WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, December 11, 2010

5 MUSIM BERLALU

Salam teman-teman semua. Alhamdulillah, selesai sudah Malam Tautan Memori bagi tahun 2010. Sekadar ingin berkongsi beberapa keping gambar buat tatapan teman-teman.

Persembahan pembukaan oleh para pelajar. Agak cemerlang dengan kareografi sendiri. Rupa-rupanya penuh dengan kebolehan dan bakat yang tersendiri.



Pemilihan lelaki maskulin. Dan pemenangnya Rafiq, anak jati Kuala Lumpur. Kelihatan mereka semua 'dewasa' dan kacak dengan pakaian yang diperagakan. Masih terkenang saat pertama kali bertemu pada tahun 2006, memang kanak-kanak ribena sungguh. Kini selepas 5 tahun, inilah hasilnya.



 
Lagu wajib dalam apa sahaja aktiviti atau majlis. Rouse Up! Rouse Up Young STARIAN's All. Sayu juga lirik lagu ini. Rouse Up terakhir daripada mereka untuk guru-guru.



Sebahagian guru-guru yang hadir. Tak kalah juga mereka bergaya. Tambah-tambah yang pakai kasut putih itu..haha.

 

Persembahan terakhir daripada anak-anak bintang batch 50. Lagu-lagu perpisahan yang dimainkan  membuatkan hati bertambah sebak.



Majlis air mata bermula. Lima tahun mendakap kemas akan erti persahabatan, akhirnya terpaksa merelakan kepergian masing-masing. Lima tahun di bawah bumbung yang sama bagaikan saudara kandung. Kini tidur, tidak lagi sebantal, mimpi juga berbeza. Masing-masing membawa haluan sendiri ke destinasi baru yang belum pasti.

Notakaki Imanshah :

Sedang update dari Bukit Merah Laketown Resort. Mohon maaf kerana belum berkesempatan menziarahi blog  rakan-rakan. InsyaAllah, saya tidak lupa kalian. Ok, dugong hendak menyelam lagi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

54 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

eh kasut putih lelaki tu pakai mcm kasut aku.. hehehe

IMANSHAH said...

kasut je sama kan..haha

HASRUL NIZAM said...

Salam ukhwah dan salam ziarah :)

Syukran ye coz sudi ziarah blog saye :)

amirul said...

Meriah majlis! Itulah kan setiap pertemuan pasti ada perpisahan... hakikat yg perlu diterima...

khadijah said...

macam kanak2 ribena sungguh.haha.suke ayat cikgu

khaifaiz said...

Aku pun jd sedih gak.. boleh pulak.. hehe

Pn Kartini said...

Perpisahan semmgnya akan menggamit seribu satu perasaan yg tidak bisa utk digambarkan...
Moga ingatan terus berpanjangan...

Dinas Aldi said...

sayu tengok bebudak berdua yg berpeluk tu.

amboih bergaya sakan yg pakai kasut putih tuh!

James Buns said...

bila la aku nak mcm ni.. haha..

h A n Y S said...

rasa sebak jugak, even tengok gambar aje..
:)

- abdul hadi abdul muti - said...

haha.kelakar la pulak bile tengok diorang nye farewell dinner.(tak sensitif langsung)hehe

Raji berkata said...

huhu terharu betul tgk T.T
belum ad lagi alumni punya dinner yg grand mcm nih owh..

eh btw cikgu yg mana satu?

ckLah@xiiinam said...

Kasut Elvis Presley!!!



***dah 19 tahun. ckLah menangis setiap hujung tahun....ditinggalkan.

Un Phat Lee said...

tetiba gua rase sedih jugak.haih

IMANSHAH said...

Hasrul Nizam, sama2..terima kasih kembali

IMANSHAH said...

Khadijah

eleh, kamu juga sama juga kan masa kat seseri itu

IMANSHAH said...

Khaifaiz

Eh boleh pulak??haha boleh je..sama2 merasa kan..kamu juga pendidik, pasti akan rasa begitu

IMANSHAH said...

Puan Kartini

pelajar kabn, datang dan pergi...kita je tak pergi2..eh kita, saya je..haha

IMANSHAH said...

kak Dinas

Haha like teacher like student lah..tengok kaki lah..harharhar

IMANSHAH said...

James Bund

hang dah habish sekolah, dh takleh macam ni lagi

IMANSHAH said...

Raji

Eh yang mana satu eh??carik lah ada tu, yg tersongih macam kerang busuk itew

IMANSHAH said...

Hanys

sebak je, saya tak nangis pon..haha

IMANSHAH said...

Hadi

ish2 kamu ini..batch kamu dulu lagi teruk menangis

ibuintan said...

slamat berjimba di MLR... sambil nyelam minum air ke?

IMANSHAH said...

CkLah

Cklah emmang otai..dah 19 generasi menerima diidkanmu..tabik kot!!

IMANSHAH said...

Fadhlie

Eh jauhnya orang US pun sedey..hikhik

IMANSHAH said...

Ibuintan

memang menyelam tadi, sampai terminum ayor..huhu payau nya ayor, banyak klorin

Abu Aiman said...

ada pertemuan, ada perpisahan ...

Ikmal Fayadh said...

abang berkasut putih,, lelaki maskulin. ;)

Citarasa Rinduan said...

cikgu...yang pakai kasut putih memang hensom lagi bergaya..

teringat kasut yang saya hadiahkan untuk en zalie 2 tahun raya yang sudah...sangat2 sama


PS" bab juara maskulin tu,,sah ada gaya jadi model...heheeh

IMANSHAH said...

Abu Aiman

Betul tu, dan perpisahan yang paling ramai orang takut adalah mati

IMANSHAH said...

Fayyadh

Ececeh, hang jangan lah, kena gelak kat budak2 star karang nengok ko puji cekgu

IMANSHAH said...

Ayu

Ayoyo, sebab pakai kasut putih dapat anugerah bergaya..kahkah..bergayut ada..

Agaklah, ada juga anak murid saya yang dah terjun dalam dunia model

Citarasa Rinduan said...

cikgu ada jer....

tak mustahil tau..

IMANSHAH said...

hari tu saya dah tengok sorang dah jadi model, dah masuk majalah dah..huhu

eszol said...

pergh cikgu mcm model

bila nak masuk cover majalah maskulin?

Idalara said...

Nasib baik yg pakai kasut putih tu tak join pertandingn lelaki maskulin....kalau tk sure yg lain kalah...

IMANSHAH said...

eszol

soalan yg tak mampu dijawab..haha, kamu menganjingkan aku ya...haha

tengok perut..kita masih sama kah??

IMANSHAH said...

Kak Ida

waduh2...haha bagi can lah kat budak2 baru nak naik..eheh

hazlin said...

teringat peristiwa 25 tahun lalu...

nunama said...

cam best je.
huhu. :'( mesti pasni, rindu tgk gambar2 ni.

btw, Cikgu ditag lagi. :)

soffea said...

wah.. bestnye ade majlis mcm nie kan :)

tapi part airmata tu mmg yg paling sedih la. huhuuu..

Insan Marhaen said...

IM dulu selalu naik basikal lalu STAR untuk pi belajar kat SRC.

dulu STAR kira sekolah hebat. macam IM ni, boleh lalu dan tengok jer..

nur said...

sayu lak tgk gamabar yg last ni...
ALL IN ONE

zidEL zhafiz said...

salam..kena tag in my blog..bang bang boom ok..!!

Tukang cerita said...

kalau akak, jarang nak berderai airmata...mungkin sebab mereka di sekolah ni, cuma 2 tahun je...so tak terasa sgt lah.....

~eh, kasut putih itu... ;p
knal sudah patern kasutmu... ;p

white rose said...

dah lama xdtg sni tengok cikgu hensem ni...

hensemkah kau?
miahahaha...

best laa ade event mcm ni...hebat2 betul cikgu2 nye...

Afida Anuar said...

ptutnya lelaki yang berkasut putih tu la pemenang pertandingan lelaki maskulin kan imanshah? kan? kan?

hehe

mohammad said...

ada yang nampak sedih...gembira pun ada..

sahromnasrudin said...

semoga dugong cepat timbul ya hahahahah

Amy Syaquena said...

As'salam..

biasa la ada pertemuan dan ada juga perpisahan..lumrah kehidupan ..

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Wah dahsyat cikgu bergaya dgn kasut putih tu..:)

Muhamad Zaki Zafir said...

oh..saya rasa yg pakai kasut putih tu la yg patutnye menang lelaki maskulin tu.. :D

Semarak Api said...

ckgu..cikgu..yg mng lelaki maskulin tu yg mne satu?*hahak.ngusha ank murid la plak*

tp seyes..saat nk tgglkn sek saat plg sedih..5 thun byknye knangan lbh2 lg boarding skul cmni.tiap2 ari idup ngn kwn2 je..smg sume bjya mghdapi idup yg lg mbcbr kt lua tu lps nih..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget