WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, December 26, 2010

HOK SENGOTI : SEMOGA TERUS BERTAHAN

26 Disember 2008 merupakan tarikh yang akan sentiasa mekar dalam ingatan kerana saat inilah, HOK SENGOTI memulakan siarannya. Sedar tak sedar, HOK SENGOTI kini genap berusia dua tahun. Ironinya jika blog ini ibarat bayi, maka seusia dua tahun bayi ini sudah boleh berjalan. InsyaAllah, permulaan kepada langkah yang seterusnya iaitu untuk berlari-lari anak.  Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Ilahi Rabbi atas kekuatan yang diberikan untuk saya terus menulis. Kerana saya cukup sedar betapa kebolehan atau keistimewaan seseorang untuk menulis, hanyalah pinjaman Allah semata-mata, makanya saya cuba berkongsi idea, pengetahun dan pengalaman bersama teman-teman. 

Menyoroti sejarah kelahiran HOK SENGOTI, ianya lahir dari sifat tebal dan semangat kental diri saya seorang pendidik. Seorang bekas pelajar saya meminta saya menjadi seorang blogger kerana ingin mengetahui berita tentang alma mater yang telah mereka tinggalkan. Makanya banyak posting awal saya dahulu berkisar kepada aktiviti-aktiviti sekolah. Bermula dari situlah, saya tidak lagi memandang ke belakang. Alhamdulillah, khalayak yang paling ramai mengunjungi HOK SENGOTI adalah murid-murid saya. Seperkara yang saya kira perlu diperjelaskan adalah keinginan saya untuk terus mendidik bekas-bekas anak murid yang telah meninggalkan saya melalui blog ini. Walau di mana mereka berada, saya kira tanggungjawab itu masih boleh diteruskan. 

Menginjak usia dua tahun, HOK SENGOTI terus bertahan, dan kini lebih universal. Tidak lagi hanya menumpukan perhatian terhadap kisah-kisah di alma mater saya sahaja kerana khalayak HOK SENGOTI juga turut berubah. Alhamdulillah, perubahan ini mematangkan saya, dan saya berpeluang untuk bertemu dengan pelbagai jenis ragam penulis di alam maya ini. Mengapa HOK SENGOTI..? Seringkali persoalan diajukan oleh teman-teman dan khalayak yang berkunjung ke daerah ini. Kadang-kadang hilang huruf I di belakang. Dan saya menerima reaksi pelbagai, ada yang sebutnya HOK SENGET, HOK SENGOT..Dan ianya sering menguntumkan senyuman buat saya. Sebagai insan marhain kelahiran Kelantan, saya ingin mengekalkan identiti negeri kelahiran saya,, negeri tanah serendah sekebun bunga ini. HOK SENGOTI merupakan dialek kelantan yang bermaksud YANG BETUL/BENAR. 

Terakhirnya, entri ini saya tujukan khusus buat teman-teman samada follower saya yang baru menjangkau 483 orang, terima kasih kerana sudi menjadi pengikut setia HOK SENGOTI. Kadang-kadang saya tidak mampu untuk menjadi follower kalian kerana bilangannya terhad. Kepada pengunjung yang sentiasa meninggalkan jejak dan komen, saya ucapkan terima kasih kerana andalah sahabat terbaik untuk saya. Bertemu sungguh indah, berpisah tidak gelisah. InsyaAllah seboleh-bolehnya saya akan terus membalas komen anda di teratak kalian. Begitu juga buat, pengunjung senyap saya yang sentiasa datang menjenguk, namun tidak meninggalkan apa-apa jejak, cukuplah, itupun sudah besar rahmat untuk saya. Dan buat pelajar-pelajar saya yang juga turut menjadi inspirasi saya menulis, terima kasih atas sokongan kalian. InsyaAllah, walau kalian jauh di mata, namun ilmu yang manfaat itu, tidak akan terputus.

Dan terakhirnya, jauh di sudut hati saya, sebagai seorang pendidik dan juga blogger, saya ingin melihat HOK SENGOTI terus hidup dan bertahan, bukan kerana saya, namun kerana khalayaknya. Saya akan tetap IMANSHAH yang kalian kenali dulu. Saya juga ingin menghulur salam kemaafan buat semua pihak yang tidak senang dengan cara HOK SENGOTI dipersembahkan. Sejujurnya, saya tidak punya kemampuan utnuk memuaskan hati semua pihak. HOK SENGOTI adalah naskah  peribadi , dan tidak sesekali mewakili aspirasi dan kepentingan mana-mana pihak. Saya tidak sesekali memaksa mereka yang tidak sealiran dengan HOK SENGOTI untuk terus menjadi khalayaknya.  


Buatmu kalian  semua, saya dedikasikan kata-kata ini :

Terima kasih sahabat
Kerana mengizinkan aku berteduh
Di bawah payung kasihmu
Merelakan aku menyulam mesra
Dalam benang persahabatan
Membiarkan aku mewarnai catatan memori
Pada kertas kenangan
Terima kasih
Kerana mengibarkan  panji untukku
Berlindung dari hujan kebimbangan
Menadah perahu setia
Untukku melayar duka
Dari luka yang tidak terhingga...



Nota kaki Imanshah :-

Seminggu lagi saya akan menyambut ulang tahun kelahiran. Betapa hari istimewa ini hadir    bersama ulangtahun HOK SENGOTI. AYU, birthday saya sama dengan ENCIK ZALIE..hehe


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

78 GENTA RASA:

Bapak said...

selamat ulang tahun kedua Hok Sengoti!

azzey said...

imanshah: selamat ulang tahun ke 2 blog awak. keep on blogging....

♥khairunnisa ar alhan♥ said...

salam...baru follow blog awak ni...

Insan Marhaen said...

alahai..sentimental la pulak pepagi ni.. isk..isk..

muga IM jadi follower HS dulu kini dan selama hayat ada..

- abdul hadi abdul muti - said...

Happy 2nd Anniversary!!

ibuintan said...

selamat ulangtahun kedua buat HOK SENGOTI.

teruskan Iman, ibu doakan yang terbaik buat HS dan Iman

Dinas Aldi said...

wah dah 2 tahun! happy 2nd anniversary yeh Hok Sengoti. akak haritu sampai tanya kat kawan Kelantan akak apa makna sengoti tu, kehkeh tapi lepas tu Iman pun explain dalam entry apa maknanya.

AfiQ said...

heppy birthday hok sengoti!! =) mga terus sukses!!! =P

James Buns said...

gila bapak epic blog ni..

dah 2 thn .

Cikgu sila ajar saja janjang aramatik

kah kah kah.

blog saya baru 2 bln.gila newbie.

Mohammad Aiman said...

tahniah cikgu!
semoga terus gagah untuk berkongsi idea dan pengalaman =_)


(jeles jugak, blog cikgu penuh orang lawat ^_^)

NuR si CiKGu RiBeNa said...

selamat ulangtahun ke dua hok sengoti

nak tanye ape maksud hok sengoti tu cikgu?

aa... kiranya kita berblog pada tahun yg sama..

sat.
gambar tu..
mengingatkan saya tentang cafe Small Town....

IMANSHAH said...

Bapak

Terima kasih kerana antara follower terawal saya

IMANSHAH said...

Azzey

Thanks der...insyaAllah selagi termampu akan saya terus menulis..

p/s..selagi otak tak nyanyuk ,mata tak rabun..hehe

IMANSHAH said...

Khairunnnisa

Thanks, kalau ada koata lagi InsyaAllah saya follow balik

IMANSHAH said...

IM

Terima kasih, terharu tu, nak memolow sehingga hayat ada

IMANSHAH said...

hadi

Thanks, one of my students yang xpernah jemu2 datang menziarah gurunya..

IMANSHAH said...

Ibuintan

Thanks, doa kita juga, semoga blog ibuintan akan kekal hendaknya

IMANSHAH said...

Kak Dinas

haha, ye ke, wahaha

So, sama tak jawapannya..hehe

IMANSHAH said...

Afiq

Thanks ye, sahabat baru, tapi cukup rajin datang ke Hok Sengoti

IMANSHAH said...

james Buns

haha epic ke pakcik oii..kalau macam blog BEN tu, barulah kira epic..dua bulan kira ok lah, femes dah

IMANSHAH said...

Aiman

thanks dude..anak murid saya tahun 2009 ni..pun antara yang selalu berkunjung ke sini melepas kerinduan pada sekolahnya..haha

IMANSHAH said...

Nur

Alahai, dah pergi ke??kan..sama kan..ehehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

happy besday HOK SENGOTI...

enjoy blogging..

IMANSHAH said...

AFA

Thanks der..memang enjoy tambah2 ada kawan macam hang

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Tahniah dengan ulang tahun ke-2 Hok Sengoti. Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan minat berblog ini.

Ya, walaupun gapaiannya tak sehebat dan sekencang blog orang lain. InsyaAllah, mudah-mudahan sedikit sebanyak akan menjadi saham akhirat untuk kita kelak. Ameen~

Tambahan: Em, tak buat majlis doa selamat ke cikgu? Followers cikgu mesti suka kalau ada jamuan makan sekali.

IMANSHAH said...

Izzah, terima kasih..kalau buat Izzah nak datang ke??wahaha, Pelis bukan jauh pown

~Insan Biasa~ said...

Semoga Hok Sengoti terus maju mengorak langkah! Setiaku di sini...hihihihi

Selamat Maju Jaya!

IMANSHAH said...

Insan Biasa

Tengs..wahaha sesetia siapakah ??terima kasih atas sokongan

Sham said...

kawe doakan HOK SENGOTI akan bertahan 200 tahun lagi...sengoti kawe ghoyat nie...

~Insan Biasa~ said...

sesetia aksara-aksara yang mewujudkan perkataan....erkkkk....:-P

IMANSHAH said...

Sham

Haha, kawe takde doh masa tu..pandai mung kecek kelate

IMANSHAH said...

Insan Biasa

Aksara2 itu jua yang membentuk perkataan BENCI..camno tu

~Insan Biasa~ said...

pilihan ditangan kita....untuk mengarahkan aksara tu membentuk perkataan yang bagaimana...

setianya aksara mengikut arahan kan?

IMANSHAH said...

Insan Biasa
Betul...tetapi dalam dunia modern hari ini, kita tulis SAYANg, tetiba ada orang tukar Aksara jadi MELUAT..hehe..

salah komputer ni...

Melor said...

hepi besday, epi 2 tahun anniversary, doaku semoga maju jaya sokmo la.

IMANSHAH said...

Melor

Thanks..harum baumu semerbak sampai ke Hok Sengoti

~Insan Biasa~ said...

ekekekekek.......dah masuk waktu...jom solat! mintak di jauhkan dari segala fitnah yang meluat2 tu....ahaks!

IMANSHAH said...

Insan Biasa

saya pun sudah mau keluar ini..mau solat dan membeli sedikit keperluan dapur..wahaha

sonata anak kancil said...

sayu terharu... cikgu @ blogger yang sangat dedikasi . Tahniah kerana telah "memanusiakan" ramai manusia ! HOK SENGOKTI agi idup agi ngalaban..

selamat ulangtahun yang ke 2...
pra-ucapan selamat ulangtahun tuan blog !

Arianni said...

Salam..

Wahh..dh 2 thn rupanyer..tahniah dan syabas buat Iman..

Ya, semoga terus bertahan!!

Afzainizam said...

★(◣_◢)★(◣_◢)★(◣_◢)(★◣_◢)★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★(◣_◢)★(◣_◢)★(◣_◢)★(◣_◢)★
Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah... Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...
maaf bebanyak dahhhhh......

wooooo dah bertahan 2 tahun lama gok tu patutlerrrr demo punya blog matang ni.... kawe nok ucapkan blog kamu selamat masuk ke tahun 3 demo berblogging kawe sentiasa menanti karya terbaik demo

wahida said...

wow!! dah 2 tahun ye cikgu...congrate...saya ni setahun pun belum lg...masih byk belajar dlm arena blogging ni...

shahjiehan said...

xnak buat besday party utk blog ke? haha.hok seroti tu ape?

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

SELAMAT ULANG TAHUN KE 2 HOK SENGOTI

Wassalam

:Cikgu Akim: said...

happy bufday hok sengoti.....semoga terus bertahan~erk kreatif la cikgu ni!!

Hasrol Nizam said...

owh..dah 2 tahun la ye.. baru tau apa maksud hok sengoti tu :D

saya baru setahun semalam.. tak perasan pula..

semoga sentiasa sukses

Pendapat anda?
Final piala suzuki-Semoga malaysia menang dan jangan ada ribut-ribut

IMANSHAH said...

Kak Sonata

kan dah habaq, mesti salah kan tulis, Hok Sengokti apakehe yong??haha

Mari kita belajar mengeja..HOK SENGOTI..hehe

Anyway thanks kak hajah

IMANSHAH said...

Kak Arriani

Thanks kak, insyaAllah akan terus bersiaran

IMANSHAH said...

Afzainizam

Thabks, patutlah lama tak namapak sibuk ngecat motor ya..anyway thanks bro.

wah pandai mung kecek kelate ore Johor

IMANSHAH said...

Wahida
Umur tak kisahlah, yg penting penulisan kita kan..kalau menulis dari hati InsyaAllah, akan disukai..

Anyway thanks

IMANSHAH said...

Shahjiehan Hok Sengoti tu maksudnya yang betul/benar..haish ni mesti baca tajuk jer ni..wakaka

IMANSHAH said...

Rozali

Jazakhairullah Ya Akhi

IMANSHAH said...

Cikgu Akim

Wahaha, kreatif tu datang sendiri kalau kita meniwai naskah kita..

IMANSHAH said...

Hasrol Nizam

Owh happy 1st Anniversary to u..Alhamdulillah setahun sudah anda berkarya

hazlin said...

happy birthday HOK SENGOTI
baru faham maksud tersirat
antara IMANSHAH dan SHAHNUN AG
agaknya yg mana lebih handsome?

tetap dengan hazlin

IMANSHAH said...

Hazlin

weiwei, apakah..anyway thanks ye Puan Hazlin yang dekat2 aje, tapi xpernah bersua

Ummi Humaira said...

salam imansyah...

semoga HOK SENGOTI diberkati ...

terima kasih kerana masih mengunjungi tratak berabuk akak..kadang2 ianya mjadi pembakar semangat untuk akak buat n3 baru...

IMANSHAH said...

kak Ummi

InsyaAllah, walau tiada entri, saya tetap kunjungi..ziarah dari juah, sesekali menegur...Alhamdulillah ada juga jawapan..

Terima kasih, HOK SENGOTI akan terus bersiaran sampai kapan pun..

syira aka sepatu hijau said...

salam

2 tahun bukanlah waktu yang singkat untuk melupakan segala kesakitan :)

Citarasa Rinduan said...

salam

tahniah hok sengoti..

ada sesuatu untuk kamu

http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/12/apa-maksud-hok-sengoti.html

IMANSHAH said...

Wsalam Syira

Hurm, perlahan-lahan lah lupakan, walau pedih di hati masih berbekas

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga sihat hendaknya..

Teruskan usaha anda, moga sukses selalu..

IMANSHAH said...

Ayu

Ada apa tu,,nanti saya nengok

IMANSHAH said...

Ustaz Razak, thanks ye

amirul said...

Salam Imanshah,

Selamat ulangtahun ke 2 buat blog anda... teruskan menyengat... :)

IMANSHAH said...

Amirul

Thanks

Wahaha, ini ucapan terbaik..MENYENGAT

NuR si CiKGu RiBeNa said...

haha!

ada share ke dengan tuan punya cafe tu?

dah pegi...
best...hebat!

nak pegi ke simpang pulai
kopi 3 layer

IMANSHAH said...

Alah kopi 3 layer, kat vanggey ada, kat Chicken Rice Shop pun ada

nunama said...

sama-sama. :)
insyaAllah. hok Sengoti akan terus maju kehadapan.
keep moving forward-Petikan Cerita Meet The Robinsons.

IMANSHAH said...

Nunama

Terima kasih, InsyaALlah

Afida Anuar said...

Barulah tau maksud sengoti tu apa, malunya jadi jiran sebelah negeri tapi sengoti tatau maksud...err..

IMANSHAH said...

afida

Hehe, itu biasalah ..saya dok perak lama dah,tapi cakap Perak haram tak gheti

makdara TERdiva said...

ur befday sama dgn adik MDT yg nak kawin 1.1.11 tu.. :)

IMANSHAH said...

MDT

Tulah, tak sempatlah MDT nak wish

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

Anonymous said...

Вялікі дзякуй за ліст гэта было unbelieveably інфарматыўным і сказаў мне тону

Anonymous said...

dobry poczatek

Zul Fattah said...

kiranya dah 2 tahun lebih r blog ni?
kira dah matang r.. haha..syabas Abg shah..
teruskan usaha utk berblogging.. kawe akan support abgshah.. haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget