WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, December 25, 2010

EH BETULLAH, AWAKKAN KULI

Pagi tadi berkesempatan untuk berbual-bual dengan seorang sahabat lama saya yang sangat rapat sewaktu di bangku persekolahan dulu melalui FB. Sudah jarang bertemu selepas masing-masing membawa haluan sendiri. Kami selalu juga berbual-bual di FB, cuma sejak akhir-akhir ini saya jarang berpeluang bertemunya di FB.

Antara isi kandungannya ialah :

Salam Shah, lama tak nampak..sihat ke?..dia memulakan perbualan.

Saya sihat.Saya jarang on9. Awak cuti ke..?..balas saya.

Eh, tak adalah. Saya kan kuli, bukan macam awak, selalu cuti dan besaar gaji...aik tetiba dia macam perli kita lak.

Eh, awak ni, selau macam tu kan. Kuli ke, pegawai ke..sama je kan. Manusia juga...seperti biasa saya memujuknya.

Saya nikan kuli, bukan graduate macam awak..ai mengungkit lagi.

Ahah! Betullah awakkan kuli, sebab tu tak pandai nak kawal emosi kan.. Saya cuba menduga dan  mengikut rentaknya.

Terus dia senyap, dan tak lagi membalasnya. Saya mohon maaf kepadanya selepas itu, dan sehingga sekarang dia tidak membalasnya. Tidak mengapalah, yang penting saya dah minta maaf. Tak sepatutnya saya mengeluarkan perkataan tersebut. Namun, kadang-kadang, yalah manusia, kalau selalu macam tu, siapa yang tak beremosi. Selalu sangat dia merendah diri bila berbual, bukan itu sahaja, selalu memerli dengan perkataan yang kurang enak didengar. Saya agak rungsing kerana telah melukakan hati seorang sahabat. Dah berbuih saya menasihatinya supaya yakin dengan diri sendiri dan jika berpeluang, terus meningkatkan taraf hidup. Namun, dia dengan caranya juga. Dah puas merajuk tu eloklah.

Sebagai manusia yang sama sahaja di sisi Allah,  saya mahu bersahabat dengan semua orang di dunia ini. Tidak kiralah beliau seorang wakil rakyat, tukang kebun, peguam, jurutera, guru atau sesiapa sahaja kerana ukhuwwah itu indah, jika kita bertemu dan bersahabat kerana Allah. Allah berfirman :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku (bermacam bahasa, budaya dan kulit) supaya kamu saling kenal mengenal (saling bersahabat,saling belajar, berdagang, dan saling bantu membantu dalam berbuat kebajikan). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS.49:13).



Nota kaki Imanshah : 

Sesungguhnya pada pandangan Allah, hanya hamba-Nya yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat syurga-Nya. Allah tidak memandang paras rupa, pangkat mahupun kekayaan sesorang. Bersama-samalah kita menginsafi betapa di saat kematian kita nanti, hanya kapan putih yang akan bersama kita. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

60 GENTA RASA:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

semua nye same di mata-NYA...

apezs shah said...

haish kenapa mcmtu pulak dijadikan isu.... Kuli atau pegawai semua sama. Lainlah kalau syarikat sendri..;)

IMANSHAH said...

Eh di mata manusia, sapa lagi ensem kau ke aku fauzi..hehe..gurau jerk

IMANSHAH said...

Apez Shah

alahai manusia kan, ada sifat malu nyer bila lihat kawan2 berjaya

ckLah@xiiinam said...

ckLah pun kuli......

;D




(Adalaaah...tadi ckLah ngumpat awak dgn Haji Yasin...cakap Jawa lagi....cikgu Shahrom...)

IMANSHAH said...

Haha


Namapun salah, Cg Yassin tak tau nama sebenar kita..main hantam sajalah tu..

ckLah@xiiinam said...

Ya lah,ckLah yang salah lah...sebab masa menulis tadi ckLah tiba-tiba teringat Shah Rukh Khan....tu yang tertulis shahrum tu...nama awak memanglah bukan Shahrum kan...mana boleh tinggal gelaran YM Tengku tu...



Hihi

Mohammad Aiman said...

kawan lelaki atau perempuan?

hek hek....

Muhamad Zaki Zafir said...

kalau kita tak berusaha nk ubah nasib sendiri,sampai bila2 pun kita berada di takuk yg same je.

sudahlah tidak mahu berubah,apabila dinasihat ego pula.pandai2 lah nk hidup klu mcm tu.

IMANSHAH said...

kawan lelaki..

IMANSHAH said...

ckLah, haha kena ada YTM, oklah tu..cepat sebut..Ampun Tuanku

IMANSHAH said...

zaki

Wahaha, pedas tol

fadzilah said...

kwn2 ni mmg ada mcm2 ragam...mesti dia terasa hati tu..semoga semuanya akan ok balik kan!

IMANSHAH said...

Fadzilah

Tulah, saya pun sebenarnya bosan dah, tu saya bagi ayat sentap sikit tu

kakcik said...

Tukang kira biji kopi yang seorang ini juga ingin berkawan dengan sesiapa juga yang sudi tanpa melihat kepada status atau darjat dan pangkat... :)

Azmi said...

haha..macam kelakar pulak...
ada ke macam tu skali..tak pe lah man...kau dah mintak maaf pun kan???

IMANSHAH said...

Kak cik..sebenarnya saya masih belum lagi faham, dari dulu tukang kira kopi..macam mana tu yek..hehe

kita kawan!!

IMANSHAH said...

Azmi

Haham jahat kan ayat aku..yeah, mintak mahap kenalah, kita buat salah, terasa dia

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Agaknya dia terasa tapi dah minta maaf takpe..

IMANSHAH said...

Abdul Razak

Betul ustaz, dia terasa..selalu macam tu..hehe

Dinas Aldi said...

Kadang2 bosan jugak bila orang suka merendah diri secara over, cakap perli2 plak tu. betul cakap Iman tu, di mata Dia, kita semua sama saja tak kira pangkat besor atau kecik, boss atau kuli.

gadisBunga said...

salam,
di mata Dia kita semua dijadikan untuk menjadi Khalifah di atas muka bumi. tiada bos tiada kuli. kerana bos yg sebenar hanyalah Dia dan kite adalah hambaNya...lebih hina dari kuli.

IMANSHAH said...

kak Dinas

itu kisah org yang terlalu merendah diri, lain lak kisahnya bagi orang yang suka mendongak ke langit..huhu

hidung tinggi

IMANSHAH said...

Gadis bunga

Tidak Dia jadikan jin dan manusia , melainkan untuk beribadat kepada-Nya

Citarasa Rinduan said...

SEBENARNYA kes cikgu nie sama mcm ayu

ada kawan yang kurang keyakinan...saya bantu naikkan semangat, walhal saya tak ada niat lain..

tiba2 dia remove saya dr fb,,,

saya faham mungkin dia kurang senang akan kelebihan saya mengeluarkan nasihat..

syukur, sekarang dia dah sedar....berjumpa dan berbual nyata lebih molek dr beronline

IMANSHAH said...

Wsalam Ayu

Hurm, mungkinkah Ayu lebih julita??haha

baguslah begitu, kesian ayu kena remove..Bantu membantulah sesama rakan

Mr.IX said...

macam cerpen/novel la entry ni...hehhee

IMANSHAH said...

Mr Ix

Wahaha, ni kan penulis skrip filem terbaik Anugerah Skrin

sahromnasrudin said...

kalau setakat makan gaji ( termasuklah aku), dia KSU ke PAR ke sama aja..lain la kalau seorang usahawan, dia boleh warisi empayar perniagaan kpd anak dia..kalau KSU takkan dia nak warisi kementerian kat anak dia????hahahahah

IMANSHAH said...

Sahrom

kau betul..tapi Tun Abdul Razak warisi malaysia kat Najib..macam mana tu?

~Insan Biasa~ said...

saya pun ade pengalaman macam tu....
dah bosan,saya kata padanya begini:

"kalau kau cakap macam tu lagi, xpayah kawan dengan aku lah....."

heheh....sampai sekarang xde dia merendah diri malampau di depan saya lagi....dan kami masih kawan baik.

setiap dari kita ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. hidup kenalah pandai2 sesuaikan dengan kelebihan/kekurangan yg ade....so sling menutupi apa2 yg terkurang..tak gitu?

IMANSHAH said...

Wahaha

Insan biasa memang besh..tahniah!!!

boleh amik dialog tu

ijatnuar87 said...

btol tu...ader ramai gak kawan2 yg cakap camnih...terlalu merendah diri,smpai kadang2 terpaksa perli2 mereka...walaupom mereka terasa hati, tepi kurang2 mereka sedar,yg rezki tuhan bagi sama jek,yg pnting usaha...& tuhan xpernah tgk smada kiter kje besar atau kecik...

IMANSHAH said...

Erm Tapi kita kena bgitahulah depa Ijat,,kita marah bersebab,kita tegur bersebab kan..

ijatnuar87 said...

yup...btol tu...tapi jarang yg mendengar...diorg biasa menyalahkan takdir...wat2 ayat sedih,pastu blah camtu...memang terasa amat geram & sakit ati...

IMANSHAH said...

haha ayat2 sedih yg tak tahan tu..bagi lempang jer..hehe

ijatnuar87 said...

lempang?silap aribulan putus kwn,hehehe...

kak wan said...

Iman...,
Jangan susah hati ...orang yang macam ni sebenarnya beridentiti terbalik @ cam budak - budak , mulut merendah diri hati minta dipuji..
Cuba awak puuuji je dia manjang...seronok betul dia melayan awak.

IMANSHAH said...

ijat

haha, ye2..ntahlah,kawan aku tu terus senyap..hehe..takpe lah kawan jelah ngan orang yg kurang sengal sikit

IMANSHAH said...

Kak wan

macam tu ka?ok2 nanti sy puju..ala intan payung , cantik, macam lisa surihani gitu..haha

thanks for tips

~Insan Biasa~ said...

hahaha....
"aku tampor kang...."

sebenarnya ade dihadapan dialog yang saya sebutkan di atas....

menjadi beb....tapi memula tu memang la dia majuk....pastu ok dah sampai la sekarang....bila diungkit balik...dia pulak soal saya...

" eh, ade ke ko ckp mcmtu ?"

hehehe dia lupa sudah....saya, takkan lupa...

IMANSHAH said...

owh haha nak tampo ke, anak orang tu..haha acah je kan..tak sampai hati pun..

Apapun, manusia kan macam2 cara...yg rendah diri, dengan cara dia, yg terlebih bangga diri pulak dengan feel dia

~Insan Biasa~ said...

hahahha...a'ah
xkanlah nak tampo...cuma ianya menggambarkan betapa geramnya dengan rasa rendah diri yg dia tunjuk tu...

manusia memang pelbagai ragamnya. sangat setuju.

ijatnuar87 said...

bukan sengal,cuma mungkin terkejut...trauma lagi tu,hehehe...xleh nak terima lagi...

IMANSHAH said...

Insan Biasa

haha, ye betul2...kasik gertak sikit

IMANSHAH said...

Jat

nampaknya kau sudah jatuh cinta ngan blog ni..haha, gurau je.

anyway, nantilah aku msg lagi dia..

Hasrol Nizam said...

ada juga kwn mcm ni. kdg2 percakapan tu mmg kena jaga sagat2 supaya tak sakitkan hati dia..

Afida Anuar said...

Kuli ke bos ke, perdana menteri ke...semuanya sama shah...kecuali iman di dada...

PS: pernah juga terjadi, tapi bukan kes kuli bos la... Niat saya nak bergurau, tapi dia terasa betul2...adoii susah jugak nak jaga orang yang mudah sensitip ni.

IMANSHAH said...

Hasrol Nizam

Memang selalu jaga, tapi kali ini ingat nak buat ayat sentap sikit, tapi xda niat apa, melainkan nak sedarkan dia

IMANSHAH said...

Afida

Tulah,rambut sama hitam, walau ada macam2 jenis, kita boleh nampak lagi bentuk fizikal dia, tapi hati??sapa berani nak menduga..hehe

eelobor said...

saya pun kuli dan hamba kepda NYA

IMANSHAH said...

eelobor

samalah kita

Pencacai Alim said...

janji rezeki ada barakah..itu dh memadai

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Kadang-kadang rakan2 selalu berputus asa kerana kurang perhatian dan tiada penghargaan dari pihak atasan.

Penghargaan walau sedikit amat penting untuk meningkatkan motivasi pekerja bawahan. Jurang kedudukan juga elok tidak terlalu dijarakkan.

TQ

IMANSHAH said...

Pencacai Alim

Ya betul, rezeki mau halal, akan menjadi darah daging anak beranak nanti

IMANSHAH said...

Salam Admin

Saya setuju..saya lihat di sekolah saya, juraang antara pekerja dan guru sangat jauh

ijatnuar87 said...

mmg dah jth cinta la...entri2 panas nih,hehehe...cuba,jgn tak dicoba,hehehe

IMANSHAH said...

Ijat..haha haha, kamu udah follow aku kah??

ijatnuar87 said...

iyurp....dah folow dah...hehehe

IMANSHAH said...

Ijat Tq

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget