WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, December 31, 2010

HAMIL SEBELUM NIKAH

Menghampiri penghujung tahun 2011, selain dari berazam untuk menjadi Hamba-Nya yang lebih bertaqwa, aku rasa nak fokuskan kepada satu azam yang inilah. Aku syak aku mewarisi kegemaran yang ini dari arwah ayah aku. Bukan apa, aku lihat sewaktu hayatnya, ayah seorang penggemar minuman manis. Balik solat subuh dari masjid, teh o bujang akan dicarinya. Jam lapan pagi, sebelum turun ke sawah, singgah dulu mengeteh di kedai kopi. Makan tengah hari mesti bersulamkan air teh juga. Malam, pun skrip yang sama diulangi. Kadang-kadang kalau ada sedikit makanan petang yang dimasak, pastinya juga mesti dihidangkan sebarang segelas dua air teh.

Dan kini, sebagai anak lelakinya, aku merasakan aku mewarisi sindrom yang sama. Suka minum minuman manis. Sarapan pagi hingga ke makan malam, mesti bersulamkan air manis. Pada mulanya hanya disebabkan aku malu nak minum air suam di kedai. Konon-kononnya berlagak seperti orang kayalah. Lama kelamaan ianya menjadi satu tabiat. Stok milo, nescafe 3 in 1 pun bersepah di rumah. Bukan apa, di saat usia semakin menganjak ke fasa yang lebih banyak, rasanya perlu lebih serius menjaga kesihatan diri. Seorang kawan pernah berpesan supaya jangan makan nasi bersulamkan air, kerana dikhuatiri akan menjadikan seorang itu 

HAMIL SEBELUM NIKAH.

Haha, apa maknanya tu, buncit lah kan. Dan ternyata kata-kata beliau benar sama sekali kerana trend  perut aku saban hari menampakkan ada perkembangan yang postif lagi nyata bro!! Hehe. Sempena pagi jumaat ni, aku nak  share beberapa produk yang menggunakan kandungan gula yang banyak. TSP tu maksudnya sudu teh. Sumber diambil dari SYAFRIZAL.NET.




Kalau belum ditetapkan lagi azam baru tahun ini, aku syorkan masukkan sekali azam seperti aku ni, sebagai salah satu azam kawan-kawan, amacam?? Yang MEROKOK tu bila lagi ye??

Nota kaki Imanshah : 


Baru je berazam, dah kacau milo tadi..Hehe.tidak mengapa  azam tu untuk tahun depan.Hari ni pekena teh tarik mamak barang segelas dua.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Aku Cikgu Sekolah said...

ramai orang kata driver lori ramai yang buncit pasai hari2 travelling...abih aku nak travelling jauh tiap2 hari ni...camne yer...cuak der...he he he

IMANSHAH said...

Aku Cikgu Sekolah

Yeke..tapi depa travel beratus2 km, dan duudk je..hang berjalan sana sini

Citarasa Rinduan said...

salam

selamat pagi cikgu
hehehhehe....mula2 agak cuak dgn tajuk..but memahami apa yang cikgu maksudkan time tabiat cikgu yang suka ulam air dan minum manis2

all the best yer...harap2 cikgu berjaya..

PS: minum yang terbaik selepas makan adalah 10 minit selepas suapan terakhir...

Aku Cikgu Sekolah said...

ok2...lagipun tahun depan bilik guru ku di sini berada di tingkat 3...boleh cover balik...ha ha ha

IMANSHAH said...

Ayu

Thanks ye..ini tips dari toke Citarasa Rinduan yang terkenal itu..

Thanks sekali lagi

IMANSHAH said...

Aku Cikgu Sekolah

Mok tinggi nye...InsyaAllah pilihan hang tepat seratus peratus..Akan kau temui sinar di sana

::FAIZ FARISH:: said...

baru minum vitagen tadi.. hehehe

2.7 tsp

ckLah@xiiinam said...

....dan apakah jumlah bayi yang dibuang akan meningkat 9 bulan dari tarikh malam ini?

Na'uzubilah....

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu.
Em, molek la tuh. Salah satu azam baru untuk upkan kesihatan. Bersesuaian sekali dengan opsyen 2011 mahu 'terus hidup'~

Tambahan: Jemput minum nescafe 3 in 1 plus susu nespray.

khaifaiz said...

Sedapnye minum coke time tgh hari.. boleh menggamit jiwa seketika

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ya cikgu, kita merancang untuk kesihatan tubuh badan kita sendiri agar kita sihat dan mudah melakukan ibadah...

nunama said...

Bahaya ni Cikgu.
kena jaga kesihatan.
dikhuatiri diabetes lak nanti.
Isyh3. Merana di kemudian hari.

ikan emas said...

salam pagi..

pagi ni dah pekena nescafe milk 3 in 1..jap g nak apa pulak ntah..

tp perlu diingat jg..badan ni pun perlu gula jg.

biar manis di hati dan dimuka !!

SELAMAT TAHUN BARU 2011

eszol said...

sesungguhnya memakan dan meminum yg manis itu amatlah di galakkan nabi

usahlah terpedaya dgn dakyah2 barat atau kerajaan yg menyuruh mengurangkan gula dlm diet

walaubagaimanapun,yg berlebih-lebih itu amatlah tak digalakkan

Ujang9897 said...

azam hangat2 taik ayam..hahahah

Qamarul said...

naseb baik aku jage kesihatan...

REPUBLIK N9 said...

target gua: nak tutrn berat badan lagi 5 kilo he3... baru lagi laju lari bile gua layan futsal hari2 he3...

tapi bab rokok tu susah la sikit, nak berenti terus tu susah, buat permulaan ni kurangkan dulu...

Tukang cerita said...

pastikan azam jgn tinggal azam je ye....

:)

Afida Anuar said...

Ok..buktikan cikgu shah... setahun lagi bunc tu dah takde yer...hehe.

bahaya gak tu kalau banyak sangat minum air manis. Apa kata ganti minum air masak banyak2 pulak. Lagi satu, tips nak jaga perut, minum air masak/suam setengah jam selepas makan. Jangan terus minum. InsyaAllah seramping perut kerengga jadinya nanti..errr...

selamat mengempiskan perut! ...err..hehe

Semarak Api said...

sy suke minum air 3 in 1 pon still taruk susu pekat.hoho..

azam nk kurus tiap2 thun msuk list tp tiap2 thun jgk carry forward blk.xpnh jd.haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget