WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, December 26, 2010

INI NAMANYA REZEKI

Tadi cek baki di dalam akaun gaji, alamak, wang makin susut. Banyak betul RM dibelanjakan sewaktu cuti sekolah kali ini. Cuti-cuti Malaysia ke Sarawak, Cameron Highland, Bukit Merah dan Kuala Lumpur memang memakan biaya yang banyak. Begitu juga balik ke kampung baru-baru ini sempat belanja anak-anak buah untuk membeli sedikit kelengkapan sekolah. Balik ke Ipoh, bayar saman ekor yang terunggak dicampur bil-bil yang datang serentak. Hampir terduduk, yalah gaji sebagai kakitangan kerajaan bukanlah sebesar mana pun, walaupun rezeki tu tetap cukup. 

Itu kisah pagi tadi. Tak palah, itu tandanya suruh kita berjimat-cermat. Tu belum kahwin kan .Bagaimanalah ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Terkenang zaman persekolahan dulu, bayangkan aku di tingkatan enam, adik perempuan di tingkatan lima, adik ke tiga di tingkatan 3 dan adik bongsu dalam darjah enam. Kami menduduki peperiksaan serentak pada waktu itu. Botak ayah, menyediakan wang perbelanjaan untuk kami adik beradik. 

Hari ini mood untuk mengemas rumah tiba-tiba datang. Suri rumah lagi lah aku hari ini. Sedang mengemas, aku terjumpa empat keping note wang euro berjumlah 90 euro. Wah, rupanya wang Euro sewaktu aku mengunjungi kota sejarah Rome pada bulan  Jun lepas, masih berbaki. Wahaha, inilah dikatakan rezeki. Sebenarnya aku pun dah lupa. Yang penting duit tu duit aku sendiri. Macam tahu-tahu pulak aku kesempitan sekarang. Bila dijual balik, Alhamdulillah dapatlah RM 360. Kira ok lah tu.Dapat bernafas semula. Malas nak usik duit simpanan lain kan. Mana tahu tiba-tiba datang seru nak berkahwin bulan depan, tak ke naya, atau berlaku kecemasan, sekurang-kurangnya wang simpanan tidak diusik.

Baiklah teman-teman, ini sahaja update untuk malam ini.  Tunggukan entri khas untuk ulang tahun kelahiran HOK SENGOTI  esok ya.. Tunggu.



Nota kaki Imanshah :-

Dalam mencari rezeki di dunia ini Allah tidak akan memaksa hamba-Nya agar mendapatkan harta yang berlimpah-limpah. Manusia diberi kesempatan memenuhi keperluan hidupnya menurut kemampuan mereka masing-masing. Yang diajarkan oleh Islam dalam masalah harta ialah agar manusia tidak bersikap berlebih-lebihan. Kerana sikap ini akan membawa kepada ketamakan. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

35 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

cikgu--
sayakan rasa kita mcm terlalu sama...
setiap bulan wang gaji saya hampir2 putus..
tapi selalu dapat rezeki...
pendek kata wang dalam dompet tak pernah putus walaus seringgit

insyallah..kalau kita hulurkan pada yang memerlukan, seperti ayah ibu, adik beradik, lagi2 nak bersekolah..

pasti DIA permudahkan rezeki kita amin


PS: esok ulag tahun HOK SENGOTI ya..

boleh tak syer..apa yang saya tak tahu ttg blog nie...TQ

NuR si CiKGu RiBeNa said...

alhamdulillah..

aa.. cikgu nak kawin?

jgn lupa jemput ye

IMANSHAH said...

Salam Ayu, betul sangat, setiap bulan bila keluarkan duit gaji, saya akan beri kepada ayah dan emak dulu, barulah saya guna untuk kegunaan lain.. itu pesan ustaz saya dulu.. Saya amalkan hingga sekarang..

Hurm, nak cakap apa ye..nanti lah, ayu baca jeah..hehe, takde apa yang menarik pun

IMANSHAH said...

Nur

Alahai, cg cakap KALAU tiba2 hehe

Citarasa Rinduan said...

amin,..itu jua amalan saya...
tak banyak, tapi seikhlasnya utk kedua ibubapa..

sebenarnya, ramai pertikaikan. anak perempuan bila dah kawin tak perlu bagi ibubapa..

saya tak peduli..bagi saya, jika ibubapa didahulukan...rezekinya tak putus

syukur...mmg tak putus2..

PS: okey..nanti saya komen malam esok ya...balik niaga

IMANSHAH said...

Ayu

Betul lah tu, bagi jelah setakat mampu kan...kalau tak ada banyak, bagi sikit..Mak ayah pun tak mahu banyak pun duit anak-anak

:Cikgu Akim: said...

adehh...seriau baca sal gaji2 ni..hehehhe...saya dahla susah nk bejimat..takpe2...boleh mula dri skunk..

kalau blan depan ok lg..tetiba kena kawin esok..abisla cikgu..hahahhaha

sekamar rindu said...

salam...cikgu,

wah dalam perbelanjaan yg meningkat, dapat pula wang yg tinggi nilainya tu..

bestnya....:) cari lagi mungkin ada lagi tu...

IMANSHAH said...

cikgu Akim

haha, betul tu, saya tahun pertama , kedua dan ketiga sangat2 boros..sekarang alhamdulillah, eh, cg sekarang starting dah 1900 kami dulu 1600 je..cola lagi sekarang, rumah pun naik

IMANSHAH said...

Sekamar Rindu

hehe, yang ada duit riyal qatar ngan rupiah saja..huhu

AfiQ said...

gitu lah!! memang da pasang niat nk kawin da tu.. haaa.. ape lagi? cepat kan la.. hahaaha.. =)

IMANSHAH said...

Afiq

Haha, eh abng kamu yg mana erk??batch berapa??

nub said...

pow sket!!!

hahak

IMANSHAH said...

nub

Ang nak beli rukuk..? aku rotan kang

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

moga Allah kuniakan rezeki yg halal dan jaukan yg haram

Wassalam

syira aka sepatu hijau said...

salam

hehehe

tak yah kawin..boley ?


p/s: saya lagilah , cucuk kad, bila tekan nombor pin, tekan nak keluar rm 5.00, mesin tu cakap, "woii...dalam akuan hang mana ada duit satu sen pun " saya terpaksa cabut kad cepat-cepat dan lari sebab malu...

hehehe

IMANSHAH said...

Rozali

InsyaAllah, itu yang takutnya, rezeki yang bukan milik dan hak kita

IMANSHAH said...

Syira

haha kamu ini membuatkan cikgu nak gelak je..ada ka macam tu..kalau tepon selalu pempuan jawab tu ada..nombor yg anda dail tidak ada dalam perkhidmatan

DR 1221 said...

salam

cepat2 kawin cikgu semoga bertambah lagi rezeki

Muhamad Zaki Zafir said...

cikgu nk kawen?

takpela cikgu, walaupun 'kalau' ke, ataupun mmg betul2 bln dpn, sy aminkan saja. :D

darkbatman said...

best 2.. ak ske kumpul duit lame.. ko ske gak ker?

IMANSHAH said...

Dr

insyaallah, semoga dipermudahkan

IMANSHAH said...

Zaki

Ahah Aminn

IMANSHAH said...

Darkman

aku kumpul duit luar negara..ok??haha

Mohammad Aiman said...

ahahaha..
untung2...
=)

saya ada duit pound.. memang xkan tukar ah.. kenangan =)

si akmal tu pulak, ada simpan 50 pound.. memang xkan tukar.. sebab 50 pound yang sekeping memang xde kat uk.. susah nak mati nak mencarinye... paling tinggi orang ada selalu 20 pound..

haritu pernah bayar pakai 50 pound skeping...cashier tu pandang duit tu, lama gile tenung.. memang jakun abis!

rumours said 50 poun can only be found at other countries' licensed money changer

lebih kuang macam kita nye duit rm1000 sekeping dulu la.. jarang nampak kan?

bezanya kita still nampak, dorang kalau nampak 50 pound, macam pengalaman skali seumur idup =)

IMANSHAH said...

Alahai aiman

tengah sesak ni tukar jelah..nanti ada duit saya gi beli lah pound , euro segalanya..haha

nizam said...

haha
dugaan hidup...
sabar okey!!!
XB

IMANSHAH said...

sabaq la ni cek..wahaha

Qamarul said...

marilah kite berjimat cermat wer...

nza said...

salam...
cuti sk mmg byk la duit abis...jln sana sini duit kluar mcm air paip jerrrrr....

IMANSHAH said...

Qamarul

Hang pun sama, jalan sana jalan sini..jmat wei

IMANSHAH said...

nZa

betul tu, tak disangkal lagi, lama lagi cuti, banayak lagi duit habis..hahaha

thakns follow ye

Afida Anuar said...

Salam shah, ni macam nak kasi hint je nih....

Apa pun mabrukk ni advance!..;)

IMANSHAH said...

afida

Takde larh..hehe

Lama kamu tak update belog??

Mr.IX said...

KALAU lah btol2 jadi kn...hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget