WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, December 28, 2010

AKU BLOGGER PERAK

Blogger ikut negeri?? macam menarik bunyiknya. Kalau korang rasa korang semua dok di negeri-negeri di Malaysia, bolehlah join ni di BLOG PILIHAN MALAYSIA.  Makanya pada hari ini, giliran blogger dari negeri Kelantan, Johor, Melaka, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan mengambil giliran. Hehe maka dengan rasa bangganya aku nak umumkan entri aku bertajuk :

'''AKU BLOGGER PERAK'''

Macam biasa, bab-bab untuk memperkenalkan diri ini, aku memang suka berpantun. Kalau kita yang tak pertahankan warisan khazanan ibunda kita, sapa lagi??  Jom, dengarkan ya, kalau sudi beli, belilah..teman jual ni yeop.

A) Nama

Pekan Parit tumbuh strawberi
Banyak dijual si ikan keli
Imanshah kacak nama diberi
Menantu Menteri Besar? oh tidak sekali

* sila muntah


B) Status

Kuala Kangsar Bandar Di Raja
Tempat bersemayam raja dan permaisuri
Masih bujang namun dah senja
Pemalu pula, merendah diri

*status dah jelas. availble..wakaka


C) Cara hubungi

Bota Kanan tempat Tun Teja
Menanam durian dan pokok kuini
Berhubung kita mudah sahaja
cubalah email ke alamat ini



4) Daerah/jajahan

Tanjung Malim tanahnya rendah
Tempat pahlawan  menuntut bela
Berkelana di Ipoh, bandaraya indah
Ibu negeri  Dato'Mahrajalela

* Hampir 8 tahun berkelana di Ipoh 


5) Tempat tinggal

Pekan Grik  masih lestari
Tempat laluan orang Benggali
Tiger lane nama diberi
Tempat laluan sibuk sekali

* Aku tinggal di kuarters sekolah


6) Menarik tempat anda

Manjung dan Lumut banyaklah paya
Tumbuhnya pula pohon kelapa
Jika berkunjung ke tempat saya
Lost World of Tambun, usah dilupa

Hujan di Sungkai, pakailah payung
Untuk bertemu seorang teman
Tarian Dabus dan Labu Sayung
Itu warisan zaman berzaman

* Banyak juga tempat menarik di Ipoh, antaranya Lost World, Gunung Lang, Gua Tempurung, Kelly Castle, Lockin dsb..Jemput noah..


Nota kaki Imanshah :-

Imanshah merupakan blogger yang berpengkalan di Ipoh, Perak. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan melibatkan diri selama dua tahun dalam dunia penulisan blog ini. Telah 8 tahun berada di Bandaraya Ipoh.  Berharap agar mendapat kenalan dari negeri-negeri lain selepas menyertai segmen ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

95 GENTA RASA:

NuR si CiKGu RiBeNa said...

patut masukkan sekali keistimewaaan small town tu..

ice blended terbest....

IMANSHAH said...

wahaha

lain tempat banyak lagi yg best..org gelak nanti..wahaha

Insan Marhaen said...

IM lahir di Slim River, dibesarkan di Ipoh tetapi tua di Penang..

IMANSHAH said...

IM

jauh juga berkelana, Perak dihati kan??

Hasrol Nizam said...

orang taiping datang jenguk2.. :D

Pendapat anda?
Final piala suzuki-Semoga malaysia menang dan jangan ada ribut-ribut

IMANSHAH said...

Hasrol Nizam

Wahaha, thenks..pg la join..dapat kengkawan baru

nub said...

star ipoh laa menarik!!!!


hahak

sonata anak kancil said...

saya jawab umum saja - terutama status diri tu yang dah diufuk senja

kapal dagang dari seberang
penuh muatan kayu meranti
kalau susah sangat nak cari orang
orang Melaka ramai menanti....keh3x

mR.sYaH said...

pahang dah terlepas...

wah lama betul merantau yerk.. nak jejak perak gak..

IMANSHAH said...

NUB

ececeh, nak promote juga sekolah dia

IMANSHAH said...

Kak Sonata

kalu mudik ke seri menanti
Bawa bersama banyak barangan
kalau ada berkenan dihati
InsyaALlah hantar rombongan

IMANSHAH said...

Syah

SIlakan2..kaya ngan bijih timah ni

soffea said...

cikgu!!! nape tak mention tempat teman pon?? bota kiri!! hehe :)


sume dah p. lost world of tambun tu akan dikunjungi kelak.

IMANSHAH said...

Soffea

Ehhe, erh jom join ni..haha Bote Kiri ke??lupa..nak g lost world bila??

Hariz said...

Xsempat nak join! Arghhhhhh

http://profhariz.com

Afida Anuar said...

kalau 80 shah, tak senja lagi la...serius!...

maksud saya lahir 80 an...

kalau umur 80 tu baru leh kata senja:P...

soffea said...

insyaAllah.. nanti plan next year. ari tu nak p tak lepas2 pon. huhu..

nape? nak belanje tiket masuk ke?? hihi.

♥ sALmiE ♥ said...

nice entry...suke bpantun ye =)

do follow me k...

nza said...

demo ore klate dok perok n akak ore klate dok johor.....sengoti sungguh....

IMANSHAH said...

Nza

Haha, meme sengoti,,perak menenangkah

IMANSHAH said...

Salmie

Wahaha, idok le suka bebenor, saje2..nak carik kelainan

IMANSHAH said...

Soffea

Wakaka, boleh je join Soffea..Soffea belanja saya amacam..wahaha

IMANSHAH said...

Hariz

Tulah, BPM ni medan untuk saling kenal mengenal

IMANSHAH said...

Afida

Atok ni udah tua,jalan xlarat..mata xberapa nampak dah..hehe

kakcik said...

Kakcik lahir di Perak tapi sekarang dah lebih suku abad tinggal/bekerja di Selangor/Kuala Lumpur. :)

IMANSHAH said...

KakCik

Oh, itu kekdahnya..patut nampak kat blog gamba medan kidd..ok

Muhamad Zaki Zafir said...

oh harini blogger perak dgn johor eh kt bpm? sy blm buat lg ni.nnti blk kelas baru buat. :)

Adinda Amy Sensei said...

opppsss..still available gituuuss... :P

Ummi Humaira said...

salam imansyah...

alahai ingat nk wat menantu, tp kak sonata dah cop dulu ...
he he he anak dara akak PMR pun belum lg...

IMANSHAH said...

Zaki

Ahaha, buatlah, meriahkan suasana

IMANSHAH said...

Adinda, Hehe

Bakpe, nak masuk memine ko

IMANSHAH said...

Ummi

Hehe, CkLah Teluk Intan pun dah chop ni..kuang2

Adinda Amy Sensei said...

dok ehh.... :P

IMANSHAH said...

cik Amy

Wakakakakaakaka

Marah si dia kan..ehem2

Adinda Amy Sensei said...

ehem2 mane pulaknya.... :P
oooohhh...ehem2 awk eaaaah

luahfikiran said...

SALAM,
TEMAN ORANG PERAK. DUDUK LAMA DI HILIUR PERAK. BAGAN DATOH DAN TELUK INTAN NAMA TEMPATNYA. ITU CERITA DULU2. SEKARANG NI TEMAN DUDUK DI SELANGOR. NAK TAHU LAGI , KENA JUMPALAH KITA.

IMANSHAH said...

Adinda

Hehe ehem2 mike la yong

Adinda Amy Sensei said...

mende pe mike la yong plop..

IMANSHAH said...

Dato LF

Banyak pengalaman yang diteroka sehingga berada pada kedudukan sekarang ye dato'. Banyak jugabenih budi yang disemai sepanjang berkhidmat dalam dunia pendiidkan. InsyaAllah, dapat kita ketemu suatu hari nanti.

Bunga mawar indah berduri
Dipetik diambil anak teruna
Budimu tuan tidak terperi
Membangun mereka yang tidur lena

IMANSHAH said...

Adinda

Maksudnya ehem2 tu kamu le..marah kat boypren Zaitong Samiung

Adinda Amy Sensei said...

ehhhh....zaitong sameung ada boypren ka? :P haha...heeeeeeeekkkkk awokkk ehhh

IMANSHAH said...

Adinda

Ayoyo, nak ke dia kat saya..tu pangkat mak le..kahkah

Adinda Amy Sensei said...

ye kabo ke saye..ye minat ke awok..
hehehe..guane?? nok dop.. :P

IMANSHAH said...

Adinda'

Bile dia kabo??takseir la, gigi patah depang

Adinda Amy Sensei said...

olosss...siang ye awok kabo gituuusss....kabut serangkai mawar ye wi ke awok .... :P

IMANSHAH said...

Haha, mawar2 tak men..bunga raya juga nak

Adinda Amy Sensei said...

bunga raya dokleh...bunga mawar gop

IMANSHAH said...

ha sudoh, oklah kim salam kat zaitong samiung tuh..

sahromnasrudin said...

I LOVE IPOH...bandar yg menarik

cik bebel sentiasa said...

menarik tertarik kau memamng de bommmmm

Adinda Amy Sensei said...

haha.....akhirnyaaaaa

IMANSHAH said...

sahrom

moh le turun ipoh..penginapan free, transport free..haha

IMANSHAH said...

cik bebel

menarik apa??pantun ke..ke ipoh

IMANSHAH said...

Adinda

Jangan bagi tahu org lain ye..shhhhhh

::FAIZ FARISH:: said...

ada pantun lg... hahahaha nice. suka tgk pic tu... cntk

Adinda Amy Sensei said...

nak bgtauu jugakk...haha

IMANSHAH said...

Faiz

Thanks, turun ipoh roger2..insyaallah bleh jadik pemandu pelancong..wakaka

IMANSHAH said...

Adinda

Hehe yelah2, silakan, tapi tahu ke mana nak contek zaitong samiung??

Adinda Amy Sensei said...

ye emel la ke awok pahni..get ready je ye ...kekeke

IMANSHAH said...

haha no problem..tapi zaitung samiung ni bukan hok nyanyi tu..dia kijo kutip tol kat Bidor

Adinda Amy Sensei said...

banyoknye zaitung awok... :P

IMANSHAH said...

Haha tulah, minyak zaitung pun ada gok

Adinda Amy Sensei said...

minyak zaitung wangi...sesuai la awok paka mase jupe zaitung nati...hehehehe

IMANSHAH said...

Yo yo ah je..pakai mninyak masak sudah..ok le, nak kuor, gi sekolah, nak ngecat sikit

hazlin said...

saya orang perak juge!

syira aka sepatu hijau said...

salam


owh baru ku tahu,,

perli kita org ganu

dia ore qalate jugak


hik hik hik :)

~Insan Biasa~ said...

baru pernah jejak taiping jek..huhuhu

khaifaiz said...

Salam..

pernah melencong Ipoh dan Taiping. Tempatnya menarik berseri-seri. Hijauan flora menjadi pendamping. Membuatkan hati mahu melencong lagi.

Ujang9897 said...

single lagi ker..nk ngorat leh..hehe

makdara TERdiva said...

MDT nak join blogger perak tp bumi ku pijak di damansara... :)

kejor yop kejor..eh!

nabilah_2908 said...

hehehe..style la cara ni.. :)

ada tarikh tutup tak..? rasa macam nak join je.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
VACATION 2010

wahida said...

dah sampai lost world, mmg best!!
cikgu bujang lagi? nak saya carikkan calon tak? ahaks...

IMANSHAH said...

Hazlim

kalau dah nama oghang Perak cepat2 le join..hari ni je

IMANSHAH said...

Syira

Wahaha, bestkan kena perli

IMANSHAH said...

Insan Biasa

Banyak lagi tempat menarik di Perak..taiping sebahagian darinya

IMANSHAH said...

Khaifaiz

Satu lagi kedua2 bandar memiliki sejarah tersendiri, tempat lahirnya bandar bijih timah..Kelian pauh dan Ipoh

IMANSHAH said...

Ujang

Gedik tol kau

IMANSHAH said...

MDT

AKU BLOGGER KL dah lepas..haha

IMANSHAH said...

Nabilah

Sehari je..setiap negeri ada hari masing-masing

IMANSHAH said...

Wahida

Haha, nak tolong ke..mak ai ramainya yang berhati mulia

DiaUmaiNiNaz said...

salam singgah utk kenal2 blogger Perak.

IMANSHAH said...

DiaummilNaz

Thanks..nanti hamba menjenguk

Semarak Api said...

perghh! hbt ckgu bpntun...ckgu ngaja sbjek Bm ke?

sy duk sungkai sthun ms mtrik dlu.naek bas mogah gi tnjg malim.sll mati time naek bukit.hahaha.

A.D.A.M. said...

Datang bukan sebarang datang,
Datang membawa hajat nan suci,
Biar duduk jauh berdagang,
Perak kan tetap kekal di hati.

Heheehe. :P

Fyzal said...

Pekan Grik! tima kasih bro imanshah sebab sebut nama tempat ku di dalam pantun bro..

pekan grik pekan harmoni
udara pagi segar sekali
tasik banding menawan hati
royal belum kita nikmati :)

salam drpd blogger perak juga.

Sham said...

wei shah ko cikgu BM ye?baguslah pantun.jeleslah aku...

IMANSHAH said...

semarak api..haha apa hubungkai pandai berpantun ngan ngajar bm.pantun bukan susah pun

IMANSHAH said...

Adam

yeah, kejor yeop kejor

IMANSHAH said...

Faizal

Grik laluan teman balik kelantan sudah 8 tahun

IMANSHAH said...

Syam

Aku memang dilahirkan untuk berpantun..wakaka

Nur Mudrikah said...

cikgu, mintak maaf lambat masuk 'kelas'..hehe

salam ziarah. saya blogger perak jgak! tapi tg malim part..

CEPET said...

ipoh mali..

pandai berpantun..cikgu mengajar subject ape?saya nak A

IMANSHAH said...

nur mudrikah

ok berdiri tepi atas kerusi

salm kenal juga

IMANSHAH said...

saya ngajar kelas memandu..wahaha

~lieya~ said...

nice entry..
pantun ke apa byk2 kat atas 2..huhu..
pape pun best entry yg nie..
sy pun blogger perak gak..
boleh follow sy kalo sudi..hehe..

www.storymorryinlife.blogspot.com

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget