WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 2, 2010

BUAT BALING ANJING PUN MATI

Siang tadi kembali menjadi suri rumah seperti biasa. Mengemas dan mengemop seluruh setiap inci lantai rumah. Sempat juga mengelap kipas yang sudah mula hendak bekerjasama dengan sang sawang. Tiba-tiba aku terbuka kotak yang menyimpan seribu satu kenangan. Di dalamnya disimpan khazanah yang menjadi 'teman' aku dikala sunyi. Inilah khazanah yang dimaksudkan.


Kelihatan beberapa keping kaset yang aku simpan dan kumpul dari usia aku 11 tahun lagi. Ada lagi satu kotak yang masih kemas tersimpan.  Sejarahnya, inilah antara hiburan mampu milik zaman-zaman sekolah dulu. Kira aku membesar pada zaman rock tangkap leleh la jugak. Ada Iklim, Slam, Anuar Zain, Uks dan beberapa penyanyi lagi. Dan koleksi ini hanya bukan terhad kepada kaset artis Malaysia sahaja, bahkan kaset artis luar seperti Boyzone, Back Street Boys dan banyak lagi. 

Selain itu juga, aku juga membeli kaset-kaset nasyid seperti Inteem, Raihan, Rabbani, Az-Zikr, Nada Murni dan banyak lagi. Masih terngiang suara merdu Ustaz Asri Rabbani mengalunkan lagu Pergi Tak Kembali menerusi ear phone WALKMAN aku suatu ketika dulu. Bahkan aku juga memiliki koleksi kaset bacaan Al-quran bertaranum yang diperdengarkan oleh Qari terkenal  ustaz Ismail Hashim, serta H.Muammar ZA dari Indonesia. Jangan tak tahu, aku pernah memegang title johan qari antara sekolah dan kolej. Erm maaf ya, benda yang baik sekali sekala bolehlah war-warkan. Haha. Sekadar berkongsi kebolehan sedikit yang dikurniakan Allah. Semua Allah yang kurniakan. Dan tak lupa juga kaset-kaset ceramah politik pada waktu itu yang memang banyak di pasaran, terutamanya oleh Saudara Mat Sabu.

Apapun, walau aku sudak tidak menggunakan lagi kaset-kaset ini kerana hambatan teknologi yang lebih terkini seperti CD, MP3 dan MP4. Begitu juga teknologi yang ada memungkinkan para pengguna internet sekarang memuatkan lagu-lagu, aya-ayat suci al-quran dari internet sahaja. MUDAH, CEPAT dan yang penting MURAH. Tapi aku sangat sayang kerana aku menggunakan duit sendiri untuk memiliki kaset-kaset ini. Duit upah membantu kerja-kerja kampung seperti menyemai benih pokok stan, aku kumpulkan.  Yalah zaman remaja yang sememangnya membahagiakan dan terindah untk dikenang. Namapun sepanjang jalan kenangan kan. Mana tahu 30 tahun akan datang, kaset pun dah takde sebagaimana piring hitam.

Tahun lepas aku menghulurkan walkman kesayangan kepada anak saudara aku yang kesunyian kerana menunggu "pantang" berkhatan. Walkaman ini masih boleh digunakan lagi. Aku juga maklumkan kaset-kaset aku banyak kalau nak gunakan. Inilah jawapan anak-anak moden kita..

" Uncle belikan Emir ipod touch boleh?? Walkman ni buat baling anjing pun mati!!"

Sentap sungguh...


Notakaki Imanshah :

 Nenek moyang Kaset pertama kali diperkenalkan pada tahun 1963 di Eropah dan 1964 di Amerika Syarikat oleh PHILIPS dengan nama Compact Cassete. Pada waktu itu kualiti suara kaset masih kurang baik untuk memainkan muzik. Oleh karena itu pada tahun 1971, The Advant Corporation memperkenalkan model terbarunya, iaitu Model 201, yang menggabungkan Dolby tipe B pengurang gangguan (noise) dengan pita kromium dioksida.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

63 GENTA RASA:

ibuintan said...

tahniah ... hebat anak muda ni, knapa tak cuba wakil negeri pulak ke musabaqah..

itu yg sebaiknya sebagai halwa telinga.. bukan hanya dengar rock kapak saja

IMANSHAH said...

ibuintan

bantu2 ustaz kat sekolah ni ajar budak2 wakil sekolah cukuplah..kat perak ni ramai yang hebat..ada Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan Ustaz Syamsul Azhar..mana boleh lawan..dua2 johan kebangsaan

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

budk la ni mne tau knal erti SUSAH..

IMANSHAH said...

A.F.A

eh hang bukan budak lani ke??haha

Uthman AG said...

haha .. memang betul pon budak skrg xkenal erti susah

Azmi said...

tu la kan jawapan budak2 sekarang...
nak yg moden je...
tak leh salahkan mereka jgk sebba dah dilahirkan dgn keadaan macam tu

eszol said...

haha

ingat time dulu pinjam walkman sony cikgu

ttbe lagu peterpan

time tu dorg tgh meletop

haha

sekamar rindu said...

salam..cikgu,

saya pun banyak juga....cd pun ada 6 kotak besar..

ada yang belum sempat tengok atau dengar pun lagu2 hingga skrg ni..:)

~Insan Biasa~ said...

heheh..demand anak buah tu eh..tapi betullah zaman dah berubah...

Idalara said...

salam iman...
itulah anak2 yg lahir di era IT ini...bila segalanya bermula dihujung jari..bagi kita apa yg pernah kita dapat dulu sgt berharga dan tetap menjadi nostalgia...mungkin di era 2020 anak2 dah tak tahu menyimpan nostalgia...

siti murni said...

Salam kenal..

hehe...demand betul budak2 sekarang..diorang tak tau yang beso gedabak tu la banyak sentimental value...:)

hazlin said...

kaset jamal abdillah ada?

Un Phat Lee said...

err.panas betul ayat tuh.

dunia makin lama makin maju.dulu pakai keset.sekarang pakai download je.ehe

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Sibuk nampaknya. Dah balik dari Miri erk?

IMANSHAH said...

Uthman A.G

Anda mewakili generasi remaja sekarang kan..betul tak?

IMANSHAH said...

Azmi

betul tu, sekarang pun kita dah kena bersedia dengan ledakan teknologi yang baru pula. Tak tahu apa yang akan datang di kemudian hari..Soalan kau nanti aku jawab.jangan risau

IMANSHAH said...

Eszol

ada ek??sudah kulupa bila tu an..haha

IMANSHAH said...

sekamar rindu..

yalah masa memang tak mengizinkan untuk kita tengok CD2 tu..apatah lagi nak dengar kaset2 yang berapa ratus entah..simpan je buat kenangan

IMANSHAH said...

Insan Biasa

Zaman dah berubah..tapi kita pun kena berani berubah sebab senang nak awasi anak2 sekarang.Kot2 laman web apa yang dilayarinya, sedangkan menyalahi undang2..alih2 kena tangkapkan..

IMANSHAH said...

Kak Ida

betul tu kak, kerana nostalgialah mendewasakan kita. Tapi jangan pulak terlalu bernostalgia..Kot tak sempat nak buat koja..hehe

IMANSHAH said...

Siti Murni

salam kenal kembali..haha gasaklah, besar2 pun memang ada sentimental value kan

IMANSHAH said...

HAZLIN

dun worry ada2 mau pinjam??tak leh tahan bila dengar lagu SEPI SEORANG PERINDU

IMANSHAH said...

Fadlee

Macam kamu kan yang selalu download lagu2 Indon kan

IMANSHAH said...

Salam ustaz

Dah balik, alhamdulillah semuanya selamat

sahromnasrudin said...

salam bro..ko layan oasis tak?? wonderwall, don look back in anger..band brit pop dari british tue..top zaman kiter skul dulu huhuhuhu

IMANSHAH said...

sahrom

tak kot..masa tu aku layan band2 seperti westlife, boyzone..haha

sahromnasrudin said...

mak aiii..ko nie boy band la..geli aku dengar hahahhahah ( gurau je)..aku skolah lelaki..sebab tue aku layan band cenggitu..skul lelaki mana layan westlife, boyzone cenggitu hahahaha

IMANSHAH said...

sahrom..alah jaman dulu2..skrg dah lama tak dengor lagu2 macam tu..yg aku layan m daud kilau

kakcik said...

Harga hp anak2 kadangkala lebih mahal dari hp makbapak!

Anak2 hendak yang canggih2 - makbapak jadi terhegeh2. :(

zOuL.MzMn said...

aku punye walkman dah rosak sebab masuk air..xtau camne leh masuk..beli discman..pakai brape tahun rosak...skunk nie ade mp3 jew..tapi koleksi kaset2 lame dah xtau kemane..yelah dgr lepas tu simpan buat perkasam..hahahaha...

ps:budak2 skunk nie senang,nak itu ini mak ayah beli terus..mak ayah xde nanti merempat kat tepi jalan..(benci tgk budak2 yg poyo n banggakan diri dgn kesenangan famili)

IMANSHAH said...

kak cik

mana lah org muda nak pakai hp cap hayam..tak up to date katanya..

IMANSHAH said...

Zoul

takpa, ni zaman mereka..dulu kita nak dapatkan majalah gila2 pun kumpul duit..bujal lagi..eh rindu tol pada bujal

James Buns said...

org ipoh memang suka barang lusuh.

gua pun banyak.tapi syg rumah terbakar dulu.

Uthman AG said...

saya mewakili remaja yang masih kenal susah di zaman it..cewahh

nasib baik saya dapat rasa susah sikit-sikit

khadijah said...

woww.
saya pun suke kaset.tapi tension
sbb tali kaset tu selalu terkeluar.huhu

IMANSHAH said...

james Bund

isy orang ipoh tu yang jual kat lockin..

umah ko terbakar bila??

IMANSHAH said...

kadijah

ye betol, kena jaga2..selalu sangkut kat tempat letak kaset dalam radio an??kalau dah tersangkut, halamt beli lain la..

IMANSHAH said...

uthman

habaq mai kat cikgu apa kesusahan kau??haha

James Buns said...

kau epoh celah mana?

lama teman tak balik epoh.

barangkali esok balik la.

ahad pagi boleh cari koleksi lusuh lg.

rmh lama pangkor sblm epoh skrg.

IMANSHAH said...

ipoh celah Tc..haha barang lusuh bagus untuk koleksi dan kesehatan...ooo dolu dok pangkor..mung epoh celah mana?

Tukang cerita said...

kalau tak nak, bagi akak je wman tu...
akak pun suka simpan kaset juga...
tp, kaset nasyid dan kaset ngaji jer lah....

IMANSHAH said...

Kak Nurul

heheh nak tak kaset AlMizan..

Wah budak takyah katakan

Kalamhati said...

hebak ustaz kito..hehe akak kagum kalu oghe mudo loni panda mengaji dan bertarannum

IMANSHAH said...

Kak Wan

haha sikit2 jah ambo pandai

n@m@n said...

nyanyi lagu U'ks sikit be..hehe

koleksi kawe hilang ntah ke mana

IMANSHAH said...

ni ya Naman kawe nyanyi

Kemana bintang beribu
Di malam ini
Tiada satupun yang kelihatan
kecuali kelam

Mungkinkah hujan kan turun
Menemani malam
Makin sepilah malam ku ini
Tiada teman bicara

Walaupun lenaku panjang
Tiada mimpi bertandang
Menghitung hari berlalu
Seksanya aku

Walaupun masih teringat
Kau jauh entah dimana
Sudahnya ku duakanmu

Dan tak ku duga kau jelma pula
Menagih lagi janji lama
Sukar bagiku untuk terima
Kehadiranmu untuk bersama
Kali kedua

Tak perlu kau menjelma lagi
Nyata atau mimpi
Kerna bagiku
Semua yang berlaku
Biarkan berlalu
Jangan pula nanti
Kau salahkan aku
Kerna meninggalkanmu

SEDAK DOK??

Dinas Aldi said...

akak pun ada banyak benda alah ni, kahkahkah! dok dalam drawer ja sekarang ni, dah tak pakai lagi.

haritu akak pernah sebut perkataan 'cassette' dalam kelas, bebudak tanya, "what's that, teacher?" dema tak tau, heheheh. bawak la pi kelas tunjuk, terbeliak dema.

Amy Syaquena said...

assalam..

wah banyaknya kaset, lagu saleem ada..he3..

IMANSHAH said...

Kak Dinas

tulah keta baru sekarang mana ada lg tempat kaset an..haha

IMANSHAH said...

Amy

ada..suci dalam debu tersohor sekali

nabilah_2908 said...

terknologi semakin maju..esok lusa..CD..VCD..DVD..mungkin dh xde lagi dah...ni kan pula kaset..mahupun piring hitam..kalau xde yg simpan..sure budak2 tk kenal dh bnda2 tu.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HEART ATTACK

wahida said...

uik...saya pun minat giler kat Ukays n Slam...mmg layan dan tangkap leleh la lagu dorang...saya pun dulu ada kaset dorang neh..tp skang dah ilang...huhuhu...

sekamar rindu said...

salam..

kena cari orang umah dah ni cikgu..:))

Arianni said...

Salam..

Zaman dah berubah Iman..segalanya serba canggih..Tapi kalau tidak ada yg lama, manakan ada yg baru kann..

::FAIZ FARISH:: said...

wah banyak gila.....

gabbana said...

woah! suka dgn penampilan baru. nampak lebih kemas dah professional. sedap mata yg membaca. ;)

seswai la ngan umur yang semakin meningkat..! wahahaha..

IMANSHAH said...

Nabilah

sebenarnya saya pun belum berpeluang melihat piring hitam dari jarak dekat

IMANSHAH said...

WAHIDA

Alhamdulillah saya masih simpan semua tu..buat tunjuk kat anak2 nanti

IMANSHAH said...

Cikgu sekamar rindu

insyaallah tiba masanya akan umumkan..

IMANSHAH said...

Sister Arriani

betul tu, kalau takde orang dulu2 memang takde kemerdekaan hari ini..eh tapi suara orang dulu2 memang tak dapat ditandingi oleh orang sekarang..contoh jamal, sudirman, kak pah..haha

IMANSHAH said...

faiz

baru sikit, ada orang sampai beralmari kan..

IMANSHAH said...

En Gabbana

ya saya sedar tentang KERTU an saya..haha

Ujang9897 said...

budak skarang makin hebat..=)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget