WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, December 1, 2010

AKU MENANGIS KERANAMU

Hari ini saya betul-betul menangis di atas sejadah tatkala Fajr. Tiba-tiba hati begitu sayu, tersentuh mengenangkan betapa jauhnya diri dengan Khaliq, yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Terkenang dengan satu pernyataan yaang saya baca dari FB seorang rakan..

“Cuba kita bayangkan, apabila kita bertakbir ratul ihram untuk solat lalu Allahpun memandang kita dengan pandangan rahmatnya, dengan pandangan maghfirahnya.  Allah memandang pada hati kita dengan penuh kasih sayang dengan harapan ada hamba yang sudi mengabdikan seluruh pengharapannya, ketaatannya kepada yang maha Mencipta atas solat yang difardukan...tetapi kita memalingkan hati kita ke arah lain.”


Lafaz Allah Maha Besar skadar lafaz dibibir sahaja, sujud dan ruku' kita bukan kerana ketundukan kita kepada Pencipta. Bukankah ini yang sering berlaku, ketika solatpun kita tidak mampu benar-benar menghadapkan wajah kita pada Allah Azzawajaalla  yang menjadikan langit dan bumi kerana jiwa, raga dan hati kita terkenangkan urusan duniawi. Gulai di dapur belum masak, jemuran di ampaian belum diangkat, minyak kereta belum juga diisi, bahkan soal pungutan pingat emas sukan Asia pun kadang-kadang bermain di benak. Azan berkumandang di masjid seolah-olah menjadi satu perkara yang biasa-biasa sahaja, walaupun rumah hanya 100 meter dari rumah Allah.

Berkata seorang teman kepada saya.." Kita mengajar anak-anak orang nipun, dah berjaya esok, dah menjadi terkenal nanti, bukan nya mereka ingatkan kitapun, nak jenguk sekali-sekalapun susah.."  Dari kata-katanya, saya terfikir satu perkara. Begitulah lumrahnya hidup, kita manusia pun sama. Bila dah jauh, dah dalam keadaan selesa, berapa keratkah masa yang kita ada  kita gunakan untuk mengingati Allah. Contohnya, sebagai guru, di saat kita mengajar, adakah kita benar-benar merasakan kehadiran Allah dalam pekerjaan  kita. Masa yanag ada , adakah kita gunakan semaksima mungkin untuk bekerja?? Begitu juga dalam pekerjaan yang lain.

Menyentuh soal hati pula, berapa ramai kita sedih kerana Allah? Sedih kerana gagal meraih cinta Allah?? Tapi yang pasti kita bersedih melihat sinetron di kaca tv. Melihat Fauziah Nawi dan Wan maimunah menangis teresak-esak, kitapun turut sama menangis..Kononnya menghayati jalan ceritanya.

Notakaki imanshah :
Rasailah kehadiran Allah dalam setiap denyut nadimu wahai sahabatku..!! Sama-samalah kita menangis  kerana gagl meraih cinta Allah. Ayuh, rasailah rahmah dan kasih sayang yang abadi dari Allah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

64 GENTA RASA:

SiNoMoSa said...

Salam Imanshah,

Benar tue..
Sy jua dari masa ke semasa sentiasa cuba mendekatkan diri kepada Maha Pencipta..huhu

IMANSHAH said...

sinomosa

takutnya kan

sahromnasrudin said...

salam..wah!!!cat baru..wajah baru..makin kacak la ko..jadi jejaka terhebat malaya la gamaknya hehehhhe

IMANSHAH said...

sahrom

aku berang betul...nak tukar cat, pastu tak jadi banyak kali..alih2 dapat ini..jadilah

kakcik said...

Makin kita medekati, semakin terasa kerdilnya diri. Semoga kita tidak berhenti dari mencari redho Ilahi.

IMANSHAH said...

kakchik

sebagai hamba, itulah tugas hakiki kita

makdara TERdiva said...

N3 kali ni betul2 meruntun perasaan..terima kasih kerana ingat-mengingat.. :)

pssst..cikguuuu..cantik header baru tu..
jatuh cinta okeh! :D

IMANSHAH said...

MDT

wah jatuh chenta ngan header takpe..jgn jatuh chenta ngan tuan punya tanah

ibuintan said...

eh ingat salah masuk rumah tadi... cantik dan menawan,...

menangis kerana Allah yg sebaiknya kerana kita sesungguhnya hambaNya yang lemah

Amy Syaquena said...

salam..

nice sharing..

nurkass said...

wahh..meremang bulu roma baca n3 tu..takutnyer..semoga kita sentiasa diberi hidayah olehnya..

IMANSHAH said...

ibuintan..jangan malu untuk menangis kan

IMANSHAH said...

Amy

terima kasih

IMANSHAH said...

nurkass

sama2, kita insan yang lemah..

sekamar rindu said...

salam..


entri yang memberi kesedaran..tq cikgu ..

Azmi said...

jadi ingtlah Allah selalu...
man...kau tak jawab lagi soalan aku..hehe

en_me said...

insaff kanns..

IMANSHAH said...

Cg Sekamar RIndu

Ingin mendidik hati sendiri dn hati teman2..sama2 kita 'benarkan' apa yang hak cikgu

IMANSHAH said...

Azmi..eh ye ke?? sorry aku lupa lah jang..nantilah aku terjah mukabuku ang

IMANSHAH said...

ya en_me, insaff sangat2

Dinas Aldi said...

terima kasih kerana mengingatkan, dik

IMANSHAH said...

Kak Dinas

Inilah untung bersahabat maya ni..ada adik boleh ingatkan kakak, ada kakak boleh tolong sedarkan adik...

Uthman AG said...

kita harus selalu bermunasabah diri dan tangisi dosa-dosa kita.

tq,cgu.moga kita sama-sama dapat raih cinta dan redha ALLAH s.w.t

IMANSHAH said...

Uthman

apa khabar, bagaimana cuti persekolahan kamu??jangan tinggl solat ya nak

Pn Kartini said...

salam:)

Masih rasai diri terlalu lemah utk jadi yang terbaik padaNya..namun semoga masih diberi peluang olehNya utk perbaiki diri..InsyaAllah..:)


p/s:
Pagi tadi masuk ke sini..
kali ni bila masuk..aikss cam lainn jekk rupa umahnya...:)
terconfused jap..pe2..nice!tenang jee:)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Senantiasa gelisah, khuatir iman hilang. Tenggelam dalam rasa malu setelah menginsafi kebaikan dan kelembutan~Nya, keindahan tatapan~Nya, keutamaan balasan~Nya, dan kesempurnaan ciptaan~Nya; sementara dirinya jauh dari Tuhan, melanggar hak-hak-Nya, dan bermaksiat kepada~Nya.

IMANSHAH said...

Kak Kartini

Tadi, jiwa kacau, rombak sana sini..pindh ke sana ke mari...

akhirnya, inilah sahaja yang tertinggal...

IMANSHAH said...

Salam Ustaz

Waduh2, bergetar saya membaca komen ustaz,,syahdu betul..tq ustaz selalu memberikan saya nasihat yang berguna disamping entri2 dakwah yang sangat bermanfaat

Kalamhati said...

mendekatkan diri tu lah yg paling susah nak buat..ramai yg kalah untuk melawan kemalasan yg menguasai diri walaupun ingatan kepada Allah sentiasa hadir..

sama2 kita berjihad!

IMANSHAH said...

Kak Wan

Org kelate hebat2, tambah2 cuc cicit tok selehor..ko guanno??

sonata anak kancil said...

salam...saya sayu ketika mendaki Bukit Tursina ( tempat Nabi Musa menrima wahyu ) & sampai ke puncaknya di waktu subuh...Ohhhh betapa agungnya ciptaan Illahi...masyaAllah

Uthman AG said...

cuti biase aje cgu
terima kasih atas segala nasihat yg cikgu berikan.moga ALLAH balas segala jasa cgu

IMANSHAH said...

Kak Hajah

Semoga saya juga bisa sampai ke sana

IMANSHAH said...

uthman

Sama2..ingat mengingatkan, tanggungjawab cikgu..di rumah kamu di bawah jagaan ayah bonda, jangan nakal2, selalu dengar kata mereka..Di sekolah nanti, kamu akan kembali bersama cikgu2..kamilah pula yang akan menjaga kamu

khadijah said...

setuju:)

IMANSHAH said...

kamu memang selalu begitu, dyg untuk bersetuju,,haha..khadijah2

Kalamhati said...

imanshah..jolo doh..hehe kalu sebut tok selehor gak oghe selendar la..

IMANSHAH said...

Kalam Hati

cikgu ambo anak beranak tok selehor, dok kok keli...

Citarasa Rinduan said...

salam..
cikgu,...selepas singgah ke blog eelobor..ayu dah terharu dgn entry kasih sayang suami isteri

kesini pula dengan munasabah diri..
takutnya dgn azab akhirat kelak..terima kasih berkongsi tazkirah

wahida said...

wah cantiknye rumah baru....

IMANSHAH said...

Ayu

Bab2 tazkirah ni kita kena dengar selalu supaya hati tak jauh dengan Allah..gembira2 jugak, tapi bab2 agama jangan lupa..

macam mana bisness??

IMANSHAH said...

WAHIDA

try n error..masih belum berpuas hati

khaifaiz said...

mcm len je blog nih.. blog bru tuan lama.. ekeke.. nice entri.. ada kebenarannya di situ

Insan Marhaen said...

tasydiq di hati. itulah yang payah..

hysman said...

aikkk..tuko template lg..
hehehe..
masih tak berpuas hati lg ke cheqgu??
hohoho...

betul tu,tp kita sering alpa..
:(

fadzilah said...

lepas balik dari Miri, terus pindah rumah baru ye..cantik!

Fakhrur Razi berkata said...

erm betul
bukannya senang utk betul2 khusyuk in everything we does..

kehidupan di dunia sentiasa buat kita terlupa pada Nya

thx for reminding T.T

IMANSHAH said...

khaifaiz

ini namanya gedik tangan..haish ntahlah..ilang dah rumah lama kena pukul ribut

IMANSHAH said...

IM

masa makin suntuk..tasydiq dihati dak juga

IMANSHAH said...

man

bukan xpuas hati, ni kes gatal tangan..dah2 ni last..haha

IMANSHAH said...

Fadzillah

haha inspirasi dar bumi sarif masahor

IMANSHAH said...

Razi

amacam boleh ke esok poco2,,??ahaha

nas said...

aduhh..amat terasa dihati kerana aku mmg surau dekat je kat umah..tp aku kadang2 je g..isk3

IMANSHAH said...

Nas

aku tidak bermaksud untuk menyakiti hatimu..kuikui..dah tu, esok subuh syafie sila berada di surau wahai kawanku

al-lavendari said...

salam.

saya tersentuh dan rasa amat berdosa bila membaca entri ini.

ya Allah maafkan segala kelemahan dan kelalaian aku selama ini. sesungguhnya Engkau maha pengampun dan mengetahui apa yang aku zahirkan atau sembunyikan.

IMANSHAH said...

al-lavendari

maaf jika saya buat tuan tersentuh..sama2 kita beringat

Adinda Amy Sensei said...

salam di keheningan malam..
sihat ke tu..
lahai...bila pegi INDON?
haha...

IMANSHAH said...

Amy

sihat adanya, haha tengok di televisyen ajo..mana mampu kan..lain la org sarawak, selangkah je..kahkah

Adinda Amy Sensei said...

awk ni dah silap fahaman apa yang saya maksudkan dgn pergi ke INDON tu..hahaha...

IMANSHAH said...

Ntah xberapa paham lar

Adinda Amy Sensei said...

meh nak terangkan.. :P

awk kan td ade komen kat entry sy gune bhs indon...so saya tanye la awk bile pegi INDON...haha..

IMANSHAH said...

Owh begitu ye kek..ingat nak suh saya p tengok bola kat Indonesia

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

tersentuh....harus kita jelajahi kudus setiap inci makrifatullah dunia ciptan-Nya

IMANSHAH said...

Fifiey

bahasamu sungguh puitis..terima kasih kerana berkunjung ke HOK SENGOTI

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget