WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, December 21, 2010

CORETAN ATAS KEPERGIAN SEORANG BERNAMA SAHABAT

Hari ini, aku menerima perkhabaran sahabat baikku di sekolah telah berjaya dalam permohonannya ke sekolah baru. Alhamdulillah, aku sendiri yang menelefon beliau sewaktu di kampung. Terasa lidah kelu untuk berbicara, berita gembira tapi sangat memedihkan ini disambut dengan ucapan kesyukuran.


Banyak kenangan manis pahit yang telah dilalui bersama semenjak tahun 2003 hingga sekarang. Sama-sama terlibat sebagai warden merupakan antara detik yang paling sukar untuk dilupakan. Beliau merupakan sahabat yang tidak lokek ilmu, tidak susah untuk memberi pertolongan serta amat ceria. Dan akan selalu terkenangkan kamilah selalunya menjadi mangsa di sekolah dek usikan rakan-rakan kerana memegang title duda bujang yang dah sampai seru. Hurm, siapalah yang akan mengalih jawatan Presiden Kelab Uda dan Dara.

Sempat menelefon seorang lagi sahabat memberitahu berita ini. kami berdua  saling berkira-kira. Betapa suramnya keadaan kami tahun hadapan. Yalah, kami ini pernah bergelar 6 jahanam juga. Lima sudah terbuang, tinggal aku sahaja yang tingggal. Jika kau terbaca coretan aku, kutahu kau seorang yang cekal. Bukan sedikit cabaran kita di sini.  Aku doakan semoga kau sentiasa sukses di sekolah baru. Dan ingatlah persahabatan ini tidak terbina dalam tempoh sehari. Terima kasih kerana menjadi sahabat, sifu dan rakan sejawat yang baik untuk aku.


Nota kaki Imanshah

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Tunggu aku di hentian baru itu. Bertemu dan berpisah kerana Allah.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

66 GENTA RASA:

Sepatu Hijau said...

salam

berpisah di atas alam yang sama lebih sakit daripada berpisah dia dua alam yang berbeza :(

dekat tapi jauh

jauh tapi dekat

eszol said...

sape lg 4 yg tergolong 6jahanam tu cikgu?

cikgu mmg da sampai seru da pon

seru utk pindah n seru utk ehem-ehem

haha

IMANSHAH said...

sepatu hijau

betul tu, semuanya ketentuan nya

IMANSHAH said...

sepatu hijau

betul tu, semuanya ketentuan nya

IMANSHAH said...
This comment has been removed by the author.
Akmal Hijaz said...

ohh ruginya star, hilang seorg pakar sejarah! tinggal cikgu seorg ja la lpasni yg ajar sejarah eh? mak aii
btw buat cikgu izaheri, selamat berpindah di tmpt baru ;)

IMANSHAH said...

Erm, ni nak blah ni Caman

Sham said...

dah jadi lumrah profesion kita bro...bertukar@ditukarkan... hem mesti ramai yang rindu aku kat sekolah lama..hua hua...

IMANSHAH said...

Sham

aku baru ni g Cameron Highland, intai mana sekolah hang..xnampak pun

eszol said...

ingatkan nak tlong jawab pertanyaan

tapi boleh coomment tatabahasa plak

haishh

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

teman itu berhijrah..
moga lebih baik drp sekarang

Wassalam

NuR si CiKGu RiBeNa said...

walaupun dah pindah yg penting tetap keep in touch..

IMANSHAH said...

eszol

jap lagi sy komen lagi

gabbana said...

wah, berjaya juga ye cikgu I pindah..

ke mana..? ke tapah saya dgr..?

bersabarlah cikgu. rezeki cikgu masih di Ipoh. pasti besar hikmahnya di situ! ;)

IMANSHAH said...

Rozali

betul tu, saya pun nak berhijrah

IMANSHAH said...

Gabbana

InsyaAllah ada rezeki saya nanti..Tahniah buat cikgumu itu

IMANSHAH said...

Nur

Betul tu, kena keep in touch..zaman FB, skype, email , sms segalanya mudah

wahida said...

6 jahanam? kira nakal la ni?

Fauzzan Helmy Anuar said...

Sokong cakap sepatu hijau
Hurm...

nur said...

berhijrah untuk yg lebih baik..
ALL IN ONE

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Sahabat-sahabat saya pun dapat pindah. Tahun depan sunyilah sikit. Kebetulan yang sorang tu sahabat semaktab saya~

Tambahan: Sesungguhnya bersaudara kerana Allah memang indah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

ibuintan said...

moga hijrahnya lebih baik..

ibu juga kehilangan empat sahabat di tahun 2010 ni..bulan Jun tiga orang dihijrahkan, dan awal tahun depan seorang lagi minta dihijrahkan..

bila tiada sefahaman dan kita tidak dihargai, itu yang seeloknya, ibu pun akan minta juga dihijrahkan.. jika tiada perubahan

James Buns said...

cikgu kau ajar subjek apa?

Mohammad Aiman said...

Cikgu I sudah pindah...
waa...

beliau dah la cikgu sejarah yang best..
gandingan ideal cikgu imanshah dan beliau

=(

n@m@n said...

ingatkan demo ni baik..rupanya 6 jahanam, huhuhu

Azmi said...

6 jahanam tu...hik3
weh pasal nama budu masin tu tak boleh la nak tukar...nanti tahun depan ke aku tukar la..haha...

mR.sYaH said...

setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Memang sedih bila kita sudah serasi, namun setiap pertemuan pasti ada perpisahannya..

ckLah@xiiinam said...

Anak buah ckLah, dah dua tahun minta tukar ke Ipoh ikut suami (pensyarah di MPI). Dengarnya dapat...tapi nama sekolah tak tau lagi. Kat Ipoh...SBP yang ada, STAR saja kan?



...tak mungkin tukar ke sekolah harian.

:D

nunama said...

aduuh. bersabarlah.
ukhwah itu indah.
takkan terlupa dek zaman.
insyaAllah. :)

hazlin said...

adat dunia bertemu dan berpisah...

warisku minangrawa

Dinas Aldi said...

takpa, jauh di mata tapi dekat di hati. walaupun tak sama macam dekat di mata tapi nak buat macam mana dah takdirnya begitu :(

Citarasa Rinduan said...

alahai

ayu dapat rasa sangat perasaan cikgu tika ini..

sabar yer...insyallah..pasti satu hari bersua lagi..mana tau...sama2 kendung anak bini

khaifaiz said...

entry sedih.. sgt menusuk2 kalbu bila bace.. teruskan usaha.. boleh jadi penulis kelak.. heheh..

abaikan yg kt atas tu cikgu... yg ni btl2 pnye..

Jodoh pertemuan di tangan tuhan.. kalau berpindah sekolah tu x pe ag cikgu.. Jgn tak kol langsung sudahlah.. Nti lost terus memori bersama .. hehe

Afida Anuar said...

Berjumpa untuk berpisah...

PS: Buat apa sampai digelar 6jahanam tu iman? isk isk isk

sonata anak kancil said...

meskipun sudah terpisah...tempat jatuh lagi dikenang ! macam saya..walaupun sudah berpindah...masih selalu gak ke sekolah lama - masih beramah mesra dengan guru2 yang masih kekal di sana seperti saya di situ lagi ! hakikatnya saya sudah milik sekolah lain !

IMANSHAH said...

N@m@n

Haha itu gelaran pada kami..6 jahanam sebab menentang kebatilan,,pada yang tidak suka, terpulanglah..

Alhamdulillah ramai org yang memahami dan mengerti siapa 6 jahanam..haha

IMANSHAH said...

Azmi

Its ok..aku bagi pandangan jer..jgn marah ye

IMANSHAH said...

CkLah

Ahah satu nya di ipoh itu shaja, kalau ada di gopeng SBPI Gopeng

IMANSHAH said...

ibuintan

Saya sokonng, tetapi susah nak bergerak sebab pengetua nak juga kita

IMANSHAH said...

nur

alhamdulillah, itu sebaiknya

IMANSHAH said...

Wahida

Memang nakal dalam perspektif mereka yang gila..segalanya gila..pangkat, mentadbir..matlamat menghalalkan cara

IMANSHAH said...

Afida

Wahah semua orang bertanya kenapa 6 jahanam..haha sukar untuk dirungkaikan

IMANSHAH said...

Fauzan

Ahah..Sepatu ni selalu beri komen yang membina

IMANSHAH said...

Kak Sonata

Itulah sebaiknya..orang putih habaq..KEEP IN TOUCH

IMANSHAH said...

James Bund

BM n Sejarah

IMANSHAH said...

Aiman

Huhu tinggal kenangan semuanya

IMANSHAH said...

izzah

Patah tumbuh hilang berganti

IMANSHAH said...

Khaifaiz

haha memang berminat menajdi penulis pun..kuikui

IMANSHAH said...

Abd Razak

Alhamdulillah, bersahabat dengan seorang yang mulia hatinya

HanaBella said...

Hurm.. So sweet.. ^_^

nur said...

ADA LINK KAT N3 TU.. KLIK JE KAT SITU

ALL IN ONE

IMANSHAH said...

hannaBella

haha apa yg sweetnya

IMANSHAH said...

Nur

Eh ada ke..ok2 nanti saya tengok

darkbatman said...

salam bro.. leh x ajar aku wt effect pic ne?

IMANSHAH said...

darkman

aku guna picasa3..upload je picasa then mudah je guna..rasanya mudah sikit dari photoshop

kembatolo™ said...

semoga tabah!

Uthman AG said...

Allah, hilang lagi satu cikgu hebat kt star. nasib baek saya sempat belajar 1tahun dengan beliau. moge selesa la kat tmpt baru

HASRUL NIZAM said...

Salam ziarah...

zaman moden ni yg jauh pon rase dekat he3... teknologi kan...

amirul said...

Salam Imanshah,

Bebanyakan sabar... khidmat anda masih diperlukan... jadi khidmat secara ikhlas... ada rezeki esok... dapatlah pertukaran itu... InsyaAllah...

aiman sanudin said...

cikgu izaheri :')

IMANSHAH said...

Kembartolo

Alhamdulillah, tabah itu sudah menjadi rencam hidup

IMANSHAH said...

Uthman Ag

Terima kasih atas penghargaan kepadanya..Biasalah manusia, hanya akan menghargai bila org itu dah tiada kan..haha

tapi cg tahu kamu tidak

IMANSHAH said...

Hasrul Nizam

Ahah, teknologi mendekatkan kita

IMANSHAH said...

Amirul

InsyaAllah, Thanks bro

DaHLia said...

6 Jahanam...
teringat pulak dekat student2ku yang fail subjek PMR tahun lepas. Memang geng 6J..


Kami pulak kat sekolah sini geng2 bujang dipanggiil GBS...skrg ni kak long dah kawin dan abg long baru tunang last week..bulan 3 ni nak langsung...adik2 dah panas punggung.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget