WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, November 30, 2010

WALAU SEBESAR ZARAH KEBAJIKAN YANG DIBERIKAN, ALLAH AKAN MEMBALASNYA

Salam semua. Pagi tadi aku ada menziarahai blog seorang kawan iaitu HYSMAN..Terkejut juga membaca posting beliau berkaitan dengan seorang sahabat blogger yang bernama DJ EPOI. Seorang blogger yang aku kenal di zaman awal kemunculan aku sebagai blogger. Dan pernah sekali DJ EPOI menulis entri tentang kematian arwah ayahku KLIK DI SINI. Dalam banyak entri beliau, beliau yang membahasakan dirinya GUA selalu menghebahkan tentang kematian, kehilangan serta kesulitan yang dihadapi oleh teman-teman blogger. Inilah jiwa mulia yang dimiliki oleh DJ EPOI. Apapun, aku menyeru teman-teman semua berilah, hulurkanlah sumbangan buat DJ EPOI. 

Entri ini IMANSHAH petik dari blog ACU SAYANG 


....Kawan-kawan blogger & pembaca-pembaca yang Acu sayang,
Acu mohon bantuan kawan-kawan...andai ada diantara kawan-kawan semua yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada DJ EPOI. BABY AFIQ iaitu anak bongsu kepada DJ EPOI akan menjalani pembedahan jantung di India...
DJ EPOI, isteri & anak bongsu nya dijangka akan berlepas ke Indiapada minggu hadapan...kalau tak salah acu 8 Disember ni.

Acu berharap ada di antara kawan-kawan blogger tak kira lah samada kenal atau tidak dengan DJ EPOI, sama-samalah kita membantu meringankan bebannya. Walaupun cuma RM 1 tapi besar nilainya kepada BABY AFIQ.

Pada kawan-kawan yang ingin menderma boleh lah bank ini wang tersebut ke dalam akaun Acu:

MAYBANK:: 162143008275
CIMB:: 01180032819528

InsyaALLAH segala wang sumbangan akan acu serahkan kepada DJ EPOI sebelum dia berangkat ke sana 8hb Disember ni..



Ingatlah dikala kita bergembira ada insan yang sedang berduka semoga ALLAH memberkati usaha kita ni...amin...

Notakaki Imanshah :
Hari ini hari DJ EPOI. Lama sungguh kami tak berhubungan kerana terputus link. Tup-tup berita ini yang aku terima. Banyak bersabar duhai sahabatku, semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan dipelihara anugerah Allah ini. Kepada rakan-rakan blogger, Imanshah mohon berilah sedikit sumbangan buat meringankan beban beliau. Inilah namanya persahabatan maya. Insyaalllah sebesar mana kebaikan yang kita berikan , yang kita hulurkan Allah akan membalasnya. ITU JANJI ALLAH..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

semoga semuanya selamat

sahromnasrudin said...

salam..bantu membantu amalan mulia

darkbatman said...

hrp sumenye berjalan lancar..:)

SiNoMoSa said...

Salam Imanshah,

Alhamdulillah, blog antara medium yang mampu membantu mereka yang memerlukan.

imanshah said...

Faiz

insyaAllah sama2 kita doakan

imanshah said...

Sahrom
betul tu, hari ini hari dia, esok lusa siapa tahu

imanshah said...

darkman

doakanlah kalau kita tak mampu beri sumbangan kewangan..itupun sudah jadi yang terbaik

imanshah said...

sinomosa

alhamdulillah, inilah sebenarnya murninya ikatan persahabatan maya

Atikah said...

Salam cikgu,

Moga selamat semuanya..

khaifaiz said...

Semoga dikuatkan hatinya dan hati ahli keluarganya

imanshah said...

Atikah

Insyaallah, semoga semuanya selamat

Citarasa Rinduan said...

alhamdullilah..mulia hati cikgu..

isnyallah..pasti ramai menghulurkan sumbangan..

Azmi said...

ada kala kita senang adakala kita susah...

Kalamhati said...

hmm sedih tengok..hrp segalanya dipermudahkan

hysman said...

mksudnya,permulaan kita sama laa...
diawal kemunculan blog kita, kita bersama2 kenal DJ EPOI kan...
yer bethull beliau prihatin..
beliau tak lupe hantar SMS selamat hari raya etc kat kwn..

insyaAllah semuanya selamat..
sama2 kita berdoa ye...

tengkorakemas said...

semoga segala-galanya dipermudahkan buat keluarga beliau..semoga pembedahan berjalan lancar

imanshah said...

Ayu

itulah saling bersahabat, saling membantu

imanshah said...

Azmi

bila senang memang ramai yang nak dekat bila susah??

imanshah said...

hysman

betol2 dia ajak kita pg penang sana nun beraya

imanshah said...

tengkorakemas

insyaallah berkat doa semua

nunama said...

insyaallah.
pertolongan Allah akan tiba jika pergantungan hanya kpdNya dan berusaha.
Semoga keluarga baby Afiq tabah.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget