WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, November 26, 2010

TUAI PADI ANTARA MASAK, TUAI DOSA KITA TAK NAMPAK

Assalamualaikum dan selamat malam rakan-rakan semua. Malam ni aku nak maklumkan HOK SENGOTI akan berhenti bersiaran seketika sehingga ISNIN ini kerana ada urusan di luar kota yang terpaksa aku uruskan. Tolong baca sambil menyanyi kawan-kawan :

Tuai padi antara masak, 
Esok jangan layu-layuan, 
Intai entri baru antara nampak 
Esok jangan rindu-rinduan. 

Haha, tak kisahlah anda memiliki suara yang hebat , atau kurang sedap, yang penting sama-sama kita nyanyi. Apapun sebagai sahabat yang baik, Imanshah nak tinggalkan kalian dengan satu kisah.

.....Seorang pemain sarkas  memasuki hutan untuk mencari anak ular yang akan dilatih bermain sarkas. Beberapa hari kemudian, ia berjaya mendapatkan  beberapa ekor anak ular dan mula melatihnya. Pada mulanya anak ular itu diajar membelitkan  kakinya. Setelah ular itu semakin membesar, ia dilatih untuk melakukan permainan yang lebih berbahaya, antaranya membelit tubuh pelatihnya. Sesudah berjaya melatih ular itu dengan baik, pemain sarkas itu mula mengadakan pertunjukkan untuk orang ramai.

Hari demi hari jumlah penontonnya semakin ramai. Pendapatan yang diterimanya semakin besar. Suatu hari, permainan sarkas tersebut telah melakukan persembahan di kota.  Pemain sarkas telah  memerintahkan ular itu untuk membelit tubuhnya. Seperti biasa, ular itu melakukan apa yang diperintahkan. Ia mulai melilitkan tubuhnya sedikit demi sedikit pada tubuh tuannya. Makin lama makin keras lilitannya. Pemain sarkas kesakitan. Oleh sebab kesakitan, lalu dia memerintahkan agar ular itu melepaskan lilitannya, tetapi ia gagal mengikut perintah tuannya. Sebaliknya ia semakin liar dan lilitannya semakin kuat. Para penonton menjadi panik, ketika jeritan yang sangat memilukan terdengar dari pemain sarkas itu, dan akhirnya ia terkulai mati.....

 Kadang-kadang kita merasakan dosa tidak membahayakan seperti ular yang telah dilatih tadi. Kita merasa tidak terganggu dan dapat mengendalikannya. Buat dosa selepas itu bertaubat. Buat lagi bertaubat sekali lagi.  Tetapi pada kenyataanya, apabila dosa itu telah mulai melilit hidup kita, sukar dapat melepaskan diri lagi daripadanya.”



Nota kaki Imanshah :

Kadangkala kita  melihat anak-anak yang berusia empat atau lima tahun dan mereka kelihatan naif dan suci.  Dan aku tidak terkecuali untuk menatap gambar aku di awal usia empat atau lima tahun. Foto tidak menipu dan keadaan pada waktu itu cukup menyenangkan dan suci. Namun, Ketika kita semua  semakin dewasa, dan masuk ke dalam kawah dunia, kesucian itu seakan  hilang. Seolah-olah kelihatannya seperti pakaian putih yang seputih salji, namun telah dinodai oleh banyak kotoran. Tak peduli seberapa kerap usaha kita untuk mencucinya, tetapi sisa kotoran tetap ada.   AMPUNI DOSAKU YA ALLAH!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

80 GENTA RASA:

a kl citizen said...

Selamat bercuti iman, kisah yang menarik sekali tentang ular

hysman said...

nk ke sarawak yer..
moga selamat pergi dan selamat balik...
mlm2 jumaat baik utk kita bermuhasabah diri..
gewd info bro..
;)

nunama said...

...
Pengisian yg terus direct ke hati.
Terima kasih Cikgu. :)

manusia begitulah. mudah berasa selesa dengan zon yg tersedia ada. huhu. ni, ckp utk diri sendiri ye.

Semoga Cikgu dirahmatiNya. :)

Citarasa Rinduan said...

cikgu...

"tuai padi antara nampak esok jangan rindu-rinduan"
"kalau citarasa rinduan tak jenguk blog hok sengoti pasti sakit-sakit badan..."

hehehehhe

ps: tazkirah yang baik...yang banyak tauladan dan sempadan..

SiNoMoSa said...

salam imanshah,

alhamdulillah perkongsian yg manfaat..buat sy berfikir ttg khilaf diri..thanks

Lelaki Ini said...

alhmdulilah
tahnx nasihat!

Mohammad Aiman said...

kisah yg memberi pengajran :')

eszol said...

saya da boleh agak suara cikgu bersyair

Dinas Aldi said...

selamat makan angin ke Sarawak, dik Iman!

imanshah said...

Kak Normah

Terima kasih, jaga baik2 ular saya

imanshah said...

Hysman

nak ke Miri, tak lama pun ..InsyaAllah Isnin kita bersiaran semula

imanshah said...

Nunama

Alhamdulillah, sedikit ilmu kita share sama2

imanshah said...

Ayu

sama lah kita, kalau tak jenguk citarasa Rinduan, pasti hati imanshah juga tak keruan

imanshah said...

Eszol

seperti biasa syair kulagukan, kau bisa jadi pendengar setia??

imanshah said...

Sinomosa

sama2 kita membaiki khilaf diri sendiri

imanshah said...

Lelaki ini

Semuanya datang dari ALlah S.A.W

imanshah said...

Aiman

Cg kan selalu bercerita kisah2 yang mengajar kamu tentang erti dewasa sewaktu lewat di bangku persekolahan dulu..semoga kamu menjadi insan yang berguna kepada agama mu di luar sana

imanshah said...

kak Dinas

ada nak kirim apa2 ke??

Abd Razak said...

Salam cikgu...

Selamat Bercuti...jangan nakal-nakal kat Miri tau..:)

imanshah said...

ustaz

terima kasih, kalau di Khucing boleh ziarah ustaz

maiyah said...

dosa hnya merosak diri.. akhirnya pasti mngundang duka :(

imanshah said...

betul tu kak maiyah

ibuintan said...

selamat terbang ke Miri...

jangan letakkan sepenuh kepercayaan kepada sesuatu yang kita sangka ianya baik

Kalamhati said...

perkongsian yg bermanfaat..menginsafkan..

selamat berangkat ye..jago diri moleks!hehe

soffea said...

saya insaf baca entry ini~

semoga kite semua sentiasa dlm rahmat Allah. tergolong dalam hamba2Nya yg masih dipandang olehNya, yg sedar akan dosa n kesilapan diri, n sering bertaubat.. insyaAllah~

jalan baik2 ke miri. nak kirim kek lapis sarwak.. mek rindu gilak kek lapis oh.. hehe.

wahida said...

bermuhasabah sebentar....

Cg Pian said...

http://helangbuana.blogspot.com/
MOHON DI LINK KAN KE BLOG TUAN

mR.sYaH said...

kisah yg bagus... selamat pergi dan balik..

sekamar rindu said...

salam...

jangan pergi lama2...

imanshah said...

ibu intan, alhamdulillah dah sampai ke miri

imanshah said...

kalam hati
insyaallah diri ambo ake jago diri ambo baik2...

imanshah said...

soffea
sedap ke ke lapis sarawak?hehe
saya xrasa sedap pun....makan kek semenanjung pun ok...

imanshah said...

cikgu pian
ok insyallah akan ditunaikan

imanshah said...

syah
sedikit perkongsian dari ilmu yang ada, moga mendapat petunjuk dari-nya

imanshah said...

wahida
xkan sebentar sahaja?haha
tapi bagus sekejap dr xda langsung

imanshah said...

sekamar rindu
insyaallah isnin ni balik, saya pergi seketika shaja

Ummi Humaira said...

salam iman...

N3 yg sangat berkesan untuk menilai dosa diri sendiri....

betul tu , kita nie sering lalai dan lupa... kadang2 rasa alaaaa nanti ler dulu , pastu baru nk buat solat taubah...

selamat pergi dan selamat kembali....

sahromnasrudin said...

salam bro..hang nak pi mana?? aku naik ikut la huhuhuhu

makdara TERdiva said...

malam td baru jer termpi ular :)

selamat bercuti2 dan bersiaran semula yer :)

cuti kahwin kah???

Atikah said...

Salam Cikgu,

Entry yang menarik... tQSM

imanshah said...

Ummi

saya setuju..godaan duni sangat kuat pengaruhnya dalam kehigupan seharian

imanshah said...

Sahrom

Aku p MIRI..La ada kat MIRI.. best juga di sini

imanshah said...

MDT
Tidak, bercuti2 Malaysia di MIRI, Sarawak

imanshah said...

Atikah
Sama-sama

Nur Misnan said...

salam iman..
pantun kerat yang bagus..

cerita yang harus di teladani
dan diperingati..
moga kita sama2 perbaiki kelemahan diri
dan bersedia untuk merebut pahala dari pemberian Allah...

ckLah@xiiinam said...

Tuai padi antara masak...




Err...sekarang dah masuk musim menuai ke?




(Hihihi...komen ala-ala 'blur' sbb cemburu dgn org nak ke Miri...balik nanti kita jumpa di Taman Dr....bawa kek lapis!)

Pencacai Alim said...

aku tk pnh kesana..duit tkde..

sekamar rindu said...

salam...

semoga kira semua mendapat keampunan dari Nya..InsyaAllah...

Insan Marhaen said...

tahniah HS. IM undi anda untuk blog pilihan malaysia..

Tilam said...

salam kenal...selamat becuti..

ada masa berkunjung ke blog saya. Minta support dari kawan2 untuk blogger baru seperti saya...

hazlin said...

salam.. rindunyer...

Cikbelog said...

owh sangat bermakna entri ni ;)

Azmi said...

terimaa kasih man bagi ingatan..
banyaknya dosa...kalau fikir2 balik

Un Phat Lee said...

Selamat beroutstation cikgu dan terima kasih atas nasihat berguna itu.(T_T)

Pencacai Alim said...

oit

ashraf said...

blog ni tersenarai dalam blog pilihan malaysia la :) terbaik cekgu!

eiela said...

selamat bercuti.. banyaknya dosa,,insafi diri. =)

Latest Entri :
Redah Aku dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari
Jana Pendapatan Dengan Burung Walit

imanshah said...

nur misnan
haha, dulu2 imanshah ni juara pantun antara kampung...tu yg pandai berpantun..kuikui

semoga kita mendapat manfaat dari pantun ini

imanshah said...

cklah

banjir2 ni manalah ada org nak menuai, padi dah tenggelam noh

ececeh nak ke taman dr?...bila tu habaq mai...buleh le kita berjumpa di tanah sekebun bunga noh

imanshah said...

pencacai alim

nanti aku buat trip aku bawak ang...tahun depan nak g bali?ada brani mau ikot?

imanshah said...

sekamar rindu

insyaallah imanshah doakan kawan2 imanshah semua akan mendapat keampunan ilahi

imanshah said...

im

ahaha...sapa yg calonkan saya ni ye..haha blog yang merapu2 ni..apapun tq atas undian

imanshah said...

tilam

alamak tilam pun mai sini jugak ke..adeh..
Jgn marah ye..ok nanti cg g jenguk sana...isnin ni balik..skrg memang xberkesempatan..on9 pakai hp saja..selamat berblog

imanshah said...

hazlin

ayoyo kakak sudah rindu pada adik ka, atau rindu sama miri

imanshah said...

tilam

alamak tilam pun mai sini jugak ke..adeh..
Jgn marah ye..ok nanti cg g jenguk sana...isnin ni balik..skrg memang xberkesempatan..on9 pakai hp saja..selamat berblog

imanshah said...

fadlee
yelah cikgu outststion dalam malaysia je..haha xmacam org tu...dok oversea..apa kata kirim sikit sevenier tu dr oversea

imanshah said...

pencacai alim

wah 2 kali dtg komen, ada rindu sama inche imanshah ka

imanshah said...

azmi

hidup berjiran kena saling hengat mengengat..tak gitu..eh ko banyak dosa ke

imanshah said...

cikbelog
terima kasih singgah ya

imanshah said...

ashraf

saya pun baru tahu...blog biasa2 je, xda aura sangat buleh ko menang

imanshah said...

cikbelog
terima kasih singgah ya

imanshah said...

iela

kita semua banyak dosa kannns?

Muhamad Zaki Zafir said...

buat dosa kecik tak henti2,
lama2, jadi sebati,
jadi sebati dan jadi penyakit hati,
jadi penyakit hati, membawa ke mati,
menjawablah kita kat akhirat nanti.

imanshah said...

zaki

sungguh terkesan katamu itu
membuatkan diriku berfikir selalu
tentang bahaya cintakan dunia
yang sementara
sentiasa bergelumang noda dan dosa
ibarat menanam padi di ladang
hasilnya dituai di akhirat sana

amirul said...

Selamat menguruskan urusan itu dan kembali bersiaran secepat mungkin... minta segalanya selamat ya... InsyaAllah... :)

ProfHariz said...

Saya suka akan entri ini cikgu!

TUAI PADI ANTARA MASAK, TUAI DOSA KITA TAK NAMPAK

banyak mesej dan pengajaran buat kita :)

imanshah said...

Amirul

Alhamdulillah, saya dah selesaikan urusan di luar kota..sudah balik dan kembali bersiaran

imanshah said...

Hariz

sama2 kita renungkan..selamat beramal

EzzEddin said...

cikgu jom bermuhasabah lagi kite

imanshah said...

ezzaddin

kini ada bangsa melayu yang nak hapuskan ketuanan melayu..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget