-perkara lagha seperti mendengar muzik yang berlebih-lebihan, bercampur lelaki dan wanita yang tidak muhrim dalam satu kereta perlu dijauhkan. InsyaAllah kita akan selamat.


Nota : Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

55 GENTA RASA:

AiMaN HaDi said...

Ya ALLAH, kelu tengok keadaan kereta tu.. syukur tiada apa-apa..

terima kasih atas ingatan dan tips-tips tersebut.. esok saya nak bergerak ke selatan, moga ALLAH pelihara sepanjang perjalanan.. aminn

nas said...

Terkedu melihat perkara ini benar2 terjadi pada kamu..
alhamdulillah sebab ko selamat..
so amalkan tips berkenaan :)


Makin Ramai Artis Sudah Memakai Tudung, Alhamdulillah

imanshah said...

Aiman Hadi

selamat pulang ke kampung, berhati2 na

imanshah said...

Nas

tu lah aku macam tak caya gak tau..tapi nak wat macam mana, manusia mentadbir, Allah mentaqdir

imanshah said...

Nas

tu lah aku macam tak caya gak tau..tapi nak wat macam mana, manusia mentadbir, Allah mentaqdir

soffea said...

astaghfirullah.. teruk jugak ye.. alhamdulillah anda selamat. Allah lindung. Alhamdulillah :)


thanks mengingatkan untuk berhati2 ketika memandu. dh jadik habit plak tekan minyak ni. huhu.. perlu insaf sekarang~

imanshah said...

ssofea

insaf sekarang!!

abid_PM said...

waarghhhh.!! jangan nak ajak gua rempit lepas ni!!!

bahaye gile cikgu. syukur dipanjangkan umur.

imanshah said...

ABID

cikgu kan cikgu kamu..kalau nak merempitpun cikgu ajak cara berhemah je rempit kita..amacm ???

imanshah said...
This comment has been removed by the author.
imanshah said...
This comment has been removed by the author.
Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt. Saya cuma hendak menyumbang tips untuk memelihara hemah kita semasa memandu. Sehebat atau semewah mana pun kenderaan kita, letakkan kerendahan hati kepada Allah. InsyaAllah kita tidak akan lupa diri dengan nikmat-Nya~

imanshah said...

izzah

betul tu, mujo ambo dok pakai keta mewah..demo balik perlis elok2

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

astafirullah..ngerinya..

alhamdulillah cikgu selamat..
tips2 nie semuanya boleh digunapakai..hanya dalam keadaan gabra akan tertekan hingga tak tahu nak buat apa..

minta2 dijauhkan dr mala petaka...

selamat hari raya aidiadha...

imanshah said...

AYU

selamat hari raya untuk Ayu dan En Zali

ckLah@xiiinam said...

Seriau....

Setiap kali memacu XIIINAM!

imanshah said...

CkLah

hati2 na...bukan sayang keta tapi sayang nyawa

Lelaki Ini said...

alhmdulilah..
nasib baek masih dpnjgkan umu

imanshah said...

lelaki ini

alhamdulillah, kalau tak macam mana nak berblog kan???

azzey said...

imanshah: nasib baik awak slmt. ngeri tgk keta tu......

imanshah said...

azzey

tulah, saya pun tak caya bagaimana saya boleh selamat..Kuasa Allah kan

imanshah said...

azzey

tulah, saya pun tak caya bagaimana saya boleh selamat..Kuasa Allah kan

Muhamad Zaki Zafir said...

bawa 110 km/h, lama2 rasa tak cukup, macam pelan sangat.tekan lagi,120,pun tak lama kemudian masih rasa slow jugak.tekan lagi, tekan lagi, makin lama, makin laju.saya selalu mcm tu.haih.

tp tengok pngalaman cikgu ni,seram pula saya.

sekamar rindu said...

salam..

tengok ke kete tu...ishh..sangat ngeri..tapi alhamdulillah masih dipanjangkan umur..

Zamz said...

ngeri gak ek tgk keta jadi camtu..sib baik tuannya selamat

Atikah said...

Salam cikgu,

Ngeri tgk...

imanshah said...

Zaki

haha, kelajuan boleh membunuh dik..berhati2 lah..

ikut rasa binasa, ikut hati mati

imanshah said...

sekamar rindu..itulah polis yang datang tu cakap, jarang orang hidup bila eksiden kat situ..kifarah dosa kot

imanshah said...

Zamz

alhamdulillah masih bernafas hingga kini

imanshah said...

atiqah

lama menghilang

en_me said...

tergolek dogg tewww.. uhuhu

imanshah said...

en_me

tergolek jatuh gaung tu..remuk keretaku, seremuk hatiku.

Abd Razak said...

assalamualaikum...

Subhanallah...terima kasih atas tips yang diingatkan...

::FAIZ FARISH:: said...

ngeri tgk gmbr.....selamat hari raya aidiladha

sahromnasrudin said...

salam bro..terima kasih atas peringatan ko..akan aku amek perhatian..kalau aku turun ipoh, aku carik ko erk huhuhuh

ikan emas said...

sian kete baru tuu..

t.kasih tips ..


balik hati-hati ya!

Pencacai Alim said...

kadang2 kita bawa ok je..org lain yg tak bertamadun menyebabkan kita juga terlibat sama

imanshah said...

ustaz razak

terima kasih ustaz..selamat balik kampung

imanshah said...

Faiz

selamat hari raya aidiladha

imanshah said...

rom

datanglah bile2 masa aku tunggu

imanshah said...

ikan emas

betul2

sayang keta tapi sayang lagi nyawa

imanshah said...

pencacai alim

tulah depa yang tak bertanggungjawab yang p dush keta kita

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Alhamdulillah
Cikgu selamat pada masa tuuu

selamat hari raya Aidil Adha

Wassalam

darkbatman said...

nice tips bro.. insyaAllah akan amalkan sekiranya berlaku musibah.. tp teruknya kena.. syukur ko selamat..

makdara TERdiva said...

syukur alhamdulilah sume selamat..
kalau saya..
oh!!!

cannot imejin lah! huhu!

imanshah said...

Bro Rozali

saya juga nak ucapkan selamat menyambut hari raya qurban buat saudara..semoga semuanya berjalan dengan lancar

imanshah said...

darkman

alhamdulillah allah masih memberi peluang kepada aku.moga peluang ke-2 ini akan digunakan dengan sebaik mungin

imanshah said...

MDT

alahai, kalau MDT di tempat saya mesti akan buat juga apa yang saya buaty..kalau tak buat mati hangus lah jawabnya

Dinas Aldi said...

haa, ingat lagi gambar ni. semoga lebih berhati2 ya (lebih pada ingatan untuk diri sendiri ni, huhu)

imanshah said...

Kak Dinas

semoga Kak Dinas juga akan sentiasa dilindungi Allah dari musibah

LiNda said...

Memang trauma !

ProfHariz said...

Ramai yang memandu balik raya nie.. Hati-hati ye

Salam Aidiladha 1431h daripada profhariz.com

imanshah said...

linda

Alhamdulillah saya amalkan membaca alquran..sekejap saja rasa remuk dendam

imanshah said...

hariz

selamat hari raya untuk hariz

Zul Fattah said...

syukur alhamdulillah.. smoga ini jadi pengajran yg berguna utk imanshah

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget