WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, November 10, 2010

SAYA TIDAK PENAT MENGATAKAN SAYA TIDAK PENAT

Rakan-rakan pernah bertanya kepada saya sama ada saya penat atau tidak melayan karenah pelajar-pelajar lelaki. Rasanya saya sudah lali dengan soalan itu. Dan saya tak pernah PENAT menyatakan bahawa saya TIDAK PENAT. Sememangnya saya ditakdirkan untuk menjadi pendidik di sekolah sejenis ataupun All Boys School.  Sudah lapan tahun saya bersilat di sekolah ini. Mungkin juga ini merupakan tahun terakhir saya jika permohonan saya untuk berubah angin diluluskan. Sementara saya menunggu bas untuk pulang sekejap ke kampung malam ini saya ingin kongsikan aktiviti saya untuk hari ini.Hari ini saya mempunyai jadual yang agak padat. Pertamanya saya dan para pemain Kelab Hoki mengadakan Majlis Hi Tea di Hotel Excelsior, Ipoh.


 Gambar ini merakamkan aktiviti saya bersama mereka. Pertandingan makan cendol tercepat. Sungguh kejam pertandingan ini. Tanpa memberikan peluang kepada para peserta untuk menarik nafas. dan sudah semestinya juaranya adalah ABANG BAJU KOTA MERAH..haha. Tengok tangkilah. Ya saya tak pernah penat melayan mereka.


Ini lagi sebahagian dari karenah anak-anak ini. Kadang-kadang ganas seperti samseng, kadang-kadang boleh menjadi sebaik bayi. Ada yang suka merajuk, ada yang panas baran. Tapi mereka datang dari pelbagai latar belakang. Anak guru yang teramai, namun anak pesawah yang cemerlang juga berada di alma mater ini. Tidak lupa juga anak tokoh korporat yang sudah lengkap dengan seribu kemewahan, namun sanggup untuk bersama-sama menempuh kesusahan. Apa tidaknya, semuanya harus berkongsi, tidak seperti di rumah dengan bilik berhawa dingin, komputer riba versi terkini serta ruang studi yang privasi. Amah pula setia untuk diarahkan ke sana sini.

Kadang-kadang tersenyum dengan telatah mereka. Contohnya di dalam gambar ini semuanya merupakan anak dara. Masih belum berpunya dan diikat dengan cincin bertatah suasa. Selalunya anak-anak JANTAN sayalah yang paling  sibuk menjadi perunding perkahwinan.  "Cikgu, saya rasa cikgu sangat sesuai dengan Miss F.."

"Alah cikgu, Miss G tu tengah tunggu cikgu.." 


Dan kadang-kadang yang paling mencuit hati.."Kalau cikgu kahwin dengan Miss J saya cop nak jadi pengapit.." Saya hanya mampu tersenyum dengan keletah mereka yang cukup menghiburkan. Ya, saya tidak penat melayan karenah merekah.


Usai Majlis Hi Tea kami bergegas ke padang hoki. mengadakan perlawanan bersama pasukan adik bongsu SBP di Perak, SM Sains Bagan Datoh. Kali ini adik-adik kecil iaitu pelajar tingkatan 1 tidak dilupa. Peluang harus juga diberikan kepada putera-putera bongsu ini agar mereka juga akan tangkas dan mampu mengharungi perlawanan yang kompetatif seperti abang-abang meraka. puas menjerit, menegur..supaya mengikut apa yang dirancangkan. Sampai suara pun merajuk sehingga tidak mahu keluar lagi. Saya penat..? Alhamdulillah saya tidak penat melayan karenah mereka.


Begitulah sedikit sebanyak diari hidup untuk hari ini. Sebanarnya saya terpaksa pulang ke Kelantan. Cadangnya pulang selepas perlawanan hoki petang tadi, namun sampai di Kuala kangsar, kepala rasa berpusing-pusing, mata juga berpinar.. Yang sadisnya hidung juga memuntahkan airnya.  Lalu dengan segala kebijaksanaan yang ada, saya berpatah balik dan akan menaiki bas pulang ke kampung. Mohon maaf andai catatan ini seolah-olah ingin menjual diri sendiri. Bukan itu yang dimaksudkan, namun sekadar perkongsian sedikit pengalaman serta perasaan terhadap bidang yang saya cintai ini. InsyaAllah bila saya kembali ke Ipoh esok malam, kita pasti akan bertemu semula dalam penulisan yang lain pula. Doakan segala urusan saya di kampung dipermudahkan.

Mood : Terliur menikmati nasi dagang!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

54 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Tak apa....
Sekurang-kurangnya...cabaran di Sekolah Berasrama Penuh (pelajar terpilih) tidak serumit kami di sekolah harian ini....terutama dari segi pencapaian dan disiplin...

Murid yang pelbagai latar belakang, pelbagai tahap pembelajaran, malah...pelbagai bangsa juga...kekadang mencabar segala benteng dan ketahanan.


....apa-apapun, kalau semua itu sudah menjadi passion kita...kita akan jalani semuanya dengan ikhlas.

Kalamhati said...

saya juga tidak penat..hehe hebat sunggoh cikgu soram nih..ngee

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

suka dengan bidang perguruan...bukan sahaja mendidik anak bangsa, malah penganti sementara ibuayah..

tabiklah cikgu kita nie

ibuintan said...

rasanya istilah letih tu keluar hanya bila anak2 didik ni tidak mendengar kata dan tidak bersungguh2 dalam pelajaran...

oRang kAmpong said...

Tqlah cikgu.kawe raso demo meme cikgu yg baik.bab kwn pon cikgu gak dulu.xp 5 taun jer pas tu berenti jual sayor kat pasar.xp dah 30 taun berenti ore masih panggil kwn cikgu gak.hok jujurnya kawe royat kompom kwn xbolih buat mcm demo bab tu kwn pencen awal.xp hok tu ciri2 cikgu yg sebenarnyo mcm hok demo royak sakni.cumo hok kawe bolih kongsi kat cni pengalaman kawe dulu ketua kelas yg kawe lantik mesti hok beking2 dan yg paling kuat buat bising dlm kelas kawe xlantek hok jernih atau hok cerdik x.mulo2 guru besar bising gak xp alhamdulillah ekperimen kawe berjayo gak.kelas kontrol oklah.mcmmne pon oRang kAmpong doakan cikgu selamat pulang kapong dan balik.

white rose said...

salam ziarah...
arini baru mampu mengunjungi blog CIKGU YANG TAK PERNAH PENAT MELAYAN KERENAH ANAK2NYA...

betul kan?

alhamdulillah, arini mak sy dah kluar hospital...

smoga mak cikgu juga sehat2 seperti selalu...

ape2 pun,
CIKGU YANG PENAT
BILA DIA TAK BERMINAT...
CIKGU YANG TAK PENAT
BILA DIA BERPERAH KERINGAT...

syukur CIKGU org yang sebegitu...




(alamak, jadi skema bila komen dgn cikgu...)

- abdul hadi abdul muti - said...

takpe nak bangge dengan diri sendiri kalau pujian tu memang selayaknye. Memang cikgu rajin pon. Time kitorang sportday dulu, kat cikgu la kitorang mintak tolong belikan doble side tape la, gold dust la ape la. kalau takde cikgu, tak siap khemah kitorang.cewah cewah cewah.haha

Mohamad said...

Salam cikgu,
Inilah kehebatan cikgu.. bukan menjual diri tetapi jika tidak beritahu orang tidak tahu apa yang kita buat.. sekurang2 nya orang tahu keiklasan kita...

Semoga cikgu kekal sihat dan teruskan dengan usaha cikgu.

Jika kita seronok bekerja, tidak tidak berasa penat tetapi kita berasa puas dengan apa yang kita buat...

Abd Razak said...

Salam...

Moga cikgu terus sihat hendaknya dalam usaha mendidik anak bangsa..

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Ummi Humaira said...

salam cikgu Iman ...

selamat pulang kekampong halaman dan berjumpa bonda cikgu yg tercinta ...

mR.sYaH said...

best jd cikgu ni klu kita betul2 menghayatikn..

lagu dlm blog tu klu xsilap lagu hadad alwi tajuknya doa..

Pencacai Alim said...

aku cita2 nk jadi cikgu disiplin..tapi murid nyampah tgk aku..hakhakhak

::FAIZ FARISH:: said...

oh cikgu rupanya.. hehehe Good

gabbana said...

cikgu tua berhati muda... wahahaha.. ;p

noorlara said...

Alhamdulillah saudara mejawat jawatan yg mulia dan komited dgnnya. Semoga segala penatlelah dan kesabaran itu akan dibalas dengan kabaikan yg berganda dari Allah. kalau semua cikgu macam saudara, kita tak akan menghadapi masalah remaja.
SYABASSSSSSS

Zaidi Sarifuddin said...

sumpah sy rindu tempat itu.. haha.. btw, cikgu lau nak kawen jgn lupa jemput sy.. sy akan pastikan sy datang.. haha

Dinas Aldi said...

haaa, ramai 'calon' tuuu! heheheh

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
gua harini tabik sama lu cikgu

Kuwe said...

ore kata lebih sedak ngajar skoloh jate sajo laa dari dok ngajar skoloh tino saja. banyak karenah lagi laa.


pah bilo lagi cikgu. anak murid bui signal blako doh tu. sapa seru doh tuu.

Lelaki Ini said...

keje leklok!

imanshah said...

CkLah

Memang cabarannya tak sama..yang letihnya kami di sekolah 24 jam..berhadapan dengan parent yang macam2 karenah, kadang2 kena jadi amah..pening demam depa kita yang uruskan

imanshah said...

kalam hati,
alhamdulillah cg juga guru yang hebat

imanshah said...

Ayu

Terima kasih, Ayu juga bekas pendidik selayaknya juga dipanggil cekgu

imanshah said...

ibuintan

tak mau dengar kata kita cubit telinga depa..haha

imanshah said...

orang kampung

lain tempat lain cara..betul lah tu, kita bagi tanggungjawab kat orang yang nakal sikit..jangan pulak dia jadi kepala buat bising nanti

imanshah said...

whiterose

semoga ibumu itu cepat sembuh ya

imanshah said...

abdul hadi

haha jgn lah bgtahu kat sini.malu cikgu.hanya jauhari yang mengenal manikam

imanshah said...

mohammad

kadangkala segan nak bercerita tentang diri sendiri, takut orang cakap kita nak menunjuk2 kehebatan diri sendiri pulak

appaun, saya sangat teruja bergelar pendidik

imanshah said...

ustaz razak

terim aksih..suka ayat tu

sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat

imanshah said...

ummi humaira

alhamdulillah telah sampai dengan selamatnya

imanshah said...

syah

terima kasih..saya suka btul lagu tu

imanshah said...

pencacai alim

haha, murid2 sebenarnya sayang kat cikgu disiplin, cuma jarang tunjuk je

imanshah said...

Faizfarish

Haha kamu belum mengerti aku walaupun lama sudah kita bertemu di alam maya ini?

imanshah said...

Gabbana

wah kamu mengata cikgu ye..tua sangat ke?

imanshah said...

noorlara

saya dari dulu nak tanya akak mengajar sekolah mana di ipoh ye

imanshah said...

zaidi

insyaallah cg warwarkan

imanshah said...

kak dinas

tula pasal

imanshah said...

brutalsolo

terima kasih bro

imanshah said...

kuwe

huhu memng susah kot ngaja sekolah tino, takut terngorat pulak

imanshah said...

lelaki

tenkiu

Muhamad Zaki Zafir said...

bukan menjual diri cikgu..kami yg bukan guru ni pula dapat faham serba sedikit bagaimana sbnrnya warga pendidik ni.. :)

nak mengajar adik seorang ni yg kurang faham subjek di sekolah pun bukan senang.jadi mmg hebatlah guru2 yg mampu membimbing murid2 yg sudah tidak terbilang ramainya utk mnjadi orang yg berjaya. :)

imanshah said...

zakir

terima kasih kerana memahami

sahromnasrudin said...

tahniah...bukan senang nak dpt ajar sekolah SBP kan...

Azmi said...

kata org cikgulah pemula segalanya....
jadi tahniah krn tetap bertahan mendidik anak bangsa...

imanshah said...

rom

sekolah harian pun banyak cabarannya

imanshah said...

Azmi, insyaallah kau akan bertahan selagi berdaya

ummu said...

salam iman
akak pernah jadi pembantu warden
memang tak cukup rehat
walaupun seketika
tapi ia banyak meninggalkan momen
pahit manis,termasuk bila maslah family pelajar
kami yang terpaksa masuk campur

di sekolah harian,cabarannnya lain pula..seperti yang kak ck maklumkan.

imanshah said...

ummu

memang betul, ni pun saya baru balik dari hospital, budak kena sengat tebuan

ProfHariz said...

Takpe bro! Kongsi je apa yang bro rasa... :)

imanshah said...

hariz

thanks

adol ihsan said...

salam..
tak apa la.. sekurang-kurangnya semua tu boleh dijadikan pengalaman dalam kehidupan cikgu.. :)

moge cikgu teruskan dengan apa yg cikgu buat ni.,

imanshah said...

Adhol..ada kamu?lama tak nampak

insyaallah akan teruskan apa yang allah takdiekan untuk cikgu..

Anonymous said...

tahniah cikgu!!

Siti Umairah Othman said...

seronok dengar cerita cikgu...
saya faham karenah budak SBP sebab saya pun salah seorang keluaran SBP... InsyaAllah, saya juga bakal guru... Pengalaman cikgu, saya boleh jadikan sebagai iktibar (=

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget