WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, November 7, 2010

UNCLE NI HAMIL KE?

Alhamdulillah, sempat juga untuk update entri terkini. Salam siaran dari Stadium Hoki Sultan Azlan Shah. Hari ini aku dan 6 pelajarku berkampung di Stadium Hoki Azlan Shah  untuk menyertai Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Perak 6 Sebelah. Alhamdulillah, mereka terpilih untuk mewakili  Pasukan Projek 1 Malaysia di bawah kendalian Encik Zul. Sebanyak 8 pasukan telah menyertai kejohanan yang berlansung selama sehari ini. Alhamdulillah, syukur sebab penat lelah selama ini berbaloi. 6 daripada 8 orang pemain telah terpilih. Bangga la jugak, sebab seolah-olah team 1 MAS dimonopoli oleh budak-budak hoki aku. Antara pasukan yang terlibat ialah daerah Manjung, Krian, Larut Matang Selama, Batang Padang, Kuala Kangsar, IHCA, Anderson School dan 1 MAS. Semua pasukan kuat -kuatbelaka terutamnaya Batang Padang yang dibarisi pemain Sekolah Sukan Bandar Penawar dan ANDERSON SCHOOL, iaitu kuasa sukan hiki sekolah-sekolah Perak.


Yang tersenyum comel ni namanya Firdaus, penjaga gol aku. Orangnya kurang bercakap, tapi begitu komited. Walau baru berada di tingkatan dua, badannya mengalahkan pelajar Tingkatan 5, sesuai benar bertindak di posisi penjaga gol. Apa yang menarik, PIDOT hanya melepaskan satu gol sahaja sepanjang perlawanan berlangsung, itupun dalam perlawanan separuh akhir menentang Anderson Shcool. Ada potensi untuk diktengahkan kerana memiliki tahap disiplin yang tinggi sewaktu latihan dan mudah menerima tunjuk ajar jurulatih.


Ini pula bukan aksi lakonan di dalam tandas ok. Haha. ini merupakan salah satu kaedah warm up yang digunakan. Jangan terkeluar sesuatu sudah. Yalah lain jurulatih , lain caranya.  Disebabkan mereka ni di bawah pasukan projek, aku tak masuk campur dalam aspek kejurulatihan. Di sekolah, ya. Ana yang punya. 



Inilah yang paling menarik. Sambil menyelam, sambil minum air. Sambil menunggu perlawanan seterusnya, aku mencuri-curi mengintai anak dara menanda skrip jawapan pelajar. Menengah rendah peperiksaannya dilewatkan sedikit,  itulah sebabnya baru nak tanda. Tambahan pula sibuk menganjurkan rombongan Cik Kiah ke Kelantan. Mana sempat nak menanda Peah oi. Tu tang perut, agak nampak berisi sikit. Haha. Teringat sewaktu di kelantan, anak kepada kawan aku yang berusia 7 tahun bertanya.."Uncle ni hamil ke? " Amboi kantoi di situ. Tak sangka kanak-kanak berusia 7 tahun sudah petah bercakap. Sambil bertanya sambil mengenakan aku.  Takdalah kebuncitan itu terserlah sangat. Biasa je kan? Setakat saiz seluar  31 tu kira ok lah kan? Takpalah, nanti cuti sebulan uncle pergi gym la nanti..Ni mau pengsan ni kalau jogging hari-hari.


Sewaktu perlawanan separuh akhir berlangsung, hujan turun dengan lebatnya. Perlawanan melibatkan Anderson School menentang 1 MAS. Apapun kami tewas kepada pasukan yang lebih ternama. Mereka tewas 1-0 melalui jaringan penalti stroke selepas kedudukan terikat 0-0 tamat masa permainan serta masa tambahan. Kira ok lah tu kan. Apapun pertandingan ini hanyalah satu platform untuk pemain-pemain junior menunjukkan bakat dan semangat berpasukan mereka. Adat pertandingan, ada menang, sudah tentu ada yang kalah. 

Itulah serba sedikit, diari hidupku dihujung minggu. Berada di padang hoki sudah menjadi kebiasaan. Membiarkan kereta baruku untuk mengangkut seramai 12 orang pelajar juga sudah menjadi kebiasaan. Berulang alik dari sekolah ke stadium. Adei keretaku sudah lowed..Haha..Menyesal?? Oh tidak sama sekali kerana tugas membina dan melahirkan warganegara yang berguna kepada agama , bangsa dan negara bukan hanya terhad di bilik darjah sahaja. Tugas aku, kamu..dan mereka!!!



Mood : Sedikit masa diperlukan untuk menyaksikan pertembungan Liverpool melawan Chelsea malam ini!! LEBAM!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

51 GENTA RASA:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cikgu selamat petang
heheheheh, takat 31 inci tak lah boroi......okey lah tu....heheheh


bab kereta nie kan...kak ayu teringat kes kat sini, kereta kancil penumpang 7 orang, cikgu 2 orang....eksiden...cikgu meninggal dunia...anak murud 7 orang hanya patah ringan..kesian kat isteri arwah...(customer citarasa rinduan)

harap2...janganlah di ulang lagi, kes lowed2 nie....bahayakan keselamatan dan nyawa..

kalau tak ada peruntukan memang agak sukar cikgu2 nak uruskan kan?

imanshah said...

kak ayu

saya setuju, kadang2 takut juga, tapi takde pilihan..budak2 di asrama, yah ibu jauh..

bas pula out station, kadang2 pemandu buat hal..

tapi cuba untuk berhati2 sebab bawa anak orag

mohammad said...

salam ziarah

imanshah said...

mohammad, tk sudi ziarah teratak beta

khaifaiz said...

Selamat petang cikgu (versi upin ipin)...

sgt terharu dgn komitmen yg ditunjukkan... nampak seperti mudah tapi tanggungjawab amatlah berat..

Saiz 31? same like me... nampak seksi gitu hehehe..

abid_PM said...

haha.. comel! :)

imanshah said...

khaifaiz..

sama ke?? wah ada geng, nak turunkan 30 lah..haha itu yg sit up tu

imanshah said...

abid...lo dulu tak main hoki kan??owh lupa ragbi

soffea said...

wah... cikgu coach hoki ke?? rindu nak main hoki... serious. huhu..


cikgu, peah tu saye ke? hahaha.

imanshah said...

soffea..

peah tu wanita yang tak wujud pun..haha kenapa kat rumah org panggil peah ke?? weee

Amy Syaquena said...

salam..

amy datang membalas kunjungan ye..

imanshah said...

amy..terima kasih, selalu lah kunjungi teratak iman..

insyaallah akan selalu berkunjung ke Sinar raudah

Mohammad Aiman said...

cikgu dah '3D' dah ye sekarang?
=P

ckLah@xiiinam said...

Teringat zaman main hoki di Taayah dulu, sampai peringkat negeri. Lawan kami selalunya RPS dan RPK, Kuala Kangsar. Padang polo atau Taman Dr tempat kami joging saban minggu...sekarang semua dah tak ada. Pasukan hoki pun dah tak ada...

imanshah said...

aiman..haha 3D tu binatang apa ye..habaq mai kat cg

imanshah said...

CkLah


tulah Takyah dah takde hoki, RPS jadi juara tiap2 tahun..

wah Cklah ni selalu joging kat polo ye..ke skodeng tu??haha

Mohamad said...

salam imanshah,
Puasa lepas dapat juga saya turunkan berat badan, tapi di perut tu sukar nak kempiskan... lama mengandung, baby tak keluar2.. hehehehe.

bUdAk kEnTaNg said...

amboiiii cikgu..
sempat lg skodeng anak dara nanda kertas....ni yg nak marah ni tak ajak ambo.. hahahaa....
takpe lps ni kasi roger klu nk skodeng yeh.. huhu..

takpe klu kalah asal kite blajo dr kekalahan dan anggap sbg cabaran..jgn jdkn kekalahan itu akhirnya peperangan.. gewd luck bro n da team....

imanshah said...

Mohammad..haha baby tu sampai bila tak keluar2..haha

tulah bab2 nak kempis perut ni susah betul

imanshah said...

Budak Kentang

wah dah tuko profile pic yang baru na..
tulah bukan kalah sebenarnya, tapi kemenangan yang tertangguh

maiyah said...

wahh.. bersemangat tgk bebudak tu.. ;)

imanshah said...

kak maiyah

tulah cg pun basah juga, tapi tengok anak2 main dengan semangat, cg pun tak kisah basah bersama

sonata anak kancil said...

cikgu yang sangat komited ! sy boleh beri lebih 90 markah...lebih berapa tatau la...

Dinas Aldi said...

akak ni baru ja buat spek baru, xkan nak kena buat lagi kot, x nampak pun perut yg dikatakan buncit tu? hmmm..

imanshah said...

kak sonata

wah penolong kanan sudah berkata-kata

saya nak 95 ok??

imanshah said...

Kak dinas..haha bukak baju kang kalu tunjuk mau pengsan..kuikui

cikgupj said...

salam iman, ye betul.kita terputus hubungan kerana kehilangan link.harap iman masukkan semula link blog cpj dan begitu juga cpj telah letakkan link blog iman di link A blog cpj.tq

imanshah said...

terima kasih cgpj...saya akan masukkan di bahagian padang yang sama

ibuintan said...

biasalah iman.. cikgu semua bolehkan, itu yang sebaiknya..

tang bawa budak tu janganlah sampai lowed2 ni... bahaya

takkan cikgu lain tak nolong?

imanshah said...

IBUINTAN

nak nolong macam mana, ujung2 minggu kan..lagipun sapa nak koje ujung2 minggu ni..tiap2 minggu pulak

HairiAks said...

Hahaha..
Sangat lucu..sempat lagi tanda kertas exam.. mmg hebat.. Ni barulah cikgu bitara.. ngee...

imanshah said...

HairiAks

Lama tak dengar perkataan bitara

sekamar rindu said...

salam...cikgu,

moga mencapai kemenangan dalm Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Perak 6 Sebelah tu...

amirul said...

Salam...

Saiz 31 inci itu OK! Maintain jgn xmaintain... dulu saya 32 inci... pas kawin terus tambah 10 inci lagi... kekeke...

sahromnasrudin said...

salam..camna ko snap pic tue..hebat la huhuhuhuh..kalau student ko yg snap, mmg superb huhuhuhu

Pencacai Alim said...

aku main hoki tapi tak pnh pandai..

makdara TERdiva said...

berani budak tu yer...

tp kalau MDT yg tanye camne..haha!

nabilah_2908 said...

hmm..semoga anak didik ni semua dapat mengharumkan nama negara satu hari kelak... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HAPPY 2ND ANNIVERSARY

darkbatman said...

bgs gile.. jrg cikgu nk layan bnde2 cmne besenye lg2 time ptg lg best utk zzzz..hehe

Abd Razak said...

Salam...

31 tu kena maintain tu, takut nanti hari ke hari ia naik sampai 41

noorlara said...

Laa encik adek ni pun dok di Ipoh ke hehehhe what's a small world. Seronok jadik cikgu kan dapat memdidik anak bangsa walaupun kekadang mencabar kesabaran dan memeningkan kepala tapi tak kurang juga yg mengembirakan betul tak?

Tukang cerita said...

bila jangka bersalin?
hahhahhahahhaha........

ala, setakat pinggang 31 tu, tak lah 'boroi' pun.... hahhahhaha

imanshah said...

sekamar rindu

haha dah kalah dah pun, masuk separuh akhir je

imanshah said...

amirul

adei ye ke..takut juga pg sampai 42..haha

imanshah said...

sahrom, pic yang mana?? yg gambar perut tu budak f2 je yg snap

like teacher like student la

imanshah said...

Pencacai alam

ko main ke ko tengok je..tulah masa kecik2 tak main sungguh-sungguh

imanshah said...

MDT

haha ok je, ambo ni jebis telinga batu

tak kesah apa org nak kutuk..haha

imanshah said...

darkman

eh ramai cg yg suka layan bola ke hoki ujung minggu

tak caya meh jadik cg..mehmeh

imanshah said...

ustaz razak

alhamdulillah, kena beringat, malam jgn makan ye ustaz

imanshah said...

noorlara

akak ngaja sekolah mana ye..memang dubia ni kocik aje

imanshah said...

TC

haha ni mengandung tak bersalin ni
kekal selama-lamanya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget