WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 6, 2010

BAWA SAYA BERSAMA MAS...SAYA CINTA KAMU

Salam buat semua. Entri ini ditulis saat saya baru pulang dari bank untuk membantu seoranag rakan baik saya. Atas nama persahabatan, saya membantu setakat yang termampu. Ingin saya berkongsi sedikit kisah seorang sahabat saya yang saya kenali sejak dibangku sekolah rendah lagi, kini jauh berkelana ke Langkat Binjai, Medan, Indonesia. Ini kisahnya ..

Yuna (bukan nama sebenar) merupakan teman sepermainan saya sejak kecil lagi. kami membesar bersama dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menangah. Memiliki sebelas orang adik beradik, Yuna antara yang terpandai dalam keluarganya. Yuna seperti juga saya, berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam pepriksaan SPM kami. Natijahnya saya ke IPT di Pulau Pinang, manakala Yuna ke Shah Alam. Namun, saya tidak tahu apa yang berlaku, Yuna hanya sempat menghabiskan pengajiannya selama satu semester sahaja. Alasannya, dia tidak minat belajar bidang yang diperolehi. Lantas dia kembali ke sekolah dan mengambil STPM. Alhamdulillah rezeki sekali lagi, Yuna diterima masuk ke UMS, Sabah. Namun, ibarat menolak  tuah kali ke dua, tawaran tersebut ditolak mentah-mentah kerana alasannya berjauhan dengan keluarga.

Yuna mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian dari warga perindustrian sebagai operator pengeluaran. Selama hampir 3 tahun bekerja di kilang tersebut, Yuna berkenalan dengan seorang pemuda Indonesia, iaitu Herman (bukan nama sebenar) berasal dari Medan, Indonesia. Dan di pihak saya memmang mengetahui hubungan mereka. Yuna sedaya upaya meyakinkan keluarganya akan kesucian hubungan mereka dan memohon perhubungan mereka direstui. Alih-alih, tanpa sebarang berita, akhirnya saya menerima khabar Yuna telah mengikuti Herman lari ke Medan. Dan mereka berkahwin di sana.

Semenjak itu, kami hanya berkesempatan untuk berhubung melalui SMS sahaja. Dalam setiap SMS nya, Yuna menyatakan betapa kehidupannya di sana sangat susah walaupun memiliki suami yang penyayang dan seorang anak pengikat cinta mereka. Bahkan, Yuna pernah jatuh sakit apanbila tangan kanannya hampir lumpuh. Untuk pengetahuan rakan-rakan, setiap kali Yuna menghadapi masalah kewangan kamilah teman-teman di Malaysia yang akan membantu. Ada sedikit, kami beri semampunya. Sungguh, walau  pun sudah terlalu malu untuk memohon bantuan, namun, Yuna tidak ada pilihan lain di tangannya. Nak harapkan suami, pendapatannya hanya sekadar kais pagi untuk makan tengah hari, kais petang untuk makan malam. Dan yang paling menyayat hati , Yuna sudah melepaskan kewarganegaraannya dan kini bergelar rakyat Republik Indonesia. Delain itu, keluarganya tertutama ayah Yuna telah membuangnya dari hidup mereka.

Apabila membaca kisah tentang gadis Malaysia lari mengikuti jejaka  Indonesia, saya memang tersentuh kerana saya memiliki pengalaan mempunyai kawan yang mempunyai kisah sedemikian. Sedih juga, namun atas nama persahabatan dan saudara se Islam, saya dan rakan-rakan tetap membantu walaupun nilainya tidaklah sebesar mana. Saya doakan suatu hari nanti sahabat saya yang satu ini akan kembali semula ke pangkuan keluarganya. 

Kepada rakan-rakan di luar sana, jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran. Saya cukup mengerti jodoh itu di tangan tuhan, siapa kita untuk menolak takdir. Kita diberi akal fikiran untuk membuat pilihan. Justeru, pilihlah yang akan membahagiakan, dan memimpin kita ke Jannah Allah. 


Salam Maal Hijrah buat semua!!


Notakaki Imanshah :

Teman ini terlalu sarat menanggung kerinduannya pada keluarganya. Sudah-sudahlah, buang yang keruh, ambillah yang jernih. Bumi mana yang tidak basah ditimpa hujan, laut mana yang tidak ganas bergelora. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

66 GENTA RASA:

Uthman AG said...

sayang, pandai orangnya tapi dibutakan dengan cinta

tp sejak akhir2 ni cikgu selalu sgt tulis psl cinta..moga cepat dapat cinta..haha

IMANSHAH said...

eh2, itu pasal kawan saya..haha

mr.F said...

betul tu
marilah bersama berhijrah

BLADE EDGE said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

fuh..puitisnye...

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

IMANSHAH said...

mr.F

Aish, nak berhijrah ke Indonesia ka??haha

IMANSHAH said...

Blade Edge

Terima kasih datang ke sini.. InsyaAllah, saya menjengah nanti

My Little Diary said...

salam,
sedih baca kisah sahabat anda itu.
sapa lah kita nak menolak takdir tuhan. mungkin itu dah tertulis di lohmahuz..
apa2 pun doa yg paling utama, semoga kedua ibubapa sahabat anda terbuka pintu hatinya utk menerima dia kembali.

sahromnasrudin said...

ada apa2 ke?? nie bunga2 pucuk nak dapat cinta nie heheheheh

IMANSHAH said...

My Little diary

itulah hakikatnya kan..namun jika dia berfikir panjang dahulu, pasti benda ini tak terjadi. Dia ada menyatakan kekesalan dan kekecewaannya

IMANSHAH said...

Sahrom

haish hang..kalau adapun aku xmaulah ngan gadis indonesia

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

That's what friends are for...:):)

IMANSHAH said...

Abd Razak

nak cakap apa lagi kan..anyway macam mana ya ustaz cara nak lembutkan hati family dia

Dinas Aldi said...

dua kali menolak peluang keemasan. kali ke2 ditolak kerana tak mau berjauhan dari keluarga tapi akhirnya keluarga tetap ditinggalkan juga.

dia telah membuat pilihan sendiri tanpa paksaan sesiapa. kenalah dia redha dengan pilihannya itu. semoga dia tabah menghadapi dugaan dariNya.

Amy Syaquena said...

As'salam..

ada pape ke , lain macam je he3...

IMANSHAH said...

Kak Dinas

Itulah, akhirnya berjauhan juga..Dulu tak mahu naik kapal terbang, ini naik bot pun sanggup...

Myaby said...

hai

flw u :)

IMANSHAH said...

Amy

Alahai lain macam mana tu..haish

takdenya saya bersangkut ngan orang Indon..hehe

IMANSHAH said...

My Ab

TQ ya

Cik SHiNJU said...

Salam...

Saya x bani nak komen lebih2,
takut kena ke btg idung sdiri plak nt..Tapi saya setuju ngn Imanshah,buang yg keruh,amik yg jernih..Yang dah berlalu x boleh diulang semula..Perbaiki yg silap..

IMANSHAH said...

Cik Shinju

haha adekah??nauzubillah kan, harap2 tak jatuh hati ngan orang seberang

Rozali said...

Salam Maal Hijrah Iman

itu la dia takdir
tak semistinya manis itu madu

Wassalam

Citarasa Rinduan said...

subhanallah..
semoga beringat2lah kpd diri sendiri dan para saudara mara kita seagama..

semoga pengajaran dapat diambil dari kisah sahabat cikgu

PS: ada award untuk cikgu..
http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/12/award-dari-kak-yatie-sinar-kehidupanku.html

Ummie Bonda said...

Assalammualaikum..

Salam perkenalan dari Bonda, Bonda Follow blog ini ya!

IMANSHAH said...

Rozali

itulah ya, manusia mentadbir, allah jua mentaqdir

IMANSHAH said...

Ayu, terima ksih, nanti saya tengok

IMANSHAH said...

Ummi

Terima kasih kerana follow Hok Sengoti.. InsyaAllah akan jenguk Ummi Bonda

- abdul hadi abdul muti - said...

adinaa..kerana cinta aku turutkan..hurm,ada cinta,talak duit pon talak guna juga

IMANSHAH said...

abdul hadi

ye2 udah kamu dong..kamu baru 20 tahun udah gatal mau kawen ya..haha

wah bakal peguam sekarang bijak menulis pasal undang2

Kalamhati said...

salam maal hijrah imanshah..

akak doakan semoga tahun baru ni, awak lebih sukses dan bertambah keberkatan dan rezeki..insyaAllah..=)

IMANSHAH said...

Kak Wan terima kasih ya..ketika bertambah usia, risau kita , gundah gulana hati jika amalan makin berkurang

h A n Y S said...

sayangnya..orangnya pandai, tapi..
oh, siapalah sy nak judge jodoh seseorang tu.. yang penting,jadikan kisah ni 1 pengajaran..
;)

sekamar rindu said...

salam...

semoga cikgu dirahmati Allah swt selalu..:)

IMANSHAH said...

Hanys

Yalah jodoh pertemuan semua di tangan Allah, yang baik kita ambil buat tauladan, yang tak baik itu, jadikanlah sempadan untuk kita melayari hidup ini..hanya Allah yang mengetahui yang terbaiki buat kita

IMANSHAH said...

Sekamar Rindu

Semoga cikgu juga dirahmati ALlah dengan kehadiran tahun baru 1432 H ini

Azmi said...

ya allah kesian dia...
apa2 pun smoga dia tetap tbah menghadapi hidup...
kata org sekali membuat keputusan biarlah ianya berbaloi

IMANSHAH said...

Mi

lama tak nampak..masa bersalin, kami rakan2 pakat kirim minyak la, sedikit barang2 keperluan untuknya..hur

salam maal hijrah

eszol said...

kesianye kawan cikgu tu

x cerita pon knp tgn die hampir
lumpuh

semoga die bahgia dan bukan mangsa

soffea said...

mak n abah penah pesan:
"berapa lama kite kenal org tu kalo nak compare berapa lama kite kenal mak abah kite"

maksud: jgn mudah percaya org sangat. cinta mampu membutakan mata dan hati. tapi kita punya akal untuk berfikir. jgn ikut nafsu.

nauzubillah. moga2 saya dijauhkan dr dugaan sebegini..

cikgu. kalo sy nak ikut mana2 mas, cikgu please selamatkan saya ya. haha.


salam maal hijrah ;)

IMANSHAH said...

Eszol..hurm katanya kena buat orang sana..katanyalah..tapi nak berubat kat gospital sana memang mahal..bukan macam kita, bayar singgit je hospital kerajaan..

IMANSHAH said...

Soffea

haha, ok saya akan jadik otromen..kelas kan..kuikui

betul tu soffea, mak ayah dulu..ingat tu

khaifaiz said...

Rase2nye cikgu dah nak sampai seru nih.. ada bunga2 kearah yang itu

Anonymous said...

KALAU TAK SALAH AKIBAT GUNA PANTUN NI LE KUT

NASI LEMAK BUAH BIDARA
SAYANG SELASIH HAMBA LURUTKAN
BUANG EMAK BUANG SAUDARA
KERANA KASIH HAMBA TURUTKAN

IMANSHAH said...

Khaifaiz

Bunga2 cinta misha omar ke??kahkah

IMANSHAH said...

Anymous

Betul2..kena nyanyi ikut iramanya..

n@m@n said...

betul,

bunga² cinta sedang berputik kah?hehe

IMANSHAH said...

N@m@n

wah ini seorang lagi..haha

ibuintan said...

Iman,

salam maal hijrah ..

lambat dapat berkunjung hari ni..

jiran sekampung ibu pun ada yg menderita kerana cinta di tanah Palembang sekarang ni....butakah cinta

IMANSHAH said...

Wsalam Ibu

Salam maal hijrah kembali.. Begitulah panahan asmara, sememangnya cinta itu buta..Cinta pada Pencipta yang kekal jua

Syira C Gadis KidaL said...

salam..

salam maal hijrah,,

cinta tidak buta teman :)
yang buta itu hati dan mata yang menilai :)

IMANSHAH said...

Shira

Mana bukti cinta tidak buta???haha
sebab cintalah lelaki sanggup tinggalkan isteri untuk hidup dengan maknyah (hasih ni berita metro)

perempuan said...

yah.. macam nak suruh kahwin dgn cikgu ja..
jom jom.

haha

IMANSHAH said...

perempuan

haish, kawen ngan saya lak..dah ada suami tu..lgpun kawan sejak kecik..

Semarak Api said...

cikgu, da bpe lm die kwen n tggl sane?die xpnh mntk maaf ke ngn mak ayh die?mak ayh ni mungkin lua je mrh tp dlm ati mgkin x tertanggung rs rndu kt ank tu..

Afida Anuar said...

Alhamdulillah dapat suami penyayang, walaupun kehidupan susah...tapi saya sebak bab kena buang keluarga tu....

IMANSHAH said...

Semarak Api

dia dah kawen since 2004 rasanya..

family dah mula terima, cuma ayhnya masih berkeras..tapi susah juga nak balik sini sebab bukan warganegara Malaysia dah

IMANSHAH said...

Afida

tapi kehidupan di sana sangat susah. Yalah orang sana pun berebut2 datang ke sini, kita pula yang nak ke sana

syahbandar87 said...

huH!!..sungguh dia yang meletakkan dirinya di tempat yg x sepatutnya..bermula dr x mau smbng blaja,memilih untk bekerja di usia yg muda,dan sehingga lah berkahwin dngn seseorng dr seberang yg tidak direstui oleh ibubapanya

IMANSHAH said...

syahbandar

apa nak dikata, jalan sudah terbentang samada mahu membuat pilihan yang mana haris dilalui.nasihat udah, larang pun udah...

Fakhrur Razi berkata said...

huhu sedihnya
nauzubillah
aku kena rajin belajar lepas nih
hohoho moga2 dapat sara isteri dan anak2 dgn elok
inshaAllah

tapi alhamdulillah suami dia baik kan?
cuma tu larh masalah kewangan..

ps: eh cikgu bila nk kawen? ke dh kwaen pun? hahaha

IMANSHAH said...

Radzi

esok kawen..haha

nunama said...

insyaAllah. rasanya, keluarga dia dah boleh terima kembali. :)

Ikmal Fayadh said...

cewek medan ramai aja nak follow saya balik malaysia, iras-iras luna maya pun ada. tapi saya jual mahal. serius tak tipu. hehe

Nuridayu said...

Salam...
die sepatutnya kena fkr lebih pjg sebelum bertindak..die pandai, tp die belum cukup pandai buat keputusan dalam idup die...hrp2, 1 ari nnt die sdr, slp die...

IMANSHAH said...

nunama

perlahan-lahanlah..tapi sekarang masalahnya ialah dia dah lepaskan kewarganegaraannya

IMANSHAH said...

Fayyadh

ang sembang, mai bawak sorang kat cekgu hang nih

IMANSHAH said...

noridayu

benda dah berlaku,jadikanlah semua ini pengajaran..kalau dikaji memang ramai gadis2 malaysia yang lari ke indonesia terutamanya ke lombok

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget