WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, December 21, 2010

CONTEST AKU DAN GENERASIKU

Salam, aku telah diajak untuk menyertai satu contest oleh Cikgu Soffea.   Tuan punya tanah yang mengenjurkan contest ini tak lain dan tak bukan Cik Ieqa.  Contest yang menarik juga iaitu hanya memasukkan gambar bersama murid-murid aku. Fikir punya fikir rasanya tak salah mencuba yek.


Syarat-syarat pertandingan:
  • Jadi Follower blog ieqa.
  • Copy banner di atas dan letakkan pada entry dan sidebar blog anda serta link kan ke entry ini. *tak nak letak kat sidebar pon tak pe. Tapi wajib letak kat entry ok*
  • Buat satu entry tentang contest ini . Tajuk: Contest Aku dan Generasiku.
  • Upload gambar anda bersama-sama anak didik/murid anda. [tak kisah bilangan murid tu. Sorang pun boleh ok]
  • Tuliskan pada caption:

1) Anda cikgu dari sekolah / IPG / IPT mana.
2) Cerita tentang gambar yang dipertaruhkan. Contoh: "gambar ni diambil masa buat praktikal / PBS di................." haa, paham tak?? hehe

  • Akhir sekali, tinggalkan link entry anda pada komen.
Tarikh tutup contest pada 11 / 1 / 11. (11 Jan 2011 @ 11.59 p.m). 

 
Makanya, aku telah memilih gambar ini sebagai gambar pilihan.



AKu merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah kelaki yang terletak di bandar Ipoh. Mungkin anda semua pernah mendengar sekolah Bintang @ sekolah STAR @ Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Dalam kalangan pengunjung blog ini dan menjadi sahabat blogger aku, suaminya dulu pernah belajar di sini. Hehhe kecil betul dunia ini. Namun jarang-jarang aku mendedahkan nama sekolah aku. Ekslusif untuk Cik Ieqa. 

Untuk makluman semua gambar ini diambil sewaktu aku bersama pelajar-pelajarku menyertai program homestay di Rome Italy bulan Jun yang lepas. Gambar ini dirakamkan di padang sebelah Villlah Herdana sewaktu menunggu ketibaan pemandu pelancong. Apa yang nak diikongsikan tentang gambar ini menunjukkan bahawa batasan persahabatan tidak sesekali dihalang antara status guru dan pelajar. Sesekali, aku bergurau mesra dengan anak-anak murid ini ibarat adik beradik. Namun, kecil jangan disangka anak, besar pula tak selamanya bapak. Perlu ada ketegasan dalam setiap tindakan. Kalau salah, usah dibiarkan menjadi benar. Kalau benar, harus berkata benar. Yang mana perlu ditegur, jangan berat mulut untuk menegur. Yang mana perlu sesekali di tan atas kesalahan yang dilakukan, usah takut jika didendam. Alhamdulillah, mereka berpijak di bumi yang nyata. Hormat guru itu yang utama. Kerana berada di sekolah berasrama penuh, mereka berjauhan dari keluarga dan sanak saudara. Kamilah yang menjadi pengganti ayah dan bonda. 

Sehingga sekarang hubungan yang akrab ini sentiasa berkekalan walau ada dalam kalangan para penuntutku ramai yang sudah meninggalkan alma mater ini setelah berkelanan selama lima musim di sini. Walau ada yang sudah jauh terpisah di benua yang lain (oversea), namun ikatan perhubungan antara guru dan murid tak pernah kunjung padam. Sesekali skype dan FB menjadi medium perantaraan.


Nota kaki Imanshah

Menjadi sebahagian daripada mereka yang sudah lama berada dalam bidang perguruan merupakan saat yang terindah dalam hidup. Saya mencintai bidang ini sesungguh hati. Menyayangi profesion saya dengan setulusnya dan mengasihi anak-anak didik saya sesungguhnya.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

azzey said...

Imanshah: Good luck for you....

IMANSHAH said...

Azzey

TQ ya

Cik Tom said...

wah cerianya pic ni...merah mak ngah..good luck ye!

kembatolo™ said...

laa..pendidik la ni? tahniah2..

GreeN AppLE said...

gudluck ehh awk ^^ hehe

IMANSHAH said...

cik tom

haha memang merah, meriah...saya je pelik putih

IMANSHAH said...

kembatolo

yeye...cikgu la ni

IMANSHAH said...

green apple

tq.kamu juga

soffea said...

cikgu Iman!!! cantiknya picture die.. dah la warna merah. suka. suka.. wah. CONFIRM menang lah ni.. cmni ni.. kalah la saya.. wuwuwuwuuu T__T

hehehe :)

nway, suka la picture nie. ceria n mesra gitu. best of luck cikgu ;)

IMANSHAH said...

soffea

adei, mana tahu lagi, baru nak join, tuan punya contest pun belum approve..

kita bersaing secara sihat ok!! haha

IeQa aWr said...

hehe.. maaf lambat appve..baru on9..hiks!
hampir tak cam mana cikgu, mana anak murid. nasib baju lain2..hehe
Gud luck ye cikgu =)

IMANSHAH said...

ieqa

haha ingat reject sebab yalah dah tua..kahkah, tak cam ka??

sorry takde gamba yg vouge lain

cikpepel said...

wah...star tu!

IMANSHAH said...

cikpepel

haha, jarang saya dedahkan identiti ini

Afida Anuar said...

Sure boleh menang ni Iman!...eh Iman ke Shah? hehe

Apa pun caiyok-caiyok!!!

IMANSHAH said...

afida

mana2 je..

mira said...

alorhhh~
gambar ni cantek..sobsobsob..
nanti sye kalah T_T
hehe

eh2, cikgu ajar star eh?
sy punye kawn student star dlu.batch 2003-2007
skg kat mktb raja melewar :)

die 2nd author blog sy.kot2 la ckgu kenal.leh dtg blog sy ye ^.^

chegu abbas said...

wah>>>mari-mari sini ^__^
http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2010/12/contest-gambar-menarik-2010.html

SYAFIQAH / S said...

good luck chekgu :)

chegu abbas said...

tq...hihihihica

IeQa aWr said...

anda dijemput ke sini..

http://fluvfluv.blogspot.com/2011/01/pemenang-contest-aku-dan-generasiku.html

IeQa aWr said...

salam cikgu...
ieqa nak langsaikan hadiah ni..
cikgu dapat hadiah tpup rm10..
nk tpup kat no mne ni yer? rep kat email ok.

ieqagurlz@gmail.com

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget