WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, November 18, 2010

YELAH AKU MEMANG PEMALAS, TAK PAYAHLAH BUAT CALON SUAMI..

Semalam, aku sempat menziarahi seorang rakan pada hari raya. Kebetulan ada ibu saudaranya yang pulang ke Malaysia. Ibu saudaranya ini bekerja di Brunei House di tengah-tengah Kota London sebagai tukang masak. Kami sempat berbual-bual. Dan antara isi perbualan kami kedengaran begini :

Iman : Apa khabar Chu? Lama tak jumpa.

Cu      : Khabar baik. Eh orang bujang masak apa raya ni..?

Iman : Hehe (tergelak)...saya tak masak apa-apapun, suruh kawan sebelah rumah yang masakkan bihun goreng. Saya tak berapa rajin masak.

Cu      : Huh.. lelaki malaysia memang PEMALAS. Cu dah jumpa ramai orang MALAYSIA yang tak suka masak, tak kesian kat isteri..bla- bla...Orang British lagi  suka masak. 

Aku hanya mampu tersengeh dengan kata-kata Cu. Mengiyakan tidak, menafikan tidak. Cepat-cepat aku tukar topik. Itulah aku, masak dan IMANSHAH sesuatu entiti yang sangat tidak boleh disatukan. Tapi makan dengan IMANSHAH sesuatu yang sinonim. Bukan apa, dalam entri sebelum ini KLIK, aku berkira-kira untuk memasak bihun goreng. Alih-alih aku suruh jiran aku yang masak. Makanya, aku serahkan semua bahan-bahan yang telah aku beli kepadanya. Dua bekas besar akhirnya siap digoreng. 

Entah kenapa, aku sememangnya cukup tak suka memasak. Sebab itulah sewaktu zaman kampus dulu, aku lebih suka tinggal di kolej. Senang dan mudah untuk mendapatkan makanan. Tapi kalau menyewa bersama teman-teman di luar, sudah tentu ada giliran memasak kan. Tapi jangan tak tahu di rumah aku dah cukup lengkap, periuk, kuali, pinggan, besen, mangkuk dan sebagainya. Bak kata orang, kalau isteri masuk rumah boleh alas kaki sahaja. Bawa pakaian sahaja. Semuanya dah lengkap tersedia. Cuma tahap kemalasan dalam bidang masak memasak ni sungguh tegar dan susah untuk dikikis.


Rumah aku masih ada lesung batu ni.. korang ada??

Bayangkan kalau beli beras, beras akan beranak dab bercucu pepijat, ulat dan sebagainya. Kalau beli bawang pula, bawang sampai tumbuh pucuk. Dan yang tak boleh tahan, tong gas di rumah rasanya 3, 4 tahun baru bertukar yang baru. Haha..Terukkan?? Namun, walau aku ni jenis malas memasak, tang tu sahaja. Benda-benda lain aku sangat suka. Contohnya, membaca, berkebun dan driving. Haha, kira ok lah kan, esok-esok isteri masak, aku basuh kain. Isteri masak, aku siram pokok bunga. 

Mungkin puncanya dalam keluarga aku dikelilingi oleh adik-beradik perempuan. Semua memang kaki dapur. Jadi aku tak disuruh masuk ke dapur sejak kecil lagi. Cuma diajar membasuh pinggan sahaja. Dan habit itu aku bawa hingga ke hari ini. Apapun seronok juga makan luar makan kat luar. Sekurang-kurangnya kita ada tukang masak yang berbeza. Tapi yelah ongkosnya juga besarkan. Apapun masih terngiang kata-kata cikgu aku dulu...

"Chef-chef yang hebat kat Malaysia ni lelaki. Orang-orang perempuan kena cabar kehebatan chef-chef lelaki ni..Kalu pergi hotel, kalau pergi restoren, semuanya lelaki"


Aku nak senaraikan juadah yang aku tahu masak:

1) Nasi goreng (WAJIB  bubuh perencah, kalau tak menjadi)
2) Spegheti (WAJIB tengok resipi walau dah sepuluh kali mencuba)
3) Cekodok pisang (digoreng waktu hujan)
4) Dan yang paling terror ialah MAGGI..resipi wajib turun temurun.

Ok, dah tahu rahsia aku, masih ada yang berminat?? Tapi teringat juga kata-kata sahabat blogger DINAS ALDI...Katanya; 


"Seumur hidup akak duduk kat Malaysia ni, jarang akak dengor wanita yg nak cari suami rajin masak. Kalau lelaki yg nak cari isteri rajin/pandai masak tu, selalu le akak dengor..." 


Kisahnya. Haha pulak-pulak kan , kalau nak pergi meminang anak dara orang, tak pula kita dengar ; 


"Kamu ni pandai ke memasak nak kahwin ngan anak dara pakcik ni??..." Aww sapa nak jawab dik non? Jumpa lagi...




Nota : Malam ni BBQ daging qorban bersama sahabat-sahabat kecilku (students)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

63 GENTA RASA:

Yatre Hayati said...

Hahaha...at least jujur mengaku malas. Jangan cerita berapi tapi tak tahu masak. hehehe

imanshah said...

yatre..

hehe, sangat jujur,terserlah tulusku

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

nanti diketemukan dengan pasangan yg pandai memasak
Insyaallah

Wassalam

imanshah said...

Rozali, tq atas doa itu

- abdul hadi abdul muti - said...

bagi org sebelah masakkan?ye ye je canang nak masak bihun.haha.
cikgu,kalau nak tunjuk rajin pon, sidai kain biar isteri yang buatkan.kalau tak, nanti mesti ade orang menganyam ketupat

Atikah said...

Salam cikgu,

wah.. sangat jujur...
tak pa, la nie jer malas, dah ada org dapur nanti tentu rajinnya.... hehehe

imanshah said...

hadi, org sebelah tu cg Iqbal, dia memang rajin masak

imanshah said...

hadi, org sebelah tu cg Iqbal, dia memang rajin masak

imanshah said...

atikah

hopely lah kan, jgn masak nasi jadi bubur udah le

sekamar rindu said...

salam...


hehe..suka entri cikgu ni..tak apa tak pandai masak pun..nanti kwin org rumah juga yg tolong masak kan..:))

imanshah said...

sekamar rindu

takut juga dapat yang suka makan kat luar je..jenuh hamba

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt. Haa, cantik lesung. Saya pun ada. Walau malas masak, sesekali nak juga berlawan dentam-dentum dengan jiran.

Oh ya, dengar khabar, mek-mek kelate rajin masok. Manis-manis belako. Semanis hok beloh Pasir Mas denun~

Tambahan: Kebetulan ada rezeki pisang bersikat-sikat ni. Em, pekena cekodok pisang petang-petang ni best jugok.

::FAIZ FARISH:: said...

Aku tak la rajin sangat.... tapi kalau masak goreng2 aku suka....

nunama said...

haha.
betul tu cu. Saya setuju.
Lelaki kena pandai masak sikit. :P

Ummi Humaira said...

salam eidul adha cikgu...

ok ler tu , pandai masak maggi .. dpt berjimat tau ...

Amy Syaquena said...

salam...

wahhh jujurnya...
tak pa la sekarang nie jer malas, dah ada org dapur nanti tentu rajinnya.... hehehe , salam aidiladha

nabilah_2908 said...

lelaki malas masak...xpelik mana pun.. ;)

nnti kena la cari isteri yg pandai masak...kalau dua2 tk reti masak payah gak..hehe.. ;)


jom ke APA KATA HATI pulak,
AIDILADHA 1431H - PART 1

young yasmin sarian said...

hahaha! ta kesah la malas,at least cikgu mengaku!
btw,uma sy pun masih ade lesung batu tu,hihihi!

imanshah said...

izzah

wah tak tahu pulak anak2 gadis belah pasir mas lawa2..haha

ni hujuan2 kalau wat cekodok memang best

imanshah said...

faiz

haha aku kalau goreng keropok tu bukan susah

imanshah said...

nunama

masak air ok tak?? masak jugak kan

imanshah said...

ummi

kalau hari2 masak maggi boleh gugur rambut

imanshah said...

amy

suami amy rajin masak tak??haha saja tanya

imanshah said...

nabilah

kalau susah2, kami makan kat luar je hari2

imanshah said...

yasmin

tu saya beli kat pekan takbai thailand tau

en_me said...

tetiba teringat lirik lagu ~ 'ko goreng lempeng, lempengku hangus'.. ahaha

imanshah said...

en_me

ada ke??lagu sapo tu

Seri said...

tahu jerang air, tanak nasi, masak mi segera kira ok la tu bagi lelaki

gabbana said...

eh seriyes ke tatau memasasak..? sbb mcm ada gaya... hohoh..

meh saya ajar. saya pandai masak! hihih.. ;)

imanshah said...

seri

haha ok kan??

imanshah said...

Gabbana

saya rasa anda memang pandai memasak..mestilah dok UK 5 tahun kalau tak masak tu memang pelik la kan

Dinas Aldi said...

seumur hidup akak duduk kat Malaysia ni, jarang akak dengor wanita yg nak cari suami rajin masak. kalau lelaki yg nak cari isteri rajin/pandai masak tu, selalu le akak dengor. hmm.

imanshah said...

Dinas

haha betul2, kalau pg meminang anak dara orang, mertua takde pulak tanya, anak encik ni pandai masak ke?? kah2

Muhamad Zaki Zafir said...

saya sekali sekala je guna lesung batu tu nk menumbuk bawang.biasanya buat pemecah ais je hehe.. :)

imanshah said...

Haha pakcik lagi jarang guna...alergik..kuikui

Ikmal Fayadh said...
This comment has been removed by the author.
Ikmal Fayadh said...

relaks cikgu.. perlahan-lahan kayuh. gadis-gadis diluar sana pun, ramai juga yang belum pandai masak. hehe

imanshah said...

Fayyad..haha thanks2 kau memotivasikan gua beb

imanshah said...

Fayyad..haha thanks2 kau memotivasikan gua beb

ckLah@xiiinam said...

Hmmm...nak ku pinang...


...anak daraku SPM pun tak lepas lagi.


Lagi pun....takkan mak sana Ramlah..
Mak sini Ramlah jugak!



Hahahaha...

imanshah said...

CkLah

tulah nak jadi menantu kan, nampak kita sebaya, pening juga nak panggil apa mal mertua..kuikui

mak nama sama takpe..dok jauh2

mohammad said...

citer tentang tak pandai masak ni..tandanya dah bersedia nak kawin ni..

imanshah said...

mohammad

adoi..yeke simbolik masak ngan kahwin..wah seronok lah kalau begitu

ila haron said...

bro, ko kalau nak aku ajar ko masak secara org bjg, ko cakap bro..hakhakhak....


salam perkenalan.....

a kl citizen said...

alahai iman...akak pun malas sangat nak memasak...

faris.a said...

haaa.bljar masak cepat ckgu! nnti bile da kwin isteri cun melecun,tp xtaw nk masak? sapo nk jwb? haha

imanshah said...

Ila haron

berapa pengerasnya?

imanshah said...

kak normah..jgn malas2, ibu mithali kena rajin masak..huhu

imanshah said...

Faris..haha kena jadi syarat bakal isteri mesti tau masak..huhu

Azmi said...

kau bagi aku alat memasak..
haha aku memang tak leh tgk benda memasak terus tgn jadi gatal..
haha.....
kat hostel memang aku guna lesung batu tu la..haha

imanshah said...

Azmi

mana buleh bawak lesung pg hostel..wah memang budu btul lah kau

Abd Razak said...

Assalamualaikumm..

Kita serupa tak bepa suka masak..

Suka makan jer hehe

darkbatman said...

lawaklaa ko ne bro. tp at least ko wt pengakuan ne rmai tau ko xtau masak..hehee.. tp lelaki xperlu la kene pandai msk sgt.. biase2 sudah.klau xtau msk air yg 2 mmg parah..

SiNoMoSa said...

Salam Cikgu Iman,

Betul kata kakak tue, biasanya ppuan takkan carik lelaki yg pandai masak..tp macam sy, sy carik suami yang boleh jadi imam..Insya-Allah

Pencacai Alim said...

aku nk try cube suh jiran aku masak utk aku skali..he3

imanshah said...

Ustaz razak..hehe

memang naluri saya begitu..huhu

imanshah said...

darkman..haha tu mengong la kalau air pun tak reti masak..baik letak jawatan jadi manusia..kihkih

imanshah said...

sinomasa

btul2 nak carik imam, carilah iman..haha gurau je

imanshah said...

pencacai alim

haha tu lah idea yang bagus..baik kau suruh sekarang..tapi carik yg islam la..haha

sekamar rindu said...

selamat bercuti buat cikgu Imanshah....

imanshah said...

terima kasih sekamar rindu

anyss said...

Salam,
Cikgu, kedai makan dah banyak...order je lah ;)

imanshah said...

annys

memang berlambak, banyak..tapi ongkosnya??huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget