WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 23, 2010

EH ADO PANTUN - SEGMEN MARI BERKENALAN

Atas dasar tidak mahu menghampakan, saya menerima jemputan dari ARETIKZ untuk menyertai satu segmen Mari Berkenalan yang dianjurkan oleh CIKGU AKIM. Dalam segmen ini saya dikehendaki menjawab beberapa soalan. Untuk menampakkan sedikit kelainan, maka saya nak berpantun sikit .Haha, boleh masuk pertandingan pantun ni. Kesemua pantun dicipta dalam masa 15 minit. tak percaya?? Belahlah dada hamba...


1) Apakah status anda 

Kalau pergi ke Pekan Kajang
Belikan saya kuahnya rojak
Diri ini Alhamdulillah masih bujang
Walau sikit ada terlajak

Turunnya hujan habislah basah
Sambil berlari sambil berenang
Sesiapa  terpikat saya tak kisah
Silalah terus masuk meminang

Nota : Dengar tu, takut nanti ramai lak yang ketuk pintu rumah malam ni. Hehe..



2) Ceritakan tentang diri anda 

Kuala Sepetang tempat bertemu
Memadu kasih uda dan dara
Menjadi guru menabur ilmu
Membentuk modal insan untuk negara

Tanam terung bersama lada
Tanam juga pokok tebu
Anak sendiri belumlah ada
Anak didik sudah beribu


Nota : maknanya kerja hamba ni pendidik, dah beribu anak murid hamba ada., anak sendiri coming soon..bila tu ye?



3) Ceritakan tentang blog anda


Kalau makan si buah ceri
Buang tangkainya di hujung tanjung
Hok Sengoti nama diberi
Pilihan sahabat untuk berkunjung

Anak ayam dimakan tenuk
Ketakutan juga burung merpati
Andai sudi untuk menjenguk
Jangan lupa Hok Sengoti


Nota : Blog ini namnya Hok Sengoti. Jangan malulah teman-teman nak singgah, hamba tak mengenakan bayaran, jauh sekali nak saman kalau singgah di blog hamba.



4) Apa pandangan anda tentang dunia blog?


Sembahyang subuh dua rakaat
Jangan lupa mengajak teman
Dunia blog banyak manfaat
Ukhuwwah dipupuk zaman berzaman


Nota : Banyak manfaat berblog ni, antaranya ukhuwwah dapat dipereratkan..huhu carik jodoh le tu..hehe



5) Nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak wat blog


Orang asli menjual bertih
Dibeli orang buahnya petai
kepada teman baru bertatih
Jangan sombong pada si otai


Nota : Tak faham-faham ke, kalau baru dalam dunia blog, hormatlah senior atau otai, tak tahu, kena lah bertanya..selalulah sapa menyapa, amalan mulia tu.



6) Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda


Terbang sekawan burung merpati
Mari hinggap di atas kain 
Andai berkunjung ke Hok Sengoti
Pasti lain dari yang lain

Nota : Well blog ini hamba rasa uniknya kerana lain dari yang lain. Entrinya mengesan jiwalaraluka semua ada. Chewah.


7) Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?


Kalau tuan hendak ke medan
Mari menyusur Sungai tahan
Selagi nyawa dikandung badan
Hok Sengoti terus bertahan


Nota : Sampai mati le gamaknya, atau sampai mata rabun dah tak boleh nak menaip..

Tag anak-anak muridku




Nota kaki Imanshah

Pantun ini tidak memenuhi spesifikasi pantun yang gramatis dan indah. Harap maaf para pejuang bahasa. Semoga tuan punya blog berpuas hati dengan entri ini.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

65 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

cikgu

sangat uniklah..cikgu jawab segmen jom berkenalan nie
ayu suka pantun-pantun cikgu

tang soalan satu saya dah senyum hingga pipi...

IMANSHAH said...

Ayu, haha, saje jelah, lain dari yg lain sket..asek yg sama jo kan, nan hado..huhu

eh nan hado tu apa, tengok ramai blogger dok guna word ni

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

tahniah cikgu

'Andai berkunjung ke hok sengoti
pasti lain dari yang lain'

memang ada kelainannya

Wassalam

Aretikz said...

Hehe.. trimas sal terima tag itu.. hehe.. Pergh ~ ni lagi lah.. pantun gitu..

Hensem rupa paras dirimu
Jangan men2 nanti ada tercintun
Belum jumpa belum kutemu
Menjawab segmen dengan berpantun

Rosak pantun.. ahakz..

Afida Anuar said...

Terbaik Shah...

ni buat pantun on d spot ke? respek la...

PS: betul ke tak kisah klu ada orang masuk meminang ni?:P

IMANSHAH said...

Rozali

Terima kasih tuan, menulis sekadar melepaskan gian je..haha

IMANSHAH said...

Aretikz

tulah, kamu lagilah jawabnya dengan interview Juliana Evens lagi..tak menahan

IMANSHAH said...

Afida

Ahah, kejap tadi, alah biasa2 je, pantun merapu memang senang..

ahaha, ada ke nak masuk meminang

mR.sYaH said...

wah mmg lain dari yg lain.. bestlah pantun cikgu..

IMANSHAH said...

Mr Syah

Pantun kan budaya melayu, kita kenalah siram agar terus subur..perlu baja, agar terus merimbun

al-lavendari said...

Sembahyang subuh dua rakaat
Jangan lupa mengajak teman
Dunia blog banyak manfaat
Ukhuwwah dipupuk zaman berzaman.


Sembahyang subuh dua rakaat
Jangan lupa mengajak teman
Dunia blog cari sahabat
Buat teman sepanjang jalan.

IMANSHAH said...

Cantik juga pantuan tuan al-lavendari

tq

NuR si CiKGu RiBeNa said...

amboi cikgu
mantap aih pantun di atas tu..

hehe

Muhamad Zaki Zafir said...

Terkejar-kejar si pakcik posmen
Pedih kakinya tersandung kayu
Singgah sebentar untuk berkomen
Menikmati indahnya pantun Melayu

lama tak berpantun ni.masa sekolah rendah je dulu2.nice entry cikgu. :)

IMANSHAH said...

Nur

Alahai, pantun malam khamis..dah jawab ke pertanyaan saya kat blog Nur?

IMANSHAH said...

zaki

anda juga hebat berpantun..haha

soffea said...

wah. berbakatnye cikgu iman. lain dr yg lain nie. hehe.

Mr.Ix said...

sungguh moden-klasik pantunya...

IMANSHAH said...

soffea

saya sentiasa berfikir diluar kotak penalti..huhu

mood bola sepak MAS lawan Indon

IMANSHAH said...

Mr Ix

Modern-klasik diadun menjadi pantun yang versetail..cewahh

Reedzuan_oNe said...

Salam..wah...hebat pantun..siap leh memerah otak ag tuh..caya lah..!..btw, thanks cz follow..dan saya follow anda blik..hehe salam perkenalan

IMANSHAH said...

Reedzuan

Haha tulah mmerah otak sambil mmerah limau ni buat jus..anyway thanks

hazlin said...

nasib baik tak kena tag..
huhuhu..

suka baca pantun..

IMANSHAH said...

Eh nak tag ke, boleh saya tuko..hehe

Kalamhati said...

Anak itik turun ke sawah
Hebat pantun cikgu kita ni ewah-ewah


hihi pantun dua kerat hentam keromo

:Cikgu Akim: said...

fuhhhhhhhhhhh..terketar2 saya baca..cikgu anjurkan la segmen pantun plak..kui3..

btoi sangt hebat!tak sanggup nak belah dada cikgu..mmg hebat!saya tak pandai sangt berpantun...

Indah sungguh negeri kelantan
Rakyatnya baik lagi berbudi
Kalau Rakan nak baca pantun
silalah jenguk hok sengoti!

salam pendidik ya..doakan saya berjaya posting cam cikgu gak..

salam perkenalan dri bakal guru sains pertanian n biology!

IMANSHAH said...

Kak Wan

Takpa tema malam ni mari berpantun

IMANSHAH said...

Cikgu Akim

haha, memang sah tema pantun malam ni.
InsyaAllah akan berjaya menjadi pendidik yang hebat nanti!!

fadzilah said...

hebatnya cikgu..pandai berpantun....hati2 cikgu, nnt mesti ramai dtg meminang cikgu...hehehhe, maklum la, bujang lagi.

Adinda Amy Sensei said...

ewahhhh berpantun pulak cikgu kite sorang nih..hehehhee

IMANSHAH said...

Fadzillah

Saya hanya bergurau di malam hari, tapi takut juga kalau terjadi, pasti hamba melarikan diri, bertahun-tahun hamba sembunyi..

IMANSHAH said...

Cik Amy

Pantun anak dagang, biasalah..dah balik sarawak ka

Adinda Amy Sensei said...

ermm...belomm lagi.....masih bersantai di sini...hehe

errr...tu zaiton sameon...tapi ade ayatnya yang saya tukar sikit kasik lain..hehe..

IMANSHAH said...

Amy

Ahaha zaitong Sameong..betul2..kabut Setangkai Mawar

Adinda Amy Sensei said...

siang ke zaitong samoeng awok kabo gitu ke ye...hehehe

IMANSHAH said...

Amy

haha, oghang Tganung sebuk gitew

Adinda Amy Sensei said...

tok rokkk gini awok gak..hehe

IMANSHAH said...

Haha rok2 kena dengor lagu lefthanded la, lagu zaitong samiong jiwang

sekamar rindu said...

salam..

memang sangat unik...kak ayu..

hebat cikgu kita ni..:)

Sepatu Hijau said...

salam...

sedap dia berpantun :)

eszol said...

for everyone information

cikgu saya ni mmg hebat berpantun

selalu jadi mc majlis

syabas cikgu

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Bagus juga, menghidupkan pantun pada zaman yang dah begitu canggih ni..

IMANSHAH said...

Sepatu Hijau

Jom pantun+

IMANSHAH said...

Eszol

Eh jgn promote..malu den

IMANSHAH said...

Wsalam ustaz

Alhamdulillah, saya selalu berpantun juga dalam majlis2 rasmi sekolah

ibuintan said...

Pergi ke pasar membeli udang,
Udang dibeli bersama Suraya,
Bujang bukan sebarang bujang,
Bujang idaman gadis se Malaya.

~Insan Biasa~ said...

Masak ranum buah rambutan,
Pastinya enak dibuat jus;
Meriahnya pantun sahut-sahutan,
Pusaka melayu dijunjung terus.

DaHLia said...

wahhh dengan pantun lagi tu :D
selamat berkenalan

Ujang9897 said...

anda di tag..sini

http://azfar9897.blogspot.com/2010/12/potong-kulit-kote-sunat.html

SiNoMoSa said...

Salam Cikgu Iman,

Salam perkenalan jugak lah dari pantun2 tuh hehe

Amy Syaquena said...

As'salam...

amboi siap berpantun gitu tapi serius memang lain daripada yang lain..salam perkenalan ye...

Pencacai Alim said...

aku mau jadi anak murid ko bleh?

Suhami Ahmad said...

ATok suko pantun ni...nak mintak tolong ajar...nak...nak...hihi

:P

Suhami Ahmad said...

wa, atok suko pantun ni...
atok nak blaja! nak! nak!....hihi

:P

IMANSHAH said...

ibu Intan ini jawabnya

Kalau menanam pokok kandis
Jangan lupa pohon celagi
Bujang Semalaya idaman gadis
Tapi satu tak lekat lagi

IMANSHAH said...

Insan biasa

kalau berkolek ke hujung tanjung
Jangan lupa membawa teman
Pusaka Melayu terus dijunjung
Warisan watan zaman berzaman

IMANSHAH said...

Dahlian

thanks, salam perkenalan

IMANSHAH said...

Ujang

Ayo, tag apekah

IMANSHAH said...

Sinomosa

Macam tak kenal, nak berkenal-kenal lah pula

IMANSHAH said...

Amy

haha saja mencipta kelainan..saya suka lain dari yang lain

IMANSHAH said...

Pencacai Alim

Bisa sahaja, aku ngak ada masalah

IMANSHAH said...

Suhaimi

Atok2..patutnya Atok lagi pandai pantun

Haziq Janudin said...

amboi...
siap ada tag untuk teman...

Terima kasih, daun keladi,
Esok lusa, buatlah lagi.

haha...

nub said...

alamak!

den fobia kena taq lah..
(taggophobia)


hahak

hana said...

waa..
mnarek tu pantun..
hehehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget