WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, December 30, 2010

INI BUKAN SEBARANG LASER, ULTROMEN PUN KALAH!

Sedang bersiap-siap untuk menghadiri mesyuarat guru pertama untuk sesi 2011. Sesi persekolahan baru bermula, maka berakhirlah waktu bermalas-malasan dan honeymoon selama sebulan setengah. Ruang untuk bersama rakan-rakan di alam maya ini juga semakin terbatas rasanya. Apapun, sekalung aprisiasi diucapkan buat barisan muda Malaysia yang berjaya menahan asakan hebat Gelora Bung Karno sehingga mendakap kemas Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak 14 tahun yang lepas. Menggapai sebuah kejayaan memang sukar, memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi, namun untuk mempertahankannya, lagi teramat sukar.

Sehari dua ini, di media massa samada eletronik mahupun cetak, di ruangan diskusi forum-forum internet serta blog-blog heboh diperkatakan tentang penggunaan laser oleh para pemain bagi mengganggu konsentrasi para pemain. Di Indonesia sahaja, isu ini menjadi begitu besar sehingga mendapat ruang yang begitu banyak di dada-ada akhbar mereka. Dalam entri ini, saya nak bercerita tentang LASER juga berdasarkan  situasi yang saya alami semalam.

Saya ke Jusco semalam untuk makan Mee Sizling. Mee Sizling semata-mata sebab Jusco paling best Mee Sizling. Entah kenapa perut ini macam dok mintak Sizling dari pagi. Sambil makan, boleh juga membeli belah jendela (window shopping)..hehe. Macam biasalah poket kosong, tapi hati mau gumbira. Sewaktu hendak membayar parking tiket di mesin pembayaran automatik, kad saya ditendang. Dan saya cuba sekali lagi pun sama.Saya cuba memasukkan RM 1, tetapi wang suara dari mesin tersebut menyatakan saya tak perlu bayar. Suaranya yang gedik memang saya tak suka.  Alah macam selalulah, bila tak sampai sejam parking free. Mungkin kad saya dikesan tak sampai sejam. Tapi memang saya lebih sejam berada di Jusco. Secara logiknya harus membayar RM 1. Sayapun dengan berat hati mula bergerak keluar dari JUSCO. 

Tiba-tiba perkara yang saya takutkan terjadi apabila palang yang berada di pintu keluar tak mahu naik. Saya cuba untuk menekan intercom, kedengaram sayup-sayup suara menjawab melaui intercom dan meminta saya mencuba lagi. Malang sekali tak dapat. Saya cuba berkali-kali juga tak dapat. Sekonyong-konyonnya saya keluar dari kereta kerana kereta di belakang sudah membunyikan hon marah-marah. Dan barisan juga agak panjang. Tiba-tiba ada seorang mamat ni (bukan sebangsa dengan saya) melaser saya :

Hayya, pakai Honda boleh, luit selinggit  parking tarak boleh bayar ka?? Menyusahkan olang saja, mau cepat..!

Hati panas waktu tu, namun saya mengambil pendekatan berdiam sahajalah. Saya hanya menunggu security datang, kerana nak bepatah balik ke mesin pembayaran tu jauh juga. Mujur ada intercom. Alhamdulillah suara di intercom menyuruh saya memasukkan sekali lagi tiket. Eh tiba-tiba terbukak palang. Terima kasih security JUSCO. Rasa nak keluar kereta, dan bagi penumbuk sebijik kat mamat tu. Tapi nanya kang, masuk lokap.Tak maulah. Kang glemer satu malaya bila headline METRO tulis, SEORANG LELAKI MATI DITUMBUK  DI JUSCO..Kan naya. Baiklah nak ke sekolah untuk mesyuarat ni. Nanti kita bersua lagi.


Nota kaki Imanshah :


Sangat tidak bersetuju dengan tindakan pengurusan GreenTown Mall Ipoh yang mula mengenakan cas seringgit kepada para pelanggannya. Bukan soal bayaran yang dipertikaikan, namun tempat parkingnya tidak berbumbung, tidak diturap dan selau berlopak-lopak. Kadang-kadang saya lihat ada tayar kereta terlekat di dalam lopak apabila hari hujan. Mohon menjaga kebajikan pelanggan anda!! Wah macam ruangan surat pembaca di Harian Metro pulak.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

48 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Dah...dah...dah...


Pi kerja!





:) Selamat melihat...siapa yg kena!!!

fadzilah said...

saya pun nak ke sek ni...tp sempat singgah sini jap...

* saya suka pegi Greentown Mall tu...:)

Bapak said...

setuju kalau GM nak sangat caj parking, patut upgrade dulu kemudahan.

Pas ni kalau nak gi GM, baik parking kt Greentown Suria kt depan tu, parking kt sampai RM1...

Muhamad Zaki Zafir said...

patutnye org blkg tu fhm2 lah tiket xblh pakai tu mslh mesin.xkn la pakai kete mahal pn xnk byr prking.mustahil.

::FAIZ FARISH:: said...

hahaha aku sgt gelak tgk pic tu.. hahahahahaha

eszol said...

shopping kain ke ohne dkt GM tu?

btw,gangster hang no la ni

Abd Razak said...

Dah jangan marah, nanti kena jual



:):)

ibuintan said...

kesian cikgu iman kena laser

pedih ke hulu hati tak?

selamat bermeting, ceria-cerialah cikgu ye

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

selamat kembali kesekolah

Wassalam

mR.sYaH said...

sian cikgu...

bls je blik cikgu tp xyhlh tumbuk2.. sepak2 jer.. hahah...

Sham said...

wah green town mall menggamit memori.dulu selalu gak g sana.tgk handphone... wei shah,dtg sini plak amik hadiah nie...

makdara TERdiva said...

pernah sampai 2 kali jer kat ipoh tu..

hepi new year cikgu imanshah :) selamat memulakan musim baru dunia pendidikan..MDT pun bercuti pjg skit ukt menguruskan persekolahan anak2 di perak nunnn :)

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu. Hari ni start meeting ya? Meeting sekolah saya dah start sejak awal minggu ni lagi.

Inilah saat-saat yang membuatkan hidup rasa kematu. Sebab dalam meeting banyak perkara yang merapu..hehe~

Tambahan: Saya juga pernah alami pengalaman macam cikgu tu. Rasa macam hendak gigih untuk angkat kereta dan alih ke tepi.

Abu Aiman said...

Selamat masuk kerja balik semula.

Miecyber said...

Dugaan.....


Bila saya blogjogging $$$$$$.....

gadisBunga said...

maksudnye kene marah tempat slot tiket tu sebab tak detect. saya pernah kene macam tu tapi ni kes secuurity tu kata kalau tak sampai 10 minit boleh keluar tak payah bayar. hanginnn satu badan.

IMANSHAH said...

CkLah

Dah p pun, dah balik pun, dah dapat koje pun

IMANSHAH said...

Fadzillah

GM memang best, ramai peniaga melayu kat sini

Mohammad Aiman said...

Luit singgit pun xleh bayar ka... adoi

haha

IMANSHAH said...

Bapak

Tulah, kemudahan takde. tapi charge jugak..Owh tau2 situ lagi selesa an

Ujang9897 said...

nape tak tumbuk jer..hehe

IMANSHAH said...

Zaki

Eleh cine2 ni kadang2 depa bukan tak paham buat2 tak paham saja nak mengetest hon depa

IMANSHAH said...

Faiz

Itu pic masa aku umoq 26 tahun..kahkah

IMANSHAH said...

Eszol

Haha dan otai an..jadiklah gangster

IMANSHAH said...

Ustaz razak

Dok aih, tak marah suka je..haha

IMANSHAH said...

Ibuintan

Ibarat laser bertemu laser, kalau ikut hari nak je laser balik..tapi malas lah

IMANSHAH said...

Rozali

Terima kasih, rasanya tak sabar macam budak2..wahaha

IMANSHAH said...

Mr Syah

Adei, takyah lah sepak, kang kena masuk lokap xpasal2..

IMANSHAH said...

Sham

Owh ye ke masa kamu ngajo di Cameron an..haha bukan jauh pun ipoh..hadiah kebendanya..best tak??nanti aku jenguk na

IMANSHAH said...

MDT

Eh teluk intan ngan Ipoh bukan jauh nor..haha..owh selamat masuk sekolah jugalah ya..bawak anak daftar darjah satu ye??

IMANSHAH said...

Izzah

Haha, kalau Giant lama dah saya angkat, tambah2 dah start ujan kan..tapi biasalah buat2 cool tapi hari di dalam sapa yang tahu kan

IMANSHAH said...

Abu AIman

Thanks, masuk dah ni..kematu cuti lama2 sangat

IMANSHAH said...

Miecyber

Ya, dugaan org kaya kan..hehe (g makan tempat parking berbayar)

jgn salah faham

IMANSHAH said...

GB

Lain kali tak yah bayar, tunggu 10 menet then..blah

IMANSHAH said...

Aiman

mana kaya, KAYAP je

IMANSHAH said...

Ujang

Aku nengoj penumbuk aku kecik dari bahu dia, tu takut tu..kang tak pasal2 aku yang kena tumbuk balik

Dinas Aldi said...

Ohhh kuangjaqnya mulut! sabar jalah, dah nak buka sekolah ni tak hensem la pi dengan muka lebam :)

IMANSHAH said...

Kak Dinas

Hehe, yelah kan, kan cikgu baru yang baru masuk tak nak lak kan..hehe

Tukang cerita said...

shahnun...
akak ada 'peristiwa' hampir serupa ngan hang...tp, tak mo lah cerita kat sini, nanti kn gelak...hahhahahha...

tp, venuenya sama...JJ ipoh...hahhahahhahhaha....

erk, suka pi GM sebab nak cari henset je....
:)

IMANSHAH said...

Puan Nurul

Hehe?? yeke, mesti kes tak bayar tiket nih..hahaa

Ikmal Fayadh said...

kenapa cikgu tak hentak aja kepala dia guna palang mesin bayar automatik tuh? haha

Yatre Hayati said...

hahaha..sedap jer kena sound se das hahah

IMANSHAH said...

Ikmal Fayyad

Haha, susah nak cabut da..lagipun sivik minded ku masih di tahap terbaik..kehkeh

IMANSHAH said...

Yatre

Best juga dapat se das..kalau 2 das lagi best

h A n Y S said...

hamboiii~laser nya itu cina~ tala nampak ka itu honda punya keleta ada plomblam pada tiketnya~?
aisyooo~
;p

IMANSHAH said...

hanyss

Haha, lawaklah Hanyss cakap cine..kahkah

James Buns said...

ada di IPoh lagi.aku kumen entire ang yg mana aritu.aku lost.rajin sgt update.ka ada secret admire update.

kah kah kah.

ang reply dekat kotak kumen aku..

jom kita pekena apa patut dekat ipoh sblm aku blik Ke Hell.

Anonymous said...

Растаможка Киев, Одесса
Консультации ВЭД
Дима Литейный
logisticskiev7@yandex.ru
+38 093 318 1567

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget