WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, November 20, 2010

TAK ADA KERJA LAIN KE, NAK AMBIL GAMBAR B O N * * AKU?

Cuti-cuti sekolah ni ketagihan untuk menulis semakin menjadi-jadi. Pagi tadi aku dah siapkan satu posting PASAL MUFLIS. Petang ni tiba-tiba aku bersemangat nak update blog lagi. Bukan apa, aku rasa tak boleh nak simpan "insiden" yang berlaku pagi tadi sewaktu aku beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau  terkenal dengan nama Padang Polo di seantero Ipoh. Kisahnya aku diajak oleh murid-muridku untuk menyertai mereka berjogging di Padang Polo. Maka dengan penuh semangat nak mengorat nak mengurangkan berat badan, aku terima dengan hati yang terbuka. Lagipun Padang Polo ni tak asing bagi aku kerana dulu hampir setiap Ahad aku hadir ke sini tanpa gagal untuk beriadah.


Sampai di sana aku terus panaskan badan dan mula berjogging. Sampai dua pusingan, aku lihat ada senamrobik diadakan. Memang setiap sabtu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyediakan khidmat jurulatih profesional untuk mengetua senamrobik di Padang Polo. Kadang-kadang ada poco-poco. Nak dijadikan cerita aku tertarik untuk mengikuti senamrobik ini. Waduh-waduh! Boleh tahan juga senamrobik ni. Kita yang tak berapa pandai merobik-robik ini (haha betul ke) ikut samalah. Bila suh angkat tangan, aku angkat, suruh angkat kaki, aku angkat. Suruh lompat, itu kerja mudah. Pendek kata berpeluh la juga.Kadang-kadang tergelak sendiri dan anak-anak murid aku tertawa tengok aku sumbang langkahnya. 

Aku memang berkira-kira nak update blog pasal beriadah ni. Maklumlah bagus untuk kesihatan. Apa lagi aku keluarkan lah telefon bimbit snap dua tiga keping gambar acara berlangsung. Antara gambarnya inilah.


Baru sempat snap beberapa keping gambar. Tiba-tiba bagai panahan petir aku terdengar suara ayu tapi pedas berkata :

"Tak ada kerja lain ke, nak amik gambar B O N T * * aku.. " 

Sentap sungguh ayat itu datang dari seorang wanita yang bertudung. Maaf bukan penghinaan untuk kaum wanita. Bagai orang yang bersalah, aku ucapkan maaf. Hurm, apalah nasib hari ini. Memang tidak bermaksud untuk mengambil gambar yang tak senonoh. Mujur dia tak mintak HP dan campak HP aku. Aku hilang mood untuk bersenam lagi. Sekejap menghampiri murid-muridku. Dan akhirnya aku berlalu.

Lalu aku membawa diri ke Stadium Ipoh. Haha dari melayan kemarahan wanita itu dan ketegangan fikiran aku, baik aku layan Kuew Teow goreng stadium. Ada gak faedahnya..Kenyang!! Dari elok-elok turun 1 kg bila beriadah, dengan makan ni, bertambah semula 2 kg. Kira ok lah, janji kenyang!!



Pesan Imanshah;

1) Jangan ambil gambar sebarangan tanpa kebenaran.

2) Jangan cepat melatah jika berhadapan situasi ini. Kang tak pasal-pasal
     satu Malaya tahu.

3) Jangan berprasangka buruk dengan orang lain.

4) Jangan berat mulut mengungkapkan maaf jika kita bersalah!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

56 GENTA RASA:

Wan Zulqhairi said...

Huhuhu...hari tu kawan2 aku pun kena sound jugak...tapi dalam McD.. padahal xde plak kitorng ambik gmbr dia!!! perasa je lebih...

imanshah said...

haha nak wat macam mana redha jelah, mujor aku bukan jenis mulut longkang sangat..takde nak melaser2

hazlin said...

makcik tu tau ko ada blog.. pas ni mesti dia glamer!

imanshah said...

kak hazlin

haha tulah suh dia masuk dan baca blog saya

sekamar rindu said...

salam...

sama dengan saya la cikgu Iman..

hehe..cuti lepas gian aa di blog..

imanshah said...

sekamar rindu

tulah cuti2 yg tak tahu nak buat apa kan

amirul said...

waaaahhh... seronoknya cuti... sehari boleh buat banyak2 entri... nanti tak terkejar nak baca... hehe... kadangkala pelik ngan ragam manusia...

imanshah said...

amirul..haha, tulah bosan gak cuti ni..ternak lemak je

Idalara said...

Kira2nya haritu nasib kurang baiklah iman kan..tak pe yg penting Allah tahu niat kita bukan tu sebenarnya...sabar..

ahhh..sungguh kurang sopan makcik tu...

imanshah said...

Kak ida..takpe, dah biasa dengan HARI KURANG BERNASIB BAIK SEDUNIA

::FAIZ FARISH:: said...

glamer la makcik tu nanti

imanshah said...

Faiz..glemer ke?? haha alahai makcik tu period kot

Dinas Aldi said...

rasanya dia takut kot, yalah dia tak kenal dik Iman. bagus tindakan dik Iman mintak maaf tu walaupun memang dik Iman takda niat langsung nak ambik gambar bont** dia. haha inipun pengajaran untuk akak jugak sebab akak pun selalu ambik gambar orang dari belakang.

imanshah said...

Kak Dinas

haha tulah, jgn sebarangan amik gambar org tau..gambar pokok ok!!

Lelaki Ini said...

uhuhuh
kesian ko!!!
adeyh!

imanshah said...

lelaki ini

hurm, ok je lah, makan kuew teow bisa mengubat kesedihanku

maiyah said...

hahaha :D sensitif mokcik tu
xpe.. bukan slalu hehe

wahida said...

salam cikgu...seronok baca n3 awak..salam ziarah...anyway, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!

nunama said...

haha.
kalau makcik tu baca, mesti dia pun malu dengan apa yang dia da ckpkan.
emm takpelah cikgu.
pk positive je. mungkin m.cik tuh pernah di'snap' kot.
mungkin m.cik tu nak berhati2.
entahla.

imanshah said...

maiyah

haha entah pape mokcik tu kan..

imanshah said...

Wahida

terima kasih ya ziarah..insyaAllah saya follow

imanshah said...

nunama

hurm, saya pk positif, kalau dah negatif tentu saya pun sama2 naik mulut..haha

ckLah@xiiinam said...

Padang polo...kenangan mengusik jiwa.

imanshah said...

cklah
kenangan dengan Cikzahan ke

ibuintan said...

bukan apa makcik tu pemalu,..
yg ambil tang tu buat apa... cuba ambil dari depan mesti makcik tu suke, glamer masuk hok sengoti

imanshah said...

ibuintan

betul juga ye..adei, nanti dia terkejut plak tiba2 ada paprazi amik gambar dia..huhu

sekamar rindu said...

salam...


best juga makan Kuew Teow goreng tu....

imanshah said...

cg sekamar rindu

kuew teow yg paling sedap kat ipoh di restoren no 65, food court kat stadium ipoh..kalau dtg ipoh saya bawak

khadijah said...

tak sangka sampai mcm tu sekali.
haha
takpe,satu pengajaran :)

MENJEJAK DEWASA~ said...

cikgu, nanti belanja saya kuew tiau goreng ya..!!
aha

imanshah said...

Khadijah

ia, saya tak mo amik gambar org yg tak kenal lagi..haha

imanshah said...

Menjejak dewasa

ok, set mai ipoh..Tg malim tak jauh eh

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

salah satu dugaan seorang bloger
he he

Wassalam

Siti Mashitah Saidin said...

keaw teaw tuh! sedapnyaaaaa~

imanshah said...

Wsalam Rozali

hurm, tulah rasa nak letak jawatan je sebagai blogger..

eh ada ke jawatan blogger??haha

imanshah said...

Mashitah

kat penang lagi sedap!!

a kl citizen said...

betullah jugak iman... niat orang menambil gambar bukannya kita tahu...macam makcik tu lah...
zaman ni apa pun boleh jadik...


tergamak kau…?

imanshah said...

salam kak normah

tulah saya pun terpikir jugak, kang kalau ada org nak buat jahat, upload kat FB...pastu mencarut pula kat gambar tu an..haha satu malaya tahu

iqbalsyarie said...

hahaha...aduh, pengalaman dan pengajaran yang hebat :)

Post-post menarik.
Allah wujud ke?
Allah Sangat Baik. Setuju?

imanshah said...

Iqbal

hurm, tapi bnci btul tgok budak2 ragbi yg datang pakai seluar dah macam tak seluar..pendek gile

Pejuang Kesenian Extreme said...

Kira bagus juga ye Majlis Bandaraya Ipoh membuat aktiviti mingguan seperti ini.Siap pakai khidmat profesional lagi...

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt..
Waa kena sound direct. InsyaAllah lepas ni cikgu akan jadi snapper yang lebih berhemah~

Tambahan: Saya pun tak suka juga orang curi-curi 'pukul' gambar. Hehe rasa macam nak 'pukul' balik je orang tu (mereka yang suka menayang kat FB).

n@m@n said...

pastu upload pulak..hehe

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

ape la makcik tuu..
kelakar sehh..
kalau aku jadi kau..
makin aku amik pic bontut dy..
pk org oleh jual ape pic tu..
hahahhahahahahak !!!!!!!

Entry terbaru !
1. Free Porn Movie

imanshah said...

Pejuang Kesenian

Ahah, Ahad pun memang ada juga. Ahad pula poco2

imanshah said...

izzah

haha bukan snap gambaq dia, snap keseluruhan org senamrobik..haha

jgn la pukul balik, kesian

imanshah said...

Naman

tu bukan gambar makcik tu ok!!haha

imanshah said...

Hafizah

zaman skrg, depa takut kita upload kat internet, betul jugak

Insan Marhaen said...

IM pun dah lama tak senam. badan dah naik.

heh, padang polo... nostalgia buat IM..

fadzilah said...

padang polo mmg best utk berjogging..mlm2 pula byk couple buat maksiat, berdua-duan kt situ..

imanshah said...

IM

hati2 dengan badan tau..kang nampak macam tong dram..huhu jgn marah ye

imanshah said...

Fadhilah

betul tu, malam2 ramai kapel yang berpeleseran di sini..tu yg malas nak ke situ malam2

abid_PM said...

payahnya manusia.
tangkap gambar muka tak boleh.
tangkap gambar bontot pun tak boleh.

imanshah said...

Abid

haha takkan nak tangkap gambaq bontot lak..haish, kamu ke??wakaka

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam cikgu iman

hehehehhe....kadangkala tu lah perkara yang kita tak sedar...

kena hati2 kan...

imanshah said...

Ayu


hati2 dalam tindakan, pasti hidup kita tak susah

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget