WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, December 6, 2010

BERPUTIK CINTA DI TANAH TINGGI

Salam semua, kali ini cuti-cuti Malaysia bergerak ke Cameron Highlands, satu daerah di Negeri Pahang Darul Makmur, walaupun kelihatannya, Cameron Highlands lebih mesra dengan jiran nya Negeri Perak berbanding dengan Pahang itu sendiri. Apapun, kunjungan kali ke tiga sepanjang umur hidup ini  merupakan percutian bersama teman-teman sekerja. Kelihatannya juga Cameron Highlands tidaklah terlalu jauh dari tanah tumpah pemastautinan aku, namun aku akui aku baru dua kali sampai ke Cameron Highlands sepanjang 8 tahun di Ipoh. Manakala kali pertama sewaktu mengikuti rombongan sekolah bersama rakan-rakan 12 tahun yang lalu.

Adih, tajuknya pun sudah kengaran agak bombastik juga kan. Mungkin persoalan timbul, wah hati Imanshah telah dicuri juga akhirnya. Haha jangan tertipu, sebenarnya sememangnya cinta aku telah berputik di Cameron Highlands. Tapi itu cerita kenangan 12 tahun yang lalu. Kiranya sewaktu pertama kali jejak bertapak di tanah tinggi hasil penemuan  Wiliam Cameron, Juru Ukur Kerajaan British pada tahun 1885 ini, itulah pertama kali saya mengenali apa itu cinta. Rupanya cinta monyet yang dilafazkan. Dan ladang Teh Baarat menjadi saksi bagaimana saya melafazkannya. Haha, tergelak besar bila mana kembali semula ke daerah ini  lewat kelmarin dan hari ini, semua kenangan kembali menjelma. Teringat kala itu, semacam aksi Kajol dan Shah Rukh Khan pula. Itu kenangan lama, kenangan cinta monyet zaman persekolahan , yang sememangnya indah untuk diperkatakan.


Baiklah, kita tinggalkan permainan emosi yang tak pernah habis. Ingin sekali  aku  menyatakan betapa hati juga jatuh cinta akan keindahan dan kebesaran nikmat yang diberikan oleh Allah S.A.W kepada hambanya. Teringat   firman Allah dalam Suran Al-Anbiya' ayat 32 yang bermaksud :

.. Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. ..

Bagi yang berpeluang menjejakkan kaki ke bumi milik tuhan ini, sudah semestinya terpegun dan terpesona dengan keindahan Tanah Tinggi ini dari segi cuacanya, bentuk muka bumi serta struktur binaan bangunannya. Subhanallah, betapa hebat ciptaan Allah menjadikan muka bumi ini. makanya, Allah memerintahkan kita supaya berfikir akan kehebatan ciptaan-Nya ini supaya kita beriman kepada-Nya.  Aku tidak bercadang untuk bercerita panjang lebar tentang aktiviti saya di sana, kerana saya kira semua  orang yang pernah hadir di sini, pasi memiliki pengalaman yang sama. 

Di sekitar Tanah Rata saya melihat banyak homestay milik orang Islam didirikan. Jika nak dibandingkan dengan hotel-hotel besar yang tersergam indah, memang ibarat jauh panggang dari api lah. Namun, ada keperluan di situ untuk kita sama-sama membangunkan ekonomi umat Islam. Kalau teman-teman berhajat untuk mengunjungi Cameron Highlands, aku kira bolehlah mengunjungi Homestay milik saudara sesama agama kita ini. Rasanya mereka tidak kalah dari segi menyediakan kemudahan penginapan, ladang strawberi dan sebagainya. Kalau tidak saling membantu sesama kita, siapa lagi??



Notakaki Imanshah :

Sekali-sekala berada di tengah kesesakan manusia yang berada di kawasan pelancongan ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Kesesakan lalulintas bermula dari Kampung Raja hingga ke Berinchang membuatkan rasa serik untuk ke sini. Namun, semuanya berakhir apabila menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi ini. Kepergian sekali ini untuk mendekatkan diri kepada Pencipta.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

65 GENTA RASA:

Kalamhati said...

Berada di puncak sana memang buat kita sangat2 mengagumi indahnya ciptaan Allah..subhanallah!

makdara TERdiva said...

alaaaaa..pergi x ajak..ini yg beta murka nih! lalalaala

IMANSHAH said...

Kak Wan

tepat dan setuju..masa zaman sekolah memang pergi untuk seronok, tapi kini pergi untuk mendekatkan diri kepada_nya

IMANSHAH said...

MDT..

alahai ini dekat je ngan kampung kami..haha

AfiQ said...

syok uh skali skala pegi sana.. tenang fikiran.. =)

IMANSHAH said...

Afiq

syokkkkkk

Citarasa Rinduan said...

cikgu..

saya teringin nak bercuti disana juga
seumur hidup dah 30 tahun..tak pernah jejak kaki ke sana

doakan en zalie sembuh..dan kami dapat bercuti yer


PS: comel budak dalam pic tu..

khaifaiz said...

Best2 walaupun dah 4kali aku ke sana..

Lelaki Ini said...

WAH
BESH2 sgt2
lame x g cameron!

IMANSHAH said...

Ayu

saya doakan semoga hubby cepat sembuh dan dapat berjalan2 ke sini..

budak tu anak kawan..hehe

IMANSHAH said...

Khaipaiz

wah org kl ;pun dah banyak kali pg, orang ipoh je malas..haha

IMANSHAH said...

LELAKI ini

ada masa jemputlah ke sini..tambah2 time ujan lagi sejuk an..wah promosi baik punya

nurkass said...

amboi..mesti tenang fikirankan..keadaan bukit bukau..mmg cantik..erk..takde jatuh cinta kali kedua ke cikgu..hehe

IMANSHAH said...

kak Nurkass

dah berapa puluh kali jatuh cinta dah..huhu

Abd Razak said...

assalamualaikum...

Saya pernah pergi sekali iaitu pada tahun lepas...seronok memetik buah strawberi

IMANSHAH said...

Abd Razak..

wah jauh ustaz kita berjalan..ustaz bercuti ke semenanjung ka

zidEL zhafiz said...

asyik gi jenjalan jer kan,,best btol..jelez nih..huhu~~~

Dinas Aldi said...

akak dah x ingat berapa kali pi Cameron. dgn family pernah, dgn rombongan sekolah pernah, dgn kengkawan pernah. tapi setiap kali pi, sentiasa terasa keistimewaan & kagum dengan ciptaanNya. x jemu :D

soffea said...

tak ajak pon p cameron.. haha.. sy bru balik dr Ipoh. ade lalu depan skolah cikgu. STAR right? hehe.


eh. mane ade femes la. tu pon sikit je. saje buat mcm banyak. haha.\

happy holiday cikgu :)

Muhamad Zaki Zafir said...

baru pulang dari sana 2 minggu lps.skrg org kita pn dh ada ldg strawberry, lupa dh apa namenye.tp kwsn lmbah jgk ldgnya,slps Tanah Rata.

cameron ni, mmg tmpat cinta2.sejuk,romantik2 gitu hehe.mak ayah sy honeymoon di sana lps kahwin 22 tahun yg lalu. :D

IMANSHAH said...

zhidel

haha banyak cuti banyak jalan banyak habis duwit

IMANSHAH said...

Kak Dinas

wah kuat berjalan ya, Rombongan Cik Kiah ye

IMANSHAH said...

soffea

oh lalu depan itu jalan Sultan Azlan Shah ka..saya dah beribu2 kali kot lalu..haha

mR.sYaH said...

teringin nk pergi cameron highland sbb dpt mkn buah stawbery...

IMANSHAH said...

Zaki

betul, even kedai aiskrim strawbery yang femes pun dah banyak orang kita buat..nak tak nak je kita support..

IMANSHAH said...

Mr Syah

aii orang pahang pun jarang p cameron..haish

nunama said...

kenangan lama menjelma kembali ye Cikgu? hehe.
yup. Mengembaralah kamu di bumi Tuhan ini dan lihatlah kebesaranNya dan kenikmatanNya yang telah diberikan kepada kamu. :)

p/s: x sah kalau tak makan strawberry cicah coklat. yumm3. heehe

IMANSHAH said...

Nunama

cg tak berapa suka strawbery cicah cokelat tu...haha strawbery shake juga sodap

cikgu isza said...

pertama kali menjejak kaki ke sana sewaktu saya berkursus ETEMS, kalau tidak masih bermimpilah jawabnya..

bila 3 hari di sana.. saya semput.. baru perasan saya ada asma rupanya..

Areef Ibn Naim said...

salam cikgu iman,

kalau cikgu iman tak pernah sampai ke singapore, sy lak tak pernah sampai ke cameron ni, hehehe...

wah, menggamit kenangan di sana ke...
bila ia akan mekar kembali, hehehe...

Sham said...

1st posting aku d SMKSAS tanah rata.ingat nak lama disana tp rezeki tak panjang.tahun lepas ditukarkan ke raub...huhu...namun CH tetap di hati...

IMANSHAH said...

Cikgu IsZA

Ada hikmah tu allah aturkan ke CH

IMANSHAH said...

Cg Arief

wah, kalau ada peluang datanglah...tapi johor nun jauh jugak kan

IMANSHAH said...

Sham

wah senang2 je pindah kan..kami di perak macam susah je..

Un Phat Lee said...

comel anak cikgu.(tu anak cikgu ke?haha). :P

Pn Kartini said...

Salam Iman..:)

Aduhaii..dah sampai yaa dia ke sana..akak lum lagi nih..
mesti seronok :)

faridalazim said...

cikgu g ngan ckg suzana ke??sape lg??
rindu gler ah kat ijat tgk gmbr tu :(

Pencacai Alim said...

lama dh tak mai sini..bru balek dr kursus.apa kabo?

sahromnasrudin said...

as salam..rupanya ko dah sampai puncak dia ye...

ibuintan said...

ibu pun setiap kali naik ke sana mesti jatuh cinta juga....jatuh cinta dengan keindahan anugerah Allah, mendamaikan.. walaupun rasa tensen dengan jam semasa mendaki

SiNoMoSa said...

Salam Imanshah,

Kalau tak silap sy dua kali menjejakkan kaki ke CH..

IMANSHAH said...

Fadlee

haha comel an..itu anak kawan..macam mana nak ada anak tanpa kahwin??haha

IMANSHAH said...

Puan Kartini

Bawaklah anak2 berjalan sekali-sekala ke sini. Indah ciptaan Ilahi, cuti sekolah masih banyak berbaki

IMANSHAH said...

Farid

Ahah kami g 3 kereta...

IMANSHAH said...

Pencacai Alim

Alhamdulillah kawan sihat adanya, patut kamu idok mengupdate blog..

IMANSHAH said...

Sahrom, ahah udah sampai bro..dah kali ke-3 ni..

IMANSHAH said...

ibuintan

haha betul2, memang jam teruk kalau musim cuti..kalau dari arah Tapah nak ke Tanah Rata selalunya jam kat ladang Teh tu, kalau dari Simpang pulai tu antara Kea Valley sampailah ke Brincang

IMANSHAH said...

Sinomosa

Alhamdulillah, dah sampai juga. Malaysia ni x kalah tempat menarik dan indah

abid_PM said...

Tak pernah lagi sampai cameroon highland.

nanti kalau panjang umur, nak tanam cinta kat situ jugak lahh :D

IMANSHAH said...

Abid

ayoyo, haha bawak isteri bulan madu lah..hehe

eh kau muda lagi, belajar dulu, jangan dok beristeri2 lagi

Amy Syaquena said...

As'salam..

best ow gi sane leh cari tenang je..

IMANSHAH said...

Amy

tenang menyaksikan pohonan menghijau disamping cuaca yang sejuk

Syira C Gadis KidaL said...

salam..

teringin pergi sana :)

nabilah_2908 said...

seumur hidup ni..memang tak pernah ke sana...selama ni...hanya mendengar dan membaca cerita2 orang je..

akan jejak kan kaki di sana 1 hari nnti... (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AKU TAK BODOH

wahida said...

lama x gi CH...last gi pun masa tahun 92...lama giler kan?

IMANSHAH said...

Syira

insyaAllah saya doakan anda akan sampai juga di bumi tuhan yang ini

IMANSHAH said...

Nabihah

mendengar cerita pun dah membangkitkan keseronokan, apatah lagi jika berpeluang sendiri ke sana

IMANSHAH said...

Wahida

Memang lama kira-kira 18 tahun kot...waduh, sudah banyak yang berubah sekarang

Cik SHiNJU said...

Salam...

Lama dh x p CH..
Skrg dh ade jalan baru nak p sana trus dr PHG...X perlu masuk Perak dah..

IMANSHAH said...

Cik Shinju

Eh ada ke?? wah best lah canggitu

soffea said...

haha. memang la cikgu byk kali lalu.. dh cikgu mengajar situ. ish. mcm lawyer tau cikgu nie. lawyer burukkk. hehe.

IMANSHAH said...

sofea

lowyer buruk ok what..namanya sekolah lelaki kan, cg pun loyer buruk gak

Semarak Api said...

1st sy pg CH ms 1mei ri tuh.dr s.alm smp ke tmpt nginap 10 jam. Ya Allah..mmg serik nk pg bcuti time cuti umum atau weekend..dsbbkn pnt ngn jam,xdpt nk feel sgt ngn suasana CH.myb kena pg lg skali nti.time weekdays plak.hehe..

IMANSHAH said...

kaklau terperangkap dalam jam memang parah, next time pg weekdays dan buykan cuti umum, insyaAllah

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget