WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, December 19, 2010

I GUNA PRODUK OVERSEA JE OK!!

Berkesempatan berada di kampung tempoh hari, aku ke Pekan Takbai, Narathiwat Thailand. Haha kira pergi ke  oversea lah jugak kan. Takleh pergi jauh-jauh, Takbai pun jadilah. Kawan-kawan tahu tak pasal Takbai? Dulu ada kecoh satu peristiwa di mana tentera Thai menembak mati penduduk Islam di sana. Akupun sebenarnya ada juga saudara mara yang tinggal di Narathiwat. Kiranya ada darah-darah Pan Asia Thailand jugalah. Sebenarnya Pekan Takbai tidaklah terlalu asing bagi aku. Kira-kiranya dulu tempat bermainlah. Apa kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang kan. Haha..Apapun kita tengok beberapa keping gambar Takbai.


Ni pemandangan Pekan Takbai dari belah Malaysia. Untuk ke sana, aku menggunakan perkhidmatan perahu yang diubahsuai menjadi seperti motor boat. Tambangnya murah sahaja, hanya RM 2 sehala. Yang penting tak perlu melalui pemeriksaan imegresen dan kastam. Kira haram lah..Haha


Alahai terlalu pulak kat depan unit Kastam Marin Narathiwat. Selalunya bot tu berhenti betul-betul kat depan pasar, sekali berenti depan ini da..mujo kastam dia tak tanya kan. Tapi diaorang tak kisah. Dah kenal mana satu penduduk asli Kelantan atau orang luar. Senyum jelah kat depa. Dan cakap..SAWADHIKAAAP...


Huh nampak tu?? Beras siam..mak aku kalau datang sini tak sah kalau tak beli sekampit dua.. Yang jadi mangsa, pakcik ni lah mengangkat beras dari pengkalan ke kereta. Haha..Pelik kan, orang kita, tanam beras..eh tanam padilah, tapi beli beras siam jugak. Rata-rata orang kampung aku memang suka beli beras Siam. Wangi, sedap, gebu, bulat semua ada.


Yang ni kalau pergi ngan kaum hawa memang depa suka. Periuk belanga, bekas basuh tangan bagai. Harganya lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan dengan Pengkalan Kubur atau Rantau panjang. Selain itu antara barangan lain yang banyak dijual kasut, selipar, baju, tudung dan bermacam-macam lagi. Yelah, kami kan penduduk di sempadan, membesar dengan barangan MADE IN THAILAND.


Majoriti penduduk Takbai adalah beragama Islam. Salah sebuah masjid yang berada di Takbai. Aku pernah menunaikan Solat Zuhur di sini. Tu siap ada poster calon pilihanraya lagi kat masjid. Kedai jahit tempat aku selalu menempah seluar sekolah terletak tidak jauh dari sini. Haha jahit seluar sampai luar negara kan..haha.



Selepas berpusing-pusing selama sejam dua, kini tibalah masa untuk pulang. Inilah ghope bot yang aku maksudkan. Alhamdulillah kami mengutamakan keselamatan.  Anyway, jika sesiapa berminat nak ke sana, jangan malu dan segan. bagitahu je Imanshah ok..haha

Terkenang perbualan bersama teman-teman... Ada yang selau bercerita ke UK lah, ke Jakarta lah, ke Beijing lah. Dengan penuh keterujaan menceritakan pengalaman mereka bersama orang tersayang. IMANSHAH menyampuk.


"Alah, kita pun selalu jugak ke oversea..dah lebih 30 kali dah, " aku mencelah.

"Eh ye ke?? kau tak pernah cerita pun, kemana Man?" tanya Kak Markonah mulut becok.

"Takbai, Siam. Seberang laut je dari rumah..OVERSEA jugakkan?" aku menjawab.

"Tu oversea yang takde kelas!!!"..tak mahu mengalah Si Markonah Becok..

"Apa-apalah kak..tu jangan lupa pergi buat umrah dulu..", aku memberi ucapan balas maut untuk mereka.


Nampaknya masing-masing terdiam..



Nota kaki Imanshah

Takbai pada asalnya sebahagian daripada Kelantan. Namun, ianya dipisahkan dengan Kelantan selepas Perjanjian Bangkok. Takbai diserahkan kepada Siam, manakala British menduduki Kelantan. Ramai penduduk Takbai yang berhijrah ke Kelantan kerana tidak berpuas hati dengan isi Perjanjian Bangkok.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

91 GENTA RASA:

Muhamad Zaki Zafir said...

seronok pulak rasenye ble tgk gmbr2 ckgu ni.kalau ade rezeki,tringin nk ke sana.

si markonah becok tu, bia je cikgu.lg byk dia pompang tentang UK, lg byk org meluat dgn dia.dia jgk yg rugi. :)

Raji berkata said...

hahahaha
dari kecik lagi dh merasa pergi oversea tu ;P

takut plak nk ke Thailand.. dgr cter mcm2 kt sana xD

eh Markonah mcm nama cek punya cikgu kt sekolah teknik dlu :P

Insan Marhaen said...

best y baca n3 kali ni. foto cantik. terlebih cantik pulak rasanya..

teringat pulut ayam..

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Wah, mudahnya cikgu ke sana. Saya ni dapat pergi Padang Besar je. Itu pun jarang-jarang berpeluang. Siam lagi la tak pernah jejak kaki~

Tambahan: InsyaAllah nanti kena cari dan ambil peluang.

IMANSHAH said...

Zaki

Jemput datang, tak terasa di Thailand pun,,macam di Malaysia sahaja..hurm

IMANSHAH said...

Raji

Amboi2 ni mesti ada skandal ngan cg markonah ni..haha nama markonah tu bukan nama sebenar

IMANSHAH said...

IM

memang di sanapun terkenal dengan pulut ayam, sedap kan..

IMANSHAH said...

izzah

alamak perlis dah dekat ngan Siam..tak berani ye..betul jugak, bukan apa kalau kena tangkap kan naya..habis semuanya

nor said...

suami saya sangat suka pergi takbai.. masjid yg cikgu singgah zohor tu mmg jadi tempat persinggahan kami kalau ke takbai. tapi kalau pergi sana selalu berdua je.. sebab bot tu susah sikit nk control anak2 kecik ni..lagi satu, be senang nak lari kalau ada bom...hahaha

IMANSHAH said...

Wah Nor, ada geng ni..haha

eszol said...

nak taw sape markonah si becok tu

IMANSHAH said...

haha nanti ek, kamu kenal dia...takkan ambo nak tulis sini, mampus kena

Areef Ibn Naim said...

salam cikgu,

wah, teringin gak nak pegi... nampak cam best jer...

tengok barang2 periuk tu cikgu ckp harga murah, rs cam nak beli byk2, then jual kat jhr ni, hehehe...

cikgu, just nak bgtau kat jhr ni ada satu kg tu nama kg kelantan, then ri tu sy gi spore pun ada nama kelantan road... hebat yer kelantan ni...

cikgu, sy tag utk join satu contest ni. leh check kat blog sy. klu berkanan lehla join...

IMANSHAH said...

arif

insya Allah saya tengok nanti

eh kat Perak nipun ada satu Kampung Kelantan kat Lenggong tak silap saya

Dinas Aldi said...

Salam dik,
amboi si markonah becok, siap ada beza pulak oversea kelas dgn oversea xda kelas. yalah, kalau macam akak ni pi Dannok dia sure anggap sbg oversea xda kelas, kehkeh tapi akak x kisahlah. akak ni mmg jenis x peduli apa org fikir pasal hal2 camtu :D

siti murni said...

haha...memang oversea...:) kami kat penang pun camtu jugak dari island nak ke seberang atau sebaliknya...pun macam pi oversea jgk..hehe.
n'way cantik2 foto kat entri nih..

Nur Misnan said...

salam... tak ke bahaya kesana?

hati nak sangat pegi.. shoppinggggg

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dah sampai oversea.
Cantik pemandangannya.

Beras Siam kualiti tinggi, tak dapat dinafikan. Teknologi mereka lebih hebat dan lebih dahulu dari kita.
Kita kena belajar untuk sampai ke tahap mereka.

TQ

Pencacai Alim said...

pg ah jln2 kat narathiwat kalau brani..hakhakhak

Anonymous said...

wah da makin hebat teknik gambar
encek hot sengoti..

heh..

hizda

Kalamhati said...

hahaha..ambo gi oversea sokmo jugok..hihi baju2 ambo imported blako..made in thailand lagi!

zidEL zhafiz said...

even thailand pun
overseas jugak kan iman kan??
hehe~~~~

hysman said...

wallaweihhh...
gempaq siuut gi obersea..
ehhee..
cikgu,kwn ke kelantan mlm ni..
pe yg best kat sane goyak skit...
baru nak ngecek cikgu kat sane..
takpelah takde rezeki..
hehhee...

khadijah said...

ok jugak barang made in Thailand,yela kat malasyia ni byk brg made in china je.hehe

haah,berjalan2 jugak,jangan lupe melawat kaabah.moga2 masa cikgu sampai nanti :))

amirul said...

Salam Imanshah,
Masih banyak negeri dalam Malaysia yg belum dikunjungi... kelantan lagilah... x pernah sampai pun... apatah lagi Takbai... hehe... InsyaAllah ada rezeki boleh Iman bawa jalan2... :)

IMANSHAH said...

Kak Dinas..betul2..tarap2 pg Danok, Betong je kita ni kan..haha

IMANSHAH said...

Siti Murni

Btul2 masa saya study kat USM pun sellau cakap nak pg oversea..huhu

TQ, takbai tak secantik gambo itu

IMANSHAH said...

nur Misnan

Dah biasa..kalau time ada operasi, kami tak pergi..time tenang je pergi

Moh2 kita pg

IMANSHAH said...

Admin

Betul tu, tu belum masuk buah2 depa yang sedap..contoh terbaik, mangga depa, nak banding ngan buah pauh kita

IMANSHAH said...

Pencacai

Hurm, oversea lah..Narathiwat rasanya sekali dah pegi masa sekolah dulu..lama dah ikut kawan yg ada 2 kewarganegaraan

IMANSHAH said...

Hiada

Biasa aje..haha kamu lagi power mengedit kan

IMANSHAH said...

Kak Wan

Haha kita ore tupak meme Takbai tempat kito..

IMANSHAH said...

Zidel

Ahah, tapi ambo pun dah sampai europe..saja tak nak kecoh..markonah2

IMANSHAH said...

Man

Awat tak habaq awal. saya dah ada kat Gombak la ni..hurm kat KB tu macam2 ada..pilih je

IMANSHAH said...

Khadijah

Melawat Kaabah secara dekat memang itulah tempat paling atas nak pg

IMANSHAH said...

Amirul

Saya mewakili seluruih rakyat kelantan mengalu2kan kedatangan tuan ke negeri cantik, budaya molek

Melor said...

salam. melor suka tgk gambar tu cantik mcm dah terre ambik gamba .cantik sgt. pasal gi oberc tu no komen deh.

IMANSHAH said...

Melor

Terima kasih. ambo biasa je

a'im said...

Apa-apalah kak..tu jangan lupa pergi buat umrah dulu..", aku memberi ucapan balas maut untuk mereka.
""ayat tu tak leh blah""haha..bila nak bawa kitaorang kat oversea tu..hehe

Mr.Ix said...

pernah gak gi oversea..kat pulau redang jer....hehe

IMANSHAH said...

aim

haha, tulah tu baru sikit an...nak bawak ko boleh je...free of charges

IMANSHAH said...

mr.ix

kira ok le tu..aku pun xpenah sampai lagi pulau redang..org kata sangat cun tempatnya

tuan kedai said...

jom tgk brg baby murah ..dan ada free gift juga

IMANSHAH said...

ayo tuan kedai

ana bulum kawen jugak la..takpe nanti ana berkunjung ke sana

My Little Diary said...

salam,
tak pernah sampai takbai.... cantik viewnya... :)

nunama said...

Cikgu. Kenapa kalau bukan orang Kelantan dan orang Takbai? Nanti dia charge pape ke?

p/s: Pulau Pinang pun OVERSEA gak kan? hehehe

sonata anak kancil said...

huhuhu...kalau ade peluang nak jugak ke sana - sekali pergi Rantau Panjang....macam2 mende nak beli

IMANSHAH said...

My Little Diari

Memang cantik...setenang air laut memang mendamaikan

IMANSHAH said...

Nunama

Bukan charges..selalunya org luar ni macam kalut2 sikit, tak biasa kan..sekali dia buat operasi kang naya

ibuintan said...

wah..canteknya gambar, tahun 2008, semasa bawa rombongan Ce Kiah, ibu ada cadang nak masuk sana dengan suami

bila bertanya dengan tuan bot/perahu tu yang cakap pekat siam/kelantan, dia tak paham cakap ibu, ibu pun tak paham cakap dia, lastnya tak berani pergi sana...

IMANSHAH said...

Kak Sonata

haha beli je Rantau Panjang terus..lagi baik..hari2 boleh amik barang free

Happy bufday ye kak

IMANSHAH said...

Ibu

kalau berkesempatan dan kena masanya, insyaAllah saya akan jadi pemandu pelancong Ibu..amacam??

maiyah said...

akak ni lngsung x pernh ke siam nih huhuu

IMANSHAH said...

Kak maiyah

Erk, biasalah kami geng2 sempadan kan..kalau geng2 johor, depa ke singapore..geng2 sarawak ke indonesia (kalimantan), geng Sabah belah2 kudat ke Philipiha

Citarasa Rinduan said...

SALAM...CIKGU IMAN....
rindu pulak singgah sini..saya nie asyik buzy jer....
malam nie memang free....

cikgu...takbai mmg asalnya negara malaysia punya yer...baru ku tahu..
maklumlah sejarah dulu asyik ponteng jer....

saya kan, pernah ke kelantan...lepas tu masuk thailand lalu belakang tempat jualan...mmg best naik perahu, agak hairan juga..kenapa saya boleh lepas dr pemeriksaan kastam..heheheh..saya cute kot mcm aweks kelantan..hahahha


PS: si makkonah tu mmg mulut lazer...mai lawan dgn saya??

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Baca cerita cikgu ni teringin lak rasanya nak menjejak kaki ke Takbai..

darkbatman said...

best gak bace pengalaman ko.. mcm best jer? tp biase la kan.klau msk sane mesti cr beras sbb muraahhhh!

joecharlie said...

AIR diTAKBAI berkarat ke macam DI SERAMBI MEKAH KOTA BARU?

fadzilah said...

saya usahkan Takbai...kelantan pun tak pernah sampai lagi...bila la agaknya dpt pegi kelanttan ni.

mR.sYaH said...

aduh xpernah gi saner.. gi rantau panjang jer.. xpe nnt balik kampung nnt leh gi r...

IMANSHAH said...

Ayu

Haha betul2...kat mana thailand tu??

IMANSHAH said...

Ustaz Razak

Dengan segala hormatnya saya jmput..kalau bercuti ke kelantan kalau berkesempatan jgn lupa bagitahu

IMANSHAH said...

Darkman

sudah semestinya, beras ...tapi sekarang dah tak macam dulu, dah tak boleh sewenang2nya bawak banyak beras

HanaBella said...

Saya pun pernah g takbai before huru hara tu.. seronok beli brg kt sana. sempat la jgak merasa naik perahu kt pengkalan haram tu tp balik naik feri yg disediakan.

btw, salam perkenalan dari org Kelantan. ^_^

IMANSHAH said...

Fadzilah

Datanglah sekali ke Kelantan ajak suami..pasti seronok

IMANSHAH said...

ISA

Takbai nyer air okeh aje, baik2 aje

IMANSHAH said...

Syah

kamu org kelantan jugak kah??apekah..haha

IMANSHAH said...

Hana Bella terima kasih ya singgah..

salam perkenalan jua untukmu

kak wan said...

Amboi... iman weii...kakwan suke gi jeran perdah heh...heh..pahtu gi Golok..naik moto bayar samas jah..(dolu2 zaman anak dara).

IMANSHAH said...

Kak Wan

Haha meme lah, Golok dok payah nak pakai perahu..naik muto jah, kok jalan darat

Citarasa Rinduan said...

cikgu jgn soal tempatnya...seingat saya tahun 2004...saya dah banyak lupa ingatan..hehehehe
maaf yer..

IMANSHAH said...

Haha ok2

lupa ingatan takpe, jgn hilang ingatan Ayu..haha

cikgu isza said...

heran juga tengok barang sana boleh jual murah2 kan? memang kos buatnya murah ke atau orang kita suka ambil untung lebih?

bukan setakat murah.. kualaiti pun ok..

Semarak Api said...

ari tu sy pg narathiwat..byk gler roadblock skang.siap polis tu ckp siam ngn sy.da xphm sy senyum jela.ati mmg dupdap2 tkut btol.die sje nk tau kite ni org sane atau tak kot..huhu

IMANSHAH said...

Cikgu Isza..

saya rasa dua2 betul..kos murah dan org kita amik untung lebih...Saya punya selipar di Takbai harga RM 15, balik Pengkalan Kubur dah jadi 20..padahal sebelah menyebelah je, dipisahkan oleh sungai je

IMANSHAH said...

semarak APi

ada sedara ke kat sana??g ngan abah ke??

Aretikz said...

Weehuu ~ Best pula ku lihat.. mesti gadis2nya pun leh tahankan? hehe..

IMANSHAH said...

Aretikz

Haha tengok semua mak gadis je yang berniaga..haha

Cik Tom said...

wah bestnya...30x gi oversea...hahahahahha....


eleh blog ni xde org dtg konon..berlambak2 yg dtg..kalah cik tom..hehehe ;)

IMANSHAH said...

Cik Tom

Entah depa sesat kot..hari ni ramai lah pulak

h A n Y S said...

cikgu imanshah~ nak pi Takbai gak~ *kelip2 mata* ;p
ha, dah bitau dah ni, bile nye nak bawak?
ngeh ngeh ngeh~
;p

IMANSHAH said...

Hanys

cuti sekolah karang datang kelantan..ngehngeh

Mr.Z said...

teringin gak nak pergi sana.. barang2 kat sana murah tak? hehe

IMANSHAH said...

Mr Z

Agaklah, nak rasa pakai jeans siam bolehlah

sekamar rindu said...

salam...cikgu

lama tak pergi takbai....

kalau di pekan Golok tu ada juga pergi jalan2 dulu..

IMANSHAH said...

sekamar rindu

kelantan celah mana ya??

hazeleyed lady said...

Ass-Salam..
Hahaha...akak suka jawapan ImanShah buat cik Markonah tu...

IMANSHAH said...

Hazeleyed

Terima kasih akok..haha, sellau je sibuk canang g round the world..ke mekah tak mo pi

Qamarul said...

pehh giler r... selambe je kou ekkk... kene tembak kang baru tau..

IMANSHAH said...

Qamarul

idop mau berani bro

Idalara said...

aduhai terinagt masa g kelantan bulan mei lalu..seronok sampai rasa nk borong semua..murah2 sgt..

seronok lebih2 lagi bila cintaku tertingal di Kelantan..tapi sekarang cintaku sudah terkubur..dan harapan nk menjadi org kelantan telah musnah..huhuhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget