WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, December 18, 2010

ABADILAH DIKAU...DIRIMU SELAMANYA DALAM INGATAN

Hari ini
Diri ini kembali ke kota
Meninggalkan kampung halaman
Membawa bersama kenangan semalam
Buat kesekian kalinya
Pusara ayahanda kukunjungi kembali
Pusara itu tetap sepi menyambut kedatanganku
Seketika hati sebak lagi
Hanya doa dan ayat-ayat suci
Yang mampu kuhadiahkan buatmu
Duhai lelaki yang amat kucintai
Bukankah Rasul Junjungan pernah berkata
Apabila matinya anak Adam
Maka terputuslah segala amalan
Melainkan tiga sahaja
Dan doa dari anak yang soleh satu darinya
Menjengukmu seketika
Mendekatkan daku pada Rabbi
Terdetik untuk muhasabah diri
Bilakah tiba giliran hamba-Mu ini
Dijemput ke negara Abadi...

Alfatihah buatmu ayahandaku
Almarhum Abdul Ghani bin Abbas
Semoga rohmu tenang bersemadi di sana..


Nota kaki Imanshah

Berada di kampung saya berkesempatan menziarahi saudara mara dan kaum keluarga yang telah kanjut usia, dan uzur pula. Masing-masing menangis apabila saya bersalaman dan memeluk mereka. Katanya, mungkinkah ini merupakan pertemuan terakhir antara kami. Sebak hati mendengarkan kata-kata itu...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

35 GENTA RASA:

nurkass said...

assalamualaikum iman..
hanya org yang pernah merasai kehilangannya sahaja yang tau betapa pedihnya hati..alfatihah juga buat ayahanda saya..

p/s: tak taulah kenapa hati ini masih degil untuk menerima hakikat ayahanda sudah tiada..huhu

kakcik said...

Al Fatihah untuk mereka yang telah mendahului kita ke sana. Semoga roh mereka damai dan bahagia di sisi Maha Pencipta. Amin.

Kalamhati said...

Salam imanshah:
hmm hiba hati ni baca luahan tu kerana diri ini juga memahami erti kehilangan seorang ayah..
semoga kita tidak lalai dan lupa utk hadiahkan mereka dgn doa2 dan amalam kebajikan kita..agar mereka sentiasa mendapat 'nur' dari anak2 yg soleh

AfiQ said...

sebak plak bile baca.. huhuhuh... same2 la kite doa2 bagi mereka yang dah tiada.. al fatihah...

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah untuk arwah ayahmu, dik

ikan emas said...

jalan baik-baik tau..
bawak kete elok-elok..
kalau letih..rehat
kalau mengantuk...tido
kalau lapar ...makan

mata jangan melilau tgk awekk aja.

pot pet pot pet pot pet ....
akak berleter lagiiiii

Azmi said...

erm....bagus la kau ni ..prihatin...
aku masih dipenang..hehe...

zidEL zhafiz said...

al fatihah untuk ayahanda mu yg tercinta iman..semoga beliau sentiasa di kalangan hamba2 Allah yg soleh dan beriman..aminn~~~

PhatLee said...

touching gua baca entry nih...(T_T)

Adinda Amy Sensei said...

saya pun mengalami kehilangan juga ..

mR.sYaH said...

sedekahkanlah al-fatihah buat mereka yg sdh pergi..

semoga mereka ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman.. amin..

Atikah said...

Salam cikgu iman..

Alfatihah buat arwah ayah cikgu...

Insan Marhaen said...

fatihah buat dia dan mereka

IMANSHAH said...

Kak Nurkass

Terimalah seadanya Qada' dan Qadar Ilahi

IMANSHAH said...

Kakcik

Sama-samalah kita doakan semoga mereka yang telah mendahului kita ditempatkan dalam kalangan orang beriman

IMANSHAH said...

Kak IE

terima kasihlah berleter hari ini..Alhamdulillah ambo sapa doh ni...

Mr.Ix said...

Al Fatihah.....
moga rohnya di tempatkan bersama orang-orang beriman.....amin

IMANSHAH said...

Azmi

Kesian anda, aku juga dah habiskan waktu di kelate..haha

Raji berkata said...

huhu sedihnya baca T___T
alfatihah buat ayahanda cikgu

IMANSHAH said...

Atikah

lama ye tak update blog??merajok ke

IMANSHAH said...

Kak DInas

Lama tak jumpa kita..rindu sama akak..

terima kasih ya

eszol said...

al-fatihah

ibuintan said...

alfatihah untuk bapa Iman,

ibu pun telah kehilangan mak dan abah

hanya doa yang dpat dikirimkan

IMANSHAH said...

salam ibu

alhamdulillah saya masih memiliki ibu

amirul said...

Salam Imanshah,

Sayu baca entri mu kali ini... setiap yang hidup... pasti akan mati... begitu ungkapan yang selalu kita dengar... masa kita juga akan sampai satu hari nanti... bebanyakkan lah sabar dan persiapkan diri... al-fatihah buat mereka yang sudah dijemput pergi...

Aretikz said...

Alfatihah..
Setiap yang hidup, pasti akan pergi.. cuma kehidupan di sana yang kekal abadi.. bersedia sebelum masanya..

a kl citizen said...

selamat dah sampai ke destinasi, iman?

saya pun sudah kematian ayah... rindu memang sentiasa bersarang di hati

IMANSHAH said...

kak normah

alhamdulillah dah sampai selamat semuanya..hingga hari ini, hati masih kosong

Idalara said...

Salam Iman
Baru semalam kak ida baca kisah di blog kakcik..menitis air mata...hari ini iman pula mengenang pemergian AlMarhum Ayahanda tercinta..al Fatihah buat arwah..

Alhamdulillah kak ida masih ada mak dan abah.

wahida said...

al fatihah utk arwah....
samalah kita, sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah...

IMANSHAH said...

kak ida

berbahagialah bagi mereka yang masih memiliki ayah dan ibu

Nur Syahirah Hainan said...

moge roh ayah amin d cucuri rahmat......
~alhamdulillah syie masih mempunyai boda dan ayahnda yg tercinta..tp kadang..masih xtahu mhargai...insyaalah pasnie syie akn cube berubah....~

Abu Aiman said...

ayah saya juga baru setahun kembali ke Rahmatullah... InsyaAllah cubalah kita jadi anak seperti yang di dalam hadis nabi tu... Al-Fatihah.

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah….

Abah oh Abah...
Kerana abah aku disini
Kerana abah aku gembira
Kerana abah kuterasa bahagia…
Terima kasih atas segalanya
Abah oh Abah…
Tak pernah kau keluhkan
Semenjak kecil aku dibesarkan
aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu
Teguran mu.. Marah mu..
Tanda sayangnya abah pada anak mu
Anak mu saja tak peduli dan buat tak tahu
Abah oh Abah...
Abah…engkau semangatku
kau padamkan air mataku...ketika aku bersedih…
Engkau penawarku ketika aku sakit…
ketika aku ketawa .. engkau turut ketawa
Abah oh Abah...
Namun ketika engkau berduka ?
Aku harap Akulah penawar duka laramu
Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
Abah


Doa ku untuk mu
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"

Al fatihah....
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)"

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Moga roh arwah ayahanda cikgu berbahagia di sisi~Nya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget