WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, December 28, 2010

DARI SISI YANG BERBEZA

Mood bermalas-malasan menguasai diri. Alhamdulillah, akhirnya ruang dan waktu mengizinkan sekali lagi untuk kembali bersiaran. Tajuk entri hari ini sebagaimana terpampang adalah DARI SISI YANG BERBEZA. Apa yang berbeza?? Sisi siapakah? Semuanya berkisar kepada kehidupan sendiri kerana HOK SENGOTI berdiri dari kisah saya sendiri. Makanya jika selalunya  HOK SENGOTI memaparkan sisi yang indah, yang baik dan yang  cemerlang tentang IMANSHAH, makanya hari ini saya nak kongsikan hidup saya dari sudut yang berlainan. Namun jangan bersangka buruk    kawan-kawan. Alhamdulillah, saya belum terjebak sebagai mat rempit atau perompak.  Cuba kita singkap kebenarannya melalui gambar ini :


Bersepah kan?? Selalunya meja inilah yang menjadi mangsa. Disitulah letaknya Al-quran, disitu juga letaknya makanan. Terkadang bosan dengan kelakuaan sendiri. Rasanya jika kesibukan sebagai alasan, rasanya itu bukan boleh dijadikan sandaran, kerana kita diberikan waktu 24 jam sehari semalam. Bukankah kita diajar supaya menjadikan kebersihan itu sebagai keutamaan ? 

Justeru apa kaitan sisi berbeza dengan penulisan Imanshah hari ini? Saya memiliki satu soalan untuk kita muhasabah bersama-saman.  Berapa ramaikah yang sanggup menulis untuk menyatakan bahawa hari ini AKU BERDOSA? Hampir  tiadakan? Kerana seboleh-bolehnya kita ingin menulis yang baik-baik sahaja tentang diri kita. Walau hakikatnya terkadang, apa yang dipersembahkan tidak sama dengan realiti yang kita lalui.  Kita sanggup untuk menjadi penulis skrip yang hebat merencanakan apa yang salah sebenarnya. 

Saya terpanggil menulis entri ini apabila terbaca satu kata-kata indah seorang rakan blogger yang selalu mengunjungi HOK SENGOTI, seorang guru yang berkelana di Sungai Besar, Selangor.

"Bagaimana mahu merungkai penulis? Tidak semudah pada dokumen-dokumen yang sah. Apatah lagi DNAnya, fizikalnya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya. Mungkinkah penulis ini sebuah ciptaan atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujur atau hipokritkah penulis ini? Tetapi bukankah semuanya begitu? Yang jelas dan pasti hanya pada pengetahuan-Nya..."

Saya cukup tertarik kepada ayat  JUJUR atau HIPOKRITKAH penulis ini ?? Mempunyai maksud yang cukup mendalam. Saya biarkan teman-teman merungkaikannya. Abaikan gambar di atas, ianya sekadar perbandingan antara realiti kehidupan sendiri dengan apa yang menjadi bahan penulisan kita. Jika mahu mencari khalayak pembaca yang ramai, rasanya tulislah apapun kerana keuntungannya ada di situ. Kemasyhuran, terkenal dan kalau bernasib baik pendapatan juga bisa diperolehi.  Namun, jika mahukan penulisan anda dibaca dengan hati yang paling dalam, maka jujurlah dalam menulis. InsyaAllah, kita pada jalan yang di Redhai-Nya.

Nota kaki Imanshah :-


Kepada 'dia' di Sungai Besar, saya sering membaca penulisanmu dengan hati yang paling dalam. Semoga Hok Sengoti akan terus menjadi naskah yang sederhana, yang walau hanya sedikit coretannya, namun mampu menuntun khalayaknya menjadi khalayak yang berfikir dan celik emosinya. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

42 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

....hmm, macam mana ckLah nak cari contact lens yang jatuh atas meja kau ni Shah?

khaifaiz said...

salam, bila direnung, diamati, dihalusi perenggan pertama dan kedua entri Imanshah.. Terpancul soalan kapannya akan mencari teman.. Bila lagi nih?

ckLah@xiiinam said...

Kenapa botol gam boleh duduk dekat kupiah???





;D

mR.sYaH said...

nampak mcm ada bakul hantaran.. mmg menarik kata2 dia tu...

IMANSHAH said...

wahaha

Tengok, semua diamati ya CkLah..tulah semua letak bersepah..jangan tengok bilik nanti pengsan

IMANSHAH said...

Khaifaiz

Semunya masih menjadi tanda tanya

IMANSHAH said...

Syah

Tak kot, bakul buat masuk segala mak nenek kat situ

- abdul hadi abdul muti - said...

tu la cikgu.kalau dah berbini, boleh bini tersayang kemaskan.hehe.. tu la,kadang-kadang tak semestinye status facebook or post2 kat blog die menggambarkan diri sebenar orang tu=)

nur aisya humaira said...

bakul itu bakal menjdi salah 1 brg hantaran kahh???hehhe

IMANSHAH said...

Haha Hadi2 kau memang, suka sakat saya..kehkeh

Hurm, takpa kau kenal saya kan..harap2 samalah dengan kehidupan peribadi

IMANSHAH said...

Haha Hadi2 kau memang, suka sakat saya..kehkeh

Hurm, takpa kau kenal saya kan..harap2 samalah dengan kehidupan peribadi

IMANSHAH said...

Nur Aisya

Eh tidaklah, iru bakul buruk..wahaha

Pn Kartini said...

Salam Iman:)

Don;t worry..
satu hari nanti bila dah ada 'teman'nya..mesti meja tak cam gitu lagi kan kan kan;)

eqbalzack said...

rasanya semua cikgu SBP mcm tu laa...sebab member kat STF dulu pun rumah ala2 mcm cikgu jugak...hehe

IMANSHAH said...

EQ

Pasal baju tu nanti ye..tak kesempatan..memang nak pos.

IMANSHAH said...

Puan kartini

Eheheh, haha hopelylah kan

gadisBunga said...

manusia kan suka nak cerita pasal yg indah-indah aje pasal diri sendiri...tapi fakta yang manusia ni penuh dengan perkara jelek takde sapa boleh sangkal... :)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

walaweehh...2 nme nye BZ yg amat sgt kan..

Dinas Aldi said...

Kira boleh tahan lagi la meja tu, takda la nampak air tumpah ka, nasik tumpah ka apa :)

Akak pun pemalas juga, berdosa juga, hipokrit juga kekadang *sigh* Betapa diriku penuh dengan kelemahan...

IMANSHAH said...

GB

Hahah, betol2...hanya jauhari mengenal manikam, bukan maniam tau

IMANSHAH said...

AFA

Tu namanya buat2 bz je

IMANSHAH said...

Kak Dinas

Wahaha, eh dah ada air ka??

Haha, jgn hipokrit..wehehe

Semarak Api said...

sy rs bkn hpokrit jgk ckgu..kalo mnulis di blog bermkne kite akn share dgn rmai org.mcm2 org akn bc.sbaik2nye kite kena berkongsi yg baek2 je kn..yg bruk2 jgn dcerita pd org.hehe.pndpt sy la :)

meja tu kalo lg pnjg ntah2 tikus pon bole brumh kt ctu..hehe

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

tunjukkan yg baik untuk tauladan
ceritakan yg buruk untuk sempadan

Wassalam

::FAIZ FARISH:: said...

tu baru meja, Bilik? blh tgk? hehe

IMANSHAH said...

Semarak Api

Saya tak masudkan dari segi kita nak menyembunyikan perkara buruk, tapi yang saya maksudkan kita menceritakan perkara bukan kita buat..contohnya kita tak solat, tapi kita cakap selalu bersolat tahajud..itu yg saya maksudkan..mengadakan yang tiada!!

IMANSHAH said...

Rozali, sangat setuju dengan tuan

IMANSHAH said...

Faiz

jangan nanti pengsan

~Insan Biasa~ said...

Manusia...biasalah yang positif selalu 'dinampakkan'...maka kehebatanmu terserlah gitu....

Saya? memiliki satu blog lain...yang kadang2 bila dibaca semula....macam.....eeeeaiaaii negatifnya diri ini. Dan disitu kita boleh nampak diri kita sendiri....yang baik di sini dan yang buruk di sana.

Muhasabah diri. dan perbaiki, agar penulisan disana kurang negatifnya.

hermmmmm

NuR si CiKGu RiBeNa said...

ada seni di situ..

cara penyusunan item-item membawa maksud tersendiri..

cikgu nak saya carikan..
ramai leh jadi calon.. =)

Citarasa Rinduan said...

salam..nampaknya dah 2 hari ayu tak singgah sini..
sah cikgu iman perlukan teman...karang carilah utk pelengkap diri

bagi ayu kan...apa yang terkurang ayu tak malu nak paparkan utk berkongsi bersama...
maklumlah manusia selalu ada melakukan kesilapan

Mohammad Aiman said...

Eh, jangan citer buruk2 pasal kita..

jangan buka aib yang Allah dah tutup untuk kita.. =)


saya pernah baca pasal hadis ni, tapi x ingat content nye.. =(

soffea said...

cikgu. saya setuju ngan komen encik mohammad Aiman. time sy baca entry ni, sy trus terpikir yg sama mcm encik aiman.

bercerita tentang dosa sendiri akan membuka aib sendiri. kenapa kita mahu mbuka aib kita sedangkan Allah menutupnya untuk kita, bukan? cuma mungkin jika mahu berkongsi, biarlah ianya tidak secara terang2an, ape kate org, dalam kiasan~



apepon, saya setuju. menulis biarlah dengan jujur. dan ya, moga2 ianya bermanfaat.

tibe2 sy segan sbb blog saye byk mengarut je, cikgu~ hehe.

IMANSHAH said...

Soffea dan Aiman

kalau memahami apa yang ditulis saya, saya hanya memberikan contoh sedikit tentang aku berdosa,,tetapi itu sekadar ranting sahaja. Dan saya memang memahmi betapa membuka aib sendiri berdosa apatah lagi membuka pekung orang lain..

Hubungkait antara entri dan kisah saya ialah, kita sellaunya tidak jujur dalam penulisan kita. Bukan maksud supaya membuka aib kita.Tapi yang paling penting kita tidak jujur apabila mengadakan cerita yang tiada..itu sahaja

Afida Anuar said...

Ahaa, benda pertama yang saya nampak adalah Inspiron 1420 kan? hijau tu.... saya punya inspiron kaler biru. dah masuk 3 tahun dah kut dengan inspiron ni. Masih mantap alhamdulillah..;).... ahaa, betul la tu, nanti bila cikgu shah dah berteman, insyaAllah meja tu akan menjadi meja terkemas di dunia!..woww..

Saya rasa takde salah juga, bukanlah nak buka pekung di dada. Tu kira lain, cuma harap2, kalau kita dah tulis sesuatu khilaf tentang diri secara jujur..moga ia boleh jadi pengajaran buat orang lain. Jangan buat apa yang kita buat tu. Lebih kurang macam tu la. WaAllahualam.

nunama said...

besar perbezaan jujur dgn hipokrit.
saya pun tertarik dgn persoalan kawan Cikgu tu.
ada org cakap, selalunya, apa yg ingin kita sampaikan itu semuanya ialah ilham dariNya.
hanya disandarkan kepada kita.
jgn bermegah kalau org menyukai tulisan kita.
pangkal balik, semuanya kepada Dia. :)

p/s: mmg jarang org nak buka pekung di dada. lagi2, kalau dia dikenali. ataupun punya sebab lain. wallahu'alam.

soffea said...

cikgu :) maaf andai ada salah faham. saya cuma mahu berkongsi pendapat~

Sham said...

pengakuan jujur:hari ini aku tido masa meting...huhu...

Idalara said...

kak ida rasa iman dah punyai segalanya...hanya satu yg belum lengkap..seorg suri untuk tolong kemas meja dan bilik iman yg bersepah...

ps..cantik kaler lappy iman tu...

Idalara said...

p/s menulis dari hati..menulis dari jiwa...jangan hipokrit dan menunjukkan yg baik2 saja...jadilah diri kita seadanya...

Aku Cikgu Sekolah said...

betul tu....rasenye dah tiba masanya untuk kita...he he he....tu ko belum tengok keadaan dalaman keta aku...bila org nak tumpang mula la sebok kemaskan brg2,kertas, buku etc..:)

Irwan said...

Salam Hok Sengoti

Seorang penulis pada mula menulis memang sekadar ingin berkongsi apa yang terbuku dalam hatinya. Cerita yang ditulis biasanya adalah cerita benar (walaupun dalam penyampaian yang boombastik) ataupun yang bersifat peribadi. Tapi lama kelamaan, desakan menghasilkan sesuatu yang baru dan unik akan mengubah objekif penulisan ini kepada pelbagai. Maka terhasillah penulisan yang bersifat cerita rekaan atau lawak atau ada juga yang merapu sampai tahap nak jadi troll atau toyol dalam blogosphere.

read more...

http://aderberani.blogspot.com/2011/01/omen-kepada-dari-sisi-yang-berbeza.html

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget